Saturday, October 14, 2023

Pas & Hadi: Mentari belum naik di sebelah barat, pintu taubat masih terbuka

PENDAPAT

JAWABAN dan penjelasan Anwar Ibrahim terhadap pertanyaan (pancingan) majalah Magazine dalam temuramahnya dengan perdana menteri itu terhadap Pas, jika diarifi itulah sikap dan keperibadian perdana menteri itu. 

Beliau seorang politis yang tidak suka bergaduh dan mahu meneruskan perbalahan selama-lamanya dengan yang menyeruinya. Anwar seorang berjiwa mencari damai tidak suka bergaduh jauh sekali berdendam. 

Dalam interview itu Anwar ditanya apakah sikapnya dengan pihak pembangkang khasnya Pas yang dipimpin Abdul Hadi Awang yang juga merupakan sahabat lamanya. Beliau menjelaskan dirinya terbuka dengan Pas, malahan sebaik mengangkat sumpah memegang jawatan perdana menteri, beliau telah mengundang Pas untuk bersama kerajaan Perpaudan.

Anwar telah mengirimkan utusan untuk menyampaikan maksudnya itu kepada Abdul Hadi Awang, tetapi dipandang dingin. Begitulah terbukanya Anwar dan gaya dia berpolitik.

Bagaimana pun tidak ada kata putus daripada pihak Pas. "Penolakan tidak jelas, dan responsnya juga tidak positif," demikian jelas Anwar. Ini bermakna Pas masih menggantungkan undangan itu buat seketika? 

Untuk masa-masa akan datang Anwar masih mengharap Pas akan jalinkan kerjasama dengan kerajaan demi umah dan negara apabila suhu politik menyejuk kelak. Mungkin Pas akan mengubah sikap dan pendirian politiknya. Sebagai pencinta kedamaian Anwar masih mengharap.

Pernyataan itu boleh difahamkan bahawa belum ada konsensus diambil oleh Pas terhadap pelawaan itu. Ini menunjukkan Pas dalam situasi tunggu dan lihat. Seperti ada sikap berbelah bahagi dalam kalangan pemimpin Pas untuk bersama kerajaan Perpaduan. 

Sebelum ini memang ada maklumat mengatakan, terdapat beberapa pemimpin Pas minat untuk bersama kerajaan Perpaduan. Ada yang tidak segan dan berani menyatakan sikap menyokong pendekatan Anwar setelah Yang diPertuan Agong menyarankan diwujudkan kerajaan Perpaduan setelah tiada parti politik mendapat kerusi melebihi 112 kersusi. 

Antara mereka dikaitkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad dan juga Mohd Amar Nik Abdullah. Ertinya tiga pimpinan tertinggi Pas itu timbalan presiden dan dua naib presiden bersetuju kalau Pas menyertai kerajaan Perpaduan. 

Malahan Hashim Jasin yang menjadi Mursyidul Am Pas menegur mana-mana pemimpin Pas yang agak tajam dengan Anwar Ibrahim. Sikap itu menggambarkan Mursyidul Am Pas itu tidak membenci perdana menteri dan bersedia untuk berkolaborasi dengan Anwar.

Bagaimana pun sikap postif itu tidak ada kepada presiden Pas yang merupakan orang paling berkuasa dalam Pas. Sistem pentadbiran Pas yang mempraktikkan sistem atau pemerintah ala Mulah (Syiah) menyebabkan suara majoriti tidak memberi apa-apa dampak dalam Pas. Prresiden akan gerakkan parti berkenaan mengikut ijtihadnya.

Ditanya apakah dia sedia menerima Pas, Anwar menegaskan tidak ada sebab untuk tidak menerima Pas asalkan parti itu memenuhi syarat utamanya menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dianuti berbagai bangsa serta bersedia akur dengan dasar dan pendekatan kerajaan Madani. 

