Friday, August 24, 2012

Tok Guru Sihat Walafiat

CERITA PETANG

Mursyidul Am Pas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sedang berihat di hospital berada dalam keadaan stabil tidak membimbangkan kerana beliau tidak mengalami apa-apa masalah. Beliau diminta berihat di hospital petang semalam kerana keadaan darahnya agak tinggi sedikit.

Menurutnya selepas menyaksikan perjanjian satu projek pembangunan bernilai RM600 juta di Tunjung beliau bergegas ke hospital dan doktor minta beliau berihat di ward.

Tok Guru sembahyang israq pagi tadi.
Baru sekejap tadi beliau bercakap dengan saya menerusi telefon untuk bertanya sesuatu. Suaranya lunak dan penuh keceriaan dan sempat pula memberi sebutir ilmu kepada saya. Sebaik saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahid dan batin, Tokguru lantas menambah, bukan zahir dan batin sahaja, tetapi dunia dan akhirat.

Ohk?

Kena sebut dunia dan akhirat juga, biar orang yang tidak tahu mengenali akhirat tahu bahawa ada akhirat, katanya. Tambah Tokguru lagi; "kalau boleh enta minta percetakan (penerbit mengeluarkan kad ucap selamat hari raya) memasukkan perkataan dunia akhirat di dalam kad yang mereka cetak," kata Tokguru penuh mesra.

Dalam perhatian saya apabila Tokguru masih boleh memberi ilmu spotan kepada saya itu menandakan dia sihat, ceria dan bergembira dan moodnya dalam keadaan first class.

Dalam percakapan tadi Tokguru ingin mengesahkan satu maklumat dari saya. Di samping itu beliau meminta pandangan mengenai sesuatu hal.

Percakapan lebih lapan minit itu menggembirakan saya kerana semasa di Kelantan semalam saya tidak sempat untuk mengjunguinya dan mengetahui beliau memasuki ward setelah bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Mulanya saya cadang untuk berjumpa dan berjabat aidifitri dengannya di rumah kenduri adik ipar di Pasir Puteh kerana beliau dikatakan hadir sama. Semoga Tokguru terus sihat dan sihat. [wm.kl.6:03 pm 24/08/12]

Jawatan Kuasa Kerja Pas Tidak Perlu Bincang Nasharudin

SUSUPAN SENJA

Harap mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang esok tidak membincangkan soal bekas timbalan presiden parti Nasharudin Mat Isa. Tidak ada apa sebenarnya untuk dibincang soal beliau kerana isu yang dicetuskan baru ini tidak menjadi kudis gatal kepada Pas.  Pas perlu anggap kenyataan beliau meminta Pas kaji kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sebagai gesaan ahli yang terlupa tarikh muktamar saja.

Penampilannya dengan Najib Razak ketika berjumpa dengan dua orang Arab berjangguit di Makkah Pas boleh anggap itu kerenah kebudak-budakan saja yang suka meninjuk. Apa yang berlaku itu sebagai kerenah peribadinya, atau seperti anak kucing yang bergurau sesama sendiri dan seekor darinya terlingkup dalam tempurung.

Mesyuarat politik itu lebih baik untuk membincang perkara lain lebih penting menjelang pilihan raya misalnya masalah pembahagian kerusi atau pun penyemakkan calon-calon yang sebelum ini sudah ditetapkan kawasan dan kerusi masing-masing. Calon-calon yang tidak ada kawasan perlu dikaji semula akan relevensinya dan sejauh mana kekuatan untuk mencapai kemenangan.

Mungkin Pas juga boleh membincangkan perkembangan di Sabah dan Sarawak yang kini mula memberi petanda baik.

Dalam pada itu Pas juga tidak perlu apa-apa membuat kenyataan akhbar yang menyentuh mengenai kedudukan Nasharudin di akhir mesyuarat. Pertanyaan atau pun jerat wartawan mengenainya hendak dielakkan sebaik mungkin.

Seboleh-bolehnya mana-mana pemimpin Pas tidak menyebut fasal beliau yang membolehkan beliau membalas balik dan akan membentuk polimek. Biarlah Nasharudin menjadi anak kucing yang terlingkup di dalam tempurung bersendirian. Sama ada dia akan kelemasan atau berjaya menguis tempurung untuk keluar sendiri terserah maklum kepadanya.

Membincang soal Nasharudin dan memberi ulasan dengan menjawab pertanyaan wartawan satu tindakan tidak berapa sihat dan sekaligus menjadikan Nasharudin yang kini sudah jatuh harga akan naik sedikit. [wm.kl.5:51 pm 24/08/12]

Hudud: Isu Yang Tidak Ada Titik Akhir

SINGGUNG AKAL

Negara Islam dan Hukum Hudud menjadi isu politik yang tidak pernah ada titik akhir. Sebenarnya ia sudah lama berlaku. Sebelum ini tidak timbul hudud, tetapi perlu diingat apabila ada yang menentang Islam sebahagiannya ia menentang hudud. Sebab hudud itu satu juzuk dalam Islam.

Isu ini juga sukar untuk dimatikan begitu saja. Baru saja ia hendak reda dan menjauh dari ingatan umum ia dibangkit semula. Susah untuk melambungnya jauh, sama seperti susah untuk membuang anak kucing yang kesekian lama dipelihara dan dibelai. Walaupun sudah dibuang dengan menutup matanya tetapi ia kembali ke rumah dengan menggunakan deria misai untuk menelusri jalan pulang.

Karpal Singah: Negara Islam adalah modalnya.
Nah, begitulah isu hudud dan negara Islam. Sebenarnya hudud dan negara Islam adalah dua nama dalam satu subjek, ia bergumpal macam anak dara dan bujang yang berasmara penuh keghairahan di sebalik semak. Kenapa susah sangat hendak leraikan isu ini? Mungkin kerana ia adalah satu kewajiban yang bagi orang Islam. Mana-mana perjuangan, parti politik, gerakan, pertubuhan, masyarakat yang inginkan Islam tulen ia tidak dapat memisahkan hudud dan Islam. Mereka yang memperkatakan hudud dilimbahi dengan amarah seperti mana gadis dan bujang bergumpal itu.

Untuk memudahkan perbicaraan kita hanya sebut hudud saja. Hudud ialah hukum haram, peraturan hidup demi menjamin keadilan dan kesaksamaan mengikut al Quran dan Hadith serta tafsiran dan ijtihad para ulamak. Justeru ia terkait dengan Qu'ran selamanya ia tidak akan terbuang. Makanya, usaha untuk mengasingkan hudud dari minda Islam ia tidak akan berjaya malahan ia akan dianggap sebagai dosa. Anggapan akan timbul sesiapa menentang hudud menentang Qu'ran.

