LEMPAR PANDANG
SETELAH selesai upacara angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8, perhatian kini tertumpu kepada pembentukan kabinet oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin masih belum boleh duduk diam dan tugas besar terus menantinya selepas ini.
Tugas pertama, ialah membentuk kabinet. Orang sedang menanti dan membuat perkiraan bagaimanakah rupa bentuk kabinetnya.
Apakah asas atau bagaimana komposisi kabinet Muhyiddin. Kerajaan yang dipimpin hari ini adalah gabungan empat buah kumpulan (parti), Bersatu (22), serpihan PKR (11), Umno-BN (38), Pas 18, GPS 19 dan Bebas (4).
Dengan kedudukan itu apakah formula akan digunakan Muhyiddin untuk membentuk kabinetnya? Apakah ia berdasarkan pengalaman individu bekas-bekas menteri dalam kumpulan itu, atau mengikut kuota jumlah parti.
Kalau dibuat mengikut kuota berdasarkan suara parti sudah tentu, Umno akan diberikan lebih banyak kerusi menteri diikuti dengan Bersatu dan serpihan PKR (9) kerana ia memiliki angka terbanyak. Atau pembentukan kabinet itu merit kepada idealisme parti-parti gabungan itu.
Fokus utama kini mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Muhyiddin akan beri kepada Umno? Tidak diketahui apakah janji Muhyiddin dengan GPS, apakah ia akan diperuntukkan satu kerusi timbalan perdana menteri untuk Sarawak dan Sabah? Atau apakah ia ada janji istimewa dengan Pas?
Siapa dan berapa jawatan TPM ini sangat menarik. Jika mengikut amalan biasa presiden parti gabungan akan diberi jawatan penting. Dalam hal ini Umno boleh menamakan Ahmad Zahid Hamidi. Tetapi sediakah Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Zahid yang reputasinya tercemar apabila berhadapan dengan 85 pertuduhan di mahkamah.
Zahid juga ada chemistry dengan Muhyiddin sesama dalam Umno dahulu. Tetapi itu boleh dilupakan kerana mereka kini berada dalam satu pagar. Biasanya pencuri dapat berpakat dengan pencuri untuk mencari jalan keluar.
Sekiranya ia hendak diturunkan kepada Naib Presiden, Umno ada tiga naib presiden yang layak untuk dipertimbangkan; Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid dan Khalid Nordin. Walaupun ketiga mereka dari segi pengalaman boleh dipertikaikan, tetapi mereka mempunyai mirit dari segi jawatan. Khalid awal-awal lagi ternafi dari kemungkinan ini kerana beliau bukan merupakan seorang ahli parlimen.
Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein juga boleh dipertimbangkan. Walaupun beliau bukan naib presiden tetapi penglibatan dalam perancangan untuk menjatuhkan kerajaan PH, boleh diambil kira. Hishammudin dimasukkan dalam naratif baru politik pasca Mahathir sebelum ini dan orang disebut-sebut orang akan diletak sebagai PM menerusi misi itu.
Demikian dengan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas juga boleh dipertimbangkan. Dengan jumlah 18 kerusi parlimen dan mempunyai pengaruh besar terhadap pengundi Melayu, beliau ada aura sendiri untuk berada di situ. Mungkin dari segi pengalaman kurang, tetapi aura dan pengaruh di kalangan orang Melayu sangat kuat dan besar.
Bukan itu sahaja kalau kabinet Muhyiddin ingin menambah ia didominasi Islam, Abdul Hadi lebih sesuai untuk ditahtakan disitu.
Abdul Hadi sering menolak dan menafikan yang beliau bercita-cita mahu jadi PM, tetapi beliau tidak pernah menafikan kalau dilantik jadi timbalan perdana menteri. Pelantikan Hadi ke situ satu cenderamata agung buat Pas yang kini merupakan satu-satu parti terutuh di Malaysia.
Seorang lagi yang sudah tentu menyimpan cita-cita besar untuk jadi timbalan perdana menteri, adalah Azmin Ali. Dengan usahanya menjayakan pembentukan kerajaan pintu belakang hari ini, jasa-jasanya sangat besar. Bahkan kerajaan dibentuk kini bolehlah dianggap kerajaan MA - Muhyiddin - Azmin. Kejayaan rampasan kuasa dan pembentukan kerajaan pintu belakangnya, usaha mereka diiktiraf oleh Mahathir Mohamad.
Tidak mustahil Azmin akan berjaya menggapai cita-citanya untuk jadi TPM, yang dipasang sejak lama sebelum ini.
Mencari formula untuk membentuk kabinet Muhyiddin boleh berpandukan kepada angka dimiliki parti masing-masing. Mengikut komposisi itu ia boleh dibuat dengan kuota umum enam (6) orang dari satu kumpulan. Jika 6 orang kabinet Muhyiddin akan berkapasiti sekitar 24 hingga 26 portfolio. Saya yakin satu kementerian khas akan diwujudkan untuk Sarawak dan Sabah jika tidak mana-mana ahli parlimen Sarawak tidak dilantik jadi TPM.
Apakah Tengku Razaleigh akan dibawa masuk sama dalam kabinet sebagai menteri mentor? Tengku Razaleigh Hamzah juga dikatakan ada peranan tersendiri menjaya misi pembentukan kerajaan pintu belakang itu.
Tetapi yang jelasnya orang-orang seperti Takiyuddin Hassan, Annuar Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Zuraida Kamaruddin, Jaafar Kamaruddin, (bukan adik beradik) Mustafa Mohamed pasti akan dibawa masuk untuk memegang menteri kanan dan utama dalam kabinet Muhyiddin nanti. [wm.kl. 11:37 am 01/03/2020]

No comments:
Post a Comment