Wednesday, December 15, 2010

Susupan Tengah Hari

Zaid: Selamat Berlawan

HARI Isnin lalu saya sudah tulis Akim - Angkatan Keadilan Insan Malaysia akan jadi Kita. Hari ini apa yang ditulis itu benar. Hari ini nama Akim telah ditukar menjadi Kita - Kesejahtraan Insan Tanah Air. Zaid seperti diduga dia telah menjadi tuan kepada Akim yang menjadikannya sebagai Kita.

Tepatlah itu, kalau kita membeli lembu dogol atau motokar scond hand, maka kita kena tukar nama pemiliknya kepada nama kita. Kalau tidak nanti payah dan melakukan kesalahan. Sebagai seorang peguam bertaraf internasional Zaid cukup arif mengenai hal itu.

Proses pertukaran itu sudah berlangsung pagi ini. Jangan tanya berapa Zaid beli Akim, itu tidak penting. Orang kaya apa lagi seorang peguam boleh beli apa saja, kecuali sokongan rakyat. Sokongan rakyat susah untuk dibeli dan sokongan rakyat juga tidak ternilai harganya.

Tetapi kita percaya dengan kredibiliti dan juga syaksiah Zaid yang telus, demokratis dia boleh membeli rakyat untuk menyokong partinya!

Seperti dilapor oleh portal berita, buat permulaan Kita akan mewujudkan sebuah cawangan di sebuah negeri saja. Sama-samalah kita tenguk apakah Zaid berjaya dan lebih hebat daripada Anwar untuk menghidupkan Kita. Negara ini demokrasi, maka sesiapa pun boleh buat parti dan menjadi ketua.

Cuma apa yang saya nampak parti politik di negara ini tak ubah seperti klub atau NGO saja. Sesiapa yang tidak jadi presiden mana-mana parti, boleh tubuh NGO dan jadi presiden. Boleh buat kenyataan akhbar guna title presiden. Kalau hendak acap wajah dan nama disiar dan disebutr tv, bercakaplah hentam Anwar Ibrahim.

Anwar adalah aset paling baik kepada sesiapa yang hendak belajar bercakap ataupun yang ingin namanya disiarkan dalam akhbar dan tv. Kalau anda bercakap mengutuk orang lain belum tentu kenyataan dan cakap anda dinilai oleh akhbar. Begitu juga kalau ada dibiarkan oleh parti anda dan tidak popular anda boleh jont Anwar, sekajap masa saja Anwar akan popular. Selepas popular itu boleh anda mengadaikan diri anda kepada UBN.

Sebab itu saya katakan Anwar memberi keuntungan kepada sesiapa saja yang pandai ambil kesempatan tidak kira semasa beliau dalam kesusahan ataupun beliau berada dikemuncak kekuasaan ini. Barang kali inilah dikatakan Dewa hidup. [ttd. kl 1:30 pm 15/12/10]

2 comments:

Hishamuddin said...

salam...

Macam mana nk jadi pemimpin kalau dari awal2 lg dah ckp x serupa bikin. Ari tu cakap nak umum parti baru 16 Dec. Sbb DSAI suka 16 Sept katanya. Dia nak 16 Dec. Hari ni baru 15 Dec. Walaupun nampak remeh, angka itu dpt menilai org itu ada prinsip ckp serupa bikin @ tak.
Wallahualam.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Khabarnya dari berita 7.45 Astro Awani, KITA tak ada timbalan presiden dan naib presiden. Ia berlaku demi mengelakkan perpecahan dalam pentadbiran parti dan parti itu sendiri. Wah! menarik tu untuk difikirkan. Betul ke tuan MSO

Jadi, buat UMNO dan parti-parti lain yang suka tangguh pemilihan, mungkin ini satu lagi formula untuk parti anda.

Apa pun Malaysia 2, Vietnam 0. Semoga berlakulah "reformasi" dalam bola sepak Malaysia. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!