Tuesday, May 4, 2010

Panas Semakin Terik di Kelantan

Jangan Mengejar Bayang!
Tampillah Dengan Penuh Tanggungjawab

CADANGAN rencana Pengarang Utusan Malaysia hari ini dirasakan wajar dan adil berhubung apa yang dinamakan skandal RM4 juta yang disalurkan kepada apa yang dinamakan syarikat GMC - Global Media Channel bertujuan untuk menggerakan operasi perang saraf memburukkan bekas PM Abdullah Badawi dan serentak itu juga menjamin kelangsungan kerajaan Pas Kelantan.

Cadangan akhbar kroni itu ialah supaya orang bertanggungjawab mengakibatkan isu itu membuak ke udara meletak jawatan. Perletakan jawatan ini juga dikira adil dan saksama. Kata rencana berkenaan lagi, kalau isu itu menimpa Umno, Pas tidak akan duduk diam mendesak orang terlibat melepaskan jawatan.

Iya... teras benar dan untuk berlaku adil mereka itu harus mengambil tanggungjawab berat itu. Kalau sebelum ini, sewaktu itu masalah menimpa Ariffahmi Abdul Rahman daam isu Perang PMBK, menantu Nik Aziz itu disuruh letak jawatan. Ariff diasak agar meninggalkan segera syarikat GMC kelantan itu. Anihnya tidak ada seruan sama berhubung isu GMC ini dari mana-mana pihak. Kenapa? Apakah ada sikap double standart dalam hal ini? Bila pula Pas pandai bermainan atas bawah berdouble standart?

Sehingga saay ini tidak ada suara dari mulut orang Pas menggesakan mereka yang bertanggungjawab menimbulkan keributan di Kelantan hari ini mendesak supaya letak jawatan. Sebaliknya banyak yang cuba membela dengan menuduh pihak tertentu sengaja menimbulkan itu untuk memburukkan Pas. Apakah Pas tidak pernah buruk?

Nampaknya masing-masing memberi alasan dan ulasan bahawa pendedahan isu RM4 juta itu tidak ada kena mengena dengan Pas. Kononnya ia adalah perbuatan beberapa individu yang tidak pun dirunding dengan Pas terlebih dahulu. Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Mohd Amr Nik Abdullah (foto) juga menjelaskan isu GMC itu tidak ada kena mengena dengan Pas. Pas sendiri katanya tidak tahu menahu tentang kewujudannya walaupun menguntungkan Pas. Anih bunyinya!

Penjelasan Mohd Amar juga menjelaskan ada orang tertentu yang pandai-pandai mewujudkan badan gerak saraf tersebut. Jika dilihat kepada kenuyataan itu maka wang untuk disalurkan kepaa GMC itu tidak dari akaun Pas? Penjelasan Mohd Amar itu menyebabkan langkah untuk menyelamatkan skandal itu dengan mengatakan Pas yang menyediakan wang sudah tertutup. Mohd Amar adalah Pesuruhjaya Pas, beliau tentu tahu sangat sejauh mana penglibatan Pas dengan penubuhan GMC itu.

Boleh jadi benar dakwaan Mohd Amar itu. GMC diwujud bukan saja untuk jatuhkan UBN tetapi dalam masa sama untuk menaikan imej seseorang dalam Pas. Dalam kata lain GMC persis Apco yang menjadi konsultan untuk membina imej Najib sebagai perdana menteri, manakala GMC pula membina imej individu dalam Pas untuk jadi pemimpin masa depan.

Saya percaya daam kes ini tidak mungkin orang Umno yang terlibat membiayai syarikat berkenaan. Saya merasakan orang Umno tidak begitu 'dedel' untuk memberi sumbangan. Ada kecenderongan cuba mengaitkan orang Umno dalam penubuhkan badan saraf berkenaan. Kenapa harus cuba melesetkan getah nangka kepada orang lain.

Bijak kalau Nik Aziz Aziz diam membisu dalam hal ini. Pas Kelantan tidak perlu menjawabnya kerana ia bukan bisnes Pas. Sebaliknya dalam soal ini orang yang bersangkutan harus tampil memberi penjelasan. Mereka tidak perlu takut kalau mereka betul. Dalam masa sama mereka sudah tidak dapat menyembunyikan diri lagi. Larilah ke mana orang sudah tahu. Kalau kepala hilang tetapi jejak sudah ternampak. Bau busuk juga sudah merebak ke seantero ruang di Kelantan.

Saya rasa kalau orang berkenaan keluar dari semak persembunyikan dan menjelaskan satu persatu dengan teratur ia akan selesai. Cerita dari mana sumber duit berkenaan. Cerita bagaimana wang berkenaan dibelanjakan. Siapa yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk kegunaan wang berkenaan. Siapa yang menandakan segala invois-insvois pembelian dan perbelanjaan. Bukankah syarikat berkenaan ada lembaga pengarah dan MDnya. Apa nak pelik sangat.

Bukahkan GMC didaftarkan dengan Suruhanjaya Perniagaan (SSC), Jadi apa hendak takutnya. Dengan berdolak dalih dan cuba mencari kerbau hitam untuk diletakkan masalah ini ia tidak memberi penyelesaian, malahan akan menyusahkan banyak pihak dan memeningkan kepala MB Kelantan juga.

Penulis blog berkenana sudah pun menyebut nama-nama mereka yang meneydiakan wang berkenaan. Seorang Exco kerajaan Kelantan, seorang pemimpin Pemuda, seorang bekas Adun (yang juga disebut sebagai Ketua Pengarang akhbar pro-pembangkang) dan seorang ahli majlis kerajaan tempatan. Orang-orang ini bukan rekaan dan tidak wujud. Mereka wujud! Makanya mereka tidak perlu takut untuk muncul dan menyatakan diri.

Selagi mereka membisu maka selama itulah orang akan membuat andaian. Dengan mendiamkan diri sedangkan bloger berkenaan melepaskan satu demi satu pelurunya, lama kelamaan orang mengatakan empat individu yang disebut itu memang bersalah. Mereka tidak muncul dan hanya berdoa di masjid adalah kerana mereka bersalah. Ingatlah Tuhan tidak akan simpati kepada keinsafan yang mendadak.

Kalau Exco berkenaan tidak terlibat beliau harus berani keluar dan bukan menjawab menerusi corong-corong media yang tidak diketahui umum. Keluarlah sebagi anak jantan. Kalau anda tidak bersalah, dan menggunakan wang yang benar, keluarlah. Lagipun pada saya apa nak takut wang sebanyak itu bukan banyak sangat. Bukankah anda selalu bersifat dermawan memberi wang kepada sesiapa saja di tempat-tempat terbuka.

Bukankah anda juga seorang ahli eknomi yang pintar mencari wang? Berapa banyak wang yang anda miliki ia tidak anih kerana ia atas usaha anda sendiri. Begitu juga dengan pimpinan Pemuda itu. Kenapa anda harus mendiamkan diri. Keluarlah dan ceritakan kepada umum dari mana anda memperolehi wang berkenaan. Kalau tidak benar tuduhan itu nafi secara mendada.

Bukankah anda terlibat menjaga dan menguruskan sebuah yayasan keluarga. Bukahkan yayasan berkenaan mempunyai banyak wang. Tidakkah satu masa yayasan ini memiliki wang sebanyak RM6 juta dan anda sendiri pernah mengeluarkannya sebanyak RM1 juta untuk perbelanjaan pilihan raya?

Begitu juga dengan bekas ahli Yang Berhormat itu. Lupakah anda pernah memberi tahu saya yang anda pernah memberi pinjam sebanyak RM1 juta kepada sebuah yayasan untuk melunasi hutang perniagaan berasaskan binatang berkaki empat. Anda juga memiliki tanah yang diberikan oleh kerajaan. Anda juga adalah pemunggut tol balak? Jadi apa nak hairannya kalau anda turut memberi sumbangan sebanyak itu. Ia tidak pun meluakkan bukit kekayaan anda.

Sekiranya mereka ini tampil ke depan menjelaskan isu yang dilemparkan oleh penulis blog berkenaan ia tidak jadi serabut. Tetapi bila mereka membisu dan cuba melarikan diri, inilah yang menjadikan masalah. Selagi mereka tidak tampil selama itulah ia menjadi sebutan.

Anda berempat atau berlima kena faham kalau anda orang Pas, anda telah menjadi liabiliti kepada Pas. Tidak ada jalan lain bagi anda melainkan kena bertanggungjawab. Sebaik-baik tanggung jawab ialah anda kena berundur melepaskan jawatan. Anda perlu sucikan diri dan sesudah suci baru boleh kembali menjadi pemimpin semula. Kalau kita boleh melontarkan batu kepada orang lain, kenapa orang lain tidak akan melontar batu kepada anda?

Kalau Ariffahmi disuruh letak jawatan, kenapa tidak dengan anda? Apakah kelebihan anda daripada menantu Tok Guru itu? Kalau menantu Tok Guru boleh letak jawatan, saya merasakan, kalau kita setakat kawan dan pernah menjadi pegawai kepada Tok Guru, lagi-lagi wajar untuk lepas jawatan. Tidak ada apa-apa ikatan jiwa antara anda dengan Tok Guru. Pada saya antara anda berempat atau berlima berbanding Ariffhami tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Tetapi hakikatnya anda sama dengan Ariffahmi telah mendatangkan musibah dan kecelakaan kepada parti atas perbuatan anda sendiri.

Anda akan dilihat bermaruah kalau anda sedia tampil ke depan dan membuat sidang akhbar mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dengan berundur dan melepas segala jawatan yang anda pegang. Silalah, dunia sudah menunggu....tindakan berani anda! [wm.kl. 12:20 t/hari 04/04/10]

13 comments:

Unknown said...

tuan MSO,
adakah menjadi suatu kesalahan jika
ada sesuatu kumpulan yg berkemampua
n membuat sesuatu perkara dgn tujua
suci yaitu memperkuatkan pas dgn berbagai agenda mumkin ia di lihat melampau batas kesopanan, tetapi bagi politik asalkan tidak menyalahi undang maka dia sudah jadi harus.bukankah peranan apco juga sama utk mengilap pm dan malaysia di mata rakyat nya sendiri dan dunia,juga tidak akan
mengejutkan jika apco juga di guna
kan utk tujuan memburukkan setru2
politik kpd pm di suatu ketika nanti sebagaimana dinegara2 maju.maka saya minta tuan jangan pergi jauh sangat dlm analisis tuan, berpada2 kerana kes itu menunjukan orang2 kelantan pintar juga berpolitik dan saya secara peribadi kagum dgn kemahiran mereka berpolitik kerana politik itu ada romantika nya suatu permainan yg lazat didengar dan bukankah tujuan tuan juga mahukan pas kekal di kelantan dan menjatuh
kan sesiapa pm dari umno.

Unknown said...

Nampaknya lensa suluhan blogger tersebut fokus kpd individu tertentu. Skopnya tak meluas kpd struktur dan dasar parti.

Permainan perasaan ini cukup menarik. Umno Kelantan sedang mabuk rasa melihat telatah empunya cerita. Pas pusat mungkin memerhati dgn penuh waspada. Manakala Pkr mungkin jadi gundah gulana bila saja melihat Dap diam seribu bahasa. Semuanya angkara Pas Kelantan. Denyut nadi parti Pas adalah Kelantan. Bila nadi terhenti bermakna mati. Namun sebelum mati, bukan satu yg pelik jika ada ikhtiar berubat jumpa bomoh ataupun tabib.

ANAFAKIR said...

Kalau mereka tak berani tampil berdepan dgn isu yg rancak merempuh PAS Kelantan ini, maknanya mereka yg dimaksudkan itu berani mulut jah la.Prinsip dan keberanian yg dimaksudkan dgn 'berani kerana benar' mmg tidak ada pada mereka.Mungkin dlm isu ini, mereka mungkin bersalah.Helah berdiam diri bukan bererti mereka benar tetapi sbb mereka di pihak yg salah.


Kesian la dkt PAS Kelantan dan Tok Guru jika mereka yg bersifat sedemikian dibiarkan berada dlm saf kepimpinan negeri.Utk PRU13 nanti, tokguru kena tanya2 khabar sikit 'risik2' tgk bakal2 calon akan dtg tu setaro mano.Takut2nyo nak pilih tebu kena ko tebrau.Punah pulak la PAS Kelantan nanti.Bijak pandai sahaja tidak cukup kalau tiada keberanian yg hakiki.Ada masalah sikit mengelak dan lepas tangan, malahan cuci tangan pun ada.Jenis manusia mcm ni tak boleh buat saing...tak tanya, rujuk tuan MSO,Dia byk 'makan garam' dlm bab2 mcam ni.

Jgn berulang pepatah 'pisang berbuah dua kali' kalaupun benar pisang berbuah dua kali mmg seronok tapi dlm hakikat kehidupan pisang berbuah dua kali semua org tak nak.

Ibnu Ihsan, Terengganu said...

Saudara MSO.

Saya tak berapa faham pendirian saudara berkaitan isu ini.

Sekejap kata isu ini kecil. RM4 juta untuk psi war is nothing compared to what umno did. Kalau dah kecil, tiada salahnya dan tak perlu diperbesarkan..But, why now?..

sehari dua ni gegernya entah ape ape. Sekejap timbul isu beruk terlepas, sekejap suruh orang mengaku, sekejap suruh orang keluar dari semak, sekejap suruh orang berundur. Ape ke hey ni?.

Adakah saudara sedang terperangkap dengan serang saraf umno?. Kalau dah kecil, tiada salahnya, mainan politik yang fair dan legal, pedulikanlah apa yang umno dan spin media perhebohkan. Atau anda hanya sedang menangguk di air yang disangka keruh dek kerana dendam peribadi. Kalau begitu..hentikanlah saudara. Jgn nanti karya kita sampai diperlecehkan.

Mohd Shahrizal said...

En chegarMD : Mungkin cara politik "machievelli" tu dah jadi makanan UBN, tp jgnlah PAS pulak terikut2 cara yang sama.. Sebagai pejuang islam Rasulullah sendiri telah meggariskan panduan dalam medan pertempuran untuk memastikan perjuangan itu benar2 diredhai.. Jgn kerana kuasa, kita lupa dan melanggar batras susila sebagai seorang yang beriman... Asasnya sekarang, walaupun objektif utama kelihatan "suci" tapi kalau didapatkan melalui cara yang "tidak suci", manakan dapat keberkatannya? PAS sekarang tak lagi seperti dulu, PAS dulu walaupun tak punya kuasa yang besar seperti PAS sekarang, namun berada didalam safnya membuatkan hati menjadi tenang dan menaikkan semangat... Persoalannya, siapa yg telah mengubah paras rupa PAS sekarang?

mohd sayuti omar said...

Kepada Ibnu Ihsan, isu ini mungkin dilihat konsisten oleh sdr kalau saya menghentam beruk tetapi tidak tuan beruk. Saya rasa saya masih konsisten di dalam hal ini. Memang saya tetap menerima RM4 juta adalah kecil, tetapi bila Pas Kelantan menafikan pembabitkan mereka dan ianya dilakukan oleh individu di luar PAs maka ia jadi besar bila cemarnya terleset kepada Pas.

Apabila keadaan itu berlaku maka perlu orang terlibat itu menyerah diri dan jangan berselindung sebab orang sudah tahu siapa mereka.

Saya harap Ibnu Ihsan dapat memahami di mana saya dalam isu ini. Tidak timbul diperangkap oleh perang saraf Umno atau mana-mana pihak, yang tidak betul tidak kira beruk atau tuan beruk harus digodam. Jelasnya saya tidak mahu terpijak tahi beruk. Wassalam.

aime said...

Saya sependapat dengan Pak MSO, apabila pak MSO cetuskan isu tuan beruk dan dikiaskan kepada sekumpulan yg memimpin parti, sesungguhnya isu ini besar kerana melibatkan maruah parti yang memperjuangkan Islam dan menggunakan kalimah Islam. Sekiranya benar keterlibatan ahli2 PAS, sesungguhnya mereka perlu membersihkan diri dari PAS, dan pihak umum perlu mengetahuinya agar beliau tidak dipilih lagi dalam memimpin perjuang PAS, yang menegakkan kalimah Allah SWT dibumi Malaysia ini. Kita telah maklum pemimpin2 yang berpendirian seperti inilah yang merosak Umno. Pemimpin2 seperti ini akan menjadi barah dalam perjuangan dan akan meruntuhkan sesuatu organisasi. Agar PAS menganalisa sebaiknya di semua peringkat negeri2, dan meninjau sebaiknya, dan menyenal pasti pemimpin yang sebenar.

Unknown said...

Ambo besetuju dgn pandangan MSO, tuan berok keluar lah dari dlm rok(semak) dan buat pengakuan bahawa berok matyeh tu peliharaan demo....selesai masaalah....be gentlement lah.

sudirumusibarat said...

ya lah Ibnu Ihsan,baru sari dua ni saya puji dlm hati tulisan Orang Tua MSO ni.Sbb nampak +.Manakala hari ini lain pula nadanya.

Sebenarnya saya tak pelik sangat perubahan sikap orang ini.Kalau saudara sering mengikutinya saudara akan tahu macamana dia bermain dengan kata-kata.Kalau dia belai2 n timang2 pasti lepas tu dia libas dan pukul.Tak caya ,tengoklah hari2 mendatang

john said...

Salam pak mso..

dalam hal ini, motif tersirat nampaknya telah tersurat! blogger upahan@beruk telah berjaya memainkan sarafnya. jika dulu kata2nya hanya untuk mengelakkan tok guru mengamalkan kroni sekarang dengan tok guru sendiri di'kekoh' oleh nya. dan saraf yang paling berjaya sekiranya beruk tersebut dapat memisahkan 'tuan'nya dengan tok guru dan pas! itulah perancangan umno yang ultimatum. Dan beruk ini terlalu celika. Ambo nok tengok setaro mana tuan beruk tu melepaskan diri dari serangan beruk ni.

p/s: ambo tok setuju dengan saranan utusan yang memang mempunyai niat busuk terhadap PAS ni. apa2pun PAS kena pandai dalam isu ini.

Pemuda Ansorullah said...

jolo tu MSO. ambo pon, wlpn br jah nk mahir dlm politik ni, beraso , kalu kes ni tk selesai cpt, akn terjadi sprt kes arif fahmi jgk...msrkt sklilng akn tgk pas supo umno jgk. tk molek la lagu ni. semolek2nyo, 4,5 oghe tu keno tubik royak kpd umum staro mano kes ni. keno belo dr kalu benar. kalu tdk, akn jd liabiliti kpd pas. kesain ko tok guru. dowh la loni, tok guru kena serang ah so so dr umno. ni plop, kena serang dr puak2 sdiri. tkleh lagu ni puok2 kt. wallahualam.

sinach zawawi said...

salam mso.
Saya agak stuju dgn saranan supaya mrk ini kluar mengaku bertanggungjawab.sy yakin ape yg mreka buat adalah semata2 utk kemenangan pas.lagipon duit2 sumbangan adalah dr poket sndiri n bkan dr kerajaan.jika kes ini berlarutan,masyarakat akn pk those 4mil are coming from state govt, dan gmc punyai tujuan2 tertentu. Otherwise,its really true.

CE said...

jolo ko semo gapo hok beruk ni royak???

dokumen nate apo beruk ni bui ko SPRM??

dok PAS kato tadok n tatau...terima lah... ni g cayo lagi ko berukni bakpo... wat tubik artikel lagi berkenaan kes beruk ni bakpo?? ianyo cumo menaiikan saham beruk dan juga ado lagi saki baki dende pado tue beruk...

time ni la..team perang saraf PAS harus bertindak...

nik aziz nga huse bijok.... wat tubik skali jah statement..pahtu senyap....semua ore duk tunggu2...

biarkan utusan saja duk menyalok?? atau demo-demo masih percayo 100% pado utuse!!!!