Lantaran Pas yang mengambil Islam sebagai latar dan dasar perjuangan Islam maka hudud tidak dapat dipisahkan. Selamanya Pas akan memperkatakan hudud atau para pemimpinnya akan bingkas mempertahankan hudud. Tidak kira siapa yang mempersoalkannya, Pas akan menentang dan mengecamnya. Ia tidak terkecuali Karpal Singh, Mahathir Mohamad, atau Ha Najib Razak, sesiapa saja akan Pas akan membelasah. 

Kerana itu bila Mahathir melontarkan pandangan sinis terhadap hudud, Karapl Singh cuba mempertikaikan dalam konteks perundangan dan perlembagaan negara, maka pemimpin Pas yang tidak faham dengan Karpal Singh atau memahami dari luar konteks apa yang diperkatakannya akan menyerang Karpal. Akan suruh Karpal "mengucap' kembali dan membuat pendirian. Pendirian apa lagi, pendirian tahi? Apa tah lagi Mahathir yang mengakui Islam bila bekas PM itu menyinis hudud maka dia akan kena belasah secukupnya.

Bolehkah hudud ini dihentikan atau tidak disebut langusng? Semua orang inginkan itu kerana ada kalanya ada yang tercelupar mulut dalam mengulas mengenai hudud tersasar ke bawah rel dan boleh menyebabkan akidah rosak. Betapa tidak ada yang menyinis kalau hukum hudud dilaksanakan, boleh dibuka restoran sop tangan. Ada juga mengatakan batu-batu dijalanan akan habis kerana diambil untuk melaksanakan hukuman rejam. Aduh... MasyaAllah. Tetapi bagi saya orang yang menyinis begini mereka yang jahil tukil dan tidak ada setitik pun roh Islam di dalam jiwanya. Mempertikai atau berdebat dengan mereka menghabiskan masa dan 'boreh' saja.

Tentang Karpal Singh, sebelum ini saya sudah katakan. Halangan Karpal terhadap hudud berpandukan kepada perlembagaan diterima pakai negara ini yang masih sekular. Memang kalau ikut perlembagaan negara, negara ini bukan negara Islam. Jadi Karpal menentangnya atas prinsip berkenaan. Kalaupun tanpa Karpal yang menentang, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia terhalang oleh perlemnbagaan.

Perlembagaan lebih besar dan berkuasa dari Karpal Singh dan DAP sendiri. Bila sebut perlembagaan siapakah yang patut dipersalahkan? Ada dua entiti atau (pihak) orang politik dan Raja-Raja Melayu kerana merekalah bersetuju dengan penggubalan perlembagaan negara ini. Yang patut dikecam dan diserang ialah mereka yang membenarkan atau menggubal perlembagaan negara ini yang memberi ruang imuniti kepada orang-orang seperti Karpal Singh itu.

Makanya kalau orang faham situasi ini dia tidak akan melayani Karpal yang dimulutnya sudah birat dan ada kurap. Mulut Karpal akan berkata-kata selamanya tentang hudud. Dia seorang pakar perlemnbagaan dan lawyer dia akan bercakap dari umbi ilmunya. Kalau beliau tidak bercakap tidak ada gunalah beliau hidup di Malaysia. Jadi tidak salah kalau Karpal berpendirian begitu kerana dia ada hak dan sandarannya kukuh.

Penentangan Karpal bukan atas dasar dia agama. Kerana itu kita tidak boleh anggap dia anti Islam seperti mana dianggap oleh bekas seorang pemimpin Pas yang kini bermain dengan politik tidak cukup inci. Yang anti Islam ialah perlembagaan negara ini. Itulah ibu segala anti terhadap Islam. Runtuhkan perlembagaan. Soalnya apakah kita (orang Islam Melayu) mampu? Saya tidak fikir juga dalam hubungan dan kerjasama politik yang diamalkan Pas kini kalaupun Pas menang ia boleh merubah perlembagaan negara dari sekular kepada Islam? Bukan semudah memetik jari.

Memang kenyataan dan sinikal Karpal perlu dijawab untuk menjelas dan memberi kefahaman orang di bawah sana. Orang akan keliru dalam hal ini. Satu masa Karpal adalah rakan Pas menerusi Pakatan Rakyat, satu masa lain dia menentang agenda terbengkalai Pas itu. Bagi saya Karpal Singh seorang pengamal politik demokrasi dan penegak hak asasi manusia yang tulen. Dia berkata dari sudut yang ada ruang untuknya.

Kita boleh sekat Karapl dari berbicara mengenai hudud ataupun mengeluarkan kata-kata bambastik mengenai Islam yang ada kalanya menyebabkan hati kita menjadi luluh. Caranya mudah sahaja tukar perlembnagaan negara ini, tutup ruang daripada beliau dapat bercakap mengenai perkara itu. Soalnya bolehkah kita menutup ruang itu dengan memidah perlembagaan? Dalam waktu ini ia amat mustahil sekali.

Pas saya kira tidak akan berkeupayaan untuk meminda perlembagaan kalau tanpa kerjasama dari pihak lain termasuk Umno dan dari mereka yang mengakui kasih dan cinta kepada Islam. Kalau Pas bersama Umno sahaja, maksudnya hanya kalangan Melayu ia juga tidak berjaya melainkan dokongan semua golongan Islam dari apa juga badan dan pertubuhan tanpa mengira warna kulit dan anutan agama.  Manakala Umno pula sama sekali tidak ada niat untuk meminda perlembagaan negara. Usahkan perlembagaan negara perlembagaannya tidak mahu ditukarnya.

Teringin juga saya melihat apakah Nik Abdul Aziz Nik sedia melaksanakan kata-kata yang dia akan membubar Pas jika Umno sudah menukar perlembagaanya dari sekular kepada Islam. Teringin sangat... ataupun cabaran Nik Aziz itu juga cabaran politik yang penuh dolak dan dalih?

Lantaran itu kerenah yang dilakukan Karpal Singh hari ini hendak diterima seadanya dan serangan ke atasnya juga dengan seadanya. Belau tidak perlu dilihat dengan semangat Islam yang lebih, tetapi perlu dilayani berlatar belakangkan sosial politik. Sudah berbueh mulut pemimpin Pas menasihati dan memberi teguran agar beliau tidak menarik ke luar isu itu, tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan. Walaupun Pakatan Rakyat terpaksa menyibuk dengan isu itu, Karpal tetap juga terus mengungkitnya bila dihulurkan  pembesar suara kepadanya. Kenapa? Jawabnya senang bukankah orang politik itu kena bercakap untuk menunjukkan dia masih hidup dan bernayawa seperti Mahathir itu manakala negara Islam dan hudud adalh modal politik ampuh buat Karpal Singah.

