Saturday, August 9, 2008

Hati Masih di Kota Bharu

Nik Aziz Perlu Jelas Siapa Dengki Kepada Anwar

MENURUT kata Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ada pihak dalam Pakatan Rakyat dengki kepada Anwar Ibrahim. Pihak itu katanya tidak mahu Anwar menjadi ahli Parlimen dan menang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti.

"Saya dapati ada orang memang dengki kepada Anwar," begitulah kata Menteri Besar Kelantan dipetik dari laporan sebuah akhbar.

Kata-kata itu sikit mengejutkan. Siapakah dalam Pakatan Rakyat itu yang dimaksudkan ataupun dikenalpasti oleh Nik Aziz yang dengki kepada Penasihat Umum PKR itu.

Rasanya tidak mungkin orang itu dalam PKR. Semua ahli dan penyokong PKR berdoa siang dan malam untuk menobatkan Anwar sebagai ahli Parlimen dan seterusnya mengambil alih peneraju kerajaan Malaysia ini pada 16 September depan. Nik Abdul Aziz juga sampai pejam mata rapat mendoakan kesejahteraan Anwar.

Apakah orang itu dalam DAP? Juga rasanya tidak mungkin! Semua orang ahli DAP termasuk yang masih dalam kandungan ahli-ahli perempuan DAP akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Anwar. DAP meletakkan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri negara ini dengan harapan membawa wajah dan politik baru Malaysia.

Jadi siapa?

Kerana komponen PR itu hanya ada tiga parti saja, tentulah orang yang dengki kepada Anwar dari PR itu ialah orang Pas sendiri. Orang parti Nik Abdul Aziz. Anak murid Mursyidul Am Pas itu sendiri.

Kalau begitu siapakah mereka? Apakah ianya bekas Setiusaha Akhbar dan Setiausaha Politiknya sendiri yang juga bekas kawan saya, Husam Musa? Rasanya mustahil kalau Husam.

Akhir-akhir ini Husam dengan Anwar bagaikan belangkas berderet ke mana sahaja. Di Mahkamah semasa Anwar didakwa Husam ada, semasa Anwar buat kenyatana akhbar selepas ditahan polis Husam juga ada.

Semasa berceramah di Georgetown baru-baru ini Husam juga ada. Malahan sampai ke Dubai Husam mengejar Anwar. Dan apabila terbunyi cerita Pas Pulau Pinang nak pulau pilihan raya kecil Permatang Pauh, Husamlah yang susah-susah turur ke Permatang Paun untuk menyelesaikan perkara berkenaan. Sampai kena belasah teruk khabarnya si baju petak-petah merah ini.

Jadi tidak mustahil orang yang Nik Abdul Aziz maksudkan itu Husam. Dan sudah pasti apa-apa yang Husam hendak buat itu akan diberi tahu dulu kepada Nik Abdul Aziz sebagai idola dan pemimpinnya. Dia akan minta nasihat dulu daripada Nik Aziz. Masakan Husam pandai-pandai bertindak sendiri tanpa memberi tahu Nik Aziz? Sesuatu yang tidak direstui Nik Abdul Aziz tidak akan dilakukan oleh Husam!

Jadi siapakah orang yang dengki kepada Anwar itu?

Apakah orang yang dimaksudkan itu Abdul Hadi Awang dan Nasarudin Mat Isa. Kedua mereka ialah Presiden dan Timbalan Presiden Pas. Umum sudah tahu wujud pertelingkahan pendapat antara Musyidul Am Pas itu dengan pihak-pihak yang beriya-iya untuk mengadakan muzakarah yang namanya ditukar oleh Nik Abdul Aziz sebagai muqabalah itu, termasuklah Abdul Hadi, Nasaruddin, Haron Din, Mustafa Ali, Harun Taib dan lain-lain.

Nik Aziz harus berterus terang dan jangan main sembunyi-sembunyi. Kalau Abdul Hadi atau Nasarudin orangnya sebutlah terang-terang.

Kalau mereka dengki (saya tidak fikir dengki mungkin hanya setakat tidak suka) rasanya ada sebab-sebabnya yang qatei bagi mereka. Mereka berdua bukan calang-calang orang, mereka adalah pemimpin tertinggi dalam Pas. Dari segi hirerki parti Abdul Hadi ialah orang paling berkuasa selalu presiden.

Saya percaya dari segi maklumat dan sumber Abdul Hadi dan Nasarudin lebih luas berbanding dengan Nik Abdul Aziz di mana penyampai dan sumber amat terhad sekali dan bergantung kepada sumber yang samar saja. Dan paling rewelnya bila beliau menerima maklumat dan nasihat menerusi lubang tikus.

Abdul Hadi lebih tinggi daripada kedudukan Nik Abdul Aziz sendiri. Nik Abdul Aziz atas kapasitinya hanya selaku penasihat sahaja.

Begitu juga Nasarudin. Kedudukanya lebih tinggi daripada penjawat lain, Setiausaha Agung atau pun Bendahari Agung atau pun Ketua Penerangan. Jawatan-jawatan itu adalah lantikan manakala jawatan presiden dan timbalan presiden dipilih dalam muktamar.

Kalau Nik Aziz atau sesiapa faham mengenai berorganisasi mereka kena hormat keputusan presiden atau keputusan parti dan tidak boleh akur kepada pandangan individu. Sekiranya orang-orang itu tidak disukai dan bercanggah dengan pemikiran kita, jangan cakap banyak boleh lawan dan tentang mereka dalam muktamar Pas. Abdul Hadi, Nasarudin dan lain-lain yang dikira tidak menguntungkan politik Pas, boleh ditentang!

