Wednesday, August 13, 2008

Sebelum Tidur

Saiful Akan Bersumpah Esok?

BEKAS Pembantu Khas, Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan dikatakan akan bersumpah esok mengikut kaedah Islam bagi menegakkan dakwaanya seperti mana dalam laporan polis berhubung beliau diliwat oleh Anwar.

Majlis itu akan dilangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Menurut satu sumber yang layak dipercayai bagaimana pun pihak berkuasa tidak menyebut masjid atau tempat di mana majlis bersumpah itu akan berlangsung atas alasan keselamatan.

Persiapan telah dibuat serapi mungkin dan adalah dipercayai persumpahan Saiful itu akan digunakan untuk bahan kempen pihak BN pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos akan datang.

Beberapa minggu lalu 'pembacuh kopi' Anwar itu menerusi peguamnya menjelaskan beliau akan bersumpah dengan nama Allah terhadap apa yang didakwanya ke atas bekas majikan itu sebaik saja siasatan polis selesai.

Anwar telah pun didakwa di mahkamah Sesyen minggu lepas atas tuduhan liwat. [jln pahang 10:50 pm 13/08/08]

5 comments:

nash said...

suruh buat siaran langsung..dan ayat yg nak digunakan masa angkat sumpah itu adalah sama dgn pertuduhan yang telah dipinda..yg dia suka sama suka..haha..jgn kata dia tak mau.. perbicaraan belum ada..tak kah menghina mahkamah namanya tu...semoga allah balas segera utk sepol tu klu dia bersumpah palsu..suruh sebut dengan nama Allah dan junjung Quran betul2..jgn TUMPAH jer dengar...bukan SUMPAH dan dicadangkan di hadapan ulama..bukan ulam mak..

sqjrul said...

Bang MSO

adalah pelik sumpah dibuat sekarang?, mengapa tidak pada hari pendakwaan DSAI?, persiapan rapi pulak tu ..sahih ada live telecast kat TV1

...dah 'suka sama suka' apa lagi nak sumpah?

pelik politik juborg

fikri said...

Sumpah telah dijadikan alat dewasa ini, saya bimbang akan kesan kepada generasi akan datang tentang wajarnya bersumpah berbanding keadilan di mehkamah.

cucumatsalleh said...

Salam...
Biarkan lah si 'Budak Pembancuh Kopi' tu nak buat ape... nak bersumpah ke, tertumpah ke atau masuk tong sampah...
Yg penting...kita sebagai Jamaah yang ingin mendaulatkan "Daulah Islamiah" di negara ini terus komited dan iltizam dalam perjuangannya...
TAKBIR!!

amirul hasni said...

Kalau buat siaran langsung, memang orang akan tahu dimana tempatnya. Serupa saja bagitau dimana tempat tersebut diadakan.

Diharapkan setiap pihak mendapat hak-hak mereka yang sewajarnya, tidak kira saiful mahupn anwar. Yang bersalah tetap bersalah, biarlah diadili dengan tegas dan bertanggungjawad.