Ok bagaimana pula dengan Umno? Umno atau orang seperti Mahathir tahu akan kedudukan ini. Dia tahu apa peranaan Karpal dan juga peranaan Pas. Tetapi kerana Mahathir dan Umno berpendapat parti itu ada manfaat dan laba di sebalik isu itu maka mereka akan terus mainkan. Mereka akan terus ungkitkan dengan harapan Karpal dan Pas yang kemudiannya membawa kepada DAP akan berlaga.

Umno dalam keadaan terdesak seperti hari ini sangat mengharapkan Pas dan DAP bergaduh. Umno sudah membaca sekiranya kedua parti ini dapat bersatu dibawah payung Anwar Ibrahim sukar untuk mereka mempertahankan kedudukan hari ini. Hari ini semakin hari pengaruh dan wibawa Umno dan BN maskin merosot dan meruncingkan. Jadi hendak tidak hendak mereka harus terus menjadi syaitan untuk menyocokkan Pas dengan DAP. Hanya cara itu saja yang mampu dilakukan oleh Umno.
 
Kesimpulan mereka yang membangkitkan isu hudud dalam konteks politik adalah merupakan syaitan yangn dibentuk oleh naluri politik. Mereka menjelama atas api amarah dan kejahatan dihalalkan politik.  Tidak kira siapa mereka itu termasauk dari Pas sendiri adalah syiatan politik yang dilahirkan dari sistem politik sekular.

Mengenai cadangan Pas untuk mengadakan seminar mengenai hudud bagi memberi kefahaman kepada orang ramai saya rasa tidak ada faedah. Niat baik itu tetap tidak akan mencapai tujuannya kerana ada pula di sebalik usaha itu orang mengusahakan agar kefahaman itu terus menjadi keliru. Pendeknya isu hudud dan negara Islam alias negara berkebajikan tidak akan mudah lengsai selagi negara ini membenarkan sistem politik kepartian. Tidak payahlah.... [wm.kl.1:35 pm 24/08/12]

Politik Banner Di Kelantan

KEMBARA AIDIFITRI (1)

Patutlah ramai yang hendak jadi wakil rakyat kerana banyak kemudahan. Selain dari elaun bulanan RM5,000 hingga RM7,000 sebulan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain yang tidak mungkin diperolehi tanpa ada title YB. Bil telefon, kesihatan, elaun mesyuarat, kenderaan dan sebagainya.

Wakil rakyat juga mendapat penghormatan dari rakyat. Kalau YB yang berjurus akan dikunjungi rakyat di bawa berbagai-bagai persembahan berupa buah-buahan, kain sarung, kopiah, jubah, serban dan diberikan pebagai hadiah ynang indah dan mahal-mahal.

Buah tamar, buah tin, zitun, air zam-zam tidak payah beli akan ada rakyat yang bawa ke rumah. Begitu juga dengan keris lama dan permata cincin akan dicari dan diberikan kepada wakil rakyat sebagai hadiah alias bodekan. Apa lagi apabila menjelang pilihan raya wakil rakyat terumatnya yang ada kedudukan tinggi dalam parti dan berkuasa menentukan calon seperti semuanya ditanggung beres.

Apakah pemasangan banner ini mendapat kebenaran PBT.
Exco yang berkuasa meluluskan sesuatu projek pula akan mendapat imbuhan sebagai balas jasa. Sebenarnya dalam istilah moden sebagai rasuah bertaklik yang sukar untuk dikesan oleh SPRM. Hari ini mereka meluluskan sesuatu projek, seperti tanah, balak atau kawasan getah kelon, kawasan bijih besi esok akan sampailah 'mualaf' Melayu yang menjadi brua membawa wang imbuhan dalam guni gandum.

Salah satu yang paling saya merasai akan keistimewaannya kalau menjadi wakil rakyat ialah, ada orang tukang bawa kita, driver. Dengan elauan dan kemudahan yang ada seseorang wakil rakyat boleh membayar pemandu sendiri sampai dua tiga orang. Apa lagi kalau jadi exco, timbalan menteri besar atau menteri besar driver akan dibayar oleh kerajaan. Jadi hendak ke mana tidak payah pandu dan bawa sendiri.

Bukan itu saja, dalam konteks politik Pas Kelantan kalau sudah ke tahap Tok Guru Nik Aziz segala macam pergerakan dirinya, kecuali mandi, kencing, bersanggama dan solat tidak akan diutus oleh pembantu. Itu hak mutlak dia. Yang lain semuanya diurus dan diatur sebaik mungkin. Ertinya kerja atau aktiviti badaniah (kerja)  tidak begitu 'rohok' (sulit) sangat.

Berbeza dengan kita yang tidak menjadi wakil rakyat dan tidak pula ada kemampuan untuk membayar segala urusan diri seperti driver, tempat penginapan makan dan minum kena urus dan bayar sendiri.

Dalam usia yang sudah melebihi separuh abad ini dan disinggahi pelbagai penyakit melalui perjalanan jarak jauh mencecah ribuan batu meletihkan. Tambahan saya sendiri tidak merupakan seorang 'kaki' kereta atau motor. Perjalanan rayau Aidifitrti dua hari lalu dan semalam meletihkan. Kalau bukan kerana semangat perjalanan ia tidak ada keseronokan langsung. Nasib baiklah dari perjalaanan itu dapat dikutip menjadi bahan catatan di dalam blog ini.

Perjalanan bermula dari rumah KL menuju ke kampung kelahiran, Gual Nibong Rantau Panjang kemudian berpatah balik ke Kuala Lumpur melewati Terengganu. Perjalanan di dalam negeri Terengganu melalui berbagai bentuk dan permukaan jalan. Berbagai pemandangan juga dapat disaksikan. Pemadangan itu sesuai untuk dua orang anak saya bagi diambil sebagai sumber dalam pembelajaran mereka. Pantai, bukit, aktiviti kehidupan orang kampung, amalan budaya tradisi seperti kenduri kendara nikah kahwin lagak anak-anak berhari raya di zaman ini dan sebagainya boleh dikunyah sebagai pengalamana dan pengentahuan baru buat mereka yang membesar di ibukota.

Tetapi sejauh mana mereka mengambil kesempatan itu saya tidak tahu kerana hampir separuh perjalanan mereka hanya tidur dan tidur saja.

Saya akan memulakan catatan Aidifitri kali ini dengan satu pemandangan di daerah saya di Pasir Mas iaini mengenai banyak banner yang dipasang di tempat-tempat strategik di kawasan berkenaan. Suasananya meriah sekali semacam pesta banner atau peraduan banner paling cantik. Dari sudut lain pula banner itu sungguh menyampah dan menyemakkan mata memandang.

