Saturday, May 14, 2016

Subky ramal Pas akan kalah, selepas itu menang besar

SESUDAH SUBUH

Sore semalam bersembang dengan tokoh wartawan dan veteran Pas Subky Latiff yang datang menziarahi saya bersama sdr Zulkifli Sulong bekas editor Harakah. Lama juga mereka di rumah saya sambil bertanya kesihatan saya, kami sempat berbual berbagai tajuk terkini.
.
Subky dan Zulkifli datang ziarah bertanya khabar saya.
Sebagai wartawan tentulah mauduk perbicaran utama kami mengenai perkembangan media massa selain soal politik negara terkini. Dalam kesempatan itu antara yang sempat dibicarakan (bertanya khabar) mengenai akhbar Harakah, lidah rasmi Pas. Suatu masa dulu akhbar ini pernah menjadi akhabar alternatif nombor satu negara bagi pembaca yang sudah muak dan hilang kepercayaan kepada akhabr arus perdana (PB).


Kelarisan akhbar ini sehingga oplanya mencecah ratusan ribu untuk satu-satu keluaran memberi keuntungan besar kepada Pas. Parti agama itu dapat membeli beberapa buah bangunan menjadi aset, termasuk bangunan tempat akhbar itu beroperasi di di Jalan Pahang.

Manakala Harakah online yang dikenalikan oleh Zulkifli pula mengikuti dekat dan sama popular dengan sebuah portal berita ulung negara ini. Media berkenaan pendeknya menjadi bahan bacaan dan sumber rujukan penting bagi orang ramai untuk mengetahui perkembangan politik yang realis dan tidak dikelentungkan oleh media PB.

Saya pernah difahamkan kutipan iklan menerusi Harakah online sahaja mencecah RM80 ribu sebulan. Kehidupan dan suasana di Jabatan Penerangan Pas yang mengendali dan bertanggungjawab menguruskan media berkenaan, sungguh lumayan ketika itu. Sesungguhnya sumbangan daripada media Pas untuk kewangan parti itu besar.

Hari ini kegemilangan itu sudah menjadi kenangan. Ketika bersembang tadi, Zulkifli memaklumkan kedudukan semasa akhabar lidah rasmi Pas itu sangat tidak kondusif. Kewangan di Jabatan Penerangan juga sudah mulai kering. Pas terpaksa menjual beberapa aset bagi menampung kos penerbitan kerana jika diharapkan kepada jualan dan iklan ternyata ia tidak mampu lagi untuk menanggung biaya penerbitan dan gaji wartawan serta pengurusan lain.

Petang semalam juga salah satu unit dibawah Jabatan Penerangan juga terpaksa keluar dari bangunan yang disewa kerana tidak mampu untuk membayar sewa? Perkembangan dalam Jabatan Penerangan Pas yang bertanggungjawab menerbit media massa akhir-akhir ini seolah-olah akan meletakkan jabatan itu semacam tahun-tahun sebelum 2000, yang tenat.

Khabarnya beberapa wartawan termasuk wartawan kanan telah meninggalkan akhbar berkenaan. Manakala wartawan yang mempelopori akhbar berkenaan yang berkhidmat dengan semangat dan dibayar gaji tidak seberapa atau sekadar diberi makan, sudah lama meninggalkannya. Pelbagai faktor kenapa berlaku begitu ia termasuk soal kepuakan dan kronisme.


Ditanya mengenai nasib akhbar itu kenapa jadi demikian, Zulkifli dan Subky sepakat mengatakan antara lain kerana media Pas itu tidak kagi diuruskan oleh mereka yang alim dalam bidang kewartawanan.

"Journalisme sudah tidak ada lagi dalam Harakah," demi kata Zulkifli. Ia kini diuruskan mereka yang tidak ada pengalaman dan tidak mempunyai ilmu luas dalam bidang kewartawanan. Bila journalisme sudah tidak ada dalam sesebuah akhbar, maka fahamlah kita, akhbar itu bukan lagi bersifat sebagai akhbar, jadi tidak pelik kalau ia berhadapan dengan kelumpuhan pembaca.

Saya tidak mahu komen dan membuat perbandingan di sini nanti dikatakan cuba menjaga tepi kain, tetapi sejujurnya saya sendiri sudah tujuh tahun tidak membaca dan menatap akhbar berkenaan dan juga membuka website onlinenya. Adalah diharap Jabatan Penerangan Pas akan memulih keadaan ini dan kembalikan semula kedua-dua media berkenaan, cetak dan eletronik sebagai akhbar dan sumber politik realis yang diperlukan.

Itu mengenai media Pas, kami juga sempat berbual fasal Pas dan parti serpihannya Amanah. Ternyata Subky walaupun menghormati kewujudan parti itu atas sifat demokrasi, tetapi beliau sangsi akan parti itu dapat bertahan lama apa lagi menyaingi Pas sebuah parti yang sudah utuh.

