PERIHAL LIM KIT SIANG
Wednesday, December 13, 2023
Orang Melayu belum mengenal diri sendiri
Tuesday, December 12, 2023
Kabinet mengukuhkan kedudukan bukan kerajaan
ULASAN
| Anwar Ibrahim ambil hati semua pihak. |
Rombakan itu dinanti dan ditunggu setelah setahun kerajaan dibentuk apabila disedari ada beberapa kelemahan kerana kegagalan menteri melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Dalam rombakan tadi beliau mengumumkan kemasukan semula bekas anggota kabinet semasa kerajaan PH dan PN lalu ke dalam kabinetnya. Mereka ialah Gobind Singh Deo, Dr Dzulkifli Ahmad, Johari Ghani dan seorang muka baru Amir Hamzah Azizan.
Friday, December 8, 2023
Penubuhan Perbadanan Kelantan Utara (Utara) satu cadangan bernas
ULASAN
![]() |
| Senator Fatmi Che Salleh |
Cadangan demikian amat bernas yang lahir dari dhamir seorang anak jati negeri dan tokoh politik Kelantan yang ikhlas mahu melihat negerinya setanding dari segi kemajuan dengan negeri negeri lain. Fatmi tidak gemar bermain politik di Kelantan.
Tuesday, December 5, 2023
Samsuri bukan satu-satunya calon Perdana Menteri
ULASAN LEWAT
IGAUAN Perikatan Nasional (PN) - Pas dan Bersatu untuk mengambil alih kerajaan sekaligusmenjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menghijau kembali ekoran kemenangan besar Ahmad Samsuri Mokhtar di pilihan raya kecil Kemaman, 2 Disember lalu.
![]() |
| Ahmad Samsuri Mokhtar |
Kemenangan itu dijadikan modal untuk terus menyambung mimpi dan igauan PN akan cukup jumlah dan akan membentuk kerajaan dalam kadar segera. Beberapa tarikh atau tempoh mula dijaja untuk membelenggu kepala rakyat.
Walaupun perkara itu jauh dari logikal, tetapi itulah yang sedang digendang palukan oleh puak-puak PN sehari dua ini. Ada yang percaya dan yakin kerajaan Perpaduan akan tumbang. Samsuri juga terhibur sama dengan angan-angan itu, apabila beliau kini sudah dipacang akan jadi PM ke-11.
Friday, November 10, 2023
Gelora dalam Bersatu apa haluan Pas?
Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim, sama ada bermoral atau tidak, ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya. Tindakan itu menyebabkan PN kini di tempuh badai dan bahan gelora. Dalam kata lain, ada keretakan yang serius dalam PN. Jika ibarat kepada sebuah kapal PN kini teroleng-oleng hilang haluan.
Wednesday, November 8, 2023
Hendonisme dan hipokritisme Dalam Pas
PENDAPAT
Sunday, November 5, 2023
Pas noktahlah menanti buah tidak gugur
SEMBANG MINGGU
19 HARI lagi genaplah setahun Anwar Ibrahim jadi pedana menteri ke-10. Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tanggal 24 November 2022. Keesokan harinya kemudian beliau menubuh kebainet dengan kerjasama dari BN-Umno dan juga parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Politik Sarawak (GPS).Pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ditolak oleh dua parti Melayu yang berkoalisi; Bersatu pimpinan Mahiaddin Yassin dan parti Pas pimpinan Abdul Hadi Awang. Mereka menolak kerajaan Perpaduan kerana kesal mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan sedang dalam hisab politik mereka, mereka sudah mencukupi jumlah untuk membentuk kerajaan.
Cadangan Yang di-Pertuan Agung agar membentuk kerajaan Perpaduan bersama PH dan BN ditolak mentah-mentah oleh Mahiaddin dan Abdul Hadi atas kepercayaan dan keyakinan mereka yang lebih berhak. Bayangkan kalau mereka bersetuju untuk bersama membentuk kerajaan Perpaduan, keadaan negara tidak terus mengawat seperti hari ini dan kita dapat meredakan politik negara.
Monday, October 30, 2023
Pembangkang terus tergugat?
SUSUPAN MALAM
![]() |
| Iskandar Zulkarnain |
Kali ini ahli Parlimen dari Sabah, Suhaili Abdul Rahman (Bersatu - PN) mewakili kerusi Labuan. Sebelum ini ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Zulkarnain Abdul Khalid telah mengumumkan sokongan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Perpaduan.
Alasan diguna pakai Suhaili, sama dengan alasan dibuat oleh Iskandar Zulkarnain mereka menyokong kerajaan demi rakyat yang diwakilinya. Dalam erti kata lain mereka mengorbankan sokongan kepada parti demi rakyat. Kedua-dua mereka menang atas tikit Bersatu (PN).
Sunday, October 29, 2023
Menanti Israel mengaku kalah?
PANDANGAN
SUDAH hampir sebulan regim Israel ganyang Gaza; menembak, membunuh rakyat Palestin tidak kira usia,gander dan sebagainya. Sejak serangan bermula 7 Oktober ribuan rakyat Palestin telah "syahid" menjadi korban kekejaman zionis Israel. Angka rasmi terbaru dikeluarkan pihak Palestin (28 Oktober) seramai 7,700 rakyatnya terkorban.
Kemelut atau perang kali ini meletus apabila Hamas (Harakat al Muqawamah al Islamiyyah) kumpulan militan yang memeperjuangkan untuk bebaskan bumi Palestin dari cengkaman Israel memulakan serangan melancar Operation al Aqsa Flood. Regim Israel mula bertindak ke atas operasi berkenaan. Sebenarnya operasi itu saja dijadikan alasan untuk meneruskan siri-siri serangan mereka ke atas Palestin. Kalau ia bukan punyai maksud jauh dari itu, sepatutnya regim Israel menyerang Hamas saja bukan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa itu.
Saturday, October 14, 2023
Pas & Hadi: Mentari belum naik di sebelah barat, pintu taubat masih terbuka
PENDAPAT
JAWABAN dan penjelasan Anwar Ibrahim terhadap pertanyaan (pancingan) majalah Magazine dalam temuramahnya dengan perdana menteri itu terhadap Pas, jika diarifi itulah sikap dan keperibadian perdana menteri itu.Beliau seorang politis yang tidak suka bergaduh dan mahu meneruskan perbalahan selama-lamanya dengan yang menyeruinya. Anwar seorang berjiwa mencari damai tidak suka bergaduh jauh sekali berdendam.
Dalam interview itu Anwar ditanya apakah sikapnya dengan pihak pembangkang khasnya Pas yang dipimpin Abdul Hadi Awang yang juga merupakan sahabat lamanya. Beliau menjelaskan dirinya terbuka dengan Pas, malahan sebaik mengangkat sumpah memegang jawatan perdana menteri, beliau telah mengundang Pas untuk bersama kerajaan Perpaudan.







