Sunday, August 17, 2008

Rencana Khas

Mahathir dan Ibrahim Jangan Masuk Ke Permatang Pauh!

ORANG politik sememangnya pantang melihat microphone air liuh mereka akan meleleh. Dan kalau diberikan microphone mereka akan bercakap tanpa hiraukan makan dan minum. Bercakap adalah habit bagi orang politik. Mereka boleh bercakap sampai pagi dan kadang-kadang sehingga luput waktu solat.

Jadi kita tidak marah kalau orang politik, baik yang masih ada kuasa dan pengaruh atau pun yang sudah tersudut kesepian dan macam kera sumbang, kalau mereka akan terus dan bernafsu untuk bercakap. Tidak mengapa mereka boleh bercakap selagi lidah mereka lembut tidak bertulang dan selagi ada sisa-sisa saraf akal yang masih berfungsi.

Tetapi kalau cakap-cakap mereka merapu, tidak ada nilai dan boleh menyebabkan orang hilang penghormatan kepada kita untuk apa? Ia tidak memberi sedikit guna pun. Kerana itu daripada merapu lebih baik diamkan diri.

Saya suka merujuk perkara ini kepada dua orang ahli politik yang kini kian dilupai oleh dunia dan khalayak ketika ini. Mereka ialah bekas PM, Mahathir Mohamad dan ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali. Kebetulan mereka ini pula terlalu rapat.

Ibrahim adalah seorang pentaksub nombor satu kepada Dr Mahathir Mohamad. Bagi Ibrahim Mahathir adalah bagaikan tunggul keramat bagi penganut ananisme. Jangan cakap sesuatu yang buruk mengenai Mahathir di depannya, dia akan bela habis-habisan. Bagi Ibrahim Mahathir adalah Mathama Ghandi bagi masyarakat India.

Mahathir dalam ulasannya mengenai sumpah bekas pembacuh kopi Anwar, Saiful Bukhari mencadangkan supaya Anwar membalas sumpah itu sambil menjunjung Quran. Cadangan Mahathir itu jelas menunjukkan beliau seorang jahil murakab.

Kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Islam tidak ada perbuatan junjung Quran dan cukup setakat bersumpah menyebut Walahi, Wabilahi dan Watalahi saja. Dan tempat juga tidak semestinya di masjid, di mana-mana pun boleh. Tegas Nik Aziz kalau buat di masjid macamlah dengan Krsitian buat di gereja. Apakah taraf masjid dan gereja itu sama Tok Guru?

Mahathir tidak perlu masuk campur. Lagipu beliau kini tidak menjadi ahli parti mana-mana sama seperti Ibrahim Ali. Beliau tidak payah suruh Anwar bersumpah. Sudah cukup apa yang Mahathir lakukan kepada Anwar sebelum ini. Negara ini jadi jahanam ialah gara-gara tindak tanduk politik binatang Mahathir. Tidak baik kalau berdendam sampai mati, duhai Che Det!

Nampaknya Mahathir suka dengan isu liwat kedua yang menimpa Anwar ini yang dirasakan sebagai berpihak kepadanya. Isu itu sebagai mengiyakan tindakannya dalam menganiaya Anwar 10 tahun lalu.

Suka dijelaskan di sini, bagi saya bukan soal liwat kalau kita simpati dan mendokong Anwar, tetapi kerana kezaliman melampau Mahathir terhadap Penasihat Umum PKR itu. Kerana kerakusan dan sadisme politik binatang kepadanya.

Kita sokong Anwar bukan soal peribadi, rupa, wajah atau penampilannya, tetapi perjuangan, idealisme dan keazamannya untuk membela rakyat. Beliau harus diberikan peluang untuk membuktikan gagasan dan wawasannya. Tuhan tidak mengsia-siakan Anwar lahir ke dunia kalau bukan untuk dijadi dan menjadi khalifah.

Saya masih ingat kata Sanusi Junid ketika beliau jadi MB Kedah dulu, katanya; bila bercakap fasal Islam Anwar lebih baik daripada Najib Razak, setidak-tidaknya Anwar bercakap hendakkan Islam.

Mahathir harus malu kepada diri sendiri kalau beliau ingin komen hal Anwar lagi. Kalau beliau seorang yang ikhlas dan benar untuk menasihat Anwar, sebelum beliau berbuat begitu beliau harus junjung najisnya sendiri terlebih dahulu.

Orang kedua yang gatal mulut untuk bercakap ialah Ibrahim Ali. Kenapa Ibrahim harus bercakap hal yang tidak ada kena mengena dan relevan dengannya? Beliau tidak berhak untuk memberi komen ke atas Anwar. Ibrahim harus merenung ke dalam dirinya terlebih dahulu. Kena ukur setiap penjuru dan sudut dalam dirinya. Beliau kena ukur seadilnya siapakah lebih baik antara beliau berbanding Anwar? Mungkin tidak sampai kena kencing dalam tempurung!

Kalau tubuh kita ada panau dan kurap harap Ibrhaim tidak usahlah cuba-cuba hendak menjual ubat panau dan kurau dalam konteks pilihan raya di Permatang Pauh ini.

Saya horamt perjuangan Ibrahim Ali untuk membela Melayu dan Raja. Beliau konsisten dan vokal dalam isu ini. Dan sebilangan rakyat yang patriotik juga sukakannya. Namun kehebatan Ibrahim dalam memperjuangkan bangsa dan raja ini dirosakkan oleh moral politiknya sendiri yang sukar untuk difahami. Beliau bukan seorang ahli politik yang mapan.


Eloklah lalau Ibrahim juga jangan bercakap soal Anwar. Beliau akan dilihat lebih matang dan seorang ahli politik profesional kalau hanya menyentuh isu-isu di luar bingkai politik Anwar. Tidak usah beliau mengulas mengenai taktik dan stail politik Anwar. Apa lagi kalau hendak menuduh Anwar ada agenda peribadi. Sebab politik Ibrahim sejak dari bayi hingga sudah setengah abad usia juga sarat dengan soal peribadi.

Ibrahim kata 16 September ini adalah sebagai gimik politik Anwar sahaja untuk mengawal orangnya (ahli Parlimen PKR) agar tidak tinggalkan PKR. Beliau juga tidak yakin kerajaan akan ditumbangkan pada tarikh itu. Manakala mengenai Melayu pula Ibrahim kata beliau sanggup mengadaikan nyanwanya kalau Anwar menjualkan bangsa. Apakah sebahagian daripada kata-kata Ibrahim itu tidak berunsur gimik dan retorik politik?

Sebagai ahli politik Ibrahim seharusnya memahami apa yang ada dalam diri Anwar. Beliau patut arif mengenai semangat juang dan iltizam Anwar kepada agama, bangsa dan negara.

Soal mempertahankan Melayu rasanya Anwar lebih baik daripada Mahathir. Bukankah kemusnahan Melayu kini disebabkan oleh Mahathir? Siapakah memusnahkah bahasa Melayu, kalau bukan Mahathir. Siapakah meletakkan Islam di kaki kalau bukan Mahathir?

Anihnya Ibrahim tidak pernah mengecam Mahathir secara bertubi-tubi dan berterusan. Beliau kehilangan perbendaharaan kata bila melihat kekhilafan Mahathir dalam aspek ini. Apakah kerana orang memberikan kita setitik air dan sebiji beras, maka kita terus buta pada dosa seseorang itu pada bangsa, agama dan negara?

Harapan selepas ini baik Mahathir dan Ibrahim jangan cakap mengenai Anwar lagi. Biarlah Anwar berlawan dan menaburkan janjinya untuk bangsa di Permatang Pauh. Ibrahim dan Mahathir baiklah jadi pemerhati dari jauh saja. Biarkan Anwar berlawan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak secara bersendirian. Jangan masuk campur. Sesungguhnya masa anda sudah pun berlalu.

Dan saya berharap jangan sesekali kedua mereka; Mahathir dan Ibrahim memasuki Permatang Pauh kerana bimbang mereka akan diboo dan dilontar kayu ataupun botol air mineral. Kalau ini terjadi, malunya bukan saja Ibrahim tetapi saya juga kerana saya dilihat rapat dengannya! [wm.kl 8:00 am 17/08/08].

5 comments:

donmny said...

TUAN

dalam isu ini, kalau saya sokong kurang daripada 100%, saya akan rasa bersalah kepada mereka berdua kerana menipu mereka.

Ruzis said...

Salam perjuangan untuk MSO,

Catatan atau rencana khas MSO tentang TDM dan Ibrahim Ali ini begitu tepat dan memperjelas siapa sebenarnya DSAI. Tahniah!

Wassalam.

Ajeem said...

Inilah posting yang paling hebat kerana nilai sebenar begitu jelas dan ketara.Setakat ini,saudaralah blogger yang paling menepati citarasa saya.Maka tidak hairanlah buku yang saudara karang begitu laris dan menjadi tumpuan.Tahniah saya ucapkan dan selamat maju jaya!

salam_dengan_mso_di_muktamar said...

salam. saya setuju dengan pendapat saudara MSO dalam hal ini. kadang-kadang saya hairan bagaimana seseorang ahli politik yang berpengalaman seperti ibrahim ali tidak berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan terhadap perkara yang bersangkutan dengan peribadi DSAI. apakah beliau tidak sedar, kemenangan beliau sebagai calon bebas semasa PRU12 dahulu sedikit sebanyak disumbangkan oleh penyokong / mereka yang simpati dengan DSAI dan yakin dengan perjuangan pakatan rakyat? atau beliau cuba bermain politik untuk memenangi hati pemimpin umno agar dapat diterima semula kepangkuan umno?

Muallim said...

pada firasat saya, Ibrahim Ali spt ahli-ahli UMNO yg lain mengharapkan supay TDM kembali ke pangkuan UMNO. Bila TDM kembali ke pangkuan UMNO, kita akan lihat warna sebenar Ibrahim Ali. Saya berkeyakinan penuh bahawa pemerhati politik dan penyokong Pakatan Rakyat tertunggu-tungu keputusan Ibrahim Ali sama ada ingin bersama dengan Pakatan Rakyat atau bersama dengan UMNO.