Mat harus berani dan bijaksana. |
Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsa disambut dalam keadaan tidak menggembirakan, walhal kedua pilihan raya itu merupakan medan penglipurlara terbaik bagi mereka. Ulah dan sikap pembangkang yang tidak sekata dan saling menunjukkan keras kepala, menyebabkan orang atas pagar mual dengan politik "Keluarga 69" itu.
Perkembangan ini semua menjadikan minat umum sebelum ini yang terdorong untuk menumbangkan BN kerana tidak betah dengan telatah dan jenayah pemimpinnya jadi teralat. Apa mendukacitakan lagi, kekacauan dalam kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dan malas untuk berpartisipasi seperti sebelum ini. Kurang ghairah untuk menanti dan menyertai pilihan raya kecil berkenaan.
Bolehkah keadaan ini, dan mood orang ramai yang serabut dengan ulah pembangkang ini dipulihkan, dan kedua pilihan raya kecil itu diselamatkan untuk jadi medan penglipurlara kepada mereka yang anti BN dan Najib Razak? Atau tepatnya untuk melihat terlaksananya Deklarasi Rakyat melihat Najib tersembam?
Jawabanya boleh kalau pemimpin parti pembangkang masing-masing insaf, peduli, memahami kehendak dan naluri orang ramai khasnya mereka yang sudah muak-loya dengan BN. Bagaimana caranya? Salah satu cara dan formula terbaik bagi saya, Pas dengan Amanah kena selesaikan dahulu pertikaikan mereka, perbalahan di antara kedua kumpulan seagama dan sebangsa bahkan sealiran (idealogi) ini dilengsaikan dulu. Pas dan Amanah perlu duduk dalam satu masjid atau surau. Mereka perlu kembalikan diri kