Sunday, October 29, 2023

Menanti Israel mengaku kalah?

PANDANGAN

SUDAH hampir sebulan regim Israel ganyang Gaza; menembak, membunuh rakyat Palestin tidak kira usia,
gander dan sebagainya. Sejak serangan bermula 7 Oktober ribuan rakyat Palestin telah "syahid" menjadi korban kekejaman zionis Israel. Angka rasmi terbaru dikeluarkan pihak Palestin (28 Oktober) seramai 7,700 rakyatnya terkorban.

Kemelut atau perang kali ini meletus apabila Hamas (Harakat al Muqawamah al Islamiyyah) kumpulan militan yang memeperjuangkan untuk bebaskan bumi Palestin dari cengkaman Israel memulakan serangan melancar Operation al Aqsa Flood. Regim Israel mula bertindak ke atas operasi berkenaan. Sebenarnya operasi itu saja dijadikan alasan untuk meneruskan siri-siri serangan mereka ke atas Palestin. Kalau ia bukan punyai maksud jauh dari itu, sepatutnya regim Israel menyerang Hamas saja bukan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa itu.

Pembedilan regim zionis Israel terhadap rakyat Palestin kali ini disifatkan paling kejam dan tidak berhati perut apabila Israel mengepong penduduk Palestin, memutuskan kemudahan air, eletrik dan menyekat bantuan makanan dan perubatan berhari-hari. Alat perhubungan telekomunikasi juga diputuskan menjadikan rakyat Palestin buta dan tuli maklumat. 

Tidak cukup itu mereka mengerahkan sejuta penduduk Palestin di Utara ke Selatan. 

Bumi Palestin berada dalam kegelapan dan kepayahan, menyedihkan dalam situasi itulah mereka digayang dan dibunuh, kediaman mereka dan institusi massa, sekolah, hospital dimusnahkan. Rakyat Palestin dibunuh seolah-olah setelah kaki dan tangan mereka diikat mata dan telinga ditutupi.

Kekejaman di luar batas. 

Sebenarnya apa jua serangan daripada Israel ke atas Pelastin adalah sebuah kekejaman diluar batas peri kemanusiaan. Israel tidak akan sesekali mempedulikan kepada berapa jumlah terkorban, kerana baginya nyawa rakyat Palestin tidak ada nilai langsung. Kalau nyawa pemberian Allah yang satu itu dipandang begitu rendah, apalah dengan harta benda.

Sejak tahun 1948 sampai ke hari ini, sudah 70 tahun Israel bertindak dengan penuh kekejaman terhadap rakyat Palestin, cuma angka dan kematian, kerosakkan harta benda sahaja berbeza. Kejam tetap kejam. Cuma kali ini disifatkan sebagai paling kejam apabila ia menyekat sempadan Palestin dengan negara luar dan memutuskan segala keperluan asas yang lain. Peringkat awal bantuan dari negara luar juga dihalang masuk ke Gaza.  

Pihak regim Israel mengakui serangan kali ini mereka mahu menghapuskan Hamas pasukan militan yang mempertahankan bumi Palestin itu. Mereka menjadikan Hamas sebagai kambing hitam disebalik penzaliman mereka terhadap penduduk Palestin.

Sebenarnya Hamas hanya dijadikan alasan semata-mata, sebaliknya apa tersirat di sanubari jahat Israel mereka mahu melenyapkan rakyat Palestin di bumi datuk nenek mereka itu kerana ingin menakluki menjadikan negaranya. Mereka enggan berkongsi bumi itu dengan sesiapa pun hatta mereka adalah pendatang terkemudian. Sesungguh perasaan dan kemanusiaan kering daripada hati mereka.

Dunia menjerit.

Setiap kali Israel menyerang Palestin dunia akan menjerit, dunia akan menangis dan sebal. Dunia yang memahami nilai martabat dan harakat kemanusiaan, akan merasa simpati kepada nasib rakyat Palestin. Dan dalam masa mereka akan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan regim Israel itu. Itu adalah lumrah naluri dalam kehidupan mereka yang waras. 

Apabila berbicara soal kemelut atau perang Israel dan Palestin apa yang perlu difahami bahawa kemelut dan perang itu sudah memasuki tujuh dekad. Melihat kepada arang dan haba perang ia bukan mudah berakhir. Walaupun dunia cuba mengatasinya termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjsama Islam (OIC) dan  pihak-pihak lain, tetapi semua gagal. Jika PBB dan OIC yang menjadi tongkat serdang semua negara di dunia ini pun gagal mengatasinya apalah diharap kepada kesatuan-kesatuan kecil negara yang dibangunkan, tidak dapat berbuat apa-apa.

Dua perkara.

Dalam memahami konflit Israel dan Palestin ini ada dua perkara yang boleh direnungi untuk menilai hujung
jatuhnya. Kita tidak perlu emosional dalam melihat kejadian di bumi Asia Barat itu bagi mengelakkan tindakan kita sia-sia atau membuang masa. Bagi saya peperangan atau konflit Israel dan Palestin itu adalah satu simbolik kepada peperangan atau konflit di antara dua golongan yaitu Muslim dan Kafir. Oleh itu ia bukan satu konflit membabitkan pihak-pihak kecil secara bersendiri sebaliknya secara tidak langsung sifatnya adalah global.

Sebab itu negara-negara Kafir lebih banyak melihat isu di Palestin itu daripada bertindak untuk mengatasinya serta mempertahankan hak yang telah dikuasai kedua-dua pihak. Manakala negara yang beriya-iya dan serius mempertahankannya mahu ia diselesaikan segera mengikut keadilan sejarah, (kekal dengan status quo) adalah negara-negara Islam kecil seperti negara kita, Indonesia dan lain-lain. 

Yang menangisi nasib rakyat Palestin ialah negara yang Islam sementara negara Kafir seakan tidak mempedulikan. Mereka melihat itu sebagai satu "game" yang ditunggu-tunggu kesudahannya (game over). Walaupun mereka ada bercakap dari konteks kemanusiaan (humanitity), tetapi simpati dan usaha mereka tidak lebih dari itu. 

Misalnya mereka sedia memberikan bantuan makanan dan perubatan kepada rakyat atau membina kembali tempat kediaman dan sebagainya bagi Palestin tetapi tidak menyediakan persenjataan untuk melihat Palestin menang.

Sebaliknya mereka (negara-negara Kafir) tidak segan silu membantu Israel termasuk membekalkan perlatan perang dan sebagainya. 

Sementara negara-negara Islam pula tidak mampu untuk bertindak lebih jauh untuk membela bumi rakyat Palestin itu. Apa yang mampu dilakukan hanya mengangkat bendera Palestin dan memakai "selendang berlogo As Shakra) di leher. Simpati dan bantuan di antara negara Kufar kepada Israel dengan bantuan dan simpati negara Muslim kepada Palestin tidak setanding. 

Apakah yang mengikat suasana di sini? Bahawa konflit di Palestin di antara Israel dengan Palestin itu suatu keadaan yang sukar untuk dinilai oleh dunia kerana kedua-dua pihak didokong oleh pihak yang ada kepentingan dan menjadi hak masing-masing. Negara-negara Kafir menyokong Israel kerana kekafiran mereka hampir atau sama sahaja. Begitu juga dengan negara Muslim mereka menyokong Pelastin kerana kebenaran diyakini adalah sama. Dalam konotasi lain peperangan atau kemelut di Palestin itu ada di antara Muslim dan Kafir secara nyata. 

Lantaran itu ia tidak mudah untuk berakhir dan kemungkinan ia menjadi indikator kepada kemusnahan (kiamat) dunia ini. Apakah konflit itu akan menjadi punca kepada berlakunya perang dunia ke empat atau Perang Salib kedua. Walahu'alam.  

Perkara kedua yang harus disedari dan ditelaahi bahawa sudah ada pernyataan dalam al Quran Nur Karim tentang kebiadapan Israel itu. Kalau Israel dikatakan biadap tidak berperi kemanusiaan dan degil, ia bukan sesuatu yang baharu dan menlainkan kerana ia sudah disebut dalam kitab orang-orang Muslim. Bani Israel bukan sahaja membunuh manusia biasa tetapi mereka juga tegal membunuh para Nabi mereka. 

Ayat dalam surah al Baqarah ini mungkin dapat dipadankan dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh regim Israel terhadap Palestin itu. Ayat ini juga boleh diperdalami untuk memahami suasana dan hakikat sebenarnya. 

"Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sesesekali bersetuju atau suka kepadamu, (Wahai Muhammad) sehingga kau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu). 

Katakanlah kepada mereka; "Sesungguh petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). Dan demi sesungguhnya jika kau menuruti kehendak nasfsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi pengetahuan) kepada kamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau perolehi daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada kamu. - Surah al-Baqarah 120.

Ayat berkenaan mengenai peringatan keras daripada Allah dan penegasan mengenai sikap dan fiil orang-orang Yahudi dan Nasarani.

Apakah kita boleh memasuhkan kenyataan daripada ayat berkenaan? Ertinya mereka tidak akan mengaku kalah dengan kebenaran yang diyakini oleh kita seperti diajar Nabi Muhammad s.a.w.. Justeru, mereka akan berperang dengan kita (Muslim) sehinggakan ada di antara salah satu pihak, (sama ada mereka atau kita) akur kepada satu sama lain baru mungkin perang selesai. 

Dalam konteks ini nauzubilah mim zalik tidak mungkin kita akan mengaku kalah dan kembali kepada kekufuran yang mereka dokongi itu.

Makanya selagi mereka tidak bersama kita, bersiaplah kita untuk menahan dan menyerang mereka.  Kecualilah sekiranya mereka dapat menerima prinsip dan konsep kemanusiaan sejagat. Tetapi kerana di dalam Quran tidak ada ayat atau pernyataan mengatakan mereka kemudian akan menuruti (akur) kepada kita, jadi penyelesaian yang kira impikan itu sangat sukar.

Kita tetap akan berseteru, berperang dan berkonflit dengan mereka tanpa diketahui kapan hujungnya. Ingat, sekiranya mereka menguasai sesuatu negara, mereka tidak akan puas sebaliknya akan bergerak untuk meratah negara lain satu demi satu.  [wm.kl. 11:10 am 29/10/2023].

No comments: