Thursday, August 14, 2008

Muktamar 1

Ulasan Ucapan Dasar
Sallehudin Bercakap Mengenai Realiti Politik



ADA beberapa subjek dikira menarik dalam ucapan dasar bertajuk “Memperteguhkan Kemenangan” yang dibentang oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahudin Ayub pada muktamar dewan itu di Ipoh semalam. Subjek-subjek berkenaan sekaligus menunjukkan dinamika Pemuda Pas yang sudah berusia lebih setengah abad itu.

Sikap terbuka Dewan Pemuda Pas dalam memahami maqasaid al-syariah adalah satu perkara yang tepat dengan realis politik negara ini. Kata Sallehuddin; kita harus terbuka dalam memahami maqasaid al-syariah supaya objektif Islam itu dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan dan membentuk kefahaman yang lebuh luas di kalangan rakyat.”

Anjuran Sallehudin itu memang tepat. Tidak ada gunanaya kita bersiasah, menang tetapi tidak dapat melaksanakan objektif Islam seperti mana yang didokong parti. Kemenangan tanpa mampu melaksanakan cita-cita perjuangan adalah kemenangan palsu!

“Pendekatan siyasah syariyyah yang diambil juga mestilah memperlihatkan keupayaan Islam merahmti alam,” begitu tegas Sallhudin. Bahawa Islam itu adalah rahmatan li alamin – agama yang menyelamatkan semua umat dan makluk Allah.

Hakiki inilah yang hendak diterjemahkah oleh kepimpinan ulama dalam Pas. Bagaimana pun ada kalanya faham atau harapan demikian tidak terlaksana kerana ada ahli yang terikut dengan runtunan nafsu dan terpesona dengan geme politik kekuasaan yang melulu.

Sehubungan itu Ketua Dewan Pemuda Pas menganjurkan suapaya ulama yang menjadi tunggak kepimpinan Pas atau rol model pentabdiran harki Islam itu agar berifkiran terbuka memberi tafsiran hukum berasaskan manhaj Malizi (pendekatan Malaysia). Nampaknya Dewan Pemuda Pas menyedari hakikat politik Malaysia di mana tanpa gabungan kaum lain ia tidak akan memberi kemenangan politik kepada Pas, Islam.

“Para ulamak kita perlu berfikiran terbuka untuk memberikan tafsiran-tafsiran hukum berasaskan manhaj Malizi (pendekatan Malaysia) yang kontemporari, tetapi tidak lari daripada orbit al-Quran dan al-Sunnah sebagai piawaiannya.,” kata Salehuddin.

Sikap tegas dan tanggungjawab Dewan Pemuda berhubung dengan Islam juga jelas dan nyata apabila Sallehudin menyeru pemimpin negeri-negeri Pakatan Rakyat memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri berkenaan. Tentu pengsyoran dan harapan Sallehudin ini bukan saja kepada negeri seperti Kelantan, Kedah yang kedudukan Islamnya agak terbela tetapi termasuk juga Perak, Pulau Pinang dan Selangor yang dominasi Islamnya tenggelam.

Walaupun Salehuddin cermat dalam melahirkan kebimbangannya, permintaan itu menjelaskan Dewan Pemdua komited dan kental dengan perjuangan Islam dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anasir mahu mengkhianti Islam.

Sikap dan jaminan Dewan Pemuda tersebut untuk bersikap tegas dan sekaranya mana-mana kerajaan PR memandang enteng kepada agama dialu-alukan dan tentunya membanggakan ahli Dewan itu seluruhnya kerana memiliki seorang ketua yang penuh pengertian seperti Salehudin. Sikap begitulah yang harus ada kepada setiap ahli Dewan Pemuda Pas yang menjadi benteng dan diharapkan ummah menjadi pembela Islam selamanya di tanah air ini.

Bagaimana pun hasrat Dewan Pemuda untuk menilai semula kepimpinan ulamak setelah ia memasuki era dua dekad hendaklah dibuat dengan penuh waspada dan dalam keadaan cukup dan siap dengan ilmu. Jangan pula program menilai semula itu menjurus kepada penghakisan nilai-nilai ulama dalam Pas yang kini sudah ternyata membawa bukti dan kejayaan apa lagi akan diambil kesempatan oleh musuh untuk memburuk dan merendahkan ulamak. Sikap tikus membaiki labu tidak diperlukan dalam hal ini!

Tujuan Salehudin untuk menjadikan pembangkang dihormati kerajaan dilihat sebagai cetusan menarik ke arah pembangkang akan menjadi tampuk kerajaan di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada Salehudin yang membentangkan sebuah ucapan dasar yang konprehensif, menepati kehendak semasa dan ada mutu. [wm.kl 10:45 am 14/08/08]

Wednesday, August 13, 2008

Sebelum Tidur

Saiful Akan Bersumpah Esok?

BEKAS Pembantu Khas, Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan dikatakan akan bersumpah esok mengikut kaedah Islam bagi menegakkan dakwaanya seperti mana dalam laporan polis berhubung beliau diliwat oleh Anwar.

Majlis itu akan dilangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Menurut satu sumber yang layak dipercayai bagaimana pun pihak berkuasa tidak menyebut masjid atau tempat di mana majlis bersumpah itu akan berlangsung atas alasan keselamatan.

Persiapan telah dibuat serapi mungkin dan adalah dipercayai persumpahan Saiful itu akan digunakan untuk bahan kempen pihak BN pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos akan datang.

Beberapa minggu lalu 'pembacuh kopi' Anwar itu menerusi peguamnya menjelaskan beliau akan bersumpah dengan nama Allah terhadap apa yang didakwanya ke atas bekas majikan itu sebaik saja siasatan polis selesai.

Anwar telah pun didakwa di mahkamah Sesyen minggu lepas atas tuduhan liwat. [jln pahang 10:50 pm 13/08/08]

Berita Awal

Ariff Shah Lawan Anwar

ADIK kepada tokoh korporat Tan Sri Amin Shah Omar, Ariff Shah Omar Shah telah dipilih oleh BN untuk untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos depan.

Ariff Shah juga merupakan Adun Seberang Jaya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dalam pilihan raya lalu beliau memenangi kerusi DUN Seberang Jaya mengalahkan Ramli Bulat dari PKR dengan majoriti 533 undi. Beliau mendapat 9,395 manakala Ramli mendapat 8,862 undi. [jln pahang 10:35 pm 13/08/08]

Laporan Lewat


Tahniah dan Syabas Kepada Nik Aziz dan Hishamuddin

SAYA tersenyum puas melihat foto Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein berpimpinan tangan dengan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas selesai majlis menanda tangani (MoU) penyerahan Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk didaftar di bawah Kementerian Pelajar untuk mendapat bantuan penuh. Selepas ini SAR akan dikenali dengan nama SABK - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Menerusi persefahaman itu sebagai permulaan sebanyak 20 buah sekolah agama rakyat akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran.

Apa yang berlaku itu sesuatu yang sudah lama ditunggu. Seperti mana kata Hishamuddin langkah itu diambil ialah untuk memartabatkan kedudukan SAR. Di Kelantan terdapat banyak SAR yang berada dalam keadaan daif dan menyedihkan.

Sebenarnya langkah persefahaman, membantu SAR ini sepatutnya lama berlaku. Seperti mana kata Nik Aziz ia tidak sepatutnya dijadikan mangsa politik kerana pendidikan anak-anak adalah penting sebagai aset negara.

Namun disebabkan ada pihak yang cenderong untuk menjadikan pendidikan sebagai modal politik maka berlakulah hal-hal yang tidak sepatutnya terjadi itu.

Keadaan SAR di Kelantan sesetengahnya sungguh menyedihkan. Mungkin tidak percaya kalau dikatakan masih ada sekolah SAR yang bukan saja tidak mempunyai peralatan canggih seperti komputer dan perlatan pembalajaran moden lain, namun kerusi meja juga robek dan renyuk, jongkang jongkit!

Saya sendiri pernah ke sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di dalam bandar Pasir Mas. Sekolah ini bolehlah dikatakan tahap pendidikan dan pencapaian akademiknya membanggakan dan jumlah muridnya juga ramai. Sekolah ini antara sekolah (SAR) yang terpuji di Pasir Mas.

Tetapi jika dilihat kepada halaman sekolah, kantin, belakang bangunan tidak tergamak untuk mengikhtirafkan sebagai sebuah sekolah agama. Ia layak dikatakan sebagai jelumu kerbau! Sedih kalau gambaran Islam dilihat kepada keadaan sekolah berkenaan.

Keadaan tidak ubah seperti kandang kerbau! Menurut cikgu-ciku di situ kalau hujan sebahagian bilik darjah sekolah berkenaan tenggelam dan berlumpur. Bangunan juga sudah usang. Manakala peruntukan untuk membina bangunan baru tidak ada. Bangunan tambahan yang dibuat secara sedikit-seikit pun adalah hasil daripada derma orang ramai (ibubapa) dan juga bantuan kerajaan negeri yang tidak seberapa.

Dengan usia kemerdekaan negara 51 tahun sepatutnya tidak ada lagi sekolah berkeadaan begitu. Dan sesuatu yang ironinya, saat sekolah di bandar semuanya kini dalam proses dilengkapi hawa dingin, kemudahan internet, namun sekolah-sekolah yang diduduki anak-anak 100% Melayu masih belum cukup kerusi dan meja. Siapakah yang harus dipersalahkan dengan keadaan ini?

Mudah-mudahan proses mendaftarkan SAR di bawah SABK dipercepatkan dan tidak ada agenda politik di sebaliknya. Untuk ini syabas dan tahniah kepada Tok Guru dan Hishamuddin yang menyedari dan prihatin terhadap pendidikan anak bangsanya sendiri. Dan mungkin kalau bertautnya Pas dengan Umno, banyak lagi masalah yang boleh diatasi dan memberi kesenangan kepada rakyat! [wm.kl 7:20 pm 13/08/08]

Berita Tengah Hari

Pilihan raya kecil Permatang Pauh Dari Persepsi Abdullah Kok Lanas

SAMBIL makan tengah hari sekejap tadi saya bercakap-cakap dengan Tan Sri Abdullah Ahmad, atau yang lebih dikenali dengan Dollah Kok Lanas (DKL) mengenai pilihan kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Sengaja saya meninjau pemikirannya serta analisa ringkas mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh itu.

Antara lain secara ringkas menurut pengamatannya, sekiranya Umno meletakkan calon yang kredible dan berkempen dengan bagus ia boleh mengurangkan majoriti yang bakal diperolehi Anwar Ibrahim.
Dan tidak mustahil kalau Umno mampu meletakkan calon kredible, Umno juga ia boleh mengalahkan Anwar. Tetapi katanya beliau tidak fikir Umno ada calon yang berkelayakan untuk diletakkan bagi berhadapan dengan Penasihat Umum PKR itu.

Sekiranya Umno gagal meletakkan calon yang berkredible sudah pasti ia memberi peluang cerah kepada Anwar untuk mendapat majoriti yang banyak.
Bagi Anwar pula sekiranya dapat meraih majoriti yang lebih besar daripada apa yang diperolehi Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihan raya lalu, (13,388) ini akan memalukan Umno. “Umno akan malu besar manakala Anwar dan PR pula akan mendapat kemenangan moral!," ujarnya.
Ulasnya lagi kemenangan besar kepada Anwar kelak ia boleh membawa perubahan yang menakutkan Umno, justeru Umno kena berhati-hati dengan pilihan raya kecil itu.

Megenai perjalanan pilihan raya itu nanti, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kedua dan bekas Diplomatik itu yakin pilihan raya itu akan berjalan dalam keadaan bersih.

“Saya tidak percaya ianya ada penipuan kerana sudah terbukti bahawa pembangkang juga pernah menang, contohnya dalam pilihan raya lalu pembangkang menang sampai mendapat lima negeri.
“Soal penipuan dan undi hantu tidak berbangkit sama sekali. Manakala kelebihan yang akan diperolehi kerajaan orang buta pun tahu mengenai hal ini,” ujarnya yang akan turut hadir pada hari penamaan calon pada 16 Ogos nanti. [jln pahang 1:45 pm 13/08/08]

Berita Pagi

Zulkifli Nordin Masih Belum Dapat Dikesan

SUDAH lebih 72 jam Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Noridn menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan ke mana dan apa terjadi kepadanya. Banyak orang pening dengan kehilangan Zulkifli yang tidak tahu apa sebabnya itu.

Peguamnya yang mengendalikan kes petisyen ke atasnya Md Radzi Mustafa, 50 juga turut sama mula bimbang dan merasai ajaib atas apa yang berlaku. Beliau kini yang berada di Terengganu kerana mengendalikan petisyen kerusi DUN Ladang, bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anak guamannya itu.

"Saya juga dihubungi banyak pihak bertanyakan perihal Zul ini. Saya dah minta kawan-kawan menghubungi mak mertuanya di Melaka dan ibunya di Baling, tatapi tak ada," ujarnya yang berjanji akan memberi tahu maklumat dari masa ke semasa mengenai kehilangan misteri Zulkefli.

Kata Md Razdi yang juga kawan seprofesyennya sekiranya Zulkifli tidak muncul hari ini beliau akan membuat laporan polis esok di Kuala Lumpur.

"Ada beberapa perkara yang perlu saya bincangkan dengannya memandangkan kesnya akan dibiacarakan pada 19 Ogos kelak. Kalau beliau tidak muncul susah juga," kata Md Radzi.

Dalam pada itu apa yang dibimbangkan beliau akan jadi seperti Balasubramanaim yang menghilang diri selepas membuat akuan berkanun. "Kita harap beliau tidak seperti Bala dan meniru tektik itu," tambah Md Radzi.

Zulkifli mula tidak dapat dikesan selepas sehari beliau muncul di perkarangan bangunan Majlis Peguam, sama-sama membantah forum anjuran majlis itu pada Sabtu lepas bersama ribuan umat Islam.

Telefon bimbitnya ditutup sehingga ke saat ini! Mudah-mudahan beliau selamat dan tidak ada apa-apa yang tidak baik menimpa dirinya. [wm.kl 8:00 am 13/08/08]

Tuesday, August 12, 2008

Sebelum Tidur

Bermuktamarlah Kerana Allah

MENURUT anak perempuan saya di Ipoh, Bandaraya Ipoh kini sudah bermadian dengan bendera Pas dan banting mengalu-alukan para muktamir ke muktamar Pas ke-54 yang akan diadakan di Stadium Indra Mulia Ipoh.

Sepanjang jalan utama menuju ke stadium berkenaan dihiasi dengan bendera Pas. Banting gambar dua Tok Guru Pas, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersenyum bergantungan di tiang-tiang lampu laksana sedang menanti kehadiran para muktamir penuh mesra.

Muktamar ke - 54 itu adalah pertama kali diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan. Muktamar itu memberi makna tersendiri kepada Pas Perak. Selain ianya sebagai meraikan kemenangan Pas dan perlantikan Adun Sungai Panjang, Muhammad Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak, ia juga untuk mengembalikan nostalgia penubuhan Pas di Gunung Semanggul, Perak.

Mudah-mudahan muktamar di Perak itu membawa rahmat dan memberi perkembangan positif kepada perjuangan Islam. Diharap muktamar itu akan memberi gambaran kepada rakyat Perak khasnya bahwa Pas kini bukan lagi parti pinggiran tetapi bakal muncul sebagai parti yang akan medominasikan politik Melayu Malaysia di masa mendatang.

Selepas Umno kini lemah dan makin kehilangan gah dan taring Pas muncul mengambil tempat dan menjadi harapan baru kepada rakyat Malaysia. Seharusnya Pas memelihara peluang yang dimilikinya kini sebaik mungkin!

Justeru adalah diharapkan muktamar yang berlangsung selama lima hari bermula 13 hingga 17 Ogos berjalan dengan lancar dan tidak ada perkara-perkara yang menjatuhkan martabat Pas di mata umum berlaku. Sekiranya ada pihak yang cuba mengungkitkan sesuatu yang boleh mengeruhkan suasana hendaklah batalkan nawaitu buruk itu.

Meskipun muktamar tidak akan terelak dari membincangkan isu-isu panas semoga ahli dapat membendung perasaan masing-masing. Semua ahli muktamir akan meletakkan kepentingan parti di hadapan dan membelakangkan kepentingan peribadi.... akan menjadikan perjuangan sebagai matlamat dan bukan kedudukan dan pangkat menjadi buruan.

Ingatlah kepada empat teras yang ditunjangkan sebagai matlamat dan perjuangan Pas takkala ianya ditubuhkan 23 Ogos 1951 dulu, iaitu;

1. Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

2. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

3. Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Itulah teras dan asas yang menjadi matlamat perjuangan Pas. Sekiranya semua ahli muktamar berpegang kepada prinsip dan asas demikian insya-Allah semuanya akan selamat dan berjaya. Dan perlu diingatkan yang membawa kemenangan kepada Pas ialah kebenaran bukannya kekuasaan. Yang mengizinkan kemenangan Allah bukannya manusia.

Kepada seluruh para muktamir selamat bersidang kerana Allah s.a.w.! [wm.kl. 11:20 pm 11/08/08]

Monday, August 11, 2008

Enekdot Politik

Memahami teka teki Zulkifli Nordin!

TETIBA saja ahli Parlimen Kulim – Bandar Baru, Zulkifli Nordin, 45 melemparkan tanda tanya besar kepada khalayak politik apabila telah mematikan telefon bimbitnya sejak semalam dan serentak itu tersebar berita beliau ditahan polis. Saya tidak terkecuali turut diasak dengan persoalan misteri Zulkifli itu oleh penjenguk blog saya.

Saya tidak fikir begitu, ahli Parlimen kecil molek ini ditahankan polis. Dan polis sendiri buat pengesahan mereka tidak tahan Zulkifli seperti diuar-uarkan dan menyifatkan ianya sebagai khabar angin. Jadi ke mana beliau menghilang dan untuk apa?

Politik sifatnya berbagai-bagainya. Zulkifli juga seorang ahli politik dan baru merasai enak dan lembutnya kerusi di Parlimen mungkin sedang berpolitik! Baru-baru ini beliau dikatakan diminta supaya mengosongkan kerusi Kulim – Bandar Baru untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dalam satu pilihan raya kecil.

Banyak pihak dalam PKR mengharapkan Zulkifli memberi laluan secara muda apabila kerusi beliau yang sedang dipatisyen hari ini menjadi kosong. Zulkifli dikatakan bersetuju untuk memberi laluan kepada Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai bosnya itu. Dalam satu kenyataan beliau menyifatkan pengosongan itu sebagai pengorbanan kecil untuk rakyat.

Tiba-tiba petisyen kerusi beliau itu ditangguhkan kepada 19 Ogos ini. Penangguhan itu menyebabkan pilihan raya kecil di situ lambat diadakan sedangkan Anwar perlu berada dalam Parlimen sebelum tibanya tarikh yang ditunggu-tunggu 16 September. Tiba-tiba tidak semena-mana Dr Wan Azizah Ismail mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Sukar untuk dijelaskan apakah permintaan agar mengosongkan kerusi berkenaan
menggembirakan Zulkifli ataupun mengilankannya. Apakah hanya beliau yang perlu berkorban untuk Anwar manakala ahli Parlimen lain tidak?

Dalam politik tidak ada apa-apa yang mustahil. Zulkifli orang politik dia boleh melakukan apa saja termasuk yang diluar kebenaran umum atau melanggar normal-normal politik. Apakah tidak mustahil kalau beliau berusaha menyelamatkan kerusinya dengan mengharapkan petisyen itu ditarik balik dan beliau mengumumkan menyertai Umno?

Untuk itu beliau akan melakukan sesuatu untuk menjustifikasikannya. Sebab itu kehadirannya mengepalai tunjuk perasaan membantah forum anjuran Majlis Peguam di Lebuh Ampang Ahad lepas dilihat sebagai tindakan bersendirian beliau bukan atas arahan whip parti. Semacam beliau sengaja hadir dan bertempik di situ kerana mengharapkan sesuatu dilakukan ke atas dirinya.

Lebih jauh dari itu kalau PKR marah dan memecatnya disaat ini beliau mungkin lebih gembira kerana beliau boleh mencapai dengan mudah strategi politik untuk menyelamat kerusinya kelak itu.

Harus diingat waktu ini Umno sedang memburu sesiapa saja yang boleh memberi keuntungan kepadanya. Umno pandai mencelah dan mengailkan sesiapa saja yang mudah termakan dengan umpannya. Dan orang politik selalunya tidak mempedulikan soal moral dan perasaan penyokong. Sudah banyak sejarah orang politik mengecewakan penyokong dan pengundinya.

Pada hemat saya dan saya rasa kehilangan beliau adalah strategi untuk mencapai matlamat itu. Janganlah terkejut kalau selepas ini tiba-tiba beliau akan muncul bersama pemimpin Umno lantas mengumumkan yang beliau hilang kepercayaan kepada PKR dan serentak itu mengistyharkan diri menyertai Umno.

Beliau adalah bekas pemimpin dalam Pergerakan Pemuda Umno yang rapat dengan Mohd Najib Razak. Bahkan beliau khabarnya lebih rapat dengan Najib berbanding Anwar semasa sama-sama dalam Umno dulu.

Dalam hal ini PKR perlu menangani dengan sebaik mungkin telatah dan politik Zulkifli ini. Seelokknya PKR tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atasnya. Aksinya di Majlis Peguam itu pada saya lebih kepada komitmen beliau sebagai seorang Islam dan orang yang dominan berjuang isu-isu murtad negara ini sebelum ini.

PKR hendaklah memisahkan antara disiplin parti dengan semangat jihad beliau sebagai umat Islam bagi menjernihkan keadaan atau menimbulkan salah anggap sehingga ada pihak yang merasa kecewa dan tersinggung dengan apa-apa tindakan bakal diambil nanti.

Semoga teta teki yang dimainkan oleh Zulkifli ini akan segera lengsai. Saya tidak kira dia disembunyikan hantu atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kalau hilang kerana hal-hal jenayah sudah pasti ada laporan polis dibuat berhubung kehilangan beliau itu. Tetapi jelasnya sampai sekarang belum ada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai keghaibannya itu! [wm.kl 7:45 pm 11/08/08]

Susupan Petang

Apa Peranan Zaid Ibrahim Sebagai Menteri JPM

APAKAH Zaid Ibrahim telah berhenti menjadi menteri di Jabtan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang? Ke mana beliau kini? Kenapa sunyi sepi tidak kerdengaran apa-apa atau memberi sebarang ulasan berhubung tindakan Majlis Peguam yang menimbulkan kontroversi dan masalah waktu ini?

Apakah Zaid bersetuju dan memberi restu secara diam-diam kepada Majlis Perguam mengadakan forum berkenaan?

Yang banyak bercakap dan lantang menentang tindakan Majlis Peguam itu ialah Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya menteri yang ditugaskan menjaga undang-undang Zaid harus melakukan sesuatu dan bergerak serangkai dengan Ahmad Zahid Hamidi. Apabila beliau tidak memberi apa-apa komentar ia seolah-olah merestui tindakan Majlis Peguam itu. Beliau harus bangkit memberi pandangan mengenai hal itu dari sudut kepentingan negara dan bangsa.

Sebelum ini pun apabila Abdullah Ahmad Badawi lantik ahli Parlimen Kota Bharu itu jadi menteri ramai yang mempertikaikannya. Zaid yang dilihat sebagai seorang liberal dan anti Islam dikira akan menimbulkan masalah. Sebab itu bila namanya diumumkan sebagai salah seorang jemaah menteri ramai yang mempersoalkan kredbiliti beliau dan integriti orang yang melantiknya. Mulanya orang ingata Abdullah bergurau saja.

Orang semua bingung apakah keperluan Abdullah melantik Zaid apa lagi jika dilihat kepada beberapa sikap Zaid mengenai Islam yang sungguh mengelirukan. Malahan peribadi Zaid sendiri tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang penganut aliran Islam Hadhari yang dipelopori Abdullah sendiri.

Sebelum ini Zahid telah membuat berbagai kenyataan dan tindakan melambangkan kebenciannya dan kejahilannya kepada Islam. Misalnya ketika kerajaan Kelantan bercadang untuk melaksanakan Hukum Hudud tidak lama dulu beliaulah yang tampil menentangnya di mahkamah meminta mahkamah menngistyharkan usaha kerajaan Kelantan itu bercanggah dengan Perlembagaan negara.

Apakah Zaid bersetuju dengan tindakan Majlis Peguam berkenaan yang ada kecenderongan untuk membincangkan Artikel 121(1A) yang dianggap sebagai satu usaha mencetuskan ketegangan itu dan mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada Mahkamah Syariah.

Sebagai menteri Zaid sepatutnya mendokong semangat perlembagaan negara dan bukannya mendokong tindakan yang sejalur dengan pemikiran dan fahamannya.

Apakah usaha dan tindakn tanduk Majlis Peguam itu sebahagian daripada rancangan Zaid yang hendak melakukan reform terhadap sistem kehakiman yang diumumkan baru-baru ini? Nampaknya Abdullah kena fikir semula perlantiakn Zaid yang ditugaskan untuk menjaga perundangan negara ini. Jangan biarkan undang-undangan negara ini rosak dan ianya diperhatikan saja oleh Zaid. [wm.kl 6:30 pm 11/08/08]

Merawat Jiwa

Ramah Mersa Penduduk Enam Kampung Traidisi Melayu
Yang Ternacam Dengan Pengarah DBKL

SEBELAH pagi semalam saya sempat menghadiri majlis sambutan Ramdhan dan ramah mesra penduduk enam buah kampung Melayu tradisi; Kampung Chubadak, Puah, Sungai Merali, Sungai Mulia, Bandar Dalam dan Padang Balang dengan Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup di Gombak.

Penduduk kampung berkenaan kini dalam kegelisahan kerana bimbang kampung mereka akan diancam pembangunan seperti mana diracangkan dalam deraf pelan Bandaraya 2020 (KLCP 2020) yang dipamerkan dua bulan lalu.

Menurut deraf pelan berkenaan sebahagian kampung mereka akan jadi mangsa pembangunan yang dirancangkan itu. Sebuah bandar metropolis bertaraf antarabangsa akan dibina membelah kampung-kampung berkenaan.

Rupa diri dan keaslian kampung berkenaan yang masih utuh dan mesra alam akan lenyap kalau pembangunan menurut deraf pelan berkenaan dijalankan.

Paling menyayukan sebuah sekolah Tahfiz –Darul Furqan dikatakan akan turut menjadi mangsa bila mana sebuah setesen LRT akan dibina bertepatan dengan tapak sekolah berkenaan. Kalau ini menjadi kenyataan institusi pendidikan ala Rasulullah yang dibina tahun 1992 itu akan lenyap.

Selain itu menurut deraf pelan berkenaan sebuah gereja dan tempat pembakaran mayat (Hindu) juga bakal dibina di kampung Puah. Cadangan ini sungguh membingungkan penduduk memandangkan penduduk kampung berkenaan seratus peratus Melayu. Penduduk berkenaan mempersoalkan apakah keperluan institusi itu dibina?



Jadi pertemuan pagi semalam bertujuan untuk menunjukkan sokongan dan bantahan orang ramai terhadap pelan berkenaan dan sekaligus memberi gambaran sejelas-jelasnya kepada pihak atasan (DBKL) mengenai apa yang dihadapi penduduk kampung-kampung itu dan sekaligus cuba meraihkan simpati daripada orang ramai agar membantu mereka.

Nampaknya majlis itu disusunatur begitu rupa. Ia lengkap dengan makan tengah hari. Namun itu tidak penting. Yang menarik ia ikut sama mengadakan jualan dan pelancaran buku "Kasih Bunda" karya Siri Zainon Ismail oleh A Samad Said, pameran kraf tangan hasilan kerja anak-anak penduduk kampung berkenaan. Satu pameran kesenian warisan peninggalan datuk nenek mereka juga turut diadakan.

Aktiviti-aktivi yang disajikan itu membawa mesej tersendiri. Ia bagi menunjukkan kepada pihak atasan mengenai keistimewan kampung berkenaan; sejak ia wujud 140 tahun lalu meninggalkan banyak budi dan jasa serta warisan pusaka nenek moyang mereka sejak lebih setengah abad lalu.

Kehadiran juga sungguh menggalakan. Lebih 2,000 hadir terdiri daripada penduduk enam kampung berkenaan termasuk lebih 200 pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqan. Turut sama hadir memberi sokongan ialah wakil badan-badan NGO dan aktivis politik Umno dan Pas serta tokoh-tokoh ternama yang dilahirkan oleh kampung berkenaan.

Antara mereka ialah bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, bekas Ahlijawatankuasa Agung Pas, Subky Latiff, sasterawan dan penyair Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal dan lain-lain.



Mulanya majlis itu agak suram dan tidak berapa mencapai matlamatnya apabila Pengarah DBKL yang menjadi tetamu khas itu tidak berada di barisan dif jemputan. Yang ada hanya wakil beliau saja. Bagaimana pun kekecewaan itu hilang apabila Salleh muncul setelah separuh majlis berlangsung. Beliau memberi alasan lewat kerana terpaksa menghaidri majlis konvensyen Gabem di PWTC.

Harapan penduduk kampung berkenaan begitu besar kepada Salleh. Mereka mahu sesuatu jaminan daripada Salleh berhubung masalah mereka. Namun Salleh yang berdiri atas sifatnya sebagai teknokrat tidak dapat memberi apa-apa jaminan konkrit selain daripada meminta penduduk kampung berkenaan mengemukakan bantahan dan bersedia untuk berhadapan dengan jawatankuasa khas yang dibentuk oleh DBKL untuk mendengar rintihan dan bantahan rakyat.

“Saya tidak mempunyai apa-apa kuasa dan hanya menjalankan tugas saja. Pihak yang boleh menentukan apakah pelan ini dilaksanakan atau tidak hanya menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique,” begitulah kata-katanya.

Dengan kata-kata dan penjelasan itu memberi gambaran bahawa kedatangan Salleh itu tidak dapat menimbuskan rasa gelisah penduduk berkenaan melainkan hanya dapat mengenalinya dari dekat saja dan 'berjois' bernama politik (Umno) jugalah yang akan menentukan apakah kampung mereka terus wujud ataupun hilang.

Di hujung majlis itu wakil penduduk yang juga Pengerusi Kampung Tradisi Melayu Kuala Lumpur (Maufakat), Ishak Surin menyerahkan memorandum bantahan penduduk berkenaan terhadap pelan KLCP 2020 kepada Salleh. [wm.kl 6:30 am 11/08/08]