Sunday, May 29, 2016

Berangkat ke tanah suci...

PEMAKLUMAN

Assamualaikum wbh wbt.

Rakaman dari tingkat atas dalam masjid Haram, 2013.
Setelah tiga kali hasrat dan niat untuk turun ke tanah suci tergendala, isnya-Allah saya akan berangkat ke Madinah dan Makkah untuk mengerjakan umrah dan ziarah bagi tahun ini. Tahun lepas, adalah tahun agak mendukacitakan bagi saya kerana tidak kesempatan untuk menjejaki kaki ke tanah suci seperti tahun-tahun lalu. Lantaran itu rindu tersebal-sebal dan sendak dalam hati.

Mulanya saya merancangan untuk ke tanah suci pada bulan Disember, 2015. Malang dan sedih akhir November 2015 doktor mengesahkan saya menghidapi kanser. Team doktor yang merawat saya menasihati agar saya membatalkan hasrat itu dan tidak dibenar mengadakan perjalanan atau percutian di luar negeri. Hidup dan masa perlu difokuskan kepada perawatan diri.

Februari setelah menjalan kemotrafi separuh daripada pusingan yang ditetapkan, saya sekali lagi memasang niat untuk ke tanah suci pada Mac. Semua persiapa telah pun siap sedia. Sekali lagi mendukacitakan apabila doktor masih tidak membenarkan saya menyenggangkan diri daripada mendapat rawatan dan pemeriksaan berkala. Saya diminta hadir ke pusat rawatan harian (Day Care) di PPHUKM tiga hari sekali untuk pemeriksaan darah dan pemantau diri.

Atas nasihat doktor dan saya sendiri consern kepada penyakit dan untuk tidak menganggu perawatan itu, saya membatalkan sekali lagi niat itu dengan rasa amat berat.

Kehidupan ini semacam tidak lengkap dan ada sesuatu yang tidak sempurna apabila ia sudah menjadi amalan dan rutin. Selalunya saya akan memotong rambut di Makkah apabila selesai sai'. Saya bergunting hanya sekali setahun sahaja.

Namun sejak tahun lepas hingga kini, (selepas tahlul mengerjakan Haji tahun 2014) belum ada seurat rambut saya gugur di tanah haram. Sebaliknya atas kehendak Rabb juga, rambut saya gugur di tanah Jawi, sehingga kepala kini menjadi "licin berminyak."

Lewat petang ini Insya-Allah semoga Tuhan Rabbi alamin, akan memakbulkan doa dan harapan saya. Saya akan terbang ke Tanah Suci. Justeru untuk beberapa ketika blog ini tidak dikemaskini. Pohon maaf atas ketergangguan para penjegok sekalian. Sekali lagi terima kasih, "jazakalah khiran" kepada semua rakan-rakan dan penjengok yang ingat dan mendoakan saya.

 Rakan adalah penawar paling mujarab. Wassalam. [wm.kl.8:08 am 29/05/16]

No comments: