Monday, May 6, 2013

UBN Terus Diberi Mandat (Walaupun Kecil) Untuk Membentuk Kerajaan

KHABAR DUKA MALAM                                                                                                                    

Jam 12:50 tengah malam ini mengesahkan bahawa UBN masih lagi berhak untuk membentuk kerajaan Malaysia. Dengan jumlah kerusi yang kini diperolehi sebanyak 112 kerusi UBN telah menafikan kekuatan Pakatan Rakyat yang berusaha bermati-matian untuk menukar dan mengambil alih kerajaan.

Setakat ini parti-parti Pakatan Rakyat, memperolehi 58 kerusi di mana DAP tetap menjadi parti unggul dengan memperolehi 28 kerusi, manakala PKR 18 kerusi dan PAS 12 kerusi. Sehingga kini sudah 170 kerusi yang telah diumumkan dan tinggal 52 kerusi lagi.

Persoalan kini apakah UBN akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen dengan mendapat 148 kerusi. Sekiranya UBN gagal untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen, maka Najib Razak juga perlu mengikuti langkah Abdullah Badawi yang melepaskan jawatan itu kepada beliau atas alasan gagal mendapat 2/3 majoriti di parlimen.

Untuk malam ini terimalah keputusan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Kita hanya boleh merancang dan Allah jua yang menentukannya. Insya-Allah saya akan membuat ulasan mengenai pilihan raya ke-13 ini bila ada kelapangan.

Dalam pada itu buat masa ini Kelantan masih kekal diperintah oleh PAS dengan kerusi berkurangan seperti mana yang diduga awal-awal. Pakatan Rakyat juga kehilangan kerajaan Kedah, juga ia telah didugakan.

Pulau Pinang seperti didugakan ianya berjaya dikekalkan oleh Pakatan Rakyat menerusi DAP. Selangor bagaimana pun sehingga saat ini masih belum ketentuan. [kb. kel. 1:06 am 06/05/13]

No comments: