Sunday, September 9, 2012

Tradisi Rumah Terbuka Pas Diteruskan

RELEKS MALAM

Sudah menjadi amalan atau tradisi Pas Pusat mengadakan hari rumah terbuka sempena Aidifitri untuk membolehkan orang ramai dari berbagai lapisan masyarakat bertemu mata dan berjabat salam silaturahim dengan para pimpinan Pas. Majlis itu juga akan mengeratkan lagi hubungan pemimpIn, ahli dan penyokong Pas sesama mereka.

Tahun ini rumah terbuka Pas beralih tempat sedikit dari Taman Melawar ke padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru Kuala Lumpur dengan tuan rumahnya Pas Wilayah dan Pas Selangor.  Majlis bermula selepas Zohor jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Lebih 10,000 hadir majlis rumah terbuka berkenaan walau pun hujan turun rintik-rintik. Hampir semua pimpinan utama Pas hadir untuk beramah mesra dengan orang ramai dan juga pada tetamu khas dari parti komponen Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengepalai majlis ramah mesra dengan para tetamu bersama Presiden Abdul Hadi Awang, timbalannya Muhammad Sabu dan dua Naib Presiden Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Turut sama menyambut ketibaan tetamu ahli jawatankuasa kerta Pas, Dr Mohd Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mujahid Yusuf Rawa dan lan-lain.

Tidak ketinggalan yang hadir sama Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din, timbalan ketua Dewan Ulamak Ahmad Yaacob yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir menyerikan rumah terbuka itu Penasihat Umum Keadilan, Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali. Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak ketinggalan hadir sama.

Berikut ada beberapa keping gambar yang sempat disambar oleh Galaxy note saya: [wm.kl.9:58 pm 09/09/12]
Sebahagian orang ramai yang hadir.
Orang ramai bersalaman dengan pimpinan.
Mahfuz sedang bersalaman dengan Dr Wan Suhaimi.
Pimpinan berbaris menyambut para tetamu.
Ahmad Yaacob sedang memperkatakan sesuatu kepada Arifin Mahmod.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (kiri) bergambar sebelum menjamah juadah.
Pemuda pembela bangsa dan agama.
Orang kuat di sebalik rumah terbuka bersama Takiyuddin Hassan.
Pejuang dan pembela rakyat marhain, Mazlan Aliman.
Dari kanan: Nik Abduh, Dr Izani Hussein, Fatah Mahmod dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Majlis Syura Tidak Perlu Bincang Hal Nasharudin

SESUDAH SUBUH

Malam ini Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat rutin bulanannya. Mesyuarat itu akan dipengerusi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sudah berada di ibu kota. Mesyuarat malam ini sudah pasti menjadi tumpuan dan dinanti-nanti media massa. Begitu juga ia sedang ditunggu oleh musuh-musuh Pas yang mahu melihat keputusan mesyuarat itu nanti akan membuahkan sesuatu yang kurang manis untuk dijadikan modal politik menghentam Pas. Itulah yang didoakan mereka.

Nasharudin: Biar dia pilih jalan sendiri.
Musuh Pas sangat berharap isu bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang baru-baru ini 'sengaja' mendampingi perdana menteri Najib Razak semasa PM itu berjumpa dengan dua orang Mesir berjanggut di Makkah akan dibincang dan seterusnya diambil tindakan. 

Penampilan Nasharudin dengan PM menyebabkan beberapa hari peristiwa itu menjadi bahan berita. Termasuk beberapa orang anggota majlis syura juga turut 'disampuk hantu' mengulas isu yang sengaja dimainkan oleh media massa itu. Dua tiga orang anggota majlis itu memberi komen mempertahankan sikap Nasharudin dan memberi isyarat agar ia tidak dipengapa-apakan.

Pendirian awal anggota majlis syura itu dilihat tidak wajar dan mempengaruhi apa-apa perbincangan terhadap Nasharudin Mat Isa malam ini kalau diadakan. Kenapa tidak wajar kerana mereka selaku badan kehakiman tidak sepatutnya mengulas sesuatu isu yang mungkin dibincangkan. Inilah masalah berlaku di kalangan pemimpin Pas mereka selalunya dihidapi penyakit suka bercakap. Kalau boleh semua pihak cubalah berpuasa mulut dalam mengulas isu-isu yang boleh menyenakkan parti.

Jadi kerana kesampukan itu adalah elok sekali kalau majlis syura ulamak yang akan bersidang malam ini tidak membincangkan isu mengenai Nasharudin. Sebaiknya jangan disentuh dan diulas langsung. Juga tidak perlu diadakan sidang akhbar bagi menjawab mengenai perkara itu. Pastikan nama Nasharudin Mat Isa tidak disebut pun dalam sepanjang mesyuarat itu. Semua ahli majlis syura jangan sesekali membawa keluar apa juga butiran atau pun sikap ahli majlis syura di sepanjang mesyuarat itu. Jagalah rahsia dan bersikap amanahlah.

Tindakan ini lebih baik untuk menutup kes berkenaan agar ia tidak menjadi panjang dan diecerkan. Nescaya kalau isu Nasharudin dibincangkan malam ini ia membuka semula isu berkenana yang kini sudah hampir dilupakan kepada umum dan akan menjadi makanan lazat media massa. Media massa yang menjadi penjilat buntut akan eksploi isu berkenaan dan menghidupkan semula soal Nasharudin ini. Ini mereka nanti-nantikan.

Semua pihak kena faham musuh Pas suka kalau soal Nasharudin itu dibincangkan kerana mereka ada modal untuk mengungkitnya kembali. Hari ini Nasharudin tidak menjadi isu lagi. Jika ia dibuka semula malam ini Nasharudin akan terus menjadi isu. Dalam saat pilihan raya makin dekat Pas dari semua sudut dan oleh semua orang hendaklah lebih berhati-hati dan bersikap waras. Emosi yang berlebihan akan membawa parah.

Kalau isu Nasharudin ini tidak disebut dan dibicnangkan pun ia tidak menjadi masalah ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Pas, untung pun tidak rugi pun bukan. Paling-paling Nasharudin atau media yang menyokongnya akan mengulas Pas takut kepada Nasharudin setakat itu saja... dan biarkanlah.

Untuk memastikan ini... jangan masukkan isu Nasharudin di dalam agenda mesyuarat dan jangan ada sesiapa bangkit dalam agenda hal-hal lain. Jangan ada juga sesiapa di kalangan anggota majlis syura gatal mulut untuk bercakap mengenai Nashardin dan kalau hendak bercakap juga biarlah sepakat dengan keputusan kita jangan pedulikan dia.

Paling afdal ialah tutup mulut dari menyebut namanya, habis cerita. Sama ada Nasharudin hendak kekal dalam Pas, hendak mengkritik Pas memuji Umno terpulang kepadanya. Pas bukan baru sekarang hendak merasai kehilangan bekas pemimpin tertingginya tetapi sudah acap kali. Jadi apa perlu dibimbangi.

Nasharudin hanya sebutir benih yang pernah disemai di dalam Pas tetapi sudah mula membakut hanya disebabkan semusim kemarau. Benih yang kuat dan ulit itu akan sanggup dibahan kemarau berdekad bahkan berabad sebelum ia akan tumbuh menjadi pokok yang besar, gagah dan berbuah. Usahkan sebulan kemarau seabad bah pun ia tetap utuh. [wm.kl.7:19 am 09/09/12]

Mahadzir Khir Yang Rendah Diri Bersifat Melayu Tulen

BELASUNGKAWA

Saya sepatutnya telah menyiapkan catatan balesungkawa Allahyarham Mahadzir Mohd Khir, 67 bekas timbalan menteri pendidikan yang telah kembali ke Rahmatullah tiga hari lalu akibat serangan jantung. Namun disebabkan kerana terganggu dengan kesibukan lain, catatan itu dilewatkan. Maaflah kepada mereka yang menanti untuk membaca catatan belasungkawa ini.

Pertemuan dengan Allayarham dua tahun lepas di Petaling Jaya.
Saya perhati dalam beberapa blog lain takut-takut ada sesiapa yang membuat catatan balesungkawa atau mengenang Allahyarham. Tetapi tidak ada.. atau pun tidak tersuluh oleh ainun saya. Catatan mengenangi  seseorang selalu dibuat apabila seseorang itu telah dipanggil menghadap Ilahi. Cacatan sebegni adalah sebagai penghormatan dan kenangan terakhir kita kepada seseorang yang kita kenali dan telah pergi itu.

Saya akan cuba mengungkitkan sedikit kenangan saya bersama Allahyarham sebagai mengisi cacatan balesungkawa yang dijanjikan. InsyaAllah.

Nama Mahadzir Khir saya sudah lama mengenalinya sebelum saya bertemu dan bersalam dengannya. Saya kenal dia sebagai seorang penulis atau kolomnis di akhabr. Dia banyak menulis mengenai isu sosial politik, budaya, pendidikan dan sejarah. Tulisan dan pandangannya mencerminkan hasrat peribadi beliau sebagai seorang Melayu dari konteks ahli akademik. Semasa menjadi tokoh akademik dia banyak mengkritik dasar dan polisi kerajaan secara ringan dan halus di mana sikap itu menyebabkan saya berfikir beliau berfikiran condong ke kiri atau anti estblishment?

Namun itu memberi kefahaman bahawa tidak semua dia bersetuju dengan dasar kerajaan khsusunya dalam soal pendidikan, pembahagian ekonomi kepada orang Melayu termasuklah hal-hal kronisme dan  diskriminasi serta pengabaian kepada budaya bangsa. Mahadzir juga seorang yang semi redikal Melayu tetapi sikap rasisnya terselindung di sebalik ketokohan beliau sebagai seorang akademik yang mencapai taraf Prof Madya.

Dalam pergaulan dan bersosial dia merendah diri dan menyenang semua orang serta tidak tahu membangga dia sebagai seorang profesor yang berpendidikan di luar negara. Dia menghormati semua orang tidak kita darjat dan keturunan. Bagi saya beliau seorang Melayu tulen yang penuh dengan tatabudi, tatabahasa dan tatabudaya dan berfikir sedikit agak kritikal.

Pertama kali saya bertemu dengannya ialah pada akhir tahun 80-an di satu majlis politik di Kota Bharu Kelantan. Beliau hadir dalam majlis politik itu sebagai pemerhati dan pencatat sejarah. Kalau tidak silap majlis itu anjuran Parti Melayu Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Tanpa ramai orang mengetahui Mahadzir adalah penyokong dan pengkagumi Tengku Razaleigh.

Hari itu saya nampak dia membidik kamera besar siap dengan zom panjang. Dia mengambil gambar sendiri dan berjalan dalam kumpulan orang ramai. Dari sini memberi tahu saya bahawa beliau seorang yang merendah diri dan senang bergaul. Saya menghampirinya dan memperkenalkan diri. "Oh Sayuti... you yang menulis dalam Watan ke?" dia seakan terkejut dan tercengang. "Iya..," balas saya sambil dengan  merasa bangga dan bertuah kerana orang sepertinya yang saya kira jauh jarak status dari saya memembaca tulisan saya.

"I baca tulisan you, bagus..., " balasnya menjadikan saya sedikit terasa.

Itulah pertemuan pertama dan ia berangkaian apabila saya melebarkan sayap perjuangan berhijrah dan mencari makan di Kuala Lumpur sebagai seorang penulis dan wartawan dalam tempoh itu juga. Allahyarahm menjadi lebih kenal lagi apabila saya mula menulis buku-buku politik picisan. Setiap kali berjumpa saya dia akan memberi tahu yang dia membaca buku saya dan bertanya buku apa pula selepas ini. Dia tidak mengomen apa yang saya tulis.

Walaupun tidak kerap berjumpa dan minum tea tarik, tetapi pengenalan kami di arena penulisan menyebabkan kami akrab di antara satu sama lain. Saya menjadi lebih hormat dan bangga kepadanya apabila beliau sering menghubungi saya bertanyakan mengenai isu-isu politik semasa, atau pun meminta ulasan dan pandangan dari perspektif saya yang dilihat sebagai pro-pembangkang. Apalah saya berbanding dengan beliau yang di menara gading.

Lata ini menyebabkan saya merasa banga dan sekaligus menjadi lebih berhati-hati dalam penulisan kerana buku picisan saya juga diteliti oleh beliau. Sebagai ketua di Unit Jabatan Pengajian Sejarah UM di mana turut sama terlibat mengenai pengajian media massa, beliau sering memberi tugas kepada anak didinya menemui saya khasnya yang terlibat dalam bidang penulisan. Beberapa orang anak muridnya datang menemui saya dalam menyiapkan assingment mereka.

Pengenalan kami lebih rapat dan kerab lagi apabila beliau menjadi ahli Parlimen, dilantik menjadi setiausaha parlimen dan kemudian timbalan menteri pelajaran. Perlantikan itu bagi saya wajar kerana pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan. Sebagai orang Melayu tulen yang berhemah, nilai atau ragam hidupnya tidak berubah mengikut status dan darjat. Mahadzir seperti biasa, tidak berubah kandati sudah bergelar timbalan menteri sedang saya tetap masih penulis cabuk.

Setiap kali terserempak di parlimen beliau akan bertanya khabar dan kalau tidak sibuk akan membimbing tangan saya ke kantin atau masuk ke cafe ahli parlimen untuk minum.

Satu hari saya ke pejabatnya di Bukit Damansara Kuala Lumpur untuk satu tujuan. Untuk berjumpanya tidak payah membuat temu janji, cukup telefon dan kalau beliau kebetulan ada luang terus pergi dan jumpa.

Sebelum sempat memberi salam, sebaik tersembung di muka pejabatnya Allahyarham sudah mengajak ke kantin untuk minum air tanpa sempat bertanya apa hajat dan tujuan.

"Hang nak minta tolong apa?" tanya beliau selepas membuat pesanan di kantin.Saya masih ingat lagi hari itu beliau oder 'kopi O'.

"Ini ada anak orang kampung, nak masuk universiti tetapi tak leh..."? kata saya.

"Ini mesti anak orang Pas ni..," samputnya sambil menatap slip reslut periksa anak orang kampung saya yang saya hulurkan kepadanya.

"Orang Pas ni kalau kita tolong dia, dia tak nak tolong kita...," runggutnya gurau sambil meneliti reslut berkenaan sambil mencebek mulut dan mengenyitkan kening.

"Jangan kira anak siapa Datuk, asalkan Melayu kena tolong... mana tahu besok dia akan undi Umno," balas saya terasa juga dengan guruannya itu. Dia hanya tersenyum.

Slip result itu dimasukkan ke dalam poketnya selepas itu kami berbicara soal lain. Biasalah dia bertanya buku saya yang baru serta mengenai masalah Umno dan Pas. Allahyarham juga berminat kalau masalah politik Melayu Pas dan Umno dikurangkan untuk membolehkan tumpuan kepada pembangunan negara. Pernah beliau bertanya kepada saya apakah sudah tidak ada cara untuk kita membawa Umno dan Pas duduk di satu saf.

Allahyaraham tidak memberi apa-apa jaminan dengan bantuan yang saya pinta itu. Seminggu selepas itu anak orang kampung saya menerima surat tawaran dan mendaftar diri di Uitm Cawangan Dungun. Begitulah mudah "ba'sa"nya Allahyarham dalam memberi bantuan.

Hubungan persahabatan kami agak terputus, malah terputus terus apabila beliau tidak lagi menjadi ahli parlimen. Sehinggalah satu hari saya mengetahui beliau sakit dan terlantar di hospital selepas operasi jantung. Beliau berhari-hari tidak sedarkan diri dan menurut rakan yang menziarahinya harapan untuk hidup sangat tipis. Saya tidak sempat untuk melawatnya dalam keadaan koma kerana sebaik saya tahu beliau sudah pun keluar hospital.

Allah s.w.t. masih sayangkan beliau, tanpa sesiapa menduga Allahyarham 'segar degar' semula. Tetapi beliau sudah semakin jauh dengan dunia politik. Tidak ada komenter mengenai politik, tidak ada tulisan mengenai siasah Melayu. Sehingga pada satu Ramadhan ketika menjadi tetamu berbuka puasa Tengku Razaleigh kami berjumpa di rumah Tengku di Ampang. Perjumpaan itu telah menyambung kembali perkenalan kami yang terputus.

Wajah dan perwatakannya masih sama, tenang melemparkan tutur, cuma saya sedikit terkejut melihat rambutnya yang panjang terikat kemas di belakang. Dari rambut itu dapat saya membaca bahawa jiwa halus dan seninya begitu menebal. Semasa di rumah Tengku Razaleigh saya duduk semeja dengannya dan sempat berbual soal politik Umno yang baginya semakin 'semarawut'.

Lanjutan itu saya membuat temujanji untuk lebih lama berbicara dengannya mengenai politik dan nasib Melayu waktu ini. Beliau menetapkan tarikh dan kami berjumpa di sebuah restoran mamak di Petaling Jaya. Dalam pertemjuan itu beliau meluahkan rasa gusar dan terkilan dengan cara pembawaan Umno hari ini. Baginya Umno sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal untuk mendaulatkan Melayu.

Apa yang dapat diselami dari patah-patah katanyahari itu Allahyaraham tidak yakin lagi dengan Umno hari ini sekiranya ia terus ditadbirkan oleh pemimpin dengan corak yang ada hari ini menurutnya Umno bakal hancur.

Pada 5 September jam kira-kira 5:00 petang Mahadzir Khir telah diminta pulang oleh Tuhan kita ke sisinya dengan meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak dan seorang cucu. Al Fatihah. [wm.kl.8:21 pm 09/09/12]

Saturday, September 8, 2012

Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas

ULASAN KEJADIAN

Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran di depan mata atau pun rumah-rumah kediaman, kenderaan awam dibakar dengan penuh amarah? Petanda awal sudah menjelaskan kejadian buruk bakal berlaku kelak.  Ia sesuatu yang tidak mustahil apabila manusia sudah berubah menjadi binatang yang hilang segala peri kemanusiaan.