Dalam kontesk ini saya melihat kalau Nik Abdul Aziz boleh menjadi penasihat kepada pihak-pihak tertentu untuk menentang Abdul Hadi dan Nasarudin dalam muktamar tahun depan. Untuk menentang Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz boleh tunjuk dan doakan Husam sebagai calonnya. Manakala untuk menentang Nasarudin Mat Isa boleh tunjukkan Mahfuz Omar ataupun Salahudin Ayub.

Naib-naib pula Nik Abdul Aziz boleh minta supaya Ahmad Awang dikekalkan, manakala tempat dikosongkan Husam Musa itu boleh ditunjukkan Kamarudin Jaaffar. Seorang lagi yang boleh diangkat ke jawatan Naib Presiden ialah Dr Moha Hatta Ramli, manakala Muhamma Sabu boleh dikekalkan di kerusinya sekarang kerana beliau tidak berpihak kepada mana-mana. Orang seperti Muhammad Sabu itu perlu dikekalkan.

Kalau Nik Aziz juga tidak senang dengan Muhammad Sabu kerana Mat Sabu pernah menewaskan Ketua Ulama Kelantan, Muhammad Daud Iraqi untuk kerusi Pas Kawasan Kubang Kerian satu masa dulu, mungkin Dr Mariah Mahmood boleh ditunjukkan agar mencuba nasib sekali lagi. Dulu pun Nik Abdul Azizlah yang memberi sokongan kepada Dr Mariah Mahmod.

Tokoh-tokoh dengki kepada Anwar seperti mana dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz nanti tidak perlu dikekalkan kerana ia boleh membantutkan penubuhan kerajaan Malaysia?

Bagaimana pun kenyataan samar itu tidak bijaksana pada hemat saya. Ia boleh menimbulkan kekeruhan sesama sendiri dan dalam parti berkenaan. Apakah sekali lagi dalam hal ini Nik Aziz diberi maklumat salah atau sengaja tidak mahu mengerti hakikat sebenarnya atau membaca Quran mashaf lain daripada setengah ahli Pas baca, maka menyebabkan bunyinya berbeza-beza? [wm.kl 12:15 am 09/008/08]

5 comments:

fatwa said...

Assalamualikum,
Nak mintak abg MSO tambah nama hanifa Maidin dan Syed Azman antara yang layak bertanding naib Presiden, mereka berdua ni org kuat kepada si baju petak merah tu...

Satu lagi kalau sdr MSO ada maklumat tentang penubuhan GMC oleh si petak merah melalui kickdefilla banyak tak betul dan membelakangi Parrti, sementara pekerja GMC teruk-teruk, dengar khabar hok dok sembahyang pun kijo situ, teruk teruk....tolong selamatlah tok guru tu dari dengar nasihat si baju petak merah tu....tolong deh!!!!

haikal said...

salam.. buat mso , saya selalu mengikuti artikel di blogger ini ,artikel ini tidak sepatut disiarkan , apa motifnya ??

penyapujagat said...

Boleh saya komen sikit? Kamu ni penulis yang dah lama tapi mentelaah isu macam penulis baru.

Kamu tak mampu baca ketinggian minda nik Aziz.
Nik Azizi bermain siasah dalam kenyataannya.

Kamu tahu berapa ramai otang masuk PKR yang ada misi jahat???

Kamu tahu berapa ramai dalam PAS dan DAP yang menyusup??

DAP sekarang penuh dengan ramai bekas MCA - Fikiran lama, label baru. PASpun sekrang tak macam zaman Nik Aziz. Dulu nak jadi ahli PAS kena tarbiah. Saya sampai setahun tak lulus nak jadi ahli PAS. Ada kawan yang dua tahun. Adik saya tiga tahun.

PAS warisan Nik Aziz cukup mantap tarbiahnya.

Adakah waras menuduh Nik Aziz dengki pada Anwar. Siapa dalam dunia ini yang mendoakan Anwar bersama satu doa yang begitu memilukan?

Mursyidul AM - lebih tinggi dari Presiden. Ketua Majlis syura - Majlis tertinggi dalam PAS ialah Nik Aziz, Tuan Guru.

Semaklah fakta dengan betul, jangan hentam saja wahai MSO.

Tak apa terima Haji Hadi berpangkat lebih tinggi - tetapi siapa yang lebih dihormati? Ehhh dalam Islam pangkat bukan ukuran tetapi kebersihan hati, keikhlasan dan lain-lain nilai.

Saya kecewa cara MSO.

Dalam isu BPR naik pejabat MPKB, anda buat salah besar. Bila Mahathir jadi Nabi?
"Bagaimana pun hadith Mahathir itu sepatutnya tidak dituruti atau diambil sebagai justifikasi."

Siapakah anda melantik Mahathir menjadi nabi?

Janganlah kita menjadi lalai dalam istilah, kesannya buruk.

Harapan saya anda terbuka hati menyiarkan komen saya ini, jika tidak saya akan cuba dalam blog lain untuk menegur anda, Allahuakbar.

Uwais said...

You love to speculate, I wonder what do you actually gain from speculating things?

Are you happy that people are getting confused?

Are you satisfied that people are loosing trust and confidence due to your writing?

If you are so interested in doing the right things, etc etc, join politics! We'll see how would you perform

Berita dari gunung said...

"Bersatu teguh"
"Bercerai roboh"

Anwar suka terjun dengan gah dan publisiti. Lihat saja TEAM WAWASAN sebagai platform beliau membolos dalam pasukan Naib Presiden UMNO dulu.

Tidak beberapa tahun lepas itu, siapa yang tinggal dalam TEAM WAWASAN?

Sama ada, ada yang dengki dengan Anwar atau Anwar sendiri dengki dengan yang lain.

Tidak ramai yang mahu jawab, dan Tok Mat Taib dan Rahim pun dah malas nak jawab.

Tapi itulah stail Anwar.