Wednesday, December 16, 2015

Dr Hassan Naib Cacelor UiTM ke-9


PENDIDIKAN

Pelantikan Dr Hassan Said, 61 untuk mengganti Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Censelor UiTM yang baru adalah tepat dalam usaha untuk mengangkat martabat pusat pengajian tinggi berkenaan lebih cemerlang lagi. 

Dr Hassan Said
Ini kerana memadangkan kejayaan Prof Emeritus itu yang melonjakkan nama Universiti Tyalor's di mana dunia dan menjadi sebuah universiti di negara ini dikenali, dengan pelantikan itu beliau mampu meneruskan dan mempertingkatkan kecemerlangan pencapaianya dalam pembangunan pendidikan di negara ini.

Ketika presiden Amerika Syarkat Barck Obama mengujungi Malaysia beberapa minggu lepas antara university yang dikunjungi Obama ialah University Tyalor's.

Hassan anak kelahiran Tumpat Kelantan, akan menjadi Naib Cancelor UiTM ke-9 akan mula memegang jawatan pada 1 Februari 2016. Pelantikan Dr Hasan telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dr Hassan merupakan pemegang ijazah sarjana dalam bidang matemetik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sians daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah Ph.D juga daripada universiti yang sama dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Desing.

Memulakan kerjaya sebagai pensyarah matemetik di Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 1984, kemudian dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990. Manakala pada tahun 1995 dilantik Timbalan Naib Cancelor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum berpindah ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi.

Antara anugerah yang diperolehi Dr Hassan, (2007) terpilih menerima Chevalier de La Legion d'Honneur, Kerajaan Perancis, (2009) menerima Doctor of Science (Honorary), Universty Malaysia Perlis, (2010) menerima Doctor of Science (Honorary), Multimedia Universty Malaysia, Doctor of Engeneering (Honorary) Birmingham University England dan (2014) menerima anugerah Doctore (Honorary) University of Toulouse.

Dr Hasan juga merupakan ahli persatuan profesional, ahli majlis Pendidikan Tinggi Negara, Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara, Felo Akademik Sains Malaysia (FASc) dan lain.

Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, memainkan peranan penting dalam pertubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (PPTN), memperkenalkan kelas baharu fungsi campuran yang dikenali sebagai Generalised Ball Basis Function yang juga dikenali sebagai "Said Basis Functions". 

Pelantikan Dr Hassan sebagai anak jati Kelantan sudah pasti akan menjadi inspirasi kepada anak-anak Kelantan khususnya dalam dunia kependidikan dan menyemarakkan lagi dunia kependidikan di negeri kelahirannya itu. Adalah dipercayai Dr Hassan adalah Naib Cancelor asal Kelantan yang pertama. [wm.kl.9:52 am 16/12/15]
Post a Comment