Tuesday, November 15, 2011

Doa Untuk Aceh

Pilihan Raya Aceh Bermasalah?

SELAIN rakyat negara kita yang sedang menanti dengan penuh debaran bilakah pilihan raya umum ke-13 akan dilangsungkan, rakyat Aceh juga sedang bergelut dengan pilihan raya (Pilkada) kedua mereka yang sepatutnya diadakan tidak melebihi Februari tahun depan.

Pilkada atau singkatan 'pemilihan kepala daerah' itu, adalah untuk memilih Gebenur, bupati dan wakil kota baru bersama timbalan-timbalannya untuk periode 2012 - 2017. Kepimpinan Aceh yang ada sekarang ini akan genap tempoh perkhidmatan pada Februari depan.

Gebenur adalah penjawat awam eksekutif yang dipilih paling tinggi sama taraf dengan menteri besar atau perdana menteri, manakala bupati adalah wakil daerah dan walikota datuk bandar.

Aceh menghadapi Pilkada pertama pada tahun 2006 selepas berlakunya musibah tsunami bersertanya tercapainya perdamaian dengan Jakarta. Ekoran perdamaian di antara kerajaan Indonesia dengan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di Helsinki pada tahun 16 Ogos 2005 membolehkan Aceh diberi kuasa otonomi dalam beberapa aspek dan termasuklah dibenarkan mengadakan pilihan raya sendiri. Namun pilihan raya itu tetap diawasi oleh Komisi Independan Pemilihan (KIP) (SPRlah kalau ditempat kita) yang berpusat di Jakarta.

Perdamai itu membuka tirai baru kehidupan rakyat Aceh dan permulaan itu dilihat satu langkah ke depan untuk rakyat Aceh menguruskan negerinya sendiri serta membentuk pentadbiran tanpa campur tangan dari Jakarta. Ia juga dilihat sebagai titik kemenangan rakyat Aceh yang berjuang berpuluh tahun untuk membebasan Aceh dari dijajah Jakarta.

Teryata pilihan raya pertama tahun 2006 memberi peluang dan sinar baru. Menerusi pilihan raya itu, rakyat Aceh bebas memilih pemimpin mereka sendiri menurut kehendak dan citarasa Tanah Rencong. Setelah lebih 40 tahun Aceh diatur oleh Jakarta barulah rakyat Aceh dapat merasai hak dan kebebasan sendiri. Dalam Pilkada pertama 2006 itu Irwandi Yusuf telah dipilih sebagai gebenur manakala timbalannya Muhammad Nazar.

Irwandi tidak mewakili mana-mana parti yang ditubuhkan di Aceh. Manakala Muhammad Nazar adalah calon dari gabungan tiga buah Parti Demokratik, PPP dan Parti Sira).

Sesuai dengan negeri baru "merdeka" dan cuba mengurus diri sendiri, Aceh terus berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya untuk melangsungkan Pilkada kedua ini. Tarikh Pilkada ini sudah diubah sebanyak beberapa kali kerana wujud ketidaksefahaman berhubung dengan perlaksanaan pilihan raya berkenaan serta dalam mentafsir undang-undang yang diguna pakai selepas Aceh memerintah sendiri.

Perkadasan dalam soal proses pilihanraya itu menyebabkan berlaku sedikit keributan, menyebabkan pilihan raya yang sepatutnya sudah diadakan masih tertangguh dan menjadi persoalan umum. Ia berlaku apabila pencalonan semua Irawandi bersama pasangannya Muhyan Yunan dikatakan bersalahan dengan ketetapan dan undang-undang Aceh. Undang-undang Aceh dan juga pesefahaman di Helsinki menyebtu mana-mana calon yang hendak bertanding jawatan gebenur, bupati atau wali kota hendaklah mewakili parti dan tidak bertanding atas sifat peribadi atau bebas.

