CATATAN
![]() |
| Sebahagian orang ramai yang hadir pada dialog di Kuala Krai. |
CATATAN
![]() |
| Sebahagian orang ramai yang hadir pada dialog di Kuala Krai. |
PENDAPAT
![]() |
| MP dan Senator dari Kelantan yang dilantik jadi menteri. |
Begitu juga bagi rakyat Kelantan yang berfikiran terbuka dan sihat, yang melihat realiti politik sebagai mekanisme untuk mentadbir dan menguruskan negeri, sangat merasakan kerajaan Pas kini perlu diganti dengan kerajaan baru. Tanpa diganti Kelantan tidak akan mengalami peredaran dan perubahan sama dengan negeri-negeri lain. Masa yang dilalui akan sia-sia begitu sahaja.
JOLOK MENTARI
PAKATAN Harapan alias PH kehilangan kerajaan sudah dua tahun. Perdana Menteri kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad juga telah diganti dengan dua perdana menteri, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Mahiaddin menjadi PM hanya 17 bulan sahaja sebelum beliau diganti oleh Ismail Sabri Yaakob pada 21 Ogos 2021 menerusi suatu mini komplot.Pengunduran Mahiaddin sebagai PM, disambut penuh keseronokan oleh PH, kerana mereka mengharapkan jawatan itu akan diisi oleh orang mereka, Anwar Ibrahim. Pengunduran Mahiaddin itu juga dianggap sebagai hukum karma terhadap ahli Parlimen Pagoh itu atas permainan politik khianat. Orang PH melepas geram kepada Mahiaddin dengan menjuah "padan muka."
SESUDAH SUBUH
![]() |
| Ismail Sabri perlu berhati-hati. |
Daripada empat keputusan itu yang paling penting dan menarik, persetujuan MKT Umno untuk melantik Ismail Sabri jadi perdana menteri. Keputusan ini dilihat perubahan dan perkembangan positif yang berlaku dalam parti itu. Ia juga sebagai gencatan senjata di antara golongan yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju Ismail Sabri terus menjadi PM.
BELASUNGKAWA
SAYA berasakan tidak lengkap selagi tidak merakam kenangan dan keistimewaan yang dimiliki Norzah Kepol. Allahyarham telah dijemput Allah tanggal 10 April, 2022 kira-kira jam 8:30 malam di rumahnya di Selayang Baru dalam usia 57. Pemergiannya mengejutkan dan dirasai oleh setiap orang mengenalinya selaku wartawan politik. Allahyarham telah mengalami sakit sejak tiga tahun lalu lagi tetapi didiamkan.Seperti saya katakan dalam catatan di FB, Norzah adalah orang kecil yang ramai tidak mengetahui akan kelebihan dimilikinya. Ini kerana beliau bukan wartawan berstatus tokoh apa lagi bertaraf negara dan datang dari akhbar arus perdana. Tetapi apa dimilikinya terutama semangat kewartawanan ia sangat bererti kepada saya khasnya, dan warga dunia penulisan buku-buku politik serta penerbitan akhbar tabloid.
SESUDAH SUBUH
![]() |
| Gambar hiasan. |
Penamaan calon menerusi talian dibuka sejak 8 April lalu dan tamat semalam 11 April.
Mengenai akta anti lompat yang dijangka menjadi realiti pada Mei depan apabila satu lagi sidang khas parlimen diadakan, kita doakan semoga ia berjaya. Seperti dikutip daripada kata-kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim semasa membahas rang undang-undang pindaan itu, akta itu nanti boleh mengurangkan rasa benci dan ketidak-percayaan setengah rakyat kepada politik (pilihan raya). Mudah-mudahan peratus keluar mengundi dalam Piraum ke-15 akan capai tahap sebelum ini.
CATATAN
PENJELASAN Ketua Arkid Negara (ANM), Jaafar Sidek Abdul Rahaman tentang betapa pentingnya negara memiliki bahan sejarah (arkid) negara seperti tidak dipedulikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya dari kalangan orang politik.
Saya tidak dengar ada orang politik, baik secara individu ataupun parti mengambil perhatian atas penjelasan itu. Keadaan lesu ini menyebabkan penjelasan Jaafar Sidek itu berlalu begitu sahaja.
Baru-baru ini, BH Online, [https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942237/berjuta-bahan-arkib-malaysia-di-luar-negara] telah menyiarkan rencana temuramah dengan Jaafar Sidek yang disiarkan tanggal 4 April, berhubung kepentingan bahan arkid dan permasalahannya.
PEMEGANG PUASA
![]() |
| Husam hanya sebatang dian. |
ULASAN LAMBAT
![]() |
| Ismail Sabri tidak perlu tunduk. |
Kedua-dua isu itu tidak berkaitan di antara satu sama lain, tetapi ia menjadi isu diberi fokus dalam sehari dua ini. Isu menarik dan panas serta sudah ada yang penasaran mengenainya.
POJOK PAGI
Najib Razak memberi peringatan berupa "larangan" kepada mereka yang peluk Lim Kit Siang agar jangan datang ke parlimen. Bagus Najib kerana mementingkan kesihatan dan keselamatan diri. Tetapi sayang dia lupa kepada apa yang berlaku kepada dirinya sendiri.
Beliau tidak mengingat dan melarang dirinya agar tidak dikerumuni orang ramai, khususnya budak-budak muda walaupun dia sudah divonis penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana melakukan rasuah. Sebenarnya antara keselamatan diri dengan maruah diri sama penting.
Justeru dalam masa menasihati Kin Siang, Najib juga perlu mewaspadai dirinya agar tidak menjadikan orang ramai keliru. Najib perlu kuarantin diri dahulu dari berpolitik sehingga mahkamah membebaskannya. [wm.kl. 8:06 22/03/2021]