Subky tidak yakin Amanah dapat hidup seperti mana yang diharapkan. Dan mengenai penyertaan dalam pilihan raya, seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau tidak menolak ada keperluan Amanah untuk bertanding sama.

"Apabila sesebuah parti ditubuhkan, maka ia akan menyertai pilihan raya. Kalau ia ditubuhkan bukan untuk tujuan itu, untuk apa ia ditubuhkan," begitulah hujah dan mantik Subky. Jadi baginya tidak menjadi masalah kalau di pilihan raya Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu berlaku pertandingan banyak penjuru.

Bahkan menurut ramalannya, dalam pilihan raya ke-14 nanti semua parti akan bertanding. Beliau meramalkan akan berlaku pertandingan berbagai-bagai penjuru.

Meramal lanjut mengenai pilihan raya akan datang dengan mengambil kira perkembangan hari ini, bekas ahli Jawatankuasa Pas itu, mengakui kedudukan Pas juga akan terancam. "Pas mungkin akan kalah dalam pilihan raya ke-14 nanti, mungkin hanya menang satu kerusi sahaja, tetapi ia akan hidup semula pada pilihan raya seterusnya," ramal beliau.

Keadaan ini dilihat kepada sejarah lampau apa yang pernah dihadapi Pas. Pada satu masa Pas hanya menang satu kerusi sahaja, selepas itu Pas memperolehi lebih 30 kerusi bahkan menguasai beberapa negeri. Kekebalan ini akan kekal kepada Pas.

Subky yakin sunatullah yang pernah dilalui Pas ini akan berulang. Justeru beliau meramalkan, hanya Pas dan DAP sahaja dua buah parti yang dapat survive sebagai parti politik di masa akan datang dan terus menjadi lawan kepada BN buat selama-lamanya.

Di kesempatan itu juga kami sempat menyebut fasal Husam Musa. Zulkifli bertanya saya ke mana hala tuju politik Husam selepas dipecat daripada Pas. Apa yang ingin diketahui Zul, apakah wadah baharu Husam selepas tidak menjadi ahli Pas.

Untuk masa ini saya mengira Husam akan mendiamkan diri dan bergerak secara profesional tanpa menyertai mana-mana wadah politik. Beliau akan menumpukan kepada usaha menjatuhkan Najib Razak untuk selamatkan Malaysia dalam gerakan Deklarasi Rakyat. Husam tidak akan menyertai Amanah mengikut firasat saya, apa lagi untuk memimpin Amanah Kelantan. Husam sama sekali tidak akan "memerekupkan" dirinya dengan menyertai Amanah walaupun ada tawaran untuk beliau mengambil kepimpinannya.

Bagi saya Husam masih Pas dan cintakan Pas. Sebab itu saya kata dan berharap kepada Subky agar Pas tidak melupai begitu sahaja Husam, sebab dari kebolehan dan cara dia berpolitik, Husam adalah eset penting bagi Pas. Harus ada mediator bagi memulihkan salah faham yang berlaku dalam Pas sehingga terjadi tindakan pecat memecat seperti dialami Adun Salor itu.

Mengenai kebolehan yang ada kepada Husam, disetujui Subky. Katanya "kelebihan yang kepada Husam ialah beliau bijak menghadapi krisis politik serta kemampuannya untuk membaca permainan politik musuh.".

Apa yang dapat disimpulkan, dan membaca rasa hati Subky mengenai pemecatan Husam, sesuatu yang mendukacitakannya, tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana kena akur, sebab ia adalah keputusan parti. Sebagai seorang yang sangat menghormati keputusan jemaah, mungkin Subky berharap Husam menerima pemecatan itu dengan tenang tanpa ada sebarang protes kemudian kembali semula kepada. [wm.kl.8:01 am 14/05/16]

14 comments:

Mohd Saufi said...

Saya pn rasa begitu tuan MSO. PAS akan kalah besar dan berlaku perubahan dlm kepimpinan. TGHH mgkin akan direhatkan dan pemimpin yang baik akan amik alih pas...

mohd sayuti Omar said...

Hanya orang yang tahu membaca mesej politik sahaja yang melihat ramalan Subky itu waras. Saya menyokong pandangan sdr Mohd Saufi.

Nasaruddin Hanafi said...

Saya setuju

ken destino said...

PAS has leadership problem. Hadi should leave now and let Tuan Ibrahim take over. PAS joins PH and together build a united opposition force. Hadi has become a liability to PAS.

Mat Safian said...

Tumpang tanya Pak Sayuti, apa maksud sdr Zulkifli bila dia cakap "Journalisme sudah tidak ada lagi dalam Harakah".

Harap blh terang skit. Sy bukan org bahasa.

Shahrul Nizam said...

Ya kemungkinan besar PAS akan kalah besar. Kepimpinan PAS yang baharu ini sangat lemah strategi politiknya. Tidak seperti di kala ATGNA memimpin.. Sekarang seolah-olah hanya mahu mencari banyak musuh, mengecilkan ruang persahabatan

kiedentech said...

PAS kalah sebab ia dipimpin oleh Hadi dan lulusan timur tengah yang tak tau nak cari duit tapi ngabihkan duit pandai sebagaimana kalahnya Pas Terengganu, selepas itu ramai lulusan timur tengah meninggalkaan PAS kerana PAS sudah tidak boleh memberikan duit selepas sudah PAS sudah tidak memerintah Negeri jadi sumber kewangan dari balak pun sudah tidak ada lahirllah generasi kedua mat sabu and gang datang untuk memulihkan pas pada masa itu hadi sudah berada dalam kubur dan tak boleh memimpin untuk kalah serta tak mampu mengganggu rentak kemenangan rakyat

mohd sayuti Omar said...

Menjawab pertanyaan Mat Safian, apa dimaksudkan journalisme ialah, sifat atau ciri2 kewartawanan dalam pemberitaan dan laporan akhbar berkenaan. Ia telah tidak bersifat sebagai sebuah akhbar dalam erti kata sebenarnya. Sebab itu akhbar berkenaan tidak diminati lagi seperti sebelum ini, yang mempunyai ciri2 journalisme.

Isa Abu said...

Setuju sangat. Alim saja tak cukup utk ketuai politik dan kerajaan. Perlu bijak dlm byk hal terutama sepak terajang politik Melayu ni...

cikmatgelap said...

kesian kat bekas pengarang harakah yusof jalil yg dah lama terlantar di rumah beliau di kg nakhoda batu caves,beliau telah di uji dgn ujian paling hebat,beliau telah di serang strok dan 2 mi nggu selepas beliau di serang strok,isteri beliau pulak telah meninggal dunia,kini beliau terlantar di rumah dan kini beliau telah mengidap parkinson pulak di samping strok beliau dah tak mampu bergerak melainkan dgn bantuan anak beliau saja,aku pernah ziarah beliau dan aku dapati beliau memang di abaikan oleh sahabat2 lama beliau....tiada lagi yg datang bertanya khabar atau membantu beliau....klu dulu ahmad lutfi othman selalu datang tapi kini ahm ad lutfi dah tak sihat jadi beliau dah tak datang ziarah lagi,kepada pemimpin2 amanah aku harap dtg ziarah beliau,beliau tak min tak bantuan wan g ringgit dari sape2 pun,kos hidup b eliau cukup dari penjagaan an ak2 beliau,hargai lah dan sayangi lah org2 yg telah menab urkan banyak jasa pada perjuangan,aku beberapa kali menziarahi beliau....pemikiran beliau masioh tetap dgn perjuangan membela rakyat....beliau tak pernah belot mcm hj hadi dan sekutu2 nya......pada pimpinan amanah...aku harap datang lah ziarahi beliau....jgn lupakan beliau sementara ada masa buat kita bewrtemu dsgn beliau

Md Ruslin Abd Samad said...

Saya memahami: Harakah tidak dipimpin oleh juornilism = Pas tidak dipimpin oleh Pilitician.

Faizal said...

naik turun PAS selepas PRU14 adalah di atas perubahan tampuk kepimpinan semasa. jika tampuk kepimpinan yang sama atau seakan-akan sama, makanya kebangkitan PAS lambat lagi akan berlaku, dan yang paling merisaukan tidak akan berlaku. makin lama kepimpinan yang ada menguasai PAS makin berisiko kepada parti PAS itu sendiri.

Musa Senawi said...

Tuan mso....sy pula berpndangan menyongsang dari majoriti di blog ini.... Sy jangkakan pas akn mng lebih byk kerusi di pru14 nnti dn akn dpt beberapa negeri lagi...yg pasti terengganu dan kedah... Dn penang akn lucut dari genggaman dap....

Zhuge Liang said...

Salam wth.. selagi x ramai yg sedar bahawa PRU adalah perang, selagi itu pembangkang sukar untuk menang. Perang bukan sekadar emosi dan agakan tapi perang adalah taktikal, tenaga dan keyakinan akan bantuan tuhan. Setiap unsur alam/tekno dan wasilah akan beri kelebihan dalam perang jika dimanfaatkan.
SEJARaWAN menyebut adakalanya kita perlu menjadikan senjata musuh sebagai pembunuh mereka sendiri. Yang penting 'JANGAN AMBIL TINDAKAN DALAM KEADAAN MARAH'
Logiknya dr segi tenaga dan hArtabenda kita ketinggalan tp pasti ada sesuatu yang beri kita kelebihan. Jangan sesekali mengikut rentak lawan kerna kita bakal BERPERANG... dan kita berperang kerna tuntutan jihad.
PAS IS PAST..