Monday, December 28, 2009

Minda Pagi

Mudahnya Bahan Berita Media Malaysia

ANTARA masalah yang sering menimpa seseorang editor di sesebuah akhbar ialah untuk mendapatkan bahan dijadikan berita. Inilah yang memeningkan kepala bagi seseorang editor, mencari dan menyaring bahan untuk di isi disetaip lamanan akhbar mereka. Mereka kena pilih dan cari berita yang bukan saja ada nilai berita tetapi berita yang berkualiti.

Berita yang ada nilai ialah berita yang akan menjadi tumpuan dan digemari orang untuk membacanya yang sekaligus melariskan akhbar berkenaan.

Bagaimana pun itu bukan bermakna ianya cukup dengan berita yang menjadi tarikan pembaca saja, tetapi berita itu mestilah ada matlamat, ada tujuan dan ada faedah kepada pembaca. Dalam konteks faedah ini ia boleh memberi sesuatu pengetahuan dan ilmu aru kepada pembaca, membangun bangsa, negara dan agama.

Betapa pun besar berita itu kalau ia tidak mendokong konsep dan prinsip berkenaan ia tidak ada nilai dalam erti kata sebenarnya.

Manakala prinsip sesebuah berita itu disiarkan akhbar berkenaan ialah untuk mempengaruhi pembaca agar terikut dengan kehendaknya bagi menjayakan misinya. Antara falsafah akhbar (media) ialah mempengaruhi pemikiran pembaca.

Di negara ini bahan yang dijadikan berita sangat mudah sekali. Ia tidak kira apakah bahan berkenaan menepati ciri-cirinya sebagai sebuah berita ataupun tidak, ia akan disiarkan. Asalkan bahan itu memberi untung kepada apa yang diperjuangkan media berkenaan ia akan disiarkan walaupun salah dan catatnya nyata sekali.

Paling malang lagi ada berita yang diisikan nampak sangat dibuat-buat, direka-reka sendiri. Media mengaturkan sesuatu peristiwa atau kejadian kemudian melaporkannya sebagai sebuah berita yang benar dan semula jadi.

Inilah yang berlaku dalam dunia penerbitan akhbar negara ini. Akhbar sudah tidak dapat berdiri di garis tengah, bersikap bebas melainkan mengarahkan berita dan penyiarannya mengikut agenda yang diperjuangkan. Akhbar bukan pemberi maklumat dan pelapor kejadian tetapi penggerak agenda kepada sesuatu puak.

Satu contoh terbaru ialah mengenai sekumpulan manusia yang telah berhimpun di hadapan pejabat Pas Selangor semalam untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin Pas negeri itu untuk mendesak agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat.

Perhatikan bagaimana tindakan sekumpulan orang yang tidak sampai 20 orang itu diolah menjadi berita besar. Kumpulan itu mengaku mereka adalah penyokong dan pengundi Pas. Atas kapasiti itu mereka merasakan berhak untuk menasihati Pas Selangor supaya keluar dari kerajaan Pakatan.

Media yang selama ini anti kepada pembangkang, (Pas) terus mengambil kejadian berkenaan sebagai bahan berita yang benar. Tanpa menyiasat apakah kumpulan itu benar penyokong dan pengundi Pas. Mungkin kepada mereka tidak perlu siasat kerana aksi dan tindakan kumpulan manusia itu sesuai dengan apa yang dipancar dan disiarkan selama ini.

Sepatutnya dalam hal ini editor perlu menggunakan akal, kebijaksanaan dan kod etika sebagai wartawan. Mereka kena siasat apakah benar kumpulan itu dari Pas walaupun memang benar ada perhimpunan dan sepanduk yang diangkat.

Dalam konteks ini bahan berita sudah ada, tetapi kesahihan berita berkenaan pelu disiasat. Bukankah menyiarkan berita tidak benar itu satu fitnah! Mungkin itu tidak menjadi masalah. Menyiarkan berita yang pembaca sendiri sudah dapat mengagakkan sama ada benar atau tidak menunjukkan akhbar atau media yang melamporkan itu cetek sangat pemikiran mereka.