Anwar terus berucap walaupun diserang.
Kalau hari ini setakat tumbuk terajang, serang orang dalam masjid, sorak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin khasnya Anwar Ibrahim tetapi esok, bila tiba pilihan raya nanti kesadisan kebiadapan itu akan memborak (menular) lebih besar lagi. Ia kalau tidak dikawal dan diawasi tidak mustahil negara akan melihat sejarah politik terkotor kalaupun tidak jadi padang jarak padang terkukur.

Hari ini dilaporkan sekali lagi bas jelajah merdeka milik PKR telah dibaling dengan cat merah. Kejadian kali ini berlaku negeri yang ketua menterinya Mohd Alim Rustam, di Jasin Melaka. Ia berlaku di siang hari menunjukkan penjahat sudah makin berani dan biadap. Apa menghairankan saya dimanakah polis semasa kejadian itu. Apakah polis sendiri yang membenarkan perbuatan terkutuk itu?

Yang bertindak samseng di Melaka ini saya yakin 100% bukan dari kalangan anak cucu citi Hang Tuah atau Hang Jebat yang masih dalam minda dongengan itu. Kerana pahlawan ini berani berdepan dan tidak melakukan tikam curi. Mereka besar kemungkinan dari keturunan Datuk Madaliar atau Si Kitol atau pun Patih Kermawijaya yang penuh hasad dengan dan berdarah syaitan. Kenapa saya katakan dongengan sebab tiadak keturunan Jebat dan Tuah yang berani dan beperibadian tinggi seperti mereka yang digarapkan dalam hikayat sejarah. Para samseng itu bukan pemberani sebenarnya tetapi pengecut di daun keladi.

Kerja-kerja lempar batu sembunyi tangan, menabur fitnah dan menikam dari belakang hanya dilakukan oleh keturunan manusia celaka dan sial ini. Mereka inilah yang memecahkan keharmonian hidup di dalam istana-istana lama kerajaan Melaka silam.

Kejadian simbah cat ke atas bas itu berlaku di Jasin ketika bas jelajah merdeka itu hendak singgah di sebuah rumah terbuka di situ. Ia dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim. Kira-kira 30 orang samseng yang dipercayai didalangi seorang AJk pemuda Umno cuba menghalang bas dengan menbirkan kain rentang yang tertulis dengan kata-kata kesat menghina dan memburukkan Anwar.

Giliran Umno Melaka pula memberi tanda merah.
Yang musyikilnya kenapa polis tidak mengawal kejadian ini. Apakah ianya dibiarkan oleh polis atau anggota polis terlibat sama dalam kejadian ini?

Kepada polis dan pasukan keselamatan lain termasuk Umno mereka perlu sedar dan waspada. Mungkin hari ini puak pembakang boleh menahan sabar dan marah selagi mereka bolah bersabar. Tetapi apa kata kalau kejadian buruk itu berterusan dan mereka akan kehilangan sabar, ibarat kata bumi Melaka akan berdarah nanti. Makanya untuk mengelakkan bumi Melaka tersimbah darah seperti tumpahnya darah Jebat akibat tikaman Tuah, hentilah perbuatan jahat yang tidak bermoral itu.

Kita tidak mahu apa yang digambarkan diawal nanti akan berlaku. Tidak siapa yang untung nanti. Kita faham kenapa orang Umno Melaka sudah jadi hampir gila dan nanar begitu kerana mereka kini sudah merasa mereka juga tidak selamat lagi. Kebangkitan dan kesedaran rakyat Melaka yang sudah cemuh dengan cara Umno mentadbir menyebabkan negeri itu yang dianggap kubu kuat Umno sudah mulai retak dan punah.

Nampak jelas kini Umno Melaka hilang fokus dan keyakinan setelah berhijrahnya Tamrin Ghafar ke dalam Pas dan meninggalkan Umno. Penghijrahan Tamrin ke dalam Pas memberi tamparan hebat kepada mereka. Tindakan Tamrin meninggalkan Umno itu dapat mempengaruhi orang lain untuk berfikir buat apa lagi bersama Umno. Mungkin orang Melaka akan berfikir, kalau anak tokoh Umno pun boleh meninggalkan Umno ini sudah jelas dan nyata Umno sudah semakin memburuk. Mungkin ada yang berubah sokongan dengan apa berlaku ke atas Tamrin itu.

Sebenarnya bukan sahaja bas PKR dihalang dan dilempar cat, ceramah Tamrin di Serkam Darat malam tadi juga diganggu sehingga terpaksa dipindah ke Serkam Pantai. Umno mengejar Tamrin malam tadi macam anjing buruan. Pas sudah pun mengambil jalan damai dengan memindahkan tempat ceramah mereka sejauh 2 km tetapi dikejar Umno yang juga pindah majlisnya ke Serkam Darat.

Apa tujuan dan nama perbuatan ini kalau bukan jahat dan bangsat. Jahatlah namanya itu.

Perbuatan menggambarkan Umno hilang kewarasan.
Bagaimana pun cara Umno yang rakus sombong itu tidak mendapat sambutan. Rakyat dan orang ramai tetap mengerumuni ceramah Tamrin bersama Muhammad Sabu itu dan memulaukan ceramah Umno. Menurut Tamrin lebih 3,000 hadir ke ceramahnya berbanding dengan ceramah Umno yang dikepalai abang iparnya Ahmad Hamzah yang dihadiri sekitar 75 orang saja termasuk 23 orang kanak-kanak bawah umur.

Kerana tidak ada sambutan Ahmad dikatakan hanya berucap tidak sampai lima minit atas alasan sebak dengan tingkah laku adik iparnya itu (Tamrin) yang meninggalkan Umno parti yang disifatkan Tamrin penuh rasuah. Begitu juga Speaker Dun Melaka yang turut berucap sekitar 3 minit 45 saat saja dan menuduh Tamrin sebagai Dajal.

