Monday, May 16, 2016

Politik simplistik Nik Amar tidak untungkan Pas

ULASPANDANG

Penganalisa dan pemerhati politik yang baharu pertama kali mendengar atau mengikuti bagaimana cara Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) berpolitik (mengeluar kenyataan dan pandangan) mungkin menganggap beliau seorang ahli politik moden yang canggih. Memang bagi generasi baharu suka cara politik "berus" Nik Amar.

Pemangku MB Kelantan, Nik Amar.
Sebaliknya mereka yang sudah lama mengikuti pemangku MB Kelantan ini berpolitik, atau mengikuti kenyataan politiknya yang simplistik serta menilai sejauh mana ilmu siasahnya akan tersenyum panjang dan tidak berasa apa-apa kepelikan kepada apa yang berlaku. Itulah bahasa politik Adun Panchor ini.

Kenyataan berupa kritikan Nik Amar kepada kumpulan serpihan Pas yang kini telah menubuhkan Parti Amanah Negara, dalam satu majlis taklimat, sesuatu yang dikesalkan dan menggambarkan tahap tinggi rendah dan dalam tohor cara Nik Amar berpolitik. Karisma dan intelektuasiti politiknya tergambar dalam tingkah laku dan kenyataan politiknya seperti itu.

Dalam usaha beliau menyerang Amanah bagi memastikan penyokong Pas dan rakyat Kelantan tidak memberi perhatian kepada kewujudan Amanah, Nik Amar telah memberi amaran (berupa ugutan - predection) awal-awal lagi dimana sekiranya Pas kalah di Kelantan dalam pilihan raya akan datang, kekalahan itu ialah disebabkan Amanah. Amanah bertanggungjawab atas keruntuhan kerajaan peninggalan Tokguru Nik Aziz.

Beliau membuat terjemahan dan definasi tujuan Amanah menyertai pilihan raya menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru, antara Pas, Umno dan Amanah, adalah satu strategi yang sengaja dilakukan Amanah untuk mengalahkan Pas? Begitu bacaan buruk Nik Amar dalam menghadapi risiko itu. Apakah sejauh itu busuk dan cemarnya Amanah kepada Pas, sedang sebahagian mereka dalam Amanah itulah yang berperang dengan Umno selama ini bagi memastikan kelangsungan Pas memerintah Kelantan.

Paling mengejutkan, Nik Amar juga meletakkan tanggungjawab itu kepada Amanah sehingga parti itu kena menjawab di hadapan Allah di Mahsyar kelak. Bagi Nik Amar, Amanah adalah pengkhianatan dan kewujudan dan peranannya tidak ada setitik pun kebaikan. Tidak perlu beliau mendoktrinkan ahli begitu jauh sekali, seolah-olah Pas bebas daripada dosa dengan Allah.

Indah dan mantap mendengar kenyataan ataupun ulasan Nik Amar itu. Ia memberi tafsiran kepada umum bahawa kekalahan itu kelak, sedikit pun bukan di atas "keagahan" dan kebabilan Pas dalam berhadapan dengan Umno. Kenapa dikatakan begitu, kerana Amanah telah lebih sekali menawarkan diri untuk bersama Pas mempertahankan kerajaan peninggalan Tokguru, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Pas, khasnya Nik Amar. Bahkan tawaran dibuat oleh Amanah itu dipersenda-sendakan dan diperolok-olokkan oleh Nik Amar. Amanah dilihat lebih "beruk" daripada Umno.

Malahan dengan tegas dan "action" beliau mengatakan Pas sedia kalah daripada berpakat dengan Amanah. Itu sebuah kata-kata yang sombong dan bongkok tidak seharusnya keluar dari kerongkong ahli politik yang sepatut berlunak sepanjang masa. Kalau pun Amanah tidak dapat memberi secerbis kebaikan, tetapi kehadiran dari rahim demokrasi perlu dihormati.

Cara Nik Amar berpolitik sangat simplastik dan suka memberi jawaban-jawaban, menyalahkan orang lain dan menganggap diri sendiri maksum. Cara dan tindakan Nik Amar juga jauh daripada perangai dan fiil seorang ahli politik sejati yang bertolakansur, berdiplomasi, merendah diri serta penuh berstrategik.

Alangkah rugi dan kecewanya ahli dan penyokong Pas kalau pegangan dan "tahuid politik" Nik Amar itu diterima pakai oleh Pas Kelantan. Menerima apa yang ditegaskan sebagai satu fatwa politik. Biarlah apa yang diucapkan Nik Amar itu bersifat peribadi dan datang dari egonya seorang yang berasakan dia seorang keturunan di Raja dan suka merendah-rendahkan orang lain dengan konotasi-konotasi pandirnya.

Cara Nik Amar itu sangat jelas bahawa beliau sudah berdendam dengan Amanah. Kenyataan beliau itu juga seolah-olah beliau yakin bahawa kedudukan Pas Kelantan tidak akan terjejas dan akan menang seterusnya dapat mempertahankan kerajaan pesaka Nik Aziz.

Disebalik sikap ego tinggi Nik Amar itu, yang sedikit pun tidak berasakan bimbang dengan kehadiran Amanah, apakah beliau sudah ada perkiraan dan agenda politik lain untuk menyelamatkan kerajaan Kelantan? Apakah beliau sudah membuat perkiraan politik diluar jangka ahli dan penyokongnya; bahawa beliau akan membawa Pas berkerjasama dengan Umno dan hal itu akan diumumkan disaat akhir nanti? Dan ini juga rahsia yang digenggam bersama ahli MSU Pas?

Jika mengikut kenyaataan Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed, kerajaan Kelantan sudah dua tahun berkejasama (tak'wun) dengan kerajaan Pas Kelantan. Apakah permulaan itu akan berakhir dengan Pas dan Umno bergabung dengan cara pembahagian kerusi dalam pilihan raya akan datang?

Jika dilihat kepada kenyataan dan cara Nik Amar berpolitik ia terarah dan ada kecenderongan ke arah itu. Beliau tidak begitu rungsing Pas akan kehilangan kerajaan kerana Umno sedia membantu atau akan bekerjasama. Begitukah? Namun apabila ini disebut maka adalah ahli yang marah dan menganggap ianya fitnah. Dan sekiranya perkara ini benar Pas tidak perlu berselindung dan baik berterus terang sahaja. Rakyat Kelantan yang tidak berparti akan menyokong kerjasama ini. Manakala ahli dan penyokong parti pula mudah untuk membuat perhitungan.

Untuk peringatan Nik Amar, beliau jangan sedap dan lena sangat dengan janji-janji politik. Harapan jangan ditaruh bergitu tinggi yang Umno akan membantu dan bekerjasama dengan Pas termasuk dalam pilihan raya. Umno adalah umpama jerat yang tidak pernah melupai pelanduk. Sebagai jerat Umno sedia mengambil dan menerima apa sahaja umpan untuk mempesonakan si pelanduk. Apa yang utama baginya si pelandu masuk ke dalam jeratnya.

Kepada Nik Amar daripada mengeji dan menghina Amanah demikian rupa, adalah lebih afdal untuk beliau membentang apa-apa agenda atau misi Pas dan kerajaan Pas di Kelantan. Sehingga ini tidak ada apa-apa pun yang disebut Nik Amar mengenai Kelantan yang menyedapkan telinga mendengarnya. Baik beliau mengumumkan progres bantuan untuk mangsa banjir daripada menajamkan terus serangan kepada Amanah. [wm.kl.12:23 pm 16/05/16]

14 comments:

Bang Aji said...

Salam Tuan MSO....

Memang amat dikesali apabila pemimpin educated mengeluarkan kenyataan yang tidak mencerminkan keperibadian mulia bersesuaian dengan status bergelar olama'...Mungkin terbawa dengan slogan yang dicanangkan pengkritik PAS terkini..."Membalak Bersama Olama'".

