Dyana: Jangan permainkan kelembutannya. |
Begitu juga pendekatan Islam wastaiyyah diperkenalkan Najib Razak tidak sedikit pun mengubah cara dan corak bangsa Melayu berpolitik. Tampaknya pemain politik negara ini tidak terkesan dengan seruan Najib agar bersikap sedarhana dan tidak melampau. Mungkin mereka menjadi galak kerana ada pembelaan asalkan mereka tidak memburuk dan menghuduhkan individu Umno?
Sebenarnya politik jelek ini bermula sejak lama dulu dan ia memuncak dizaman Dr Mahathir Mohamad. Apa yang menimpa ke atas Anwar Ibrahim adalah pemulaan bagaimana politik kotor dan huduh di negara ini. Berbagai-bagai keburukan hingga tidak masuk akal dilakukan kepada Anwar hanya semata-mata seorang insan ingin mengekalkan kekuasaan dan melindungi dirinya.
Dyana bersama ibunya dalam satu majlis politik di Selangor. |
Terbaru bakal calon DAP di Teluk Intan yang disebut-sebut Dyana Sofya Mohd Daud, telah mula dileset dengan air najis dan air kencing Iblis dan Syaitan apabila Dyana 27 digambarkan sedang memakai bikni di kolam renang wahal gambar sebenarnya ialah bintang filem Filipina, Pauleen Luna bukan Dyana. Mereka yang memiliki gambar lucah begitu tentulah juga di kalangan ahli dan penggemarnya sahaja dan sering menjadikan gambar-gambar lucah sebagai daya inspirasi untuk memfitnah.
Fitnah terhadap Dyana ini adalah character assosinate berniat jahat untuk memberi gambaran buruk awal-awal lagi kepada pengundi sekiranya Dyana yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang ini dicalonkan di Teluk Intan.
Bagaimana Dyana yang merupakan anak kepada tokoh politik Perak itu tidak mudah gelabah menghadapi fitnah dan serangan ke atasnya. Walaupun beliau masih muda, tetapi telah menyerlah kematangan dalam menjawab atau memberi ulasan terhadap fitnah ke atasnya itu.
Misalnya, beliau dengan tenang menjawab, sudah membaca cerita rekaan buruk terhadapnya itu, dengan menempelak dia berbangga kalau mempunyai tubuh ramping seperti gambar yang dikatakan gambarnya itu.
Dalam pada itu ketika menjawab panggilan liar untuk mengancam dan menggerunkannya, beliau hanya memberi ingatan agar jangan melakukannya dan sayangkan duit prepaid anda.
Sebagai anak kepada wanita pejuang, Dyana banyak memiliki aspirasi dan karektor ibunya untuk menceburi dunia politik. Siapa tidak mengenali ibunya, Yammy Samad seorang aktivis dan ahli politik wanita yang cukup terkenal dari Perak.
Yammy berjiwa tegas, berani dan lantang mengkritik demi kebaikan. Jadi apa dimiliki oleh puterinya seorang peguam muda UiTM itu adalah warisan kesenimbungan perjuangan ibunya.
Justeru mereka yang cuba-cuba untuk bermain dengan Dyana jangan merasa mudah menewaskannya dengan melihat kelembutan jelitawan ini. Disebalik kelembutan itu dia mempunyai jiwa besi, masakan kalau tidak, dia berani menyertai DAP parti yang dianggap sebagai kontras dengan orang Melayu.
Pilihan Dyana itu juga merupakan itulah aspirasi dan perasaan anak muda hari ini yang hilang kepada parti Melayu khasnya Umno. [wm.kl.2:27 pm 15/05/14]
3 comments:
salam pak MSO,kadang-kadang saya pelik dengan sikap sesetengah orang UMNO ni,macam mana mereka dapat cari gambar porno yang seiras dengan orang yang mereka nak dajalkan..
Kagum dengan kematangan fikiran dan sikap peguam muda ini. Bandingkan kebanyakan pemimpin dan ahli2 umno yang sesetengahnya sudah berusia pinjaman; tapi bersikap dan berperangai setaraf budak2 belum bersekolah yang cuma boleh menghemburkan fitnah dan kata2 jelek apabila ditegur.
Bravo Dyana Sofya Mohd Daud bravo!!! You had chosen the right path towards excellence for the sake of the people in our country. Honestly, I'm proud of you. I believe that you can do much better. Once again, bravo!!!
Post a Comment