Akhbar yang berkelas arus perdana tidak seharusnya mengambil maklumat atau bahan berita daripada orang-orang yang tidak dikenali. Munasabahkan orang picisan untuk bersuara berhubung pembentukan sebuah negara? Kewibawaan sesebuah akhbar itu ialah apabila ia bersumberkan kepada pemberi maklumat yang berkedudukan, benar dan kumpulan yang dewasa, sihat akal serta berkeperibadian luhur dan bukan diurusniagakan.

Kalaulah begini corak pemikiran editor akhbar dan stesen tv di Malaysia lama kelamaan wibawa dan keyakinan orang kepada berita yang disiarkan tidak akan dipercayai lagi. Apa lagi berita-berita politik yang bersifat menyerang satu pihak. Kesan daripada sikap sambil lewa dan terlalu mementingkan kepada agenda sehingga mengabaikan kod etika kewartawanan menyebabkan berita, ulasan dan apa juga laporan mengenai politik akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

Corak pemberitaan dan laporan yang dilakukan akhbar hari ini juga menjelaskan pembaca lebih cerdik daripada editor akhbar yang seharusnya lebih berpengetahuan, bertanggungjawab dalam menyiarkan apa juga laporan atau berita.

Mengenai himpunan sekumpulan orang di hadapan pejabat Pas semalam nyata ianya diupah dan apa yang menjadi persoalan di sini apakah berita yang 'diupah' itu sahih untuk menjadi sebuah berita dan diluluskan oleh profesyen persurat khabaran dan wartawan! [wm.kl. 9:30 am 28/12/09]

7 comments:

ramly said...

salam saudara sayuti,
membaca tulisan di blog anda dan buku buku politik anda pada mulanya saya terpengaruh dan percaya, sekarang ini saya masih lagi melihat blog anda sekali sekala, mengatakan surat khabar arusperdana tidak berlaku adil dalam penyiaran berita kepada pihak pembangkang dan perlu menyiasat kebenaran berita apakan saudara juga tidak memihak kepada pihak pembangkang dalam tulisan saudara?, adil juga kah saudara dalam penulisan saudara, begitu juga setiap kali terjadi pergolakan dalam parti PAS maka kesalahan akan ditunjuk kepada UMNO adilkah namanya begitu, gaya penulisan anda jika apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang semuanya elok dan benar tetapi jika dibuat oleh pihak kerajaan ada saja yang tak baiknya, adilkah namanya...saudara juga kena adil.

mack said...

STANDARD berita akhbar malaysia memang membodohkan rakyat. Semalam himpunan 20 orang itu nak serah memo kepada pemimpin PAS cuba fikir siapa yabg ada disana yang ada tentulah HANTU UMNO. Harap rakyat pun tak jadi bodoh macam mereka ya.

mohd sayuti omar said...

Kepada sdr ramly dan seakal dengannya, bacalah tulisan saya kesemua sekali dan jangan baca sesekali. kalau anda membaca sesekali maka anda juga tidak adil dan tidak tepat dalam menghukum. sewaktu saya dikriik oleh orang Pas di mana sdr dan di mana pula orang Pas sewaktu saya dikritik oleh orang seakal dengan sdr. saya bukan menulis kerana taksub tetapi menulis atas apa yang saya rasa rasional. sememangnya pembaca akhbar arus perdana tak betah dengan pembaca akhbar pro pembangkang. penjenguk memang lebih bijak dari pencatat.

ANAFAKIR said...

Sdr Ramly tu jelas memihak UMNO...tetapi saya yang hanya pengkagum PAS [ dibaca pengkagum TGNA ] melihat himpunan untuk menyerahkan memorandum itu tidak lain untuk memperlihatkan kelompok manusia yang terdesak untuk kembali berkuasa di Selangor.Sudah acap kali dan pelbagai helah dilakukan oleh tangan ghaib ini [ dibaca UMNO la ] berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan di Selangor.Mengapa saya mengatakan UMNO di belakang tabir di sebalik apa yang terjadi?Kerana siapa lagi yang mabuk kuasa di Selangor selain UMNO kerana tiada pihak lain lagi yang gila talak di Selangor.Pihak yang berebut kuasa di Selangor hanya dua saja iaitu Pakatan dan BN.Takkan PAS yang membuat onar semalam tu?Pasti tidak sama sekali, makanya UMNO lah yang berada di belakang tabir.

UMNO hendak nafikan macamnana lagi sebab tiada lagi pihak yang inginkan kuasa di Selangor tu.PAS, PKR dan DAP sedang memerintah Selangor, untuk apa PAS perlu keluar dari kerajaan?.Teorinya mudah, UMNO mahu PAS keluar dan bergabung dengannya untuk membina kerajaan baru di Selangor..Tidak mungkin PAS bebrbuat demikian.PAS tidak pernah mungkir janji dan munafik dalam persetiaan.Tidak pernah tetapi UMNO berkali-kali menipu bila sudah mampu berdiri teguh.

Himpunan semalam, wajah-wajah yang hadir pun nampak jelas 'KeUMNOannya'.Sorang pun tidak nampak yang berkopiah apakah itu dikatakan penyokong PAS?Rakyat kat kampung-kampung pun boleh 'baca' tu semua.Rakyat tidak macam dulu lagi.UMNO dan sekutunya usahlah bersandiwara untuk lempar batu sembunyi tangan...Sejak berlaku 'rampasan' kuasa di Perak, pihak Pakatan sudah tau mainan politik UMNO.Rakyat juga sudah sedar penipuan dan lakonan UMNO.

Sepatutnya UMNO perlu bangkit dengan wajah dan semangat baru.Tunjukkan kepada rakyat UMNO lebih kompetitif, jelas membela kebajikan rakyat, jelas nampak memang membantu rakyat yang susah..tidak mementingkan peribadi dan kekayaan puak semata-mata.Jika itu yang UMNO lakukan, mungkin rakyat akan berubah sokongan.Namun ketika ini, UMNO lebih menumpukan kepada usaha untuk merampas kuasa disebabkan untuk kembali berkuasa pada PRU akan datang nampaknya masih sukar dan memang sukar pun.

Pemimpin UMNO di Selangor, tanpa kuasa dalm kedudukan dalam kerajaan negeri pun masih kaya raya.Hidup bermewahan.Itu menampakkan pemimpin UMNO membina kekayaan selama mereka berkuasa dahulu...rakyat nampak ini semua.

Akhirul kalam..himpunan semalam bukan PAS yang lakukan tetapi dilakukan oleh pihak yang 'berlakon' menjadi PAS.Penuh lucu dan sinis sekali.Entah di mana maruah mereka yang berlakon itu...tidak tahu malu langsung.

matadua said...

memang tidak patut 20 orang berdemo menjadi cerita besar.. lain lah kalau demo melibatkan pekerja kilang yang mempunyai pekerja yang ada 30 orang pekerja.. ini PAS salah sebuah parti yg besar di negara ini.. cara pemberitaan begini menyebabkan hilang kredibiliti dan tidak bijak..

Kama Irahsa said...

Tuan MSO,

kebanyakan berita yang dihidangkan kepada pembaca sekarang tak kiralah dari pihak mana pun sebenarnya adalah berdasarkan persepsi semata-mata sahaja. mungkin jika mengambil kira prinsip kewartawanan sebenar; iaitu melaporkan yang sahih sahaja, tak banyak berita boleh dikeluarkan.

kini, kita semua kerapa membaca tajuk akhbar yang berakhir dengan tanda soal (?). lihatlah, sekarang ni persoalan, gosip, khabar angin pun orang jadikan tajuk utama.

firdaus said...

biasalah kalau dah matlamat menghalalkan cara, akhbar arus perdana itu dah kelabu otak dan rajin-rajin malas

apa saja cara mesti digunakan untuk menguntung dan memenangkan pemerintah yang boleh dikatakan semakin lemah kini

akhbar pencetus pikiran rakyat itu saya memang 'respect' kesetian dia pada pemerintah, apa yang dilaporkan memang benar walaupun dah betul memang salah

kalau saya baca akhbar pencetus pikiran rakyat tu saya hanya baca bab sukan saja kerana di bahagian itulah boleh dikatakan ruangan kolum politik yang sihat dan wujud cukup subur demokrasi di bahagian kolum itu

pihak 'pembangkang' dan 'kerajaan' memang boleh berbalah tanpa apa-apa sekatan......