Jelas apa yang berlaku di Melaka malam tadi dan petang ini menunjukkan Umno sudah hilang pedoman dan kewarasan. Mereka juga sudah melupai semangat setia, bertanggungjawab dan keberanian Hang Tuah dan Hang Jebat. Sambutan hangat rakyat kepada Pakatan Rakyat dan ramai yang berhijrah sokongan menjadikan orang-orang Umno hilang kewarasan. Tentunya sambutan rakyat Melaka kepada Pakatan Rakyat ini bukan berkurang tetapi akan bertambah selagi Umno tidak kembali ke sifat asalnya serta waras kembali. [wm.kl.5:54 pm 08/09/12]

Pakatan Rakyat Jangan Ada Agenda Dalam Agenda

RENUNGAN SABTU

Bila tarikh pengumuman parlimen masih menjadi teka teki dan meresahkan banyak pihak. Dalam penantian ini saya lihat Pakatan Rakyat semacam tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya. Mungkin dalam falak dan hisabnya PR merasakan keadaan hari ini berpihak kepadanya. Dengan beberapa perkembangan dalam negara, baik dari segi ekonomi, sosial, kestabilan UBN itu menjadikan Pakatan Rakyat bahagia kalau pilihan raya diadakan secepat mungkin. Seolah-olah parti itu sudah berada dalam keadaan siap siaga yang menyakinkan akan menang seterusnya berjaya membentuk kerajaan.

Ketidakselarasan ini mungkin boleh dipertikai.
Dalam masa sama pula PR merasakan kedudukan UBN semakin goyah dan goyang dan tidak sekuat dulu. Kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin UBN yang cuba melakukan pusingan jiwa (reverse psikologi) kononya parti itu dalam keadaana stabil, kian mendapat sokongan atau parti menjadi harapan menyebabkan PR ghairah menanti pilihan raya. Begitu juga dengan tindakan diluar batas oleh penyokong Umno seperti serangan ke atas masjid, gangguan ceramah PR, melakukan khianat terhadap bas dan sebagainya memberi indikator parti itu dalam keadaan sakit dan suasana ini memberi peluang baik kepada PR.

Justeru PR sangat berharap pilihan raya diadakan dalam keadaan UBN sakit kerana peluang untuknya menang dikira luas. Dalam apa juga perjuangan sekular dianggap bijaksana kalau menyerang ketika musuh belum bersiap sedia atau dalam keadaan sakit tenat. Bagaimana pun keadaan ini tentu ironis dengan apa yang diharapkan UBN. Parti itu sudah pasti menanti masa dan 'cerlak' yang baik untuknya bertempur. Adalah bodoh kalau UBN mengumumkan tarikh pilihan raya dalam keadaan mereka tidak bersedia. UBN tidak akan melakukan kerja bunuh diri. Sebagai parti pemerintah yang berpengalaman ia akan tetap menanti musim dan waktu terbaik untuknya.

Soalnya bila pilihan raya atau UBN terpaksa membawa penggal parlimen ke 12 hingga tamat tempoh dan hadnya iaitu ke suku pertama tahun depan. Biarpun tindakan ia dianggap tidak gentlemen tetapi itulah satu-satu cara bagi UBN menyelamatkan kekuasaannya. Tidak ada guna bagi Umno kalau parlimen dibubarkan semata-mata mengikut angin pembangkang sedang pilihan raya tidak akan berpihak kepadanya.

Betullah desakan Pakatan Rakyat itu dan juga taboo kepada umum agar pilihan raya diadakan segera kerana situasi dan kondisi kini nampak berpihak kepadanya. Itulah sepantasnya dilakukan Pakatan Rakyat sebagai pihak penyerang. Persoalannya apakah PR sendiri berada dalam keadaan siap sedia? PR sudah pun berada ditahap 90% bersedia dengan segala kemudahan dan kelengkapan perang. Misalnya kewangan, logistik dan peralatan kempen, sudahkah siap? Dan paling penting apakah pembahagian kerusi sesama mereka sudah siap dan kemas? Atau pun desakan itu dibuat kerana tergilakan untuk berpilihan raya saja.

Di sini kita mahu kepastian apakah semangat kerjasama dan azam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UBN sudah mantap dan ikhlas. Bahawa Pas, PKR dan DAP sedia mengikhlaskan segala-galanya untuk mencapai kemenangan itu. Apakah pemimpin masing-masing tidak ada agenda dalam agenda dalam kerjasama itu seperti mana suci dan bersihnya hati rakyat dibawah? Bahawa pemimpin ketiga-tiga parti pakatan itu sedia melupai politik serba mungkin atau teori matlamat menghalalkan cara dalam pembentukan kerjasama ini?

Perkara ini ditimbulkan atas dasar peringatan, kalau kerjasama di dalam Pakatan Rakyat itu mempunyai agenda berlapis ia tidak akan menjamin kemenangan total. Kalau pun PR berjaya menguasai kerusi tetapi ia bakal terburai sebelum sempat menaiki takhta kalau ada agenda di dalam agenda? Apa dinamakan pengkhianatan di hujung kemenangan bakal memusnah semua pihak di samping mengecewakan rakyat dan penyokong.

Mereka yang ikhlas dan serius mahukan perubahan dan kemenangan tidak memikirkan kemungkinan ini. Tidak akan ada agenda di dalam agenda atau pun pengkhianatan selepas kemenangan. Hendaknya semua memikul dan menghasratkan satu agenda sahaja iaitu menumbangkan UBN. Ingatan ini diberikan kerana ada terselak khabar di telinga saya masing-masing ada agenda di dalam agenda.

Sejauh mana kemantapan kerjasama dan persefahaman diwujudkan untuk menumbangkan UBN menjadi persoalan saya apabila isu pembahagian kerusi sesama komponen Pakatan Rakyat terutamanya Pas dengan PKR di beberapa buah negeri masih belum selesai. Semacam ada tarik tali antara kedua parti ini atas rasa kurang saling mempercayai. Perasaan ingin menang sendiri dan membiarkan kawan menentukan nasib sendiri masih berlaku dan keadaan ini tidak elok.

Kenyataan dikeluarkan oleh Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang mengatakan masalah kerusi di antara PKR dengan Pas masih belum selesai semuanya walaupun ia sudah hampir selesai adalah satu mesej jelas bahawa kedua parti itu ada masalah di sesetengah tempat. Soalnya kenapa masih ada lagi masalah dalam saat pilihan raya hampir tiba dan PR sangat diharapkan Pakatan Rakyat. Apakah ada agenda di dalam agenda?

Apa diucapkan Anwar itu terkesan berlaku di negeri Terengganu. Khabarnya pembahagian kerusi menjadi isu di Terengganu. Ini sesuatu yang cukup malang dan menyebabkan orang boleh mentafsirkan ia mungkin ada masalah lain, atau agenda di dalam agenda. Terengganu adalah negeri presiden dan setiausaha serta ketua dewan ulamak. Apakah mereka tidak boleh menggunakan kuasa veto di dalam soal ini untuk memutuskan perkara itu tanpa ada pihak berasa hati. Abdul Hadi, Mustapa Ali dan Harun Taib boleh menggunakan lidah mereka untuk menamatkan isu kerusi di Terengganu. Kalau orang seperti mereka pun tidak dipercayai lagi elok kalau mereka berundur atau tidak ikut sama bertanding.

Sekali lagi ditegaskan tidak ada faedahnya pilihan raya diadakan segera kalau ianya membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat. Biarlah pilihan raya lambat atau pun tidak, tidak mengapa ia memberi peluang kepada PR menghalusi masalah dan mengikis apa-apa perasaan dengki yang ada di lubuk hati masing-masing. UBN boleh dikalah dengan wujudnya kerjasama mantap penuh keikhlasan bukan di peringkat ahli dan penyokong tetapi pucuk pimpinan!

 Sabar menanti lebih baik daripada menanti sesuatu yang bakal membawa kekecewaan. [wm.kl.12:43 t/hari 08/09/12]

Friday, September 7, 2012

Ceramah Pas Di Jasin Malam Ini Dipindah

LINTAS MAGHRIB 

Ceramah anjuran Pas yang menampilkan Tamrin Ghafar dan Muhammad Sabu yang dijangka diadakan malam ini di Kampung Serkam Darat terpaksa dipindah ke Kampung Serkam Pantai yang jaraknya kira-kira 2km, demikian dimaklumkan oleh Tamrin menerusi pesanan ringkas (sms) kepada saya sekejap tadi.

Tamrin dalam satu ceramah di Johor.
Pemidahan itu mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan program ceramah Umno yang juga diadakan di tempat berkenaan pada malam ini. Umno dikatakan telah mendiri khemah berdekatan lokasi ceramah Pas petang semalam walaupun mulanya parti itu tidak ada apa-apa cadangan mengadakan program di situ.

Sebelum ini terdengar khabar ada pihak yang cuba menganggu ceramah Pas tersebut. Ceramah itu pertama kali bagi Tamrin berceramah di daerah kelahirannya. Sebelum ini beliau sudah diundang beberapa kali oleh Pas Jasin tetapi menolaknya kerana menghormati kaum keluarganya disitu.

Dalam pertengahan Ramdhan lalu Tamrin telah mengistyharkan diri menyertai perjuangan Pas dan meninggalkan perjuangan Umno yang menjadi wadah perjuangan ayahandanya dan kaum keluarganya. Tindakan Tamrin itu dilihat satu keberanian dan keputusan tepat bagi dirinya tetapi kurang disenangi oleh kaum keluarganya.

Penghijarahan Tamrin memberi pukulan hebat kepada Umno memandangkan Tamrin merupakan satu-satu anak negawaran Ghabar Baba bekas timbalan perdana menteri itu yang aktif dalam politik.

Perpindahan lokasi itu menggembarkan sikap toleran Pas yang tidak suka mencari gaduh. Diharap pertukaran lokasi itu dimaklumi semua. [wm.kl. 7:29 pm 07/09/12]

Udin Anak Yassin Tentu Suka Bila Foto Najib Ditungging Punggung

ULASAN INSIDEN                                                                                                       

Tindakan drastik piha polis bertindak menangkap, menggari dan mereman individu yang lebih tepatnya budak-budak yang baru 'berbulu jagung' memijak gambar perdana mEnteri Najib Razak pada malam aambang merdEka lalu sebenarnya tidak bijak. Tindakan itu tidak merrupakan satu pembelaan sebenar kepada Najib tetapi mmbawa tafsiran buruk buatnya.

Begitu jugsa degan mereka yang marah denga kejadia itu dan membuat laporan polis supaya mereka terlibat memijak, menungging jubur terhahap gambar Najib, gambar Rosman Mansor dan lain-lain sebenarnya tidak bijak dan arif membaca implikasi di sebalik itu. Nawitu mereka hendak  menjaga maruah perdana menteri tidak memberi kebaikan kepada Najib sebaliknya menimbulkan berbagai persepsi dan natijah buruk.

Begitu juga para pengulas dan penganalisa politik yang setanding dan seewktu dengan professor wheelchair ataupun profesor rambut panjang yang memberi ulasan tindakan itu tidak bermoral, tidak menghromati perdan menteri, sebenar bukan memberi niai tabah kepada Najib sebaliknya menurunkan darjat Najib sebagai PM di mata umum.

Kenapa saya kata begitu kerana dengan kecaman kemudian diikuti dengan tindakan menurut undang-undang secara drastik itu menyebabkan insiden itu menjadi penting dan tersebar luas. Baik dunia tidak tahu ia menjadi tahu dengan tindakn itu.

Kalau sebelum ini kejadian itu hanya menjadi perbualan di kalangan anak-anak muda yang berseronak dan berhore-hore di dataran merdeka malam itu kini ia telah menjadi pengetahuan umunm. Isu ada orang pijak gambar Najib dan isterinya sudah tersebar luas.

Apakah keuntungaan bagi Najib apabila cerita itu tersebar luas? Tidak ada untung apa-apa melainkan seluruh dunia tahu bahawa Najib dibenci bukan sahaja oleh pemimpin dan penyokong pembangkang tetpi ia juga dibenci sama oleh budak-budak berbulu jangung dan juga mahasiwa.

Bahawa reputasi Najib sebagai PM kini sangat buruk sehinggakan ada orang pijak dan menunjukkan buntut kerapu ke atas gambarnya. Kalau hendak dikira apalah sangat dengan kejadian itu. Yang dipijak dan ditunjukkan punggung kerapu ialah gambar bukan di hadapan mata Najis.

Lainlah kalau kejadian itu berlaku di depan Njib atau umpamanya Njib dibaling kasut seperti berlaku ke atas presiden Amerika George W Bush satu waktu dulu... barulah boleh dianggap kejadian itu baidap dan pelakunya perlu diambil tindakn drastik.

Apa yang terjadi itu setakat tunjuk punggung dan pijak sahaja. Dalam hal ini orang-orang yang sayangkan Najib sepatutnya biarkan saja kejadian itu tanpa mengangkatnya ke muka umum. Patut mereka mencontohi apa yang terjadi ke atas Nik Aziz dan Haji Hadi walaupun gambar (banner) mereka dikencing oleh manusia yang bersifat anjing mereka diamkan sahaja.

Kejadian ada bennar Nik Aziz dan Hadi itu dikencing anjing berpala orang hanya diketahui hari ini sahaja apabila ada pihak yang sayang dan taksud kepada kedua pemimpin itu membuat laporan politik. Tindakan itu pun bagi saya tidak baijak. Cuma Pas bernasib baik kerana polis tidak menguar-uarkan kejadian itu dengan membuat tangkapan ke atas anjing-anjing berkaki dua itu.

Memikirkan ini menyebabkan saya terfikir apakah dalang tertentu yang sengaja kejadian memijak dan tungging punggung kerapu ke atas gambar Najib itu diketahui umum?  Apakah ianya dilakukan oleh puak-puak yang anti Najib di dalam Umno sendiri dan juga pukan polis? Tidak mustahil kalau dilihat dari sudut politik itu serba mungkin.

Motif mereka kalau benar ada dalang ialah mahu dunia melihat Najib bahawa sudah dihina oleh semua orang smpai ke budak berbulu jagung. Tujuannya memberi untuk gambaran Najib tidak  popular dan tidk dihormati. Ntijah dari itu Najib perlu berundur menjadi PM dan perlu diganti oleh orang lain.

Apakah begitu?

Saya sedar kemungkinan-kemungkinan ini apabila timbalan Najib, Udin anak Yassin tidak sedikit membei komen berhubung kejadian itu. Tiada ada sepatah pun kata-kata 'menyingkirkan' telinga terkeluar dari mulutnya. Kenapa? Mungkin Udin anak Yassin suka kalau lebih ramai lagi indivu berbuat demikian kerana dia akan mengaut laba besar.

Salah satu tektik dalam politik yang berkesan ialah mencalar balarkan imej dan merusakkan reputrasi seseorang.

Kesediaan Najib memaafkan budak yang pijak gambarnya tidak dapat menyapu imejnya yang sudah tercemar itu dengan insiden itu. Dunia tidak akan menilai kebaikan budi Najb memaafkan budak itu kerana apalah sangat kesalahan itu, sebaliknya dunia akan mengatakan bahawa PM Malaysia kini sudah mulai dibenci rakyat apabila gambarnya ditungging punggung dan dipijak. Saya pula nak cari gambar Mat Maslan untuk ndigantung di rumah, hehe. [wm.kl.12:14 t/hari 07/09/12]

Thursday, September 6, 2012

Umno Serkam Siap Untuk Ganggu Tamrin?

SUSUPAN PETANG

Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas.

Tamrin: Tidak gentar.
Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.

Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.

Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.

Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi;

"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..."

Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.

Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. [wm.kl.6:19 pm 06/09/12]

Wednesday, September 5, 2012

Mahadzir Khir Kembali Ke Rahmatullah

TERKINI 

Allahyarham Mahadzir Khir
[kemaskini] Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Mahadzir Khir telah kembali ke Rahmatullah lewat petang ini. Allahyarham meninggal di hospital Perubatan Universiti Malaya Petaling Jaya kira-kira jam 5:00 petang ini kerana serangan jantung. 

Allahyarham meninggal dalam usia 67 tahun. Beliau lahirkan di Yan Kedah dan pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal 1999 dan 2004. Menurut laporan berita jenazah Allahyraham akan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebelum menceburkan diri dalam politik beliau merupakan seorang guru sebelum menjadi pensyarah di Universiti Malay. Beliau juga minat dalam dunia fotografi dan merupakan seorang penganalisa politik tanah air.

Saya akan mencatat kenangan bersama beliau dalam 'belasungkawa' khas. Kali terakhir berjumpa dengan beliau ialah semasa majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah tahun lalu kami duduk semeja. Sementara dalam satu pertemuan untuk mewawancara beliau tiga tahun lalu untuk akhbar Siasah, beliau ada menyebut tentang kebimbangannya mengenai politik Melayu dan Umno yang menurutnya sudah kehilangan arah dan matlamat perjuangan.

Kepada keluarga Allahyarham diucapkan takziah dan al fatihah untuk roh Allahyarham. [wm.kl. 9:11 pm 06/09/12]

Lidah Ismail Yang Juga Tidak Bertulang

PANAH MALAM

Lidah tidak bertulang termasuk juga lidah mengkarung, biawak dan katak. Dengan lidah sedemikian apa-apa saja boleh disambar dan dihemburkan tidak kira ia benar, separuh benar atau pun bohong sama sekali kepada sesiapa juga. Bahkan kata-kata berupa fitnah juga boleh diucapkan dengan hanya membuka mulut dengan janggut puteh bergoyang-goyang. Gampang.

Demikian juga dengan presiden apa dinamakan Maufakat Masyarakat Sejahtra Malaysia (Maufakat) Ismail Mina. Beliau boleh berkata apa-apa saja yang dia suka terhadap Anwar Ibrahim. Seperti mana laporan media penjilat buntut Utusan Malaysia, Ismail mendakwa perjumpaan Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu 31 Ogos lalu kononnya untuk memastikan usahanya (Anwar) untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Ismail Mina
"Tindakan tersebut perlu dibuat Anwar bagi membolehkan beliau dapat menguasai Pas dengan sepenuhnya.

