Monday, July 30, 2012

Benarkah Mustapa Ali Tanding Di Tititwangsa?

SESUDAH SAHUR

Ada dengar-dengar Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali akan imigrant dalam pilihan raya akan datang dari Terengganu ke Wilayah Persekutuan. Beliau disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa kerusi yang ditinggakan oleh Allayarham Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Kalau berita ini benar ia menarik juga kerana inilah pertama kali tokoh veteran Pas itu akan bertanding di luar Terengganu. Sebelum ini beliau tidak pernah meninggalkan negeri penyu menangis itu. Mustapa beberapa kali kalah dan menang di Terengganu. Mungkin Pas ada strategi sendiri kalau benar mahu meletakkan Mustapa di luar Terengganu.
Mustapa Ali

Apakah ini menunjukkan Mustapa sudah tidak laku lagi di Terengganu? Atau beliau sudah menjadi liabiliti kepada Pas. Satu segi tindakan mengalih atau membawa bekas Exco Kanan Ternegganu semasa kerajaan Pas itu ke luar satu tindakan bijak. Kalau di Terengganu Mustapa sudah menjadi liabiliti elok di bawa keluar.

Sebelum ini Mustapa dikatakan mengidam kerusi Kuala Terengganu yang kini disandang oleh Abdul Wahid Endut. Dalam perkiraan beliau kerusi itu lebih senang berbanding dengan Dungun dan lain-lain kerusi kerana kedudukan atau taburan pengundi di Ternegganu yang bercampur dengan orang Cina. Lagipun pengundi di Kuala Terengganu pengundi bandar yang diistilahkan sebagai cerdik atau terbuka.

Mungkin ada kajian dan pendapat baru mengenai cadangan itu menyebabkan timbul cerita Mustapa akan berpindah ke Titiwangsa. Apakah cadangan baru ini tidak menjadi masalah? Apakah menempatkan Mustapa di Titiwangsa itu sudah tepat dan Pas dapat menjamin kerusi itu kekal kepada Pas? Dan apakah relevan atau hubungkait beliau dengan Titiwangsa?

Bagi saya seseorang yang ingin duduk di Titiwangsa harus mempunyai perwatakan dan nilai diri tersendiri. Dia juga harus masak dengan politik dan kerenah masyarakat Kampung Baru yang menjadi kumpulan pngundi terbesar. Pertamanya orang itu biarlah menyamai ketokohan dan watak Dr Lo' Lo' yang rajin, mesra dan bekerja tidak kira waktu. Kalau seseorang itu tidak dapat mewarisi sifat dan pembawaan Dr Lo' Lo' rasanya sukar untuk mengekalkan kerusi Titiwangsa.

Pilihan raya kali ini mungkin berubah senarionya di parlimen itu. Sukar untuk ditentukan perubahan itu nanti positif atau sebaliknya. Peluang yang diperolehi Pas menerusi Dr Lo' Lo' memberi ruang kepada pengundi di situ mengenali secara mendalam ciri-ciri dan juga bentuk kepimpinan Pas. Jadi dalam kata lain pengundi sudah dapat maklumat dan sedikit sebanyak pengalaman dengan  Pas. Justeru calon yang perlu Pas letak di situ setidak-tidak pengundi mengenali mereka adalah perwaris Dr Lo' Lo'. Mereka yang dianggap mampu menerus atau menghidupkan roh perjuangan Dr Lo' Lo' rasanya lebih wajar ditempatkan di situ.

Dan Mustapa serta Pas juga perlu membuat kajian mendalam akan kesan dan akibatnya nanti. Jangan kerana kedudukan Mustapa sebagai setiausaha agung maka beliau boleh dibawa ke mana sahaja. Sebaiknya dengan melihat usia, penglibatan dan prestasi Mustapa ke belakangan ini tidak perlu beliau bersusah payah bertanding di mana-mana kerusi lagi. Paling elok ialah menumpukan kepada usaha Pas untuk mendapat sebanyak mungkin kerusi dalam pilihan raya akan datang. Dalam keadaan sekarang beliau lebih layak menjadi penasihat parti di bilik daripada terus menjadi aktis partinyang inginkan kerusi.

Kerusi yang diperuntukan untuk beliau elok diserahkan kepada calon muda yang ada bakat dan potensi untuk menjadi pemimpin. Kalau Mustapa masih 'tergehan' untuk berbakti kepada parti beliau boleh lakukan dengan apa-apa cara jua kandatipun tidak memegang jawatan setiausaha. Yang penting ikhlas, jujur dan telus.

Kalau tertakdir Pas dan Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik memegang apa-apa jawatan eksekutif di dalam kerajaan. Rasanya itu lebih baik daripada bertanding tetapi kalah. [wm.kl.5:54 am 30/07/12]

3 comments:

Cikgu Kamal said...

SETUJU !!!

Unknown said...

Asalamualaikum Tuan,
beberapa tokoh besar PAS perlu kekal di negeri masing-masing dan bukan berubah-ubah demi nak menang.
Tahniah kepada Salehudin Ayub yang akan bertandng di Johor. sama juga dengan Dr Zulkifli yang besar kemungkinan kembali ke Johor dan memberi ruang muka baru PAS Selangor di Kuala Selangor.
Sebagai contoh Mat Sabu lebih layak bertanding di Balik Pulau atau Tasik Gelugor dari mencari kersui selamat di Pantai timur.
Kalau benar Pendang mahukan Mat Sabu, lebih baik letak anak Kedah kerana PAS Kedah tak kurang anak muda yang sedia menduduki kerusi Almarhum Fadhil Nor, termasuk anak-anak beliau.
Bagi Mustafa Ali nak pindah ke Kg Baru sudah tentu sesuatu yang janggal dan kurang sesuai.
Kg Baru perlukan seorang profesional terutama Dr perubatan. PAS di pantai barat memerlukan golongan ini untuk membina kekuatan di parlimen dan DUN.
Kepada Mustafa Ali, mungkin Prof Syed Husin Ali boleh menjadi contoh terbaik. Beliau tolak dicalonkan dan kini menjadi senator.
tetapi tidak salah untuk terus menjadi calon di negeri Penyu menangis ini.

tokjeng said...

Saya rasa elok Cikgu PA terus berkhidmat sebagai SU Agung tanpa menjadi YB. Cikgu Pa lebih diperlukan sebagai pentadbir parti. Biarlah tokoh-tokoh lain yag bersilat dalam gelanggang..