Thursday, December 17, 2015

Novanto lebih bertanggung jawab daripada Najib

PERSONALITI

Berita perletakan jawatan Setya Novanto sebagai Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Rupblik Indonesia (DPR RI) benar-benar mengkagumkan dan memberi petunjuk bahawa politician di negara yang pernah dianggap rasuah sebagai suatu amalan biasa suatu waktu dulu sudah berubah dan terkeluar dari persepsi buruk sebelum ini.

Novanto mengambil tindakan melepaskan jawatan itu setelah didapati terbabit dalam kes memohon saham dengan menggunakan nama Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla. Perbuatan Novanto itu dianggap melanggar etika.

Perletakan jawatan Novanto itu diterima oleh Mahkamah Kehormat Dewan (MKD) malam tadi setelah surat perletakan jawatan itu dibaca Timbalan Ketua MKD Sufmi Dasco Ahmad menerusi satu mesyurat tertutup.

Walaupun apa dilakukan Novanto itu setelah ada tekanan tetapi ia dilihat bertanggungjawab kerana telah melakukan sesuatu untuk bangsa Indonesia dan menjaga kehormatan Dewan Perwakilan Rakyat. Apa dilakukan Novanto itu ternyata jauh bezanya dengan realiti di Malaysia berkaitan dengan Najib Razak dan pengyonglapkan wang dana RM2.6 billion.

Najib yang telah mengakui menerima wang dana RM2.6 billion tetapi masih bekeras mengakui tindakan itu benar dan tidak melanggar etika dan dianggap masih bermoral. Walhal jelas kalau mengikut peraturan atau undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penggunaan wang melebihi daripada had yang ditetapkan menyalahi peraturan SPR.

Melihat tindakan berani Speaker DPR RI itu ternyata bangsa Indonesia dalam soal menjaga kepentingan bangsa dan negara serta maruah institusi pemerintah lebih unggul daripada apa yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Walaupun salah laku Najib itu dikecam oleh semua pihak di Malaysia termasuk bekas Presiden Umno dan juga bekas PM sendiri Dr Mahathir Mohamad, pembangkang dan lain-lain namun Najib tetap bersikap lembu kenyang, dan masih berlindung di sebalik sokongan ahli Umno yang sudah dibiuskan sedemikian rupa. [wm.kl.11:16 am 17/12/15]



Post a Comment