Budaya memandang rendah akan pesaing, budaya takfiri, budaya bersihir dan budaya bongkak yang digunapakai akan melemaskan diri sendiri tambahan niat terselindung kerjasama bersama BN/UMNO diketahui oleh rakyat kelak...

Akan sampai masa rakyat menghukum....Tunggu!!!

Zainal Yusof said...

Biar si Luncai terjun dengan labunya. PAS seumpama lembu yg dipakaikan cermin mata hijau. Lalu dia memandang ke padang . Gembira silembu kerana melihat rumput yg hijau itu .Pada hal hakikatnya rumput itu kering .
Begitu lah PAS. Tiap ada PRK mesti nk letakkan calon , hatta calon yg akan diletak hanya lah penjual ketayap dan kitab. Tapi dengan angkuh PAS berkokok kita boleh menang.

Carlossani said...

Salam Tuan MSO...
Ada yg "tersirat dan tersurat" didlm hatinya..mungkin sebab itulah dia ckup marah dan 'panas hati' dgn AMANAH! Tuan sendiri pun mengerti, nama pun 'manusia'..bila dh ada jawatan dan pangkat..mana mungkin "senang2" akan melepaskn.W'alam.

Husmad Ahmad said...

Pas yg sudah tak bolih dibaiki lagi olih pemimpin yg berjiwa umno.

lelaki dicermin said...

Tuan mso.. di blog tertentu dah keluar ada 15 pimpinan pas dpt habuan dr najib..tu sbb pas ke arah nak cium mulut dgn umno. Yg sy dpt rasakan seorg.. bila nak prk sg besar dan kangar ni..boleh keluarkan kenyatan kalau pas bertanding.. tidak akan menyerang umno.. tuan mso byk kenalan dr umno dan pas..kalau boleh dptkan maklumat ini.tak keluarkan nama pun takpe..sah ianya khabar angin atau benar berlaku. geram pulak tgk pimpinan pas skg ni..seolah2 tidak sedar serban tu atas kepala..

dingdong said...

Politik simplistik boleh diterima tapi yang sering ditonjolkan beliau politik spastik.
Masih terngiang ngiang.. "just chop off like that" *sambil tersengih-sengih gelak-gelak*. Terdetik kat hati, wat de ef.. tak cermat dan tak mencerminkan kebijaksanaan langsung, tapi tetap diangkat sebagai pemimpin besar.

Akramin Nawawi said...

Mana mungkin PAS berunding dgn kumpulan yg melarikan kerusinya.betapa perihnya petugas memenangkan calon kemudian dilarikan begitu saja.usah bicara soal amanah jika amanah dan janji disaksikan Allah dilanggar begitu sahaja tanpa ada rasa malu alah.orang seperti ini tidak layak dibawa berunding.jika berunding apakah jaminan mereka tidak akan mengulangi pengkhinatan mereka.

dingdong said...

Akramin nawawi,
Senang memanggil orang pengkhianat tapi pernah ke renung kenapa berlakunya perkara demikian, sedangkan yang dipanggil pengkhianat inilah yang menghidupkan pas sejak sebelum pas bergigi bukannya setelah ternampak potensi pas atau (dan) setelah sekembalinya dari mesir.
Pandangan pas adalah maksum sangat merbahaya, dan doktrin bersetuju tanpa mempersoal sesuatu tindakan melahirkan kejumudan. Dan yang celakanya, perbuatan ini sering beralas dengan agama dan tuhan.
Ada bapa yang menghalau terus dan ada bapa menghukum mengurung jika anak lebih suka merambu diluar berbanding duduk di rumah, manankala ada bapa yang mencari punca mengapa anak lebih suka diluar berbanding dirumah dan mencari penyelesaian tanpa merugikan mana mana pihak. Bapa pas yang mana?

Musa Senawi said...