Tidak kurang terdapat 10 jenis banner yang terpasang semunya berlatar belakangkan budaya hari raya. Semua banner mengucapkan selamat hari raya. Apakah kerana pilihan raya sudah hampir tiba maka semua banner itu bermotif politik. Yang merujakan saya semua orang yang merasakan mereka layak bertanding dan menjadi calon ada banner masing-masing. Lagak banner itu sebagai bahan kempen atau pun perlumbaan banner paling cantik dan menarik.

Kewujuduan banner umpama pesta ini sudah melampau dan ia membazir. Rasanya tidak perlu ada benner peribadi masing-masing untuk mengucapkan selamat hari raya kepada orang ramai. Cukup satu bennar yang diwakilkan oleh parti masing-masing. Misalnya kalau dari Umno cukup banner berbunyi "Umno Pasir Mas Mengucapkan Selamat Hari Raya," begitu juga dengan Pas dan lain-lain.

Apabila setiap peribadi dan pemimpin tertinggi dalam kawasan ada banner masing-masing ia menunjukkan parti berkenaan ada masalah, ada perpecahan. Apa lagi kedudukan gambar dalam banner itu berasingan. Yang dapat ditafsirkan juga berlaku perebutan calon. Saya yakin yang tampil dengan banner mengenakan gambar tersegak dari mereka, ianya diharap akan menjadi pilihan parti untuk dijadikan calon.

Mengenangkan pesta banner ini apa yang menghiarankan saya tidak ada satu pun banner dari syarikat-syarikat GLC Kelantan atau pun banner mengenai projek-projek politik yang mengalukan ketibaan Syawal yang mulia, seperti banner dari Skim Kifalah, Lebuh Raya Rakyat, Ladang Rakyat, Koridor Depu, atau pun projek Jihad Ternak Kambing Japnapari di Pasir Mas? He..he. Begitu juga banner dari Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd tidak nampak cula di Pasir Mas. Sepatutnya AKSB memasang banner ucap selamat raya terbanyak di Pasir Mas kerana daerah itu ditimpa masalah air baru-baru ini.

Kemunculan banyak banner itu dengan berbagai bentuk, saiz dan lagak pemasangan yang ikut sedap hati menyebabkan pemandangan bandar Pasir Mas menjadi huduh. Perkara ini boleh diurus dengan baik kalau pihak majlis Daerah Pasir Mas mengambil berat dan bersikap profesional. Pemasangan banner itu boleh menjadikan satu daya tarikan lain sebenarnya. Tetapi kerana PBT tidak ada idea untuk mengelohkan menjadi teratur dan bersistemetik maka wujudlah keadaan seperti yang ada itu.

Apakah PBT kurang cerdik atau jahil di dalam hal ini? Kuasa untuk melakukan apa-apa juga aktiviti dalam jajahan Pasir Mas terletak di tangan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM). MDPMlah yang akan mengatur dan menguruskannya. Di sini juga kalau MDPM cerdik dan berfikir kreatif dan komersial mereka dapat mengutip hasil dari pemasangan banner yang berbagai-bagai itu. Kenakan bayaran terhadap setiap banner yang hendak dipasangkan.

Tidak usah banyak untuk satu banner ambil RM10 sahaja, rasanya kutipan untuk banner saja sudah dapat ribuan dan wang itu bolehlah dibelanjakan untuk pengurusan MDPM setidak-tidaknya bagi membersihkan tandas awam di bandar Pasir Mas. Manakala mana-mana banner yang dipasang ikut sedap hati dan tidak membayar permit pemasangan dibuang atau dibakar sahaja.

Sepatutnya sikap tegas dan tidak berlemah lembut ini perlu diamalkan oleh PBT seperti MDPM yang kekurangan peruntukan. Sebenarnya sikap inilah menyebabkan MDPM tidak dapat mengutip hasil dari berbagai aktiviti yang berlaku di daerah itu yang sepatutnya dikenakan bayaran. Banyak sumber pendapatan MDPM boleh dicanangkan menjadi wang tetapi kerana kelemahan dan tepu dalam berfikir sumber itu terbuang begitu saja.

Barang kali kelemahan dan kurang kreatif MDPM ini ada kena mengena juga dengan ahli majlisnya yang dilantik dikalangan ahli politik. Perlantikan ahli majlis daerah oleh parti politik menyebabkan ahli-ahli majlis kurang berkualiti dan prihatin terhadap pentadbiran dan pengurusan. Betapa tidak, terdapat tiga orang ahli majlis daerah lantikan Pas sudah 15 tahun tidak diganti walaupun salah seorang sudah lima tahun dikekah stroke. Ahli ini masih kekal menjadi ahli majlis dan menerima elaun. Kenapa dia dikekalkan kerana dia merupakan orang kuat ketua parti.

Sudah sampai masanya kerajaan negeri khasnya Exco bertanggungjawab membuat penilaian dan peraturan semula berhubung dengan perlantikan ahli majlis daerah ini. Ahli majlis daerah perlu diasingkan daripada pengaruh politik untuk jadi jin afrid bagi menjaga kepentingan ketua parti. Kalau perlu ahli majlis daerah juga boleh dilantik dari kalangan profesional yang bukan menjadi orang kuat (suruhan) parti. Kalau mahukan juga ahli parti lantikkan, ambillah sebahagian saja.

Selagi perlantikan itu dibuat berdasarkan merit politik maka selama itulah jajahan Pasir Mas tidak akan berkembang kerana tidak mendapat suntikan-suntikan pengurusan dan pentadbiran yang baik.  Masalah di Pasir Mas ini juga turut sama berlaku di majlis-majlis daerah lain. [wm.kl.10:15 am 24/08/12]

Wednesday, August 22, 2012

Sarawak Pula Bakal Terbelah?

ANALISA SEMASA

Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja. Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua 'tempurung' itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?

Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?

Anwar sebelum masuk ke bilik mesyuarat di Sabah.
Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia, penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Amat 'rohok' bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin. Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz?

Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihoarmti.

Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal dinobat sebagai Perdana Menteri.

Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia. Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak?

Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi. Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha Najib.

Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah difahami searif mungkin.

Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.

Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis.

Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C.

Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan untuk bermain dengan kuasa politik?

Anwar dalam satu pertemuan di Sarawak.
Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.

Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil fesyen coli yang hendak dipakainya.

Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin bertimbun dan menyerabut.

Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata. [kb.10:20 am 22/08/12] Tan edit.

Saturday, August 18, 2012

Perutusan Hari Raya Dari Saya

Bismillahirahmanirahamim...

Allahuakbar... Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar..
Walilahilhamda'.

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana memberi ruangan dan kesempatan untuk kita sama-sama memeriahkan hari besar yang ditunggu-tunggu selepas kita menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan, iaini hari raya Aidifitri. Syukur kerana kita masih boleh menikmati dan menghayati kemeriahan dan kebahagiaan Aidifitri 1433/2012, esok.

Aidifitri adalah hari kemenangan bagi kaum muslimim yang berjaya melepas ujian badaniah menahan lapar dan dahaga di sepanjang bulan Ramadhan. Hari itu sebagai proklamasi kemerdekaan diri.

Sebenarnya ujian itu bukan setakat badaniah saja, tetapi jasmaniah dan rohani juga. Sama ada puasa kita berjaya menempati atau mencecah hakikat dan makrifat dengannya, tetapi bila kita berjaya menyemurnakan puasa fizikal selama 29 atau 30 hari itu menandakan kita sudah lulus dalam ujian dan cabaran ini. Jelas kita sudah berbeza dengan orang-orang yang tidak mampu melakukannya atau sama sekali tidak mempercayai akan perintah dan tuntutan rukun Islam ketiga itu.

Penghayatan atas kejayaan itu akan kita rasai dari masa kesemasa. Puasa itu adalah menandakan sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana ketebalan keimanan kita dan sejauh mana kemusliman kita sebagai seorang penganut agama Islam. Puasa adalah premeter kepatuhan, ketaatan dan kesabaran.

Alhamdulilah kita semua berjaya melaluinya dengan kadar dan kudrat sendiri atas taufik dan inayahNya jua. 

Allahuakbar... Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar..

Setiap kali hari mulia ini menjelma maka kita memulakan tekad baru. Tekad besar kita ialah ingin merubah atau berubah. Ia umpama setiap musim buah-buahan turun dan memberi rezeki dan nikmati kepada kita... maka setiap kali itu juga kita berjanji untuk menjaga dan memberi sumber kehidupannya (baja, air dan cahaya) yang cukup kepada pepohon itu. Malangnya selepas musimnya habis niat dan ikrar diri itu berlalu begitu saja, hiduplah pohon itu dengan kesendirian dan fitrahnya. 

Nah begitu juga dengan azam dan janji kita pada setiap Ramadhan dan Aidifitri.
Kita berjanji pengalaman dicungkil dari Ramadhan akan kita hayati. Rasa sabar, rendah diri, kehambaan, ubbubiyah, tolak ansur dan segala macam sifat mahmudah yang hadir akan kita kekalkan dan menanam dalam-dalam ke sanubari kita. Dalam masa sama kita menjauhi perasaan bakhil, kikir, .. serta membuang sifat dengki khinati, cemburu dan prejudis... dan apa yang kita berazam untuk memakainya hanya sifat mahmudah dan meninggalkan sifat keji mazmumah.

Itulah yang sering berlaku. Tetapi malangnya ada kalanya kita tidak berupayaan untuk menguasainya. Separuh jalan kita kembali ke fitrah menjadi kotor dan cemar semula. Batin kita berkabut dan berselut kembali? Kenapa? Padahal ia sewajarnya tidak berulang lagi sebab ia berlaku dalam sedar kita.

Kita seharusnya meningkat martabat nafsu kita dari Amarah kepada Lawamah kepada Malhamah, Rodiah, Mutmainah dan seterusnya...

Ingat dan insaflah kita hidup ini bukan sahaja setakat di sini. Setiap yang hidup itu wajib akan mati. Dan sesungguhnya selepas kematian ada lagi kehidupan - permulaan baru yang abadi. Mati adalah perpindahan dari alam nyata (saghir) kepada alam ghaib, bukan satu kehilangan atau kemusnahan yang tiada dibangkit.

Tegasnya hidup bukan sahaja setakat di Kuala Lumpur atau pencapaian tertinggi kita setakat Putrajaya tetapi jauh dari itu dan lebih bermakna dari itu. Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tangga duniawi untuk kita panjat bagi menuju ke atas lebih jauh dan bererti lagi. Dengan Putrajaya kita membina tangga lebih tinggi yang akhirnya memungkinkan kita semua ke syurga, destinasi penghidupan dunia. Itu pengertiannya. Kalau Putjaya menjauhkan kita ke destinasi itu kemenangan duniawi (siasah) itu tidak membawa apa-apa erti.

Justeru ... kita perlu mengedit dan bermahasabah setiap kali kita berazam dan berniat. Pastikan apakah ia ditunai dan dilaksanakan. Kena selidik setiap juru dan jerung atas segala tindakan kita. Kita kena pastikan kita tidak menjadi fasik, kufur atau zinddik. Atau pun kita kena pastikan akidah kita senantiasa tetap, utuh dan istiqamah..

Jangan disebabkan kebendana dunia, kekayaan dan kuasa kita ikut terpelosok ke lembah dan gaung kehinaan kemudian musnah seperti mana berlaku ke atas orang-orang yang dikutuk dan dihukum sebelum ini. Ambillah pengertian dan iktibar dari apa yang berlaku.

Sejarah kemusnahan manusia yang merasai mereka bertamadun dan berjaya hendaklah diingati sebaik mungkin di sepanjang masa.

Mudah-mudahan mari kita semua 'menghinakan diri'  berdoa dan berharap semoga setiap apa yang kita perolehi dari ibadat puasa Ramadhan ini akan menghiasi diri kita untuk masa-masa akan datang. Biarlah apa yang kita azamkan pada Ramdhan itu kita laksanakan pada hari-hari muka yang kemudian kehidupan kita akan ceria, bahagia dan meriah seperti di hari kemenangan - Aidifitri. Nescaya kalau ini dapat kita perbuat kita akan memperolehi hikmat dan rahmat dari puasa itu sendiri.

Akhirnya saya mengambil peluang mengucap salam Idufitri mina wal faiza kepada semua penjenguk blog Merah Tinta. Saling berdoalah kita semua untuk kesejahtraan diri, agama dan bangsa kita. Saling ingat mengingatilah kita dengan penuh kesabaran dan kebenaran agar kita semua tidak termasuk dalam golongan ar-rafilin, ini perlu kerana kelemahan paling nyata kepada diri kita ialah lupa.

Marilah kita mula menjadi waras sebagai hamba yang soleh dan mutaqim. Marilah kita mulai mengenal saudara kita sendiri di samping mengeratkan persaudaran dengan sesiapa juga selagi mereka tidak ada niat untuk memusnahkan kita. Betapa rancak dan ghairahnya kita berpolitik biarlah kita berpaksi dan kenallah bahawa darah antara kita sama merah dan kiblat pun sama ke Barat.

Atas kesalahan dan ketidaksempurnaan saya menerusi tulisan, catatan atau pun memberi pandangan saya mohon kemaafan dari semua yang terlibat, khusussi mereka yang terasa hati dengan apa yang saya catatkan. Yakinlah kritikan saya tidak sampai sehingga membunuh sesama sendiri seperti mana sebengkeng-bengkeng ibu kerbau ia tidak akan menanduk anaknya sendiri. 

Selamat hari raya Aidifitri 1433/2012.

MSO,
Wangsa Melati,
Kuala Lumpur.
18/08/12.

Friday, August 17, 2012

Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok

JELANG IMSAK

Kedudukan kerusi parlimen Bachok masih menjadi teka teki apakah ianya akan ditandingi oleh Pas atau PKR. Persoalan ini timbul apabila PKR Kelantan dikatakan telah mengemukakan formula cadangan agar kerusi parlimen Machang yang kini dimilikinya ditukar dengan Bachok. Bachok adalah kerusi Pas.

Katanya PKR Kelantan telah menghantar surat cadangan itu kepada Perhubungan Pas negeri menjelang puasa lalu yang mengusulkan perkara itu. Tetapi sampai sekarang ini surat cadangan itu belum mendapat apa-apa tindak balas dari Pas.
Ariffin Mahmod atau Pin Atira.

Cadangan itu adalah dalam menyelesaikan masalah PKR Kelantan. Kedudukan kerusi Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution Ismail tidak begitu selesa. Perkara ini jelas kalau Machang selesa atau tidak hadapi apa-apa masalah tidak mungkin akan timbul idea berkenaan.

Tindakan itu wajar untuk mencari kemenangan. Tidak ada guna PKR bermegah dengan memiliki (bertanding di banyak kerusi) tetapi kalah. Lebih baik PKR menumpukan kepada kerusi atau kawasan yang boleh menang walaupun bertanding hanya satu dua kerusi sahaja. Yang penting dalam soal ini ialah kemenangan.

Mengenai Machang ada juga alasan lain mengatakan PKR tidak mampu bertahan apabila wakil rakyat kini Saifuddin akan dibawa bertanding di Kedah. Kalau bukan Saifuddin sukar untuk PKR menang di situ. Masalah dihadapi PKR di Machang ialah parti itu tidak ada calon yang boleh mengganti Saifuddin. Masalah lain katanya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada PKR?

Sebagai penyelesaian atau mengatasi masalah maka kawasan baru sebagai ganti dicari. Kawasan itu ialah Bachok. Bagi PKR mereka ada alasan sendiri kenapa memilih Bachok bukan kawasan lain. Kononnya di situ PKR ada calonnya yang juga mampu untuk berdepan dengan Awang Adek Husein. Orang itu ialah bekas ketua pemuda Umno Bachok di zaman Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua, iaitu Zaiyadi Awang Noh.

Memang Zaiyadi layak dan sesuai untuk berdepan dengan Awang Adek memandang beliau mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Tetapi masalahnya yang menjadi persoalan Zaiyadi bukan ahli PKR. Apabila cadangan untuk meletakkan Zaiyadi yang masih belum menjadi ahli PKR dan masih Umno maka banyaklah protes dan suara-suara yang kurang sedap diperkatakan termasuk pemilihan Zaiyadi itu berdasarkan kroni? Kalau benar Zaiyadi bersedia untuk jadi calon di situ kesilapannya beliau ialah kerana tidak sedia mengambil risiko meninggalkan Umno awal-awal.

Semasa majlis berbuka puasa dengan para pemimpin Pas di Shah Alam dua minggu lepas saya ada merisik perkara ini - cadangan PKR itu, kepada beberapa orang pimpinan Pas Bachok termasuk Yang Dipertuanya sendiri Omar Mohammad. Menurutnya Omar tidak timbul soal Bahcok hendak ditukar ganti dengan Machang. Setakat ini katanya tidak ada perbincangan apa-apa.

Walaupun Adun Perupok itu ada mendengar desas desus itu tetapi belum ada kata putus dan Pas kawasan Bachok sendiri tidak membincangkannya. Begitu juga bila dirisik dengan bekas wakil rakyat Bachok Wan Nik Wan Yusuf yang juga pengarah pilihan raya Pas Kelantan, menurutnya perkara itu tidak timbul. "Tidak ada," katanya sambil menggeleng kepala tiga kali.

Cadangan PKR itu juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemuda Pas Bachok kerana mereka juga ada calon untuk diletakkan di kerusi parlimen itu. Ketuanya Marzub Shaari dikatakan berkelayakan untuk diletak berdepan dengan Awang Adek. Sudah pasti apabila pemuda menayangkan calonnya, formula pertukaran itu tidak mendapat sokongan semua pihak.

Sementara itu di dalam membicarakan siapa atau parti mana akan berhadapan dengan Awang Adek timbul satu nama lain yang dikira sepadan kalau diadukan dengan Awang Adek. Sosok itu ialah Ariffin Mahmood atau lebih dikenali dengan Ariffin Atira. Beliau seorang pemaju pembangunan yang berjaya di Kelantan dan banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada Pas secara tersembunyi.

Mungkin nama Ariffin ditonjol kerana latar belakang dan kejayaan dalam bidang pembangunan serta pengalamannya yang agak luas dalam aspek ekonomi. Walaupun dia bukan anak Bachok tetapi kalau Pas mahukan seorang yang setanding dengan Awang Adek dalam aspek profesional Ariffin dikira layak. Kelulusan dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar dimilikinya juga memungkin kenapa beliau cuba ditonjolkan untuk berdepan dengan Awang Adek. Tetapi saya kira penjualan nama Ariffin ini sebagai test merket saja.

Bagaimana pun nama ini boleh diambil kira oleh Pas Bachok dan juga Pas Kelantan sendiri sekiranya Pas Bachok merasakan beberapa nama yang disenaraikan tidak berapa 'rak' (berdaya) nuntuk berdepan dengan Awang Adek. Beliau juga dilihat sebagai sangat berminat untuk memperhambakan diri dalam politik.

Di sudut lain Ariffin juga dikatakan mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi berdepan dengan timbalan menteri kewangan itu? Dan keistimewaan lain yang ada kepadanya, Ariffin boleh bukan saja menyumbang harta benda tetapi buah fikirannya terutama mengenai pembangunan ekonomi untuk Kelantan. [wm.kl.5:45 am 17/08/12]

Thursday, August 16, 2012

Pas Patut Belajar Dengan Umno

SEBELUM TERAWIH

Tampaknya gesaan saya agar pemimpin Pas tidak banyak mengulas dan memberi publisiti murah kepada Nasharudin Mat Isa tidak diperhati betul-betul. Selepas Mohd Nuri Mat Yaacob, Mahfuz Omar, Nasruddin Hasan, Tuan Ibrahim Tuan Man masih ada beberapa pemimpin lain yang ikut gatal mulut untuk mengulas sambil menyinis mengenai fiil Nasharudin.

Orang yang selalu lapar membuat ulasan bersabit isu-isu negatif mengenai Pas, Khalid Samad tidak dapat mengzipkan mulutnya turut sama memberi ulasan. Kenapa tidak boleh didiamkan saja. Bila Khalid mengulas ia akan dipandang lain kerana orang tahu sikap berani dan 'kecoh' Khalid Samad serta hubungan 'sejuk panas' beliau dengan Hasan Akidah yang dilihat intim dengan Nasharudin Mat Isa.

Timbalan Presiden Pas Muhammad Sabu walaupun nampak tidak mahu memberi komen turut sama memberi komen dalam konotasi lain. Masih ada lagi lain-lain pemimpin yang ikut bercakap fasal ahli parlimen Bachok ini.

Saya rasa tidak perlu bercakap dan mengulas telatah Nasharudin. Lagi bercakap lagi dia suka dan merasakan dia sama hebat dengan Hasan Akidah. Sebagai orang yang sudah mulai terpinggir dari minda umum, beliau memerlukan sesuatu yang boleh orang kenangnya. Hari ini bila pakat bercakap mengenainya orang ramai akan ingat dan tahu bahawa dia masih ada.

Dalam keadaan berdepan dengan kerenah politik tidak cukup inchi begini, Pas sepatutnya belajar dari Umno. Umno lebih bijak dalam menghilangkan isu-isu yang ditimbulkan ahli seperti ahli berpaling tadah dan menyertai parti lain.

Umno tidak memberi apa-apa ulasan dan membiarkan saja ahli yang bertindak meninggalkan parti itu membawa diri sendiri. Dengan cara itu menyebabkan masyarakat umum dan ahli partinya tidak lagi menyebut ahli yang pergi itu, jadi menyebabkan Umno seolah-olah tidak terkurang apa dengan tindakan itu.

Tenguk macam mana Umno tangani isu Tamrin Ghafar yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Pas minggu lalu. Pemimpin Umno tidak sedikit pun menyebut dan mengulasnya. Kalau pun yang membuat ulasan ialah Ketua Pemuda yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin. Khairy pun mengulas kerana nak tumpang semangkuk dua untuk memberi tahu umum yang beliau masih ada, tidak demam.

Begitu juga dengan tindakan bekas ketua penerangan Umno Kelantan Sobree Shafii. Bila Sobree menyerahkan surat penarikan diri sebagai ahli Umno tidak ada siapa pemimpin Umno memberi reaksi. Usahkan presiden atau ketua Umno Kelantan, ketua cawangan di mana Sobree menjadi ahli pun... tidak membuat apa-apa ulasan.

Kebijaksanaan itu menyebabkan orang Umno termasuk di kampung Sobree sendiri tidak menyedari yang Sobree sudah meninggalkan Umno. Inilah kebijaksanaan Umno yang berdasarkan pengalaman sebagai sebuah parti politik terlama negara.

Sepatutnya pemimpin Pas belajar dari Umno bagaimana hendak meleyapkan keaiban diri sendiri dan bagaimana hendak menjaja keaiban lawan. Lepas ini hendaknya jangan ada lagi sesiapa pemimpin atau ahli Pas perkatakan mengenai Nasharudin. Biarlah dia mengulik lagu untuk tidurnya sendiri. Saya juga tidak akan membuat apa-apa ulasan lagi, melain dia sudah sah keluar dari Pas dan menjadi ahli Umno. [wm.kl.9:42 pm 16/08/12]

Nik Aziz Betulkan Pembohongan Sebuah Blog

LINTAS TENGAHARI

Seperti saya duga Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak memberi apa-apa komen berhubung tindakan tidak profesional Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Pas dan bekas pemimpin tertinggi parti berkenaan yang ralik mengekori punggung perdana menteri Ha Najib Razak sekaligus menjadi jurualih bahasa dalam pertemuan Najib dengan orang Arab berjanggut lebat di sebuah hotel di Makkah beberapa hari lalu.

Nik Aziz - malas komen fasal Nasharudin.
Menurut MB Keantan itu beliau tidak perlu membuat apa-apa komentar kerana sikapnya sebelum ini terhadap bekas timbalan presiden Pas itu sudah jelas. Sewaktu kemuncak Nasharudin berusaha untuk membawa Pas berkerjasama dengan Umno, Nik Aziz pernah 'menggesa' Nasharudin keluar Pas sekiranya dia terus berhajat untuk membawa Pas bekerjasama dengan Umno.

Nik Aziz menyifatkan mereka yang cuba mengaturkan kerjasama Pas dengan Umno sebagai sampah.

 Kenyataan Nik Aziz ketika itu dikira keras dan tegas.  Gara-gara kenyataan itu juga saya membuat catatan supaya Nasharudin meletak jawatan sebagai ahli parlimen Bachok kerana kemarahan itu bakal menjadi ketulaan kepada Nasharudin.

Bagaimana pun 'pertelagahan' itu reda semula apabila Nasharudin memohon maaf bersalaman dan mencium tangan Nik Aziz selepas satu mesyuarat di Kuala Lumpur.

Dalam catatan semalam saya sudah menjangkakan Tok Guru Nik tidak akan membuat apa-apa komen terhadap sikap cuba meremehkan parti dilakukan Nasharudin di bulan Ramadhan ini dengan menggesa Pas keluar dari Pakatan Rakyat kerana bersahabat dengan DAP.

Saya ramalkan kalau pun Tok Guru itu hendak bercakap beliau mungkin akan kata 'no komen' saja. Ternyata Tok Guru no comment apabila dia tidak mahu ,mengulas. 'No komen daari segi mantik politik Tok Guru yang difahami menggambarkan kemarahannya yang berat.

Dalam hubungan ini Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan rengkas mengenai satu pemanipulasi (fitnah) sebuah blog yang melaporkan beliau sebagai berkata meminta Nasharudin keluar parti. Nik Aziz menafikan laporan berkenaan kerana beliau tidak pernah meminta mana-mana pemimpin keluar parti dan menerima tindakan berpaling tanda begitu hak seseorang.

Kenyataan beliau seperti berikut:

"Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu.
"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan Pas Pusat.
"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.
"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin Pas yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen.
"Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...." [wm.kl.1:32 t/hari 16/08/12]

Wednesday, August 15, 2012

Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin

ULASAN ISU

Para pemimpin Pas telah memberi reaksi berbagai-bagai tanggapan terhadap bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa yang kini miring kepada fahaman sekular, Umno. Pandangan-pandangan pemimpin itu bukan merupakan ketetapan parti tetapi lebih merupakan pandangan peribadi. Kesemua pandangan itu walaupun bergumpal dengan nada kekesalan, tetapi masih cuba memberi ruang dan peluang kepada timbalan presiden yang bersaiz 4' -11" itu.

Nasharudin Mat Isa
Yang pertama memberi reaksi ialah Dewan Pemuda Pas Kelantan yang agak keras memberi peringatan kepada Nasharudin kalau beliau sudah tidak betah dengan Pas sila keluar sahaja dari Pas. Lebih tegas lagi Pemuda Pas Kelantan menerusi setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob menggesa Nasharudin supaya melepaskan kerusi Bachok dalam keadaan baik. Alasan Nuri tidak ada guna beliau kekal di situ kerana sudah tidak sebulu dengan Pas.

Manakala Setiausaha Agung Mustapa Ali pula lebih lunak dengan menyatakan Pas sedang memantau perkembangan seterusnya apa yang akan dilakukan Nasharuddin.  Bagi Mustapa beliau nampak berhati-hati sebelum membuat komen langsung kepada Nasharudin. Beliau mungkin bimbang kalau tidak kena cara menyebabkan timbul salah anggap beliau ke atas komen itu kerana beliau sebelum ini dikatakan orang yang tidak disenangi Nasharudin.

Begitu juga dengan ketua Pemuda Pas, Nasudin Hassan dalam komennya lebih kepada menyeru Nasharudin supaya insaf dengan apa dilakukan kerana ia boleh merugikan parti dan menggembirakan musuh. Ternyata Nasharudin 'pemuda anak' ini tampak lebih matang dan berhemat berbanding dengan Nasharudin 'separuh ayah' itu.

Kata Nasrudin, ahli parlimen Bachok itu harus tampil berbincang jika terdapat apa-apa yang tidak disetujunya kerana cara mengkritik Pas secara terbuka ia lebih menguntungkan musuh Pas. Beliau juga tidak setuju dengan cara Nasharudin kalau beliau mengikut jejak langkah Hasan Akidah yang memburukkan Pas di merata tempat.
 
Seorang lagi pemimpin Pas yang kurang senang dengan karektor politik Nasharudin ialah Mahfuz Omar. Naib Presiden Pas itu mencabar Nasharudin supaya berdepan dengan Majlis Syura Ulama kalau tidak berpuas hati terhadap 'tahalluf syiasi'  Pas yang hubung dengan DAP.  Ini kerana jalinan politik dengan parti lain termasuk PKR dalam pengetahuan Majlis Syura di mana beliau salah seorang anggotanya.

"Persoalannya kata Mahzfuz apakah dia tidak cukup ilmu untuk berdepan dengan Majlis Syura Ulamak?", kata Mahfuz seperti dilapor.

Tentu orang awam sedang menanti apakah ulasan selanjutnya terhadap Nasharudin yang dilihat sudah mula ghairah mematuk Pas itu. Dalam hal ini komen dan ulasan yang sangat dinanti ialah dari Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden Abdul Hadi Awang.

Bagaimana pun yang paling digeruni untuk mendengar komen terhadap tindak tanduk Nasharudin ialah dari Nik Aziz. Sebelum ini Nik Aziz pernah menghalaukan Nasharudin keluar dari Pas kerana perilakunya yang cuba mengadakan kerjasama politik dengan Umno.

Mungkin kerana sejarah itu kalau Nik Aziz membuka mulut terhadap Nasharudin ia sangat pedas dan menggerikan. Jangan salahkan Tok Guruku itu kalau beliau hanya berkata 'no komen' mengenai Nasharudin kerana beliau sudah mensyarahinya panjang lebar sebelum ini. Mantik 'no komen' nanti merupakan satu kemarahan besar beliau kepada Nasharudin. Justeru saya berharap baik Abdul Hadi dan Nik Aziz tidak memberi apa-apa komen dan reaksi. Sebaiknya biarkan sahaja Nasharudin dengan gleagat dan peta baru politiknya.

Gambar klasik Nasharudin memeluk Baru Bian di Kucing.
Kalau pun Nasharudin ingin kekal menjadi jurualih bahasa kepada Najib tidak menjadi masalah. Semua pemimpin Pas dan ahli Pas harus menyedari Nasharudin perlu hidup yang lebih selesa dan lumayan. Jawatan baru itu mungkin gaji dan pendapatannya lebih lumayan dari apa yang beliau perolehi semasama bergelar ahli Pas. Ia juga lebih berprestaj. Bagi orang yang gilakan prestaj sangat seronok dengan jawatan itu kerana boleh mendamping PM.

Seperti apa yang saya katakan sebelum ini sebagai seorang berjiwa kecil dalam perjuangan Nasharudin tidak akan teringat lagi bahawa dia pernah diberi peluang menjadi orang kedua tertinggi dalam Pas, di mana peluang itu tidak mungkin akan diperolehinya walaupun beliau menubuh parti sendiri. Keistimnewaan itu akan dialpakan begitu saja kerana tempias sinar pelangi dari dalam Umno. Jadi ukur dan analisa sendirilah bagaimana orang ini.

Nasharudin sendiri mungkin menyedari selama lebih empat atau lima tahun menjadi timbalan presiden beliau tidak dapat menjadi 'asoib' yang baik kepada Abdul Hadi Awanag melainkan megah dengan kedudukan itu ke mana sahaja. Jadi... kalau pun selepas ini Nasharudin mempertikaikan mengenai pendekatan Pas kini yang kononnya tidak tidak Islamik, memusnahkan Melayu, bersekongkol dengan Cina dan sebagainya ...biarkan sahaja.

Beliau umpama si burung tukang (burung malas) yang akan bertukang bila siang bertukar malam. Selepas ia bertukang tatkala hari hendak siang maka akan berhentilah dia bertukang (berkokok) maka begitu jugalah Nasharudin. Saya tidak kira kalau ditakdirkan dia menyertai Umno akan mendapat makam yang sama dengan apa yang di perolehi dari Pas.

Juga kerana keyakinan dia bahawa Umno lebih Islamik dari Pas, biarlah dia mencapai 'mardatilah' dalam Umno. Di sini biarlah saya mendahului orang lain untuk mengucap selamat menyertai parti baru buat Nasharudin. [wm.kl.4:09 pm 15/08/12]