"Dari sisi Perlembagaan Islam adalah agama negara ini, tetapi Pas perlu menyedari negara ini bermasyarakat majmuk," kata Anwar. Ertinya selagi Pas bersedia menerima realiti itu tidak ada sebab untuk dia menolak Pas.

Anwar masih terbuka dan masih menanti. Perdana Menteri itu masih menaruh harapan suatu hari Pas akan sedar dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. 

Menurut Anwar kerajaan dipimpinnya adalah kerajaan Perpaduan berharap Pas akan ikut serta suatu hari nanti. Pintu kerjasama tidak pernah ditutup apa lagi dikunci oleh Anwar. Mungkin kerjasama Psas dengan kerajaan Perpaduan baru menjadi kenyataan apabila Pas tidak lagi dipimpin Hadi Awang.

Sekarang ini kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sudah berusia hampir setahun. Walaupun kerajaan Perpaduan diserang dan dipersendakan malam dan siang, namun kedudukan semakin kukuh. Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan kian bertambah utuh. 

Sebagai buktinya, dalam waktu itu tiga (Pirake) pilihan raya kecil diadakan yang dianggap sebagai testimoni kepada penerimaan rakyat terhadap kerajaan Perpaduan. Pirake itu ialah dua di Johor, Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram dan Dun Penlangai Pahang. Ketiga-tiga pilihan raya kecil itu dimenangi oleh PH dan BN.

Bukan itu sahaja teori mengatakan kerajaan Perpaduan akan jatuh dan Anwar akan tumbang juga tidak menjadi. Sebelum ini PN meletakkan sasaran kerajaan Perpaduan akan tumbang apabila PN menguasai pilihan raya kecil berkenaan. Mereka sangat yakin akan menang pilihan raya berkenaan.

Ternyata sasaran itu hanya dongengan sahaja dan tidak lebih dari provokasi untuk meminta rakyat membenci kerajaan. Selepas ketiga-tiga pilihan raya itu berlangsung, terbukti kerajaan Perpaduan tidak tumbang bahkan semakin kuat. Usaha untuk menjatuhkan kerajaan PH menerusi pilihan raya itu sebagai petunjuk gagal total.

Bukan itu sahaja yang telah mengecewakan PH dan menghampakan rakyat yang cuba dikelirukan. Kedudukan kerajaan Perpaduan makin mantap lagi apabila ahli parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah mengistyhar menyokong perdana menteri. Keputusan dibuat Iskandar itu cukup menyenakkan pihak PH dan sekaligus menguburkan impian untuk melihat kerajaan Perpaduan goyang dalam masa terdekat. 

Perkembangan itu sudah cukup untuk PN menghentikan memalu gendang kosong. Terutamanya Pas dan Abdul Hadi perlulah sedar dan insaf daripada membiarkan dirinya terus dilelong murah oleh Bersatu atau Mahiaddin.

Justeru pelawaan dan jemputan Anwar kepada Pas agar bersama kerajaan Perpaduan perlu dimuhasabah semula. Pas perlu berfikir bahawa tindakan mereka selama ini bersama segelintir mereka yang kecewa merugikan parti berkenaan. Cara itu juga tidak membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara.

Pendirian dan langkah politik yang diambil Pas sebelum ini untuk bersama dengan Bersatu menerusi PN adalah satu kesilapan. Tanpa disedari sebenarnya Pas dan presidennya telah digadai oleh Mahiaddin untuk mencapai cita-cita gelapanya. 

Apakah hakikat ini tidak difahami Hadi dan Pas? Atau mereka sudah terlanjur begitu jauh dan tidak ada harapan untuk pulang ke pangkal lagi? 

Sebenarnya Pas dan Hadi masih belum terleewat untuk rujuk kepada kerajaan Perpaduan. Jika diibaratkan kepada tanda-tanda hari kiamat, mentari masih belum naik di sebelah barat lagi. Pintu taubar juga masih terbuka. [wm.kl.2:20 pm 14/10/2023]


No comments: