Sunday, May 25, 2014

Kelemahan publisiti menyebabkan Kelantan dilihat tiada pembangunan

LAPORAN                                                                                            

[kemaskini] Disebabkan kelemahan sebaran awam (publisiti) beberapa projek atau langkah-langkah baru yang diambil oleh kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah tidak banyak diketahui oleh umum khasnya yang berada di luar Kelantan.

Zulkifli moderator dialog.
Ekoran kelemahan publisiti ini juga menyebab orang prejudis dan beranggapan tidak ada apa-apa pembaharuan yang dilakukan di Kelantan selepas berundurnya Tokguru Nik Abdul Aziz sebagai MB.

Ia makin dilihat kering lagi apabila Husam Musa yang dikenali dengan master mind dalam pembangunan sosial ekonomi di Kelantan tidak lagi berada dalam kerajaan.

Mungkin apa-apa perkembangan atau langkah-langkah baru yang dibuat ole kerajaan Kelantan, diketahui oleh penduduk negeri itu, kerana mereka hampir dengan pelbagai sumber dan agensi kerajaan. Tetapi bagi mereka yang berada di luar Kelantan, seperti Kuala Lumpur sumbernya terhad.

Harakah, suara parti juga tidak memberi fokus khas perubahan di Kelantan mutkhir ini dan hanya sesekali sahaja menyiarkan atau menyorot perkembangan di Kelantan. Untuk mengatasi ini adalah elok kalau Harakah memberi  ruang yang lebih luas untuk menyebarkan perkembangan di Kelantan agar ia tidak disalah anggap sehingga menimbulkan tanggapan buruk terhadap Kelantan.

Mohd Amar bangun memberi penjelasan.
Buliten Purnama yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan juga perlu diperluaskan sebarannnya dan tidak terhad di Kelantan sahaja. Ia perlu diedarkan ke peringkat nasional dengan penambahan isi kandungan yang pelbagai dan menarik. Untuk tujuan penyebaran di luar Kelantan Urusetia Penerangan boleh menggunakan Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) atau Persada untuk menjadi penyebarnya.

Sehubungan itu sesuai dengan ledakan industeri maklumat (media maya) sekarang ini, wajar kalau kerajaan negeri mempunyai portal beritanya sendiri yang dibangunkan secara tetap dan menjadi portal rasmi Kerajaan. Kewujudan portal negeri ini boleh menampung kesuntukan ruang dan kolom dalam Harakah atau Buletin Purnama.

Kerajaan Kelantan mempunyai beberapa channel tv internet yang cukup aktif dan berkesan, menyairkan program secara live atau pun kuliyah di Dataran Ilmu pada setiap Jumaat. Tetapi sayang tidak ada sebuah portal berita yang dibangunkan setanding dengan peranana dan fungis tv internel itu.

Tidak ada guna kerajaan memperluaskan broad band (laluan internet) tetapi kalau tidak ada bahan untuk diakses atau pun sebaliknya. Pengisian sekarang ini bukan lagi setakat berfikir macam mana hendak mencapai kelajuan dan menambah kapasiti internet untuk aksas maklumat tetapi penyediaan maklumat dan sajian sumber dari Kerajaan negeri.

Rasanya bukan saya sahaja yang miskin maklumat mengenai aktiviti kerajaan Kelantan, tetapi orang lain juga. Apa lagi mereka yang prejudis atau sengaja mahu menutupkan makluamt atas tujuan tertentu, akan beranggapan tidak ada apa-apa perubahan dan pembaharuan di Kelantan ekoran kelemahan dalam industri maklumat ini.

Apa yang berlaku sebenarnya tidak seperti mana yang dibayangkan. Penjelasan diberikan oleh Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah pada dialog bersama sekumpulan facebook dan bloger di sebuah hotel di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur semalam, mendedahkan sesuatu yang anjakan baru apa yang sedang berlaku di Kelantan sekarang ini.

Dialong semalam memberi banyak manfaat, selain hadirin dapat berkenalan lebih dekat dengan pimpinan Kelantan yang hadir, maklumat-maklumat yang masih disimpan atau tidak diexposekan juga terdedah. Dalam masa sama pihak kerajaan menerima saranan dan pandangan untuk kebaikan kerajaan Kelantan.

Misalnya, Mohd Amar menjelaskan sekurang-kurang ada tiga bandar baru yang sedang dibangunkan sekarang ini dimana apabila siap bandar baru ini ia memberi imej baru kepada negeri Kelantan khasnya daerah di luar Kota Bharu. Rancangan pembangunan bandar ini dan detailnya masih belum diketahui umum.

Tiga bandar baru itu ialah, Bandar Baru Dabong, Bandar Baru Sungai Terah di Gua Musang. Bandar ini menurutnya akan dibangunkan menjadi bandar pentadbiran, penempatan baru dan menjana ekonomi sosial di daerah berkenaan di samping bandar Gua Musang yang sedia ada. Sebanyak lebih 4,000 hekar diperuntukan untuk pembangunan kedua-dua buah bandar itu.

Selain itu sebuah lagi bandar baru ialah di Sungai Bagan terletak di Machang. Bandar-bandar baru ini adalah antara projek sosial ekonomi prima untuk rakyat dan bandar ini akan menjadi land mark baru kepada negeri Kelantan.

Apa lagi konsep bandar ini yang beridentitikan Kelantan dengan campuran usur-usur sebuah bandar Islam yang diplagiatkan dari bandar Islam tersohor di dunia ia bukan saja menjadi mercu tanda baru tetapi dalam masa sama akan menjadi daya tarikan pelancong.

Apa juga disebut oleh Mohd Amar semalam, selain pembangunan bandar baru itu, ada dua langkah atau dasar baru kerajaan Kelantan yang juga tidak diuar-uarkan sebagai satu pembaharuan. Pertama ialah, penempatan mesra (posting) pegawai kerajaan yang mengambil kira agar tidak memisahkan pegawai dengan keluarga. Dasar ini menunjukkan kerajaan Kelantan mementingkan kepada pembangunan dan kebajikan keluarga.

Pelaksanaan ini dasar ini sudah pun bermula. Dengan adanya dasar ini pegawai kerajaan tidak lagi memikirkan mengenai keluarga dan dapat menumpukan perhatian kepada tugas degan ini nilai produktif akan bertambah.

Satu lagi dasar ialah, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan. Untuk peringkat pertama kerajaan mensasarkan 3,000 unit rumah. Buat masa ini hampir 1,000 unit sudah pun siap. Rumah mampu milik ini mempunyai tiga kelas, bernilai RM43,00 RM68,000 dan RM94,000. Langkah kerajaan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah kediaman mampu milik ini sangat wajar memandangkan terdapat 16,000 yang berdaftar dengan SUK untuk memilik rumah.

Penekanan kepada dasar ini juga sesuatu yang perlu dipuji sebenarnya kerana impian dan harapan untuk membina kediaman rakyat ini seakan ia terabai sebelum ini. Tindakan segera diambil Ahmad Yaakub ini adalah sebagai positf menunjukkan kerajaan Membangun Bersama Islam, mengambil berat hal ehwal kebajikan rakyat.

Sebenarnya bukan kerajaan Kelantan tidak peduli soal pembangunan kedimanan ini, tetapi kerajaan Kelantan diabaikan oleh Pusat tanpa memberi apa-apa peruntukan seperti mana sepatutnya. Selama 23 tahun tidak ada apa-apa peruntukan untuk tujuan itu. Tetapi kata Mohd Amar atas iniasitif kerajaan hari ini, menyebabkan telah mula mengambil langkah baru mengadakan kerjasama dengan agensi termasuk kerajaan Pusat untuk membina rumah kediaman.

Kalau tidak silap projek awal untuk membina perumahan rakyat ini bermula di Badang, yang digerakkan oleh Husam semasa menjadi Adun Kijang. Alhamdulilah projek berkenaan diteruskan oleh pengganti Tokguru dan ia menjadi legasi Husam di Kijang.

Apa yang menarik juga seperti mana disebut Mohd Amar semalam ialah, hasrat kerajaan Kelantan untuk memiliki sebuah kompleks stadium. Idea yang dicetuskan oleh bekas Exco Husam Musa, itu jelasnya akan diteruskan. Beberapa buah syarikat telah pun menyatakan minat mereka untuk membinannya dan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Tidak timbul kalau ada orang menuduh projek stadium itu terbengkalai ekoran ketiadaan Husam. Penerusan projek itu menjadi petunjuk bahawa cita-cita untuk membangunkan stadium itu adalah menjadi cita-cita kerajaan.

Selain itu apa yang menarik perhatian yang diperolehi dari dialog semalam, ialah kewujudan apa dinamakan SPARK, satu badan yang akan memantau dan menyemak perjalanan dan pengendalian projek-projek kerajaan yang dirancangkan. SPRAK bertanggungjawab langsung kepada MB untuk memaklumkan progres setiap projek yang dirancangkan.

Terdapat 282 projek melibat seluruh portfolio dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Sebahagian projek itu adalah projek atau rancangan yang telah berjalan sebelum ini yang ditambah nilai atau dilakukan pengubahsuaian. Kebanyakn projek itu diambil atau pun cerakinkan daripada manifesto Pas pada pilihan raya lalu.

Sudah pasti rakyat Kelantan dan juga orang luar menunggu-nunggu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi apakah jenis atau bentuk 282 projek berkenaan. Ia mungkin akan didedahkan dari masa ke semesa oleh pihak kerajaan. Penyegeraan mendedahkan identiti serta nilai projek itu nanti akan menolak tanggpan yang kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub kini tidak mempunyai idea.

Pendedahan 282 itu juga perlu untuk diteliti dan disemak oleh rakyat. Biarlah ia bersifat pembentangan secara umum bagi menilai dan mengkaji sejauh mana kemunasabahan dan relevan setiap projek berkenaan. Pihak sekretariat SPRAK boleh membentangkan satu persatu untuk dinilai oleh rakyat bagi diberikan prioriti untuk dilaksanakan.

Keseluruhannya dialog bersama pimpinan kerajaan Kelantan anjuran Perakan semalam memuaskan dan ia perlu diadaklan lebih kerap lagi dengan penyertan yang lebih ramai dari berbagai lapisan pihak dan bukan tertumpu kepada pihak tertentu sahaja. Apa yang penting dialog seperti itu bukan saja dapat menghuraikan masalah atau pihak kerajaan menerima saranan dan idea, tetapi tentunya mengeratkan hubungan sesama sendiri.

Selain Mohd Amar menjadi host utama semalam, ia juga disertai Exco Pertanian dan Teknologi Hijau Che Abdullah Che Nawai, Sepeaker DUN Kelantan Abdullah Yaakob, Setiausaha Politik MB Dr Wan Nik Wan Yusuf, presiden Perakan Hamzah Abdul Rahman dan presiden Ilmuan Nasional (Ilmu) Dr Mazli. Manakala Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat sebagai moderator. [wm.kl.11:12 am 25/05/14]

1 comment:

PokliSeluang.blogspot.com said...

ada benarnya.saya duduk lembah klang pun kurang tahu maklumat mengenai pembangunan di kelantan.paling banyak hudud je.saya pengguna tegar internet.cuba bayangkan yang tak pakai internet pulak.