Monday, May 6, 2013

Kelantan Dapat MB Baru, Ke Mana Husam?

PROMO                                                                                                   

Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu.

Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Selama kira-kira 23 tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan.

Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan.

Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan.

UBN Terus Diberi Mandat (Walaupun Kecil) Untuk Membentuk Kerajaan

KHABAR DUKA MALAM                                                                                                                    

Jam 12:50 tengah malam ini mengesahkan bahawa UBN masih lagi berhak untuk membentuk kerajaan Malaysia. Dengan jumlah kerusi yang kini diperolehi sebanyak 112 kerusi UBN telah menafikan kekuatan Pakatan Rakyat yang berusaha bermati-matian untuk menukar dan mengambil alih kerajaan.

Setakat ini parti-parti Pakatan Rakyat, memperolehi 58 kerusi di mana DAP tetap menjadi parti unggul dengan memperolehi 28 kerusi, manakala PKR 18 kerusi dan PAS 12 kerusi. Sehingga kini sudah 170 kerusi yang telah diumumkan dan tinggal 52 kerusi lagi.

Persoalan kini apakah UBN akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen dengan mendapat 148 kerusi. Sekiranya UBN gagal untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen, maka Najib Razak juga perlu mengikuti langkah Abdullah Badawi yang melepaskan jawatan itu kepada beliau atas alasan gagal mendapat 2/3 majoriti di parlimen.

Untuk malam ini terimalah keputusan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Kita hanya boleh merancang dan Allah jua yang menentukannya. Insya-Allah saya akan membuat ulasan mengenai pilihan raya ke-13 ini bila ada kelapangan.

Dalam pada itu buat masa ini Kelantan masih kekal diperintah oleh PAS dengan kerusi berkurangan seperti mana yang diduga awal-awal. Pakatan Rakyat juga kehilangan kerajaan Kedah, juga ia telah didugakan.

Pulau Pinang seperti didugakan ianya berjaya dikekalkan oleh Pakatan Rakyat menerusi DAP. Selangor bagaimana pun sehingga saat ini masih belum ketentuan. [kb. kel. 1:06 am 06/05/13]

Sunday, May 5, 2013

17 BAS Pesiaran Dipercayai Bawa Pengundi Luar di Tanah Merah.

Di Tanah Merah, Kelantan dilaporkan terdapat 17 buah bas persiaran dipercayai membawa pengundi luar kelihatan di dua lokasi di Tanah Merah. Sebelum ada terdengar berita mengatakan calon UBN yang juga Ketua Umno Tanah Merah Ikhma sudah lama mempersiapkan untuk membawa 8,000 pengundi luar ke  Tanah Merah bagi memastikan kemenangannya.

Kehadiran pengundi luar ini disedari oleh pihak Pakatan Rakyat Tanah Merah tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedatangan pengundi berkenaan sah kerana mereka didaftarkan di Tanah Merah.

Termasuk yang didaftarkan di sini ialah rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa yang dipertikaikan oleh bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran, bahawa ada usaha membawa pengundi luar ke Tanah Merah sebelum ini ada benar. Amran telah dipecat sebagai setiausaha Umno Tanah Merah kerana cuba membaea Umno ke mahkamah dalam kes memalsukan ahli.

Diharap pihak kesealamatan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Tanah Merah mengawasi kehadirian pengundi luar yang bukan asal Kelantan itu. [kb.kel. 12:52 pm 05/05/13]

Penyokong PAS Terlebih Konfiden

LAPORAN DARI KELANTAN                                                                                        

Malam tadi  berlaku perarakan kereta dan motosikal di bandar Kota Bharu dan bandar-bandar lain. Puluhan kereta dan ratusan motiosikal yang membawa bendera PAS, PKR menjelajahi di jalan-jalan utama menuju ke bandar Kota Bharu. Mereka bergerak dari arah semua bandar lain dan seolah-olah berhimpun di Kota Bharu.

Keadaan Kota Bharu dan bandar lain riuh randah dan bingit dengan bunyi kenderaan dan sesekali hon yang tidak putus. Perakan itu juga membabitkan beberapa buah lori yang membawa berbagai replika yang diarah masuk untuk menuju ke Kota Bharu dan bandar lain juga. Misalnya sebuah lori memasuki Kota Bharu seawal jam 9 malam yang membawa replika roket.

Beberapa buah lori yang memuatkan tidak kurang 20 orang kanak-kanak dipercayai murid sekolah dibawa dengan lori sambil mengibarkan bendera bulan dan juga dacing. Di jalan menuju ke Pengkalan Kubur Tumpat terdapat sembilan buah lori yang memuatkan anak-anak remaja yang membawa bendera PAS dan sebuah lari yang menghala ke arah bertentangan dengan lori PAS membawa bendera dacing.

Saturday, May 4, 2013

Bendera PAS Lebih Banyak Dari Dacing...

TINJAUAN SEMASA                                                                                                       

Seharian semalam, malam tadi dan hampir separuh hari ini saya membuat tinjau eksklusif mengnai perkembangan pilihan raya Kelantan. Kesibukan itu menyebabkan saya tidak dapat membuat pengepostan baru. Fb juga saya tidak sempat bermain. Untuk kembali ke kawasan saya, di Rantau Panjang juga tidak sempat dan hanya mendengar perkhabaran dari jauh.

Tinjauan pertama saya ialah tinjauan darat. Maksudnya melihat kepada keadaan semasa dengan mata kepala saya sendiri. Seperti selalu saya mengambil pengecaman apa yang berlaku di atas jalan raya, iaini kepada kenderaan yang bertali arus dan juga pesta panji-panji parti.

Seperti  di jalan raya menuju ke Kelantan khasnya menerusi Gua Musang penuh sesak sejak kelmarin. Kemuncak malam tadi. Dan lewat petang ini sudah hampir 70% pengundi luar Kelantan yang berada di Kuala Lumpur sudah pun berada dalam kawasan masing-masing.

Angka yang tidak rasmi yang dikeluarkan oleh kedua-dua parti PAS dan Umno, dianggarkan seramai 70,000 rakyat Kelantan yang menjadi pengundi berada di Lembah Kelang. Adalah dipercayai 60,000 hingga 65,000 orang pengundi akan pulang. Ini bermakna setiap kawasan parlimen PAS akan menerima kemasukan pengundi 4,643 orang. Atau seramai 1,548 untuk setiap Dun.

Baik PAS atau UBN mengharapkan akan kepada undi luar. Kedudukan semasa PAS dengan Umno ialah 35: 35 manakala 10 % lagi ada sumbangan daripada pengundi luar. Tidak dilupakan pengundi atas pagar untuk kedua parti terkira didalam penguasaan 35% itu di mana komponenya sekitar 30%.

Menyedari itulah kedua-dua parti sangat mengambil berat untuk mendapat pengundi di luar. Baik PAS dan UBN telah melakukan apa juga bujukan, penjelasan dan kempen untuk mendapat simpati. Beberapa pertemuan telah diadakan untuk memastikan pengundi luar jinak atau pun memberi sokongan keada masing-masing.

Berbalik kepada tinjauan saya selama 48 jam lalu, keadaan di jalan raya telah memberi 'kelebihan' kepada PAS. Ini berdasarkan kepada kenderaan yang memakai bendera PAS lebih banyak berbanding dengan pemasangan bendera Umno.

Dalam hitungan saya selama enam jam berada atas jalan raya, sebanyak 24 buah lori/treler dan bas memasang bendera Pakatan Rakyat, bulan, PKR bersaiz besar. Hanya satu yang memasang bendera roket DAP. Manakala selama itu hanya sebuah lori saja yang ditemui memasang bendera dacing.

Bersambung... [wm.kl.4:47 pm 04/05/13]

Thursday, May 2, 2013

Kecuh Depan Balai Polis Larut, SPR Hendak Ambil Peti Undi

BERITA TERKINI                                                                                                                

Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan (korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumut Perak. Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan balai polis itu bila mana SPR cuba membawa peti-peti undi pos yang disimpan dalam lokap di balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui.

Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti undi berkenaan.

Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada tindakan agresif peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap.

Esok Ada sedikit Kejutan Kecil di Kampungku, Rantau Panjang

KHABAR SENJA                                                                                                               

Awas orang PAS Rantau Panjang esok dikhabarkan ada sedikit kejutan. Sedikit sahaja tetapi walaupun begitu berita itu akan diperbesarkan. Media penjilat buntut pasti sudah bersiapa sedia untuk membuat tokoh tambah agar orang PAS akan ketar lutut dan lemah semangat apabila mendengar atau membacanya.

Jangan risau siapkan mental dan fizikal sekuatnya. Jangan mudah kenalin. Apa yang dimaksudkan besok ada orang akan mengistyharkan diri keluar dari parti dan mengatakan sokongan kepada calon BN untuk kerusi parlimen Ghazali Ismail.

Kejadian itu lebih kurang sama apa yang berlaku ke atas seorang bekas ahli PAS yang kemudian menyertai Umno kemudian kembali kepada PAS dan kemudian mengistyharkan diri di Kuala Lumpur menarik balik sokongan kepada PAS dan memberi sokongan semula kepada Umno.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Wan Rahim Mencari Kemenangan Akhir

ULASAN KERUSI GUA MUSANG                                                                                 

Semua orang kini mengejapkan fokus kepada pilihan raya umum Ahad, 5 Mei. Ada dua perkara penting yang dinantikan pertama apakah UBN yang akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia. Sejajar itu juga orang sedang menanti siapakah yang akan mengangkat sumpah menjadi perdana menteri ke-7. Hanya ada dua calon saja layak, Anwar Ibrahim atau Najib Razak.

Razaleigh: Pertandingan ke 10.
Melainkan ada keajaiban dan kepelikan berlaku, mungkin nama lain akan diangkat menjadi perdana menteri. Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana takdir Allah mengatasi tadbir manusia. Pernah berlaku di dunia ini pemimpin dari kumpulan minoriti diangkat menjadi perdana menteri.

Selain pemerhatian kemas orang ramai kepada keadaan itu, yang menjadi tumpun sampingan ialah kepada beberapa buah kerusi yang dianggap sengit berlaku pertarungan. Kerusi-kerusi yang tidak terlepas dalam perkiraan umum ialah, kerusi parlimen Galang Patah, Johor yang membabitkan Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman.

Hindraf Dijangka Sokong Pakatan Rakyat?

SESUDAH SUBUH                                                                                                               

Kalau petunjuk sokongan masyarakat India terhadap UBN dan Pakatan Rakyat boleh dilihat kepada perkembangan atau situasi dalam Badan Hak-Hak Kepentingan India (Hindraf), sekarang ini boleh dikatakan masyarakat India masih konsisten menyokong Pakatan Rakyat. Boleh dianggarkan 60% masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejatuhan kerajaan UBN pada 5 Mei nanti.

Sekiranya angka itu tepat ini bermakna UBN akan mendapat hanya 40% sahaja sokongan dari masyartakat India, jumlah itu sudah cukup untuk menjadikan Umno khasnya bersendirian dengan sokongan Melayu. Hindraf adalah badan terbesar yang berperanan menentukan arah mana sokongan politik masyarakat India di negara ini. Ia bolehlah disama dengan Dong Zong pertubuhan kebudayaan dan pendidikan Cina yang berpengaruh itu.

Wednesday, May 1, 2013

Sandiwara Bapa Pembacuh Kopi Sudah Tidak Laku

ULASAN PETANG                                                                                                          

Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah membuat kenyataan kononnya kes liwat terhadap anaknya sebagai satu konspirasi.

Beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan istikharah. Ertinya pengakuan itu bukan main-main tetapi setelah mendapat petunjuk menerusi sembahyang istikharah.

Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar.

Hari ini, menjelang empat hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan menarik balik semula dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan orang ramai. Dia telah reverse pula dan memohon maaf. Berapa kali maaf dahhhh...

Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tertarik dengan pengakuan si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ia tidak mudah untuk Anwar atau pihak PKR menerima pengakuan itu. Ternyata hari ini sangkaan saya itu benar.