MUNGKIN sdr Rafizi Ramli dan gengnya sudah membuat post-mortem secara menyeluruh, adil dan
saksama atas kekalahnnya kepada Nurul Izzah dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden Keadilan. Rafizi kalah dengan jumlah undi besar apabila Izzah mendapat 9,803 manakala beliau hanya mendapat 3,866 undi, kira-kira 60.55% undi Rafizi lebih rendah daripada diperolehi Izzah.
Rafizi atau pihak-pihak lain ada alasan atau pun dapatan lain dalam melihat kekalahan besar itu. Ia pro dan kontra mengikut perspektif masing-masing. Bagi setengah orang apa yang berlaku itu mengejutkan, tetapi tidak bagi saya, sebab sebaik berjalannya kempen jelajah Hiruk dan Damai, saya sudah dapat menjangkakan apa yang berlaku.
Bukan sahaja pencalonan Izzah dirancang atur demikian rupa, apabila lebih 200 cabang menyatakan sokongan terbuka terhadap Izzah, tetapi riuh randah dalam media sosial juga turut berpihak kepada Izzah tanpa disedari lawannya. Ada golongan atau entiti yang memain peranan untuk melekakan Rafizi dalam sosial media menerusi kajian dan survey dengan memberi petunjuk Rafizi mengatasi Izzah lebih 80 peratus.
Taktik dan stragegi ini tidak disedari Rafizi dan para penyokongnya. Mereka terlena dengan jumlah kehadiran dikempen jelajah Hiruk yang ramai dan mereka yang menonton secara live juga melimpah ruah. Begitulah sterategi dan taktik dalam politik yang licit, ia memakan dan merebak umpama api dalam sekam. Kerana terdodoi pancingan itu menjadikan Rafizi merasa selesa, terutamanya para penyokongnya. Berlaku over confident.
Saya mempunyai sedikit hipotesis berkaitan kekalahan Rafizi itu. Secara ringkas saya baris atau turunkan disini. Insya-Allah selepas ini saya tidak akan membuat apa-apa komentar lagi berhubung perlawanan Rafizi dengan Izzah ini, kerana ia tidak dapat diterima penyokong Rafizi, dan akan meninggalkannya sebagai sejarah dalam catatan ini.
Ada sembilan sebab atau alasan mengapa Rafizi kalah kepada Izzah.
2. Terlalu percaya kepada janji dan penyelesaian politik, pertemuannya dengan Saifuddin dan Anwar, ini menunjukkan kedaifannya dalam memahami makna politik dan motif disebalik itu. Tidak mengamalkan teori 4C sepenuhnya terutamanya C yang keempat.
3. Gagal mengenali dan menghayati makrifat politik, apabila Anwar mengatakan beri laluan mudah kepadanya, sepatut beliau fahami bahawa dalam politik tidak ada kasihan belas, sebalik ia penuh dengan kepura puraan. Rafizi terperangkap dalam kebaikannya sendiri.
4. Rafizi gagal memahami perasaan kurang senang Anwar terhadapnya, tanpa diketahui dia menjadi persaingan kepada bossnya itu. Kata katanya tidak akan jadi macam Azmin Ali dibaca terbalik oleh Anwar. Sepatutnya dia lebih berwaspada, inilah "politic is the art of the possible".
6. Gagal memahami naratif dan budaya politik orang Melayu. Caranya berpolitik ala ala western tidak sesuai dengan cara dan budaya politik orang Melayu yang perlu memujuk, membodek, bersopan santun, berbudi bahasa. Kadang-kadang politik Melayu juga perlu berpura pura. Jika tidak sanggup hipokrit dalam politik, berhentilah main politik.
7. Mainan reverse psikologi memerangkap diri sendiri, apabila beliau minta ahli menyokong Izzah, dan mengugut akan meletak jawatan sekiranya kalah. Politik ugut tidak disenangi orang Melayu kerana ia tidak berjiwa besar. Walaupun itu hanya reverese psikologi, tetapi tidak difahami oleh ahli dibawah yang sudah melihat pertandingan itu mengundang masalah jadi seruan Rafizi itu agar undi Izzah diterima sebagai benar.
8. Terlalu yakin kepada sokongan dalam media sosial, tanpa mengenal pasti siapa mereka. Sokongan ini memerangkap Rafizi. Angka-angka dan satistiknya menjerat dirinya sendiri.
9. Terlalu mempercayai kepada konsensus dan persetujuan tanpa bertulis. Sepatutnya beliau kekal dengan keputusan awal untuk tidak bertanding dan tidak termakan dengan rayuan Anwar dan Saifuddin selepas menydari sistem pengundian untuk memancungnya. Apabila beliau teruskan juga ia seolah sengaja menerejunkan diri ke dalam telaga buruk.
Kesimpulan. Jika masih ada hasrat untuk main politik, beliau harus tenang, ubati segala luka dan pulihkan semangat soldadu soldadunya yang luka, susun barisan untuk berlawan kembali selepas ini, mahasabah diri dan kenali dan fahami psikologi politik orang Melayu, buang sedikit egois, jadilah manusia biadab untuk berhadapan dengan pertandingan tiga tahun akan datang.
Memberi dorongan kepadanya agar keluar parti, atau menjadi Azmin Ali kedua untuk membentuk parti lain adalah sesuatu yang sia-sia dan tindakan itu dilihat dekomposisi (pereputan) beliau dalam politik lebih cepat. Rafizi harus sedar beliau tidak mempunyai kekuatan peribadi seperti dimiliki Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh untuk menubuh parti baru. Tengku Razaleigh yang memiliki ketokohan dan pengaruh besar pun tidak mampu mensurvivekan politiknya apabila parti ditubuhnya berkubur tidak sampai 10 tahun.