Showing posts with label Azlan Lazim. Show all posts
Showing posts with label Azlan Lazim. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

Sandiwara Bapa Pembacuh Kopi Sudah Tidak Laku

ULASAN PETANG                                                                                                          

Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah membuat kenyataan kononnya kes liwat terhadap anaknya sebagai satu konspirasi.

Beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan istikharah. Ertinya pengakuan itu bukan main-main tetapi setelah mendapat petunjuk menerusi sembahyang istikharah.

Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar.

Hari ini, menjelang empat hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan menarik balik semula dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan orang ramai. Dia telah reverse pula dan memohon maaf. Berapa kali maaf dahhhh...

Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tertarik dengan pengakuan si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ia tidak mudah untuk Anwar atau pihak PKR menerima pengakuan itu. Ternyata hari ini sangkaan saya itu benar.