Dingdong....ayat pengkhianat walau pedih namun ada benarnya...bg sy itulah perkataan yg layak utknya.... Carikan ayat lain yg lebih sesuai dan ambil contoh dari kisah zaman rasul kita..... X dpt tidak kisah nabi tetap jd pedoman kita....

Al-Ahmad Othman said...

Inilah kenyataan Bangsa Melayu,atas nama ape sekalipun(parti yg bergelar islam atau yg bukan atas nama islam) kalau Bab menghukum?Terserlah Unggul, seolah-olah tugasan untuk para malaikat diambil alih oleh puak-puak yg mengaku pejuang agama,tetapi dari segi akhlak/adab diri sendiri langsung tidak mencerminkan sikap/perangai seperti seorang Islam.Pendekatan golongan ini akan dimainkan dari masa ke semasa sampai akhirnya yg menjadi mangsa rakyat bawahan.penyelesaian untuk maslahat ummah langsung tiada.yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

Polymer Guru said...

Seorang aktivis PAS, Ustaz A pernah ditahan ISA... akhirnya dibebaskan... Keluar dari tahanan ISA mulakan usrah khas dg 6-7 orang dari kalangan pemimpin muda PAS. Langkah awal dan terancang kumpulan ini ialah menjelajah ke seluruh cawangan PAS khususnya ranting Pemuda seluruh negara mencanang pemikiran Ulama' menyanggah Professional.. matlamat mereka tercapai dlm keputusan pemilihan PAS yg lalu. Agenda terakhir mereka ialah penyatuan PAS dan UMNO... Khabarnya Ustaz A dah berumah besar berkereta mewah selepas dibebaskan dari ISA... dan mempunyai hubungan yang lebih akrab dengan pegawai tinggi Bukit Aman...

Polymer Guru said...

Seorang aktivis PAS,Ustaz A, yg telah dibebaskan dari tahanan ISA telah mengumpulkan 6-7 orang dari pemimpin muda PAS melalui siri usrah khas dibelakang tabir. Langkah awal kumpulan 7 orang ni ialah menyebarkan pemikiran Ulma' anti Professional ke seluruh cawangan PAS khususnya ranting pemuda. Rancangan mereka berhasil mencorakkan keputusan pemilihan PAS yg lalu. Plan terakhir mereka ialah penyatuan UMNO dan PAS... Khabarnya Ustaz A dilihat hidup lebih bergaya dengan rumah dan kereta besar selepas bebas dari ISA serta mesra Bukit Aman...

ir said...

Satu kebenaran, walau pemimpin Pas dan pendokong tak sanggup menerimanya....
Pas tidak peka pd soal rakyat, soal tadbir urus negeri, soal kebolehan dan keberkesanan pemimpin...sebaliknya Pas saban masa mencari helah bagaimana nak serang musuh2 politik mereka...
soal membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat terabai sama sekali...Pas banyak menumpu isu2 remeh temeh.....

Politik Pas hari ini jelas terlihat penuh dendam, marah, selfish pd musuh2 politik mereka....yg nampak ketara Pas hari ini tidak lagi menyerang Umno sebagai musuh No1 Pas selama ini....
Pas perlu berpolitik dgn lebih smart, tidak menghina sesama manusia, sabar, bertindak secara matang, tdk angkuh, tidak emosi dan lain2...

Zhuge Liang said...

Salam wth.. tuan2..amat silap kalau kita fikir baiknya sahabat2 Rasulullah itu seperti baiknya umat zaman ini.. mereka teramat baik dan teramat sayangkan agama hinggakan berkorban darah dan nyawa. Kejujuran yang tak terbayangkan.
Baik bukannya kerna petah berkata, alim bukan kerna bijaknya berhujah dan besarnya serban di kepala TAPI kerna jujurnya kita menuntut ilmu dan ikhlasnya kita menyampaikan peringatan. Kalau berkiblatkan harta dan kuasa jangan pakai serban tapi pakai POK GETAH di kepala..
PAS IS PAST