Monday, October 9, 2023

Pola pengundi dalam kawasan Felda bahaya

ULASAN LEWAT

SEPERTI mana diketahui Pirake Pelangai Sabtu lepas dimenangi oleh BN. BN menerusi calonnya Amizar Abu Adam, 53 berjaya mengekalkan kerusi yuang dimenangi Allahyarham Johari Harun (BN) dalam pilihan raya negeri ke-15 lalu. Amizar menang dengan meraih majoriti 2,949 undi mengalahkan lawan utamanya calon PN dari Pas Kassim Samat, yang memperoleh 4,375 undi. Amizar meraih 7,324 undi atau 63.37%. 

Dari segi angka undi diraih Amizar merosot sedikit berbanding diperolehi Allahyarham Johari yang mendapat sebanyak 4,048. Namun yang penting dan mustahak BN berjaya mengekalkan kerusi N36  Pelangai itu. Kemenangan walaupun satu undi, sangat bermakna bagi BN khasnya dan kerajaan Perpaduan bagi membuktikan kerajaan berkenaan tidak goyah dan terus mendapat dukungan rakyat. 

Kemenangan calon BN itu juga menafikan kempen-kempen hangit dan comot oleh PN yang menaburkan harapan di siang hari kononnya kalau kerusi Pelangai dimenangi PN, maka akan jatuhlah kerajaan BN-PH Pahang. Dalam kempennya, PN berseloka dengan menamakan Tuan Ibrahim Tuan Man akan dilantik jadi Menteri Besar. 

Mereka yang "rengga" (buta) dan tidak reti menghitung politik dan memahami sistem demoktrasi mempecayai dakyah ditaburkan oleh PN khususnya olen Mahiaddin Yassin. Bahkan sudah ada penyokong setia dan taksub Pas telah mengurung itik, ayam dan kambing untuk disembelihkan selepas pilihan raya itu sebagai meraikan kemenangan PN dan Tuan Ibrahim dilantik jadi MB.  

Kemenangan Amizar itu adalah kesenimbungan kemenangan PH-BN di dua pilihan raya di Johor yang baru lalu, parlimen Pulai dan juga Dun Simpang Jeram. Tiga kemenangan dalam tempoh tidak sampai dua bulan sesuatu membanggakan. 

Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi paling seronok dengan kemenangan itu. Anwar menyifatkan kemenangan Amizar itu sebagai tanda kerajaan Perpaduan diterima dan diyakini rakyat dan perpaduan dalam kalangan parti mendukung kerajaan Madani semakin padu. Kemenangan itu katanya meniup semangat kepada kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahtraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani.

Manakala Zahid Hamidi pula menyifatkan kemenangan itu sebagai keyakinan pengundi Melayu khasnya kepada Umno. Umno ditafsirkan sebagai sedang melalui proses pemulihan.

Namun hakikat yang perlu diterima dan dipantau oleh BN khasnya Umno, bahawa di pusat mengundi membabitkan kawasan Felda, kini sedikit demi sedikit mula berubah dan bertukar undi kepada PN. Misalnya di Pelangai itu dua dari tiga kawasan Felda dimenangi oleh PN. Felda Kemasul dan Sungai Kemahal undi  PN mengatasi undi diperolehi BN. Undi BN di Felda Chemomoi yang menajdi kubu kuat BN juga merosot. 

Senario itu memberi petunjuk bahawa para peneroka sudah tidak lagi melihat BN sebagai parti yang boleh memenuhi harapan mereka. Tanpa menolak Felda adalah budi terbesar Umno dalam mengubahkan sosial ekonomi rakyat miskin, tetapi ada sesuatu yang diingini peneroka, khasnya generasi kedua setelah mereka beranak pinak di situ lebih 40 tahun. 

Generasi pertama yang sudah masak dan "kalih" dengan politik Umno, mungkin teruja dengan kempen PN (Pas) yang menawarkan Syurga. Setelah masing-masing berusia senja mereka mula ingatkan mati dan mengharap pembalasan baik (ukhrawi) selepas itu bukan lagi menterial duniawi. Justeru kempen Pas membawa Syurga menarik minat dan menggoda bagi mereka.

Manakala generasi kedua merasakan mereka tidak perlu lagi melihat kepada masa lalu penuh nostalgik, tetapi bergerak optimistik ke hadapan. Mereka merasakan berhak untuk menentukan masa depan mereka secara bebas tanpa dibelenggu mitos-mitos dari Umno. Budi dan jasa dilakukan Umno tidak menjadi perkara untuk dikenang dan menjadi pembelengguan minda mereka. Sebab itu ada pemimpin Pas berkempen menentang adat susila minta orang Felda tidak mengenang janji. 

Bagi peneroka di Pelangai yang kebanyakan datang dari luar Pahang, setelah tua mereka mula mencari kedamaian, Syurga. Setelah kemudahan duniawi diperolehi; ada rumah, kereta dan sebagainya mereka mula melihat akhirat. Ini adalah lumrah dalam kehidupan seseorang. Mungkin Umno yang berjasa kepada mereka tidak menjamin Syurga seperti mana Pas. Umno pula tidak hipokrit dan tergamak untuk menawarkan sesuatu yang bersifat halimunan.

Lantaran itu walaupun apa yang Pas perkatakan itu hanya retorik dan kempen politik semata-mata, tetapi mereka tertarik berjaya menggoda mereka. Sudah menjadi naluri manusia akan suka kepada sesuatu yang membahagiakan mereka walaupun ia adalah penipuan dan pembohong (munafik). Realitinya setelah berusia lebih 70 tahun, syurga lah yang mereka idamkan, bukan lagi padang bola, arina futsal, pusat karaoke dan sebagainya. 

Mereka tidak berkehendakkan pembangunan seperti Wifi, internet 5G atau android canggih sampai 10T dan sebagainya. Apa yang mereka ingini ialah Syurga dan juga pemimpin dapat menguruskan mereka sampai ke liang lahad. Keinginan akhir bagi seseorang ialah menguruskan jenazahnya apabila mati kelak. Dalam konteks ini mereka lihat para lebai dan ustaz Pas alim dan waruk serta dapat membaca talqin dengan fasih untuk mereka. Mereka mengukur kepada gaya pakaian, gaya, janggut sejemput, cakap orang Pas lebih Islamik dan hampir dengan akhirat berbanding dengan pemimpin Umno ataupun PKR.

Walaupun Umno juga memperjuangkan Islam dan ada ustaz serta lebai, tetapi mereka lebih percaya kepada Pas. Sebab apa, sebab pemimpin Pas pandai bersandiwara dan menggunakan kosmetik berbau attar dan setanggi, hafal ayat-ayat Tuhan dan Hadith Nabi. Situasi ini juga ada kaitan dengan apa berlaku dalam jelumu Umno membabitkan pemimpin di peringkat atasan. 

Pelbagai skandal, tuduhan dan penyelewengan dilakukan oleh pemimpin Umno menginsafkan mereka bahawa pemimpin Umno kotor dan jorok berbanding dengan pemimpin Pas. Apa menjadi ukur tara mereka sebagai modal tidak ada pemimpin Pas dituduhan dimahkamah melakukan, liwat, rasuah berbanding dengan pemimpin Umno. Walhal hakikatnya rasuah, penyelewengan, penipuan juga turut dilakukan oleh pemimpin Pas, bahkan lebih besar dan hebat lagi berbanding dilakukan pemimpin Umno bila mana setengah pemimpin Pas sanggup dan tergamak menggunakan agama sebagai modal politik. Siapa mengeluarkan fatwa dari mulut kohong mengkafirkan orang lain kalau bukan pemimpin Pas?

Dalam perhatian mereka tidak ada pemimpin Pas didakwa sampai 47 pertuduhan dimahkamah dan dipenjara 12 tahun. Kalau pun ada yang melakukan rasuah bukan pemimpin mereka secara langsung, tetapi penyokong mereka atau jentera pilihan raya. Misalnya terdapat dua kemenangan Pas dalam pilihan raya lalu di Terengganu dibatalkan disebabkan elemen rasuah. Tetapi orang Pas tidak melihat pembatalan itu kerana pemimpin mereka terkait dengan rasuah. Ia dianggap sebagai tektik untuk menafikan kemenangan calon mereka.

Sudut itulah menjadi perhatian mereka. Bagaimana pun dari sisi lain seperti huduhnya fiil orang Pas, mulut rabit orang Pas dan Pas menunggangkan agama tidak dilihat oleh mereka sebagai satu kesalahan dan dosa. 

Dalam jurus ini Umno gagal membendung anasir yang mendakyahkan perjuangan Pas sebagai suci manakala Umno sebagai comot. Padahal kalau mereka sedar, berlaku adil mereka juga tidak perlu bersedia menyokong Pas yang bersekongkol dengan bekas-bekas pemimpin Umno yang menubuhkan Bersatu yang kini menjadi rakan karib mereka dimana mereka juga bergelimpangan dengan skandal dan penyelewengan. 

Sementara bagi generasi kedua khususnya mereka berumur 18 - 30 tahun, ingin merasai sesuatu yang baharu. Mereka ini juga tidak menilai akan realiti politik Pas waktu ini. Mereka gagal menghidu kehanyiran politik Pas. Mereka bersikap anti establishment.  Mereka berjiwa pemberontak. Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan nilai dan moral, tetapi lebih menurut runtunan perasaan mereka.

Itulah antara faktor kenapa BN sudah mula ditolak dalam kawasan Felda. Keadaan ini bukan sahaja di Pelangai sahaja tetapi di kawasan-kawasan Felda lain juga. 

Mereka tidak mengira akan jasa dan budi Anwar selaku Perdana Menteri kepada mereka yang menghapuskan hutang terkumpul sebanyak RM8 billion, pembangunan dan kemudahan dijanjikan, mengadakan pusat hemodialisis, mencerahkan kawasan Felda, menyediakan kemudahan internet dan pembinaan infastruktur lainnya. Itu semua mereka menganggap tugas dan tanggungjawab itu adalah rasmi dipegang oleh mana-mana orang menjadi PM.  

Kedegilan mereka (Peneroka) untuk memaham ini bukan salah mereka tetapi ia salah kepada sistem penyamapian maklumat yang gagal. Agensi tertentu yang sepatut memberi pencerahan  kepada Peneroka tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya secara berkesan. Misalnya J-Kom yang menjadi mata telinga dan mediator di antara kerajaan dengan rakyat tidak berfungsi sebaiknya. Mungkin semasa sepanjang pilihan raya lalu tidak ada aktiviti J-Kom menemui rakyat dan peneroka menyampaikan gula, sabun, minyak masak dan beras. 

Kesimpulannya, Pelangai melegakan BN dan Anwar Ibrahim. Dan dengan peningkatan undi kepada PN di kawasan-kawasan Felda menyakinkan mereka akan dapat menguasai undi di kawasan Felda sepenuhnya pada masa akan datang. Ahmad Sabree Chik selalu Pengerusi Felda perlu berbuat sesuatu. Dan Persatuan Generasi Felda (Anak) dibawah pimpinan Mazlan Aliman juga hendaklah diaktifkan semula dan beliau sendiri perlu diberikan tanggungjawab untuk mengurusnya dengan menyediakan sedia elaun atau peruntukan berpatutan. [wm.kl.10:04 am 09/10/2023]


No comments: