Friday, May 31, 2013

Penahan Nurul Izzah, Bung Mokhtar Sifatkan Malapetaka

ULASAN                                                                                                

UBN Sabah masih lagi dibayangi seruan "Ini kalilah" yang merupakan seruan pembangkang Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN Sabah dalam pilihan raya lalu. Walaupuan seruan itu tidak menjadi, bila mana Pakatan Rakyat gagal menguasai Sabah tetapi ia seakan-akan terus mengusik perasaan pemimpin UBN Sabah.

Mengapa tidak, semalam Imigresen Sabah bertindak mengalang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dari memasuki ke negeri berkenaan. Izzah dihalang dan diminta pulang semula ke Kuala Lumpur sebaik tiba di lapangan terbang Sabah. 

Izzah katanya dalam rangka mengadakan lawatan ke negeri berkenaan untuk menyertai pesta Keamatan yang sedang berlangsung kini.


Setiba di lapangan terbang Sabah beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Pemakluman penahanan beliau dibuat menerusi twiternya, antara lain Izzah menulis; "Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN".

Sebelum ini Imigresen Sabah menghalang Tian Chua dan seorang pembantu Mohamed Azmin Ali dari memasuki ke negeri berkenaan tahun lepas.

Jelas tindakan itu menggambarkan kerajaan UBN pimpinan Musa Aman masih lagi dikejar bayang-bayangan ketakutan ekoran kebangkitan rakyat Sabah secara menyeluruh menjelang pilihan raya lalu.

Sekiranya tidak berlaku tragedi serangan ke atas Lahad Datu sudah tentu Sabah sudah luruh dalam pilihan raya lalu. Tragedi Lahad Datu yang masih menjadi misteri sampai kini, dipercayai menjadi faktor sokongan (tipu) bagi mengekalkan kerajaan UBN Sabah. 

Persoalan juga timbul di sebalik penahanan Nurul Izzah dan beberapa ahli politik lain di Sabah itu, apakah 'kuasa gila' itu akan terus dibenarkan. Kuasa gila itu jelas sekali bertentangan dengan semangat penubuhan Malaysia 1963 walaupun Sabah adalah sebahagian dari persekutuan Malaysia tetapi ia masih mempunyai kuasa otonomi gila tersendiri untuk menghalang sesiapa saja rakyat Malaysia dari memasuki ke negeri berkenaan.

Sudah sampai masanya kuas gila yang dimiliki Sabah dan Sarawak dimansuhkan kalau tidak kewujudan mereka dalam Malaysia tidak membawa apa-apa erti khasnya bagi rakyat Semenanjung. Ketidakadilan juga nampak, rakyat kedua buah negeri itu bebas untuk ke Semenanjung tetapi tidak sebaliknya. 

Dalam perkembangan lain penahanan Nurul Izzah itu menimbulkan kemarahan kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan ianya satu masalah besar.

Kata Bung penghalangan itu satu kesilapan besar dan juga malapetaka. Nada Bung Mokhtar Radin itu agak sumbang sedikit dan apakah ianya merupakan penzahiran rasa kurang senang Bung Mokhtar ke atas Musa Aman?

Ketiadaan Bung Mokhtar di dalam senarai kabinet yang dibentuk Najib Razak baru-baru ini khabarnya timbul rasa kurang puas di kalangan pengikut Bung Mokhtar. Mereka kesal mengapa Bung Mokhtar yang sudah berkhidmat sebagai ahli parlimen lebih dua penggal tidak dilantik menjadi anggota kabinet berbanding dengan mereka yang hanya menang baru sepenggal sudah menjadi menteri. 

Apakah penghalangan Nurul Izzah memasuki Sabah itu akan menjadi titik mula kepada Bung Mokhat untuk melancarkan serangan mortar ke atas Musa Aman dan Sabah? [wm.kl.10:59 am 31/05/13]

Wajar juga kalau 

No comments: