Tuesday, May 28, 2019

Program MOA mendapat pengikhtirafan Perdana Menteri

ULASAN

Salahuddin merasmikan upacara menunai
padi beras wangi di Kelantan.
PROGRAM ke 12 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, - pengeluaran beras wangi dan beras istimewa (pulut) mendapat perhatian khas daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau telah mengistyharkan Langkawi sebagai jelapang pengeluar beras pulut utama negara.

Dr Mahathir membuat pengumuman itu semalam di Langkawi. Projek pengeluaran beras pulut itu merupakan satu lagi projek meningkatkan pendapatan petani disamping mengurangkan kebergantungan negara kepada beras pulut import.

Projek itu akan bermula pada Sptember ini dengan Langkawi menjadi pusat pengeluaran utama.  Kewujudan program ini adalah atas keperhatian dan keserisuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub yang dari awal memegang jawatan itu lagi telah meletakkan komitment tinggi untuk mengkomersialkan pertanian.

Projek itu akan dilaksnaakan oleh Jabatan Pertanian yang akan menyediakan kawasan khas untuk penanaman itu dan ia projek berasingan daripada tanaman padi biasa. Ini bermakna MOA telah memberi fokus khusus kepada usaha ini, di mana pengeluaran beras pulut sebelum ini dilihat tidak mendapat perhatian.

Pengumuman Dr Mahathir terhadap projek itu merupakan satu pengikhtirafan Perdana Menteri kepada usaha gigih kementerian itu khasnya kepada menterinya, Salahuddin Ayub. Tidak sia-sia Salahuddin menunjukkan komitmen tinggi dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya itu.

Projek penanaman padi pulut itu dinyatakan oleh Salahuddin sebelum ini dan dimasukkan dalam program khas MOA sebagai salah satu program baru diperkenalkan.

Yang dirangkumi sama dibawah pelan ke 12 MOA itu ialah projek pengeluaran beras wangi yang diberikan tugas merintis projek itu kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Projek perintis beras wangi itu sudah pun bermula dan baru-haru ini Salahuddin telah melakukan perasmian upacara penunaian padi beras wangi bertempat di Pasir Puteh Kelantan. Penanaman padi beras wangi akan dimasukkan dalam jelapang padi negara.

Berbalik kepada pengumuman Dr Mahathir Langkawi menjadi pusat pengeluaran beras pulut negara itu sudah pasti dapat menyuntikan semangat Salahuddin dan semua para pegawai kementeriannya dan juga kaum petani untuk terus berusaha untuk memajukan pertanian negara.

Dr Mahathir menyatakan optimistik dengan terlaksana projek itu kelak para petani akan dapat menambahkan pendapatan memandangkan permintaan beras pulut berkualiti harganya lebih tinggi berbanding dengan beras biasa.

Beliau menyifatkan kesediaan petani untuk memulakan projek ini sebagai menyahut seruan kerajaan untuk yang memberi galakan dan tumpuan kepada pertanian. [wm.kl.3:42 pm 28/05/19]

No comments: