Sunday, August 24, 2008

Lintas Langsung Permatang Pauh

Imam Masjid Wilayah Persekutuan Turut Bermunajat di Permatang Pauh

(kemaskini) LAPORAN terbaru dari Permatang Pauh yang baru saya terima sekejap tadi, ribuan orang memenuhi masjid Perda, di Bandar Baru Perda bersiap sedia untuk melakukan munajat bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan bersempena pilihan raya kecil Permatang Pauh yang sedang berlangsung kini.

Majlis berkenaan anjuran pihak PKR dalam siri kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti. Calon PKR ialah bekas TPM Anwar Ibrahim.

Laporan Sdr Zurimi yang berada di lokasi majlis itu akan bermula bila-bila masa sahaja. Apa yang mengejutkan katanya, turut sama hadir dalam majlis itu dan ketika ini sedang berucap ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ramlang Porigi (foto) yang hadir menjadi saksi persumpahan mubahalah dilakukan pembacuh kopi berusia 23, pada 15 ogos lalu.

Menurut Ramlng beliau diarah untuk berada di situ sebaik saja selesai melangsungkan ijab kabul di masjid berkenaan.

Menurutnya sumpah mubahalah itu tidak sah kerana ia tidak dihadiri oleh pihak satu lagi. Menurutnya mubahalah seharusnya dihadiri kedua belah pihak. Imam itu juga mempersoalkan peraturan sumpah itu diadakan kerana mahkamah sivil masih belum membicarakan dan memutuskan apa-apa keputusannya mengenai dakwaannya ke atas Anwar Ibrahim.

"Sumpah mubahalah itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mahkamah belum memutuskan apa-apa keputusan," begitulah kata-kata Ramlang dipetik dari satu klik video.

Kerana ita katanya sumpah laknat itu adalah untuk dirinya sendiri (pembacuh kopi) dan tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Menurut Ramlang beliau tampil di masjid itu untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan juga menyucikan dirinya yang dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu mengaturkan majlis sumpah laknat itu.

"Saya tidak bersekongkol, saya cuma diarah berada di situ bersama empat imam lain. Teks juga ada pihak lain yang menyediakannya dan tidak perlu saya mendedahkan pihak berkenaan," ujarnya.

Majlis munajat yang akan berlangsung pada bila-bila masa itu turut dihadiri sama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan tiba bila-bila masa saja.

Antara pemimpin agama Pas yang sudah ada ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Muhammad Daud Iraqi, Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Haji Salleh Sik dan lain-lain.

Anwar Ibrahim juga turut sama ada. [wm.kl 9:10 pm 24/08/08]

3 comments:

Ruzis said...

Salam Ukhwah,

Amat mengejutkan, namun begitulah kebesaran kuasa Allah s.w.t. Apabila datang bisikan malaikat mengetuk pintu hatinya, maka terkuaklah pintu keimanan.

Hsilnya ialah runtuhlah asas muhabalah si pembacuh kopi!

Dalam hati kecil saya, serangan demi serangan dalam kempen ini terhadap DSAI, saya anggap satu gurauan. Mereka benar-benar terdesak dan hilang sama sekali rasionaliti dalam tindakan. Melihat akan siri tindakan BN, kadang-kadang terlintas di fikiran, butakah mereka, pekakkah mereka bahawa mereka sedang "menggali kubur sendiri".

Terkini, BN mengheret pula BPR dalam permainan maut politiknya. Selepas ini, ke mana lagi rakyat Melaysia akan mengadu nasib apabila kesemua agensi penguatkuasaan undang-undang diperkuda - polis, mahkamah, BPR.

Oleh itu, bulatkan tekad, pilihlah pihak yang mewakili rakyat.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Perancang.

Anonymous said...

Salam sdr Mso.

Saya diantara jutaan rakyat Malaysia yang melahirkan rasa syukur kepada Allah sebaik saja membaca blog sdr berhubung munajat di masjid Perda yang dihadiri oleh pimpinan PAS serta imam yang diarah hadir dalam upacara sumpah En.Saiful.Kehadiran pimpinan PAS dan imam tersebut serta ribuan umat Islam memberi makna yang besar kepada DSAI.Islam mengajar kita berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan mohonlah kepada Allah agar usaha kita diperkenankanNya.Saya turut mendoakan agar DSAI diberikan kemenangan dalam P44.Kemenangan DSAI sangat diperlukan oleh PR,rakyat Malaysia dan negara.
Negara memerlukan pemimpin yang berwibawa,berkratampilan dan diyakini.
Kemenangan DSAI 'membunuh' keegoan BN,dan yang penting ia melambangkan kematangan politik rakyat Malaysia dalam berpolitik.

afja_02.

Duke Faizal said...

assalamualaikum semua,

kalau benarlah apa y dilaporkan, maka wajib pd pndapat sy, utk pndukung PR termasuk media, mminta maaf dan membersihkan nama Ramlan Porigi tu.