Showing posts with label Pernyataan. Show all posts
Showing posts with label Pernyataan. Show all posts

Sunday, May 29, 2016

Berangkat ke tanah suci...

PEMAKLUMAN

Assamualaikum wbh wbt.

Rakaman dari tingkat atas dalam masjid Haram, 2013.
Setelah tiga kali hasrat dan niat untuk turun ke tanah suci tergendala, isnya-Allah saya akan berangkat ke Madinah dan Makkah untuk mengerjakan umrah dan ziarah bagi tahun ini. Tahun lepas, adalah tahun agak mendukacitakan bagi saya kerana tidak kesempatan untuk menjejaki kaki ke tanah suci seperti tahun-tahun lalu. Lantaran itu rindu tersebal-sebal dan sendak dalam hati.

Mulanya saya merancangan untuk ke tanah suci pada bulan Disember, 2015. Malang dan sedih akhir November 2015 doktor mengesahkan saya menghidapi kanser. Team doktor yang merawat saya menasihati agar saya membatalkan hasrat itu dan tidak dibenar mengadakan perjalanan atau percutian di luar negeri. Hidup dan masa perlu difokuskan kepada perawatan diri.

Tuesday, March 31, 2015

Blog Merah Tinta sudah 8 tahun dengan 17.5 juta dilawati

PERNYATAAN                                                                                                     

Besok genaplah usia blog Merah Tinta MSO lapan tahun. Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik sudah hampir satu dekad kewujudan blog ini. Dalam tempoh itu saya sudah membuat pengeposan pelbagai bahan sebanyak 3,561 dan ribuan keping gambar. Ternyata bahan paling banyak ialah mengenai politik, disamping bahan-bahan berupa catatan mengenai aktiviti sosial, kisah hidup, budaya, pelancongan ataupun catatan personal perjalanan saya ke luar negara.

Sesuatu yang menggembirakan, blog saya masih sudi dijengok dan diintai oleh oleh rakan-rakan penggemarnya dari serata tempat. Ia bukan sahaja untuk dijadikan sumber maklumat peribadi tetapi ada kalanya ia dipetik oleh blog lain. Ada juga bahan diblog ini dijadikan bahan rujukan atau maklumat tambahan bagi sesetengah media massa.

Friday, November 11, 2011

Terima Kasih Penjenguk

Pelawat Blog Merah Tinta Sudah Mencecah 8 Juta

BERKEBETULAN tanggal yang unik dan menarik 11.11.11 telah meletakkan blog Merah Tinta sebagai blog persendirian dan private yang terus mendapat perhatian dan dokongan penjenguk budiman. Hari ini bilangan pageview (penyelak) blog ini sudah mencecah keangka 8,005540 dengan jumlah pengikut setia sebanyak 1,427.

Sebagai pembangun blog ini saya terharu atas sokongan berterusan dari penjenguk. Paling saya terharu ialah blog ini terus dipercayai dan ditunggu pengeposan intri atau catatan-catatan baru mengenai apa juga topik. Ini dapat dirasai apabila saya terlewat atau tidak membuat catatan baru dalam tempoh lebih 24 jam, sudah ada penjengk yang bertanya khabar.

Ada yang menghubungi menanyai akan kesihatan saya, mereka bimbang kesihatan saya menyebabkan blog lewat di up date. Memang ada kalanya tatkala gout datang memperhambakan diri menyebabkan pengeposan terlewat. Tetapi hakikat yang perlu disedar blog ini adalah diary maya peribadi dimana pekerjanya hanya seorang saja. Ia berbeza dengan portal atau pun blog persendirian milik orang kenamaan yang mana aktviti pengisiannya dilakukan para pembantu.

Kebanggaan saya juga ialah kepada keprihatinan penjenguk setia dalam turut sama memberi partisipasi kepada kerja-kerja amal yang saya lakukan secara kecil-kecilan. Misalnya bila ada apa-apa catatan yang menghiris perasaan dan atau mengenai sesiapa di dalam keadaan terjempit ada ada-ada saja penjenguk bermurah hati menghulurkan derma ikhlas mereka.

Ada beberapa pengalaman yang dilalui. Semasa saya menulis mengenai kesempitan hidup Nik Madihah seorang pelajar cemerlang yang mendapat 22A, ada seorang penjenguk yang ikhlas menghulurkan bantuan meringankan bebanan pelajar berkenaan. Begitu juga bila saya menulis mengenai mangsa banjir di Kedah yang terlepas pandang oleh pihak berkuasa PBT dan kerajaan Pusat, ada penjenguk bermurah hati menghulurkan derma untuk mangsa berkenaan.

Begitu juga dengan misi Korban Di Aceh baru-baru ini yang merupakan komitmen blog ini untuk berbuat kebajikan, walapun ia dihebahkan beberapa hari saja, namun beberapa orang penjenguk turut menghulurkan sumbangan yang membolehkan kita sama-sama menjalani ibadat korban di sana. Alhamdulilah semuanya beres dilaksanakan dengan sempurna kerana Allah jua.

Jelas penglibatan dan pertisipasi itu menunjukkan keyakinan dan penghormatan penjenuk kepada blog ini. Atas sokongan bererusan itu tentulah ia akan mendorong saya untuk terus berblog dengan maksud untuk membawa kebaikan untuk bersama kerana Allah taala. Wassalam. [kucing. sarawak]