SUSUPAN MALAM
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS (Sabah) dan GPS )Sarawak) telah mencapai usia dua tahun.Kelangsungan atau penerusan dua tahun kerajaan Madani ini suatu pencapaian boleh dibanggakan. Ia secara tidak langsung menunjukkan kekuatan para pendukungnya, terutama penerajunya Anwar Ibrahim.
Kemampuan kerajaan Madani mencapai pretasinya mengejutkan banyak pihak, apabila diambil kira serangan dan usaha tanpa henti pihak musuh untuk menghancurkan kerajaan Perpaduan ini dalam termpoh terdekat seperti mana dirancang.
Pihak musuh (oposisi) meramalkan kerajaan Madani ini akan berusia tiga bulan sahaja, selepas itu ia akan tumbang dan diganti dengan kerajaan baru, pembangkang. Ternyata kini kerajaan Madani, terutamanya Anwar sudah keluar daripada zone bahaya dan zone mimpi pembangkang yang tidak berasas itu.
Bayangkan dalam menghadapi pelbagai serangaan peremehan dan fitnah yang tidak pernah berhenti, kerajaan Madani sudah berusia dua tahun dengan penuh kejayaan yang boleh dibanggakan. Prestasi ditunjuk kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun sangat mengejutkan, dan tidak terfikir oleh kita semua. Kadar nilai ringgit meningkat, kadar inflasi menurun, kadar pengangguran juga berkurangan dan pelaburan luar bertambah.
Rakyat pula seronok dengan pelbagai bantuan dan kemudahan disediakan kerajaan, siswa, petani, peladang, nelayan, kaum ibu dan anak anak sekolah mendapat habuan masing masing yang jauh lebih tinggi berbanding disediakan kerajaan sebelum ini.
Nama Makaysia dijulang.
Selain itu nama Malaysia juga dijulang di mata dunia, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai pemberani nombor wahid dalam memperjuangkan nasib dan hak rakyat Palestin dan melancar kempen mengecam keganasan Zionis Israeal. Negara-negara Arab sendiri yang sudah kesekian lama kebuntuan untuk menghadapi Zionis angkat tabik dua belah tangan atas keberanian dan kelantangan Anwar membela Palestin dan mengecam zionis. Bahkan mereka menumpang keberanian dan kebijaksanaan Anwar dalam menghadapi Isreal.
Cuma ironisnya apa dilakukan Anwar itu dibutakan oleh pembangkang sambil memainkan sentimen dan cerita itu adalah retorik perdana menteri semata-mata. Seolah-olah seluruh mata pemimpin pembangkang termasuk yang menjadi wakil rakyat bercakap dalam parlimen menghadapi ancaman kerosakan mata disebabkan berbagai elemen seperti kerana katarak, glaukoma, retinopati diabetik, kreatitis dan sebagainya. Elok kalau mereka ini menjalani pemeriksaan mata untuk membolehkan mereka nampak terang dan jelas pencapaian diraih kerajaan Madani.
Apa dicapai kerajaan dan dirangkul Anwar sebagai PM, semua adalah berkat kesungguhan dan kecekalan perdana menteri dan seluruh anggota kabinetnya. Anwar tidak langsung terkesan ejekan dan persenda pembangkang terhadapnya. Sebaliknya serangan dan persendaan itu dianggap sebagai penawar dan cabaran untuknya bertindak lebih jaya lagi.
Dengan pencapaian diperolehi terbukti ejekan dan persendaan terhadap kemampuan Anwar untuk bangunkan negara, meleset sama sekali, kini musuh dan mereka membencinya "terkising-kising" di sebalik tabir kesipuan. Tanggapan negatif Mahathir selama ini Anwar tidak mampu untuk jadi pemimpin juga meleset.
Kita yakin kalau kerajaan ini tidak diganggu sepanjang masa dengan pelbagai provokasi murahan yang penuh kebencian dan sentimen, dan jika pihak pembangkang ada sedikit simpati, menghentikan serangan, "perlecehan" politik, mengurangkan fitnah, pencapaian kerajaan Madani lebih tinggi daripada apa yang dicapai kini. Rakyat dan negara akan mendapat manfaat lebih banyak dan besar daripada apa diperolehi dalam tempoh dua tahun ini.
Tidak perlu disebut beberapa perubahan dan pendekatan yang telah dicapai. Semuanya dirakam dalam buku sejarah atau pun tertera pada mata mereka yang mahu melihat dengan penuh rasional. Bagi mereka yang marah, berdendam, cemburu dan membenci kerajaan amnya dan khasnya Anwar secara peribadi, tidak akan ke mana dan hasrat mereka nak musnahkan kerajaan tidak akan tercapai.
Sebaliknya kerajaan Madani akan terus mencatat mata demi mata kemenangan.
Melihat akan kemampuan kerajaan Madani dan kesungguhan serta keikhlasan Anwar Ibrahim menjana pembangunan, membawa keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira sentimen dan warna parti, adalah wajar kalau pembangkang semak semula sikap dan pendirian mereka. Bertaubatlah.Setelah masa atau tempoh untuk melihat Anwar tumbang sudah berlalu dan tidak menjadi kenyataan, jumlah tetap juga tidak cukup, maka wajar kalau pembangkang membuat mahasabah diri. Tidak salah kalau pembangkang tiba-tiba menjadi waras kembali kepada hakikat diri. Itulah sebaik-baiknya. Apa salah mengaku kesilapan demi rakyat.
Pembangkang perlu bertindak waras demi negeara dan rakyat dengan bangun dari tidur melupai mimpi-mimpi semalam yang palsu. Mimoi berjumoa dengan Rasulullah juga bukan jawaban dan boleh dijadikan modal untuk menang.
Terbaik pembangkang memberi sokongan kepada kerajaan Madani. Pembangkang harus lebih bijak dan memahami akan keperluan para wakil rakyat mereka yang memerlukan peruntukan kewangan dan kemudahan bagi membantu rakyat yang sangat haus dan dahagakan kemajuan dan pembangunan.
Berbaik dengan menyokong kerajaan tidak akan merugikan pembangkang. Sokongan itu tidak bermakna mereka diminta henti mengkritik kerajaan. Apabila tiba saat pilihan raya nanti, pembangkang boleh kumpul kekuatan dan tingkatkan azam untuk merampas kerajaan seperti dinafsui. Sudah sampai masanya pembangkang bijak dalam berpolitik, bak kata orang seperti menarik rambut dalam tepong, atau tidak salah menanam tebu tertanam teberau.
Apa dilakukan oleh Ketua Setriausaha Negara (KSN) bersama 13 Setiausaha Kerajaan Negeri yang menandai tangani deklarasi Kuala Lumpur di hari perasmian dua tahun kerajaan Madani pagi tadi, yang tekad untuk mempertingkatkan tatakelola pentadbiran harus dicontoh oleh para ahli politik. [wm.kl. 9:19 pm 23/11/2024]
No comments:
Post a Comment