Wednesday, April 13, 2011

Susupan Petang

Persepakatan Cina (DAP) & Potensinya

SEORANG teman yang mempunyai kenalan rapat dengan seorang ahli perniagaan Cina di Sarawak memberi tahu saya yang kawannya itu telah membantu DAP dalam pilihan raya Sarawak kali ini. Bantuan itu agak besar jumlahnya.

Ahli perniagaan berkenaan turut sama membantu BN, namun jumlah yang diberikan kepada DAP lebih besar dari apa yang diperuntukan kepada BN. Dunia perniagaan biasalah kalau berlaku sebegitu.

Katanya teman itu, untuk BN ahli perniagaan yang berpejabat di Kuching itu selain memberi wang bernilai mencecah tujuh angka diberikan sama kemudahan transport, berupa helikopter. Berapa helikopter yang diberikan tidak pula disebut. Yang pastinya lebih dari sebuah.

Sebaliknya kepada DAP ahli perniagaan itu tidak menyediakan helikopter tetapi sekadar wang juga. Jumlahnya mengatasi dengan apa yang diberikan kepada BN.

Bila mendengar cerita teman ini baru saya faham kenapa logistik kempen DAP hebat dan bermutu tinggi. Di Kuching billboard yang mempamirkan gambar calonnya di dirikan di banyak tempat. Saisnya besar. Tidak ada billboard PKR atau Pas yang sebesar saiz billboard DAP. Kalau pun dicampur dua papan tanda PKR dan Pas yang tidak dapat mengatasi papan tanda DAP.

Saya tidak tahu bagaimana pemandangan di bandar lain seperti Miri, Sibu atau Bintulu. Mungkin keadaannya juga sama atau lebih hebat lagi.

Apa yang berlaku itu boleh dirasakan bahawa DAP mendapat bantuan kewangan yang banyak dalam menghadapi pilihan raya kali ini. Apabila taukeh atau ahli perniagaan Cina membantu DAP ini bermakna orang Cina meletakkan kepercayaan kepada DAP.

Mereka mahukan DAP menjadi parti utama yang akan membela kaum mereka di Sarawak. Dari sini juga kesedaran berterusan dari masyarakat Cina. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada SUPP parti yang mewakili Cina di Sarawak.

Jadi tidak hairanlah kalau pengaruh DAP lebat berkembang di Sarawak ketika ini. BN nampaknya terkial-kial untuk mengatasi pengaruh DAP ini. BN juga turut meletakkan papan tanda gergasi di merata tempat di Kuching, bagi melindungi pengaruh DAP. Tetapi semua usaha itu nampaknya tidak memberi kesan lagi. Orang Cina sudah berubah restoran!

Sebenarnya orang Cina Sarawak membuat keputusan parti mana mereka nak pilih sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Mereka sudah pun membuat keputusan untuk melakukan perubahan. Mereka tidak seperti kaum lain khasnya Melayu yang mudah kecut perut dengan ugutan dan mudah malu alah dengan janji-janji politik. Sifat semula jadi orang Melayu suka memamah janji.

Sifat politik terbuka hari ini telah diambil kesempatan oleh orang Cina. Mereka tidak akan merasa rugi apa-apa kalau tidak menyokong BN. Sebaliknya kalau mereka menunjukkan sokongan kepada pembangkang khasnya DAP mereka akan mendapat laba yang berganda.

Apa lagi mereka melihat track rekod DAP sebagai parti yang sedarhana dan memperjuangkan rakyat. Calon-calon yang dipilih adalah mereka yang hampir dengan rakyat. Dari awal lagi DAP melatihkan calonnya supaya berkhidmat kepada rakyat bila-bila masa. Bagi DAP wakil rakyat adalah perkerjaan kebajikan untuk rakyat.

Selain itu DAP juga menurunkan calon muda yang mempunyai iktisad dan kepakaran dalam berbagai bidang. DAP tidak mengambil sembarangan calon tetapi memilih benar-benar yang bernilai dan bermutu tinggi. Penampilan calon yang berwibawa inilah juga menyebabkan bukan saja orang Cina, tetapi Iban, Dayak hatta Melayu tertarik dengan DAP.

Dalam kempennya DAP lebih menunjukkan sikap profesional dan tidak sesekali memainkan isu peribadi. Mereka tidak mengkritik peribadi Najib. Mereka tidak menyebarkan risalah memburukan isteri Najib keterlaluan. Apa yang mereka attack Najib ialah menerusi polisi dan dasar yang diperkenalkan tidak mesra rakyat.

Dalam banyak hal orang Melayu wajar belajar main politik cara DAP, khasnya BN. Serangan peribadi ke atas Anwar dilakukan penceramah upahan BN tidak banyak menguntungkan dan menyentuh emosi orang Cina.

Kerana sikap itu, kerana dokongan para taukeh maka tidak hairan kalau DAP akan menang disemua kerusi yang dipertandingkan pada 16 April ini. Tidak syak lagi kemenangan DAP di Sarawak itu bakal meletakkan DAP sebagai pembimbing politik negara ini. Selepas ini orang Cina bukan menguasai ekonomi, pendidikan, pengekalan budaya tetapi juga akan menguasai politik Malaysia. [wm.kl.7:00 pm 13/04/11]

10 comments:

Melayu Raya said...

Apa yang dipuji sangat DAP? Apa yg saudara dapat jika DAP perintah negara Melayu? Sesama Melayu dan Islam dengki dan khianat.Caci dan nista cuma. Bangsa asing juga yg dipuji dan dipuja. Saudara tinggal lah sejenak di Singapura baru tahu langit tinggi dan rendah!!!

Orang Sabah said...

Salam abg MSO,
Betullah firasat abag MSO mengenai seorang bloger terkenal yg telah berjumpa dgn seorang pemimpin tertinggi Malaysia di Australia. Belogar tu dah hentam balik kat Anwar mengenai cerita Altantuya...

uop said...

Saya suka ayat ini "Selepas ini orang Cina bukan menguasai ekonomi, pendidikan, pengekalan budaya tetapi juga akan menguasai politik Malaysia". Bila keadaan ini berlaku, saya akan kata padan muka pada PAS dan UMNO yang mengamalkan politik ketam dalam bakul. Orang melayu tak bersedia dipimpin oleh sebangsa dan seagama tetapi rela dipimpin oleh bangsa lain.

mohd sayuti omar said...

Saya sengaja poskan komen Melayuraya... rasanya dia tidak dapat menyelami apa yang hendka saya sampaikan. Penjenguk yang gagal dan dangkal menyelami mesej baik jangan ulaslah, hendkanya Melayuraya tidak terus berada dalam 'kekemetotan' akal.

lan said...

ye betul, apa yg melayuraya kalutkan sangat kenapa?

rilex, banyak yg boleh kita pelajari dari kaum Cina ni. Satu nya mereka ni systematik dan punyai dana yg mampan

anakzaman said...

Tuan MSO,

MElayuraya mungkin otak dilutut.Dia tidak berfikir bahawa UBN ada orang cina dan india.

Orang melayu UBN tak puji melangit ke orang cina dan india. Kawasan yang pengundi melayu ramai dibubuh calon berketurunan india atau cina. Bila kempen pilihanraya dijunjung gambar bangsa cina atau india ke hulu-hilir.

Melayuraya mungkin berotakkan udang yang berfikiran selorong.

Zaman 1Malaysia sokongan satu bangsa saja sudah tidak boleh boleh memerintah. Salah siapa?. tentu salah manusia yang memerintah lebih 50 tahun lalu.

d'enricher said...

Tuan MSO,

Ya yang kita cari, melainkan orang yang dungu ialah politik yang boleh memajukan secara adil.

Yang baik, kita kata baik dan terima, yang salah perlu dijauhi. Kalau yang baik tu tapi berselang seli dengan rasuah, yang baik kita terima, yang rasuah tu harapkan MACC tangkap.

Bila didepan pengadilan yang adil, rakyat tak sangsi lagi.

Sistem sedia ada perlu dilihat bukan dari aspek melayu atau bukan melayu, tapi dari aspek "Pemerintahan/Pentadbiran Baik"

Untuk Melayu Raya : Melayu kebas sana sini ok ke? bukan Melayu kebas sana sini tetap tak ok.

Kita dah bersedia ke??

A.Alshukor

rozana said...

Kalau melayu menjadi perintah pun, tapi penasihatnya APCO dan dikelilingi oleh kapitalis taikun ke lubang jahanam juga akhirnya.Buktinya, ekuiti bumiputra merosot, bukit dan pulau yg cantik milik tauke judi.Anak melayu duk melalak hanyut dlm akademi fantasia, mentor dll.

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said...

komen melayu raya membenarkan lagi artikel ini..

bile sesuatu kaum menolak islam sebagai ad-deen, maka kaum lain pula yang akan mengambilnya..

Desa Mentari said...

Salam MSO,

Blogger Melayu Raya said...

Apa yang dipuji sangat DAP? Apa yg saudara dapat jika DAP perintah negara Melayu? Sesama Melayu dan Islam dengki dan khianat.Caci dan nista cuma. Bangsa asing juga yg dipuji dan dipuja. Saudara tinggal lah sejenak di Singapura baru tahu langit tinggi dan rendah!!!

April 14, 2011 1:56 AM

Soalan saya:
Apa yang dipuji sangat UMNO? Apa yg saudara dapat setelah UMNO perintah negara Melayu? Sesama Melayu dan Islam dengki, fitnah dan khianat harta negara.Caci dan nista cuma, fitnah, porno perkara biasa. Bangsa asing juga yg ddapat kekayaan dan dipuja. Saudara tinggal lah sejenak di setinggan dan rumah flat yang sempit lagi tersepit baru tahu langit tinggi dan rendah!!!

fikir lah saudara