"Anwar mempunyai perasaan tidak senang terhadap Nasharudin kerana beliau begitu lantang menentang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, demikian laporan itu dipetik.

Kalau orang tahu hubungi Ismail dengan Anwar sebelum ini orang akan pengsan apabila mendengar tuduhan melulu Ismail itu. Orang juga tidak fikir sehingga begitu sekali tergamak Ismail memburuk Anwar dengan fitnah kering itu. Apakah Ismail juga kini sudah berkawan dengan syaitan baik sepertimana dimaksudkan Mahathir?

Ismail adalah kawan baik Anwar satu masa dulu yang dikatakan banyak mendapat manfaat hidup daripada Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama dan kedudukan Anwar untuk mendapat sesuatu kemudahaan bagi hidup. Seperti mana diceritakan bekas seorang pegawai GLC kepada Anwar, Ismail dikatakan pernah menggunakan nama Anwar ketika Ismail berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk meluluskan seuatu projek tatkala pegawai itu masih berkhidmat.

Apakah Ismail tahu butiran pertemuan Anwar dengan Nik Aziz di Kota Bharu tempoh hari? Apakah Ismail ada sama atau pun berada dibawah rumah tokguru mengendap pertemuan itu?  Kalau Ismail seorang beriman, takutkan kepada Allah dia pasti tidak akan tergamak melemparkan tuduhan melulu begitu kerana beliau tidak ada dalam pertemuan itu. Walaupun apa yang dilakukan Ismail itu andaian, tetapi dia tidak sepatutnya membuat andian secemar tahi babi begitu.

Anwar ke rumah tokguru pagi itu untuk bersarapan pagi sempena kunjungan beliau ke Kelantan dalam jadual jelajah kemerdekaan. Mereka bertemu secara terbuka di rumah ruang tamu rumah tokguru di Pulau Makan. Tidak ada apa-apa perundingan sulit apa lagi menyentuh mengenai kedudukan Nasharudin seperti ditanggapi Ismail seperti mana laporan media PB itu. Lagi pun soal Nasharudin bukan urusan dia.

Saya juga kebetulan berada di Kota Bharu pada hari Anwar ada di Kelantan. Saya tidak tertenguk atau pun berbau jubah Ismail di sana.

Anwar tidak pun perlu berjumpa Nik Aziz semata-mata hendak mempengaruhi Mursyidul Am Pas itu agar memecat Nasharudin. Nashaurdin bagi Anwar tidak lebih dan tidak kurang seprerti tahi hidung sahaja yang tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Sebagai tahi hidung masin, telatah politik tidak cukup inci Nasharudin tidak memberi apa-apa impak kepada Anwar. Lagipun bukan urusan Anwar untuk mencampuri urusan Pas. Pas sendiri juga sebagai parti lebih lama dan matang dari Keadilan tahu menguruskan ahli-ahlinya sendiri.

Hanya orang macam Ismail Mina yang kehilangan arah dan kecarikan jubah saja merasakan Nasharudin itu penting suci dan maksum. Ismail terlupa yang Nasharudin juga adalah manusia yang berambisi. Beliau sendiri juga tidak pernah mengikuti kehidupan Nasharudin dan terbungkam dengan kepetahan cakap-cakap Nasharudin yang berbau sedikit Arab.

Kalau Ismail Mina pernah menjejaki perjalanan Nasharuddin atau berkebetulan pernah terbang sama ke luar negara nescaya dia akan tahu bagaimana perangai dan nafsu dan egoisnya Nasharudin. Dia akan tahu gaya hidup elit Nasharudin. Dia juga akan tahu bagaimana Nasharudin diraikan oleh pemimpin Umno untuk menaiki sebuah kapal (cruise) pelancongan mewah.

Untuk pengetahuan, Nasharudin bukan saja terbang ke Australia menghadiri simanar atau forum di masjid tetapi dia juga pernah ke Hong Kong. Ini bukan omong kosong beliau bercerita sendiri kepada saya semasa di Jakarta mengenai kisahnya di bandar Hong Kong.

Saya tidak mahu menyebut lebih-lebih di sini mengenai ahli parlimen Bachok itu. Setidak-tidaknya saya dua kali berkebetulan terbang satu kapal dengannya ke luar negara dan bersarapan pagi disebuah hotel mewah. Nanti dimasa lain saya akan bercerita mengenai kisah ini yang boleh dijadikan hikayat.

Dalam khutbah petang ini saya menyeru kepada Ismail Mina bertaubatlah dan takutlah kepada Allah. Atau pun kalau tidak takut kepada Allah malulah kepada jubah dan janggut serta kopiah putih di atas kepala. Kalau hendak fitnah orang yang pernah berkawan dan bersahabat baik dengan kita pecat dulu kopiah dan tukar dengan songkok.

Ingatlah seburuk-buruk Anwar bukankah anda pernah menangis kerana membela Anwar. Anda pernah membawa air tawar dan juga doa untuk kesejahtraan Anwar semasa Anwar di dalam penjara Sungai Buloh. Kenapa waktu itu anda jadi sepeka dan begitu prihatin. Kenapa? Dan hari ini kenapa anda tiba-tiba membenci dan menyerang Anwar?

Saya tidak percaya kalau Anwar bersalah dan berdosa hanya kerana apa yang anda anggapkan bahawa Anwar cuba hendak mempluralismekan agama berdasarkan kepada satu ucapan Anwar di luar negara. Tidak... ia tentu ada masalah lain yang personal dan tidak sepatutnya anda mengheret Anwar ke tengah umum dan membuat fitnah terhadapnya.

Kalaupun anda kini sudah menjadi Islam seluruhnya (syaitan yang baik) dan telah meninggal segala budaya jahiliah semasa muda dulu, tetapi... anda janganlah cuba bertindak sombong dengan menuduh Anwar seorang pendosa. Anda tidak salah untuk membetulkan Anwar dan berhak sebagai seorang Islam tetapi bukan dengan cara memfitnah beliau. Kalaulah orang tahu kisah hidup anda...? [wm.kl.8:00 pm 06/09/12]