Jadi apabila pencalonan Irwandi dan pasangannya Muhyan Yunan diterima ia menimbulkan persoalan dari kalangan rakyat yang mahu agar ketetapan di Helsinki itu dipraktikan. Dalam hal ini Parti Aceh yang dipelopori oleh bekas Gerakan Aceh Merdeka dan dipimpin oleh bekas Ketua tentera GAM Muzakir manas yang menjadi parti terbesar memprotes tidak mahu menyertai pilihan raya berkenaan.

Mereka menuntut supaya pencalonan Irwandi itu dibatalkan kerana ia melanggari peraturan dalam MoU di Helsinki Undang-Undang No 11/2006. Bagi mereka yang menentang atau memprotes pencalonan itu apa dilakukan Irwandi itu satu kesalahan besar. Pati Aceh tetap berdegil tidak mahu mendaftarkan calon mereka sehinggalah tarikh ditutup. Keistimewaan diberikan kepada parti itu tetapi Parti Aceh tetap enggan berbuat demikian. Parti Aceh mencadangkan Zaini Abdullah sebagai gebenur manakala Muzkir Manaf sebagai timbalan.

Apa membimbangkan pimpinan parti Aceh telah memberi kata dua mereka tetap akan memulau pilihan raya itu sekiranya peraturan dan undang-undang itu tidak diakur. Kemungkinan kalau ia diteruskan juga protes besar-besar sehingga menyebabkan proses perdamaian Aceh itu boleh tergugat.

Dalam hal ini adalah baik kalau Irwandi dan juga mana-mana individu berusaha mengelak hal ini dari berlaku. Adalah sayang kalau tiba-tiba kerana sesuatu perkara yang kecil dan bukan soal prinsipal tetapi menyebabkan mengheret Aceh kepada kekacauan semula.

Menjadi persoalannya kenapa Irwandi itu sendiri tidak berminat menyertai parti politik. Kenapa beliau tidak sedia menubuh sebuah parti politik sebagai platform sah dan berlembagaan seperti mana dikehendai? Ini yang menjadi kemusykilan. Atau beliau sengaja bersikap bebas kerana mengharap sokongan dari mana-mana fraksi?

Dari maklumat terbaru menyatakan pihak Komisi Independan Pemilihan (KIP) telah pun menetapkan 16 Februari sebagai hari menerobos - mengundi. Tarikh itu adalah tarikh ketiga setelah dua tarikh sebelum ini dipindah disebabkan pertikian mengenai kehadiran calon bebas itu. Mulanya pilihan raya dicadangkan pada 14 November kemudian dipinda ke 24 Disember. Dan terbaru ditetapkan 16 Februari.

Jelas penundaan tarikh itu menunjukkan keupayaan Aceh sebagai sebuah 'negara' yang baru diberi hak belum bersedia. Kelemahan itu boleh dijadikan alasan atau ejekan dari pihak Jakarta yang selamanya sinis dan bersikap prejudis kepada Aceh.

Sehingga kini hanya dua pasangan telah mendaftar untuk merebut jawatan gebenur dan timbalannya. Selain Irawandi, pasangan lain ialah Tengku Ahmad Tajuddin yang berpasangan dengan Teuku Suriansyah, mereka juga tidak berparti dan bertanding atas calon bebas. Satu lagi pasangan ialah timbalan gebenur kini, Muhammad Nizar berpasangan dengan Nova Iriansyah yang bergabung dengan tiga buah parti Parti Demokratik, PPP dan Parti Sira. Parti yang pernah menguasai membina empayar di Indonesia lebih 40 tahun Golongan Karya (Golkar) tidak mewakilkan calon kerana tidak layak.

Apapun yang tetap menjadi pertanyaan apakah Parti Aceh akan tetap dengan keptusannya tidak akan menyertai pilihan raya itu kalau KIP tetap membenarkan calon bebas khasnya Irwandi terus sah untuk bertanding? [wm.kl.1:03 t/hari 15/11/11]

No comments: