Wednesday, May 15, 2019

Tabik lagi untuk Syed Saddiq

SUSUPAN PAGI

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
SARANAN dan desakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda  agar
memberi bukti kononnya ada pegawai lantikan politik menganggu tugas pegawai kerajaan disegera.

Syed Saddiq meminta presiden Cuepacs itu mendedah kementerian dan itu dan menyebut nama menterinya sekali.


Cadangan Syed Saddiq itu tepat dan sesuai dengan corak politik anjuran kerajaan baharu PH kini yang berterus terang, gentlemen dan bertanggungjawab.

Kata Syed Saddiq, kalau apa didedahkan oleh Azih Muda itu benar persilakan kemukakan bukti dan jangan hanya cakap sahaja tetapi tidak berani mendedahkan buktinya.

"Kalau tuduhan itu dibuat secara purata sahaja ia tidak adil kerana hubungan di kalangan pegawai lantikan politik dan pegawai lain di kementerian saya berjalan dengan baik," ujar Syed Saddiq dipetik.

Azih harus bertanggungjawab dengan apa yang ditimbulkannya kerana ia menyentuh soal wibawa kerajaan PH. Tanpa berani mendedahkan bukti apa yang disebutkan itu ia hanya sebagai persepsi sahaja yang boleh menyakitkan hati kerajaan hari ini dan boleh juga dianggap Azih mempunyai niat jahat terhadap kerajaan. Cis. 

Jika hendak dibandingkan dengan corak pentadbiran kerajaan PH hari ini dengan kerajaan BN dahulu jauh lebih baik dan gentlemen kerajaan hari ini. Siapa tidak maklum mengenai gelagat pegawai lantikan politik kerajaan Najib Razak dahulu dimana mereka dilihat lebih berkuasa dan ditakuti daripada ketua pegawai kerajaan di kalangan pegawai bawahan.

Sebelum ini Dr Mahathir ada memberi peringatan kepada setengah pegawai kerajaan yang seakan mensabotaj kerajaan PH, apakah Azih ada bangkit dan menyiasat perkara itu?  Sepatutnya Azih menyelesaikan fenomena disebut oleh Dr Mahathir itu bukannya "membalas" dengan mendedahkan kelakuan pegawai lantikan politik itu.

Sayang tidak kedengaran pula Azih mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi memperbetulkan sikap para ahlinya itu seperti didedahkan Dr Mahathir.

Untuk pengetahuan Azih tidak dapat disembunyikan hingga ke hari ini masih ada sebilangan pegawai kerajaan yang bersikap dingin atau enggan melaksanakan polisi kerajaan kerana kurang senang dengan kerajaan disebabkan masih bernostalgia dengan kerajaan dahulu.

Bukan sahaja pegawai bawahan, tetapi ia berlaku juga di peringkat tertinggi Ketua Setiausaha (KSU). Ada KSU yang semacam memandang rendah kepada kebolehan dan arahan menteri dan lebih syok untuk melaksanakan agendanya sendiri. Misalnya KSU disebuah kementerian tidak menerima cadangan menteri, pelantikan dibuat menteri diabaikan begitu sahaja. (Nak tahu sila telefon saya).

Sepatutnya situasi ini patut sama disampaikan kepada Azih dan dalam pengetahuannya. Selaku Presiden Caupacs Azih perlu berani bertindak dan mengambil berat kejadian ini kalau dia sendiri menghormati kerajaan. Jangan double standard.

Diharap Azih tidak hanya tahu melihat kuman di seberang lautan tetapi tidak nampak juga gajah yang tersenggeng di hadapan mata.

Berbalik mengenai cadangan Syed Saddiq itu Azih harus mendedahkan segera apa yang didakwa itu jangan berdolak dalih kerana ia boleh merosakan pegawai lantikan politik. Azih sendiri nampak semacam sengaja mencari "puting" (masalah) dengan kerajaan hari ini.

Kepada Syed Saddiq sekali lagi diangkat tabik atas respon beliau berhubung perkara dibangkitkan oleh Azih yang turut dinafikan oleh Perdana Menteri itu. Mahathir semalam menafikan dakwaan Azih kononnya lantikan politik menganggu tugas pegawai kerajaan. Apa yang berlaku tekan Mahathir mungkin kerana silap faham sahaja tidak seperti mana didakwa oleh Azih.

Nampaknya Syed Saddiq terkedeapan berbanding dengan Pemuda-Pemuda parti lain dalam membela kerajaan. Syabas. [wm.kl.10: 15 am 15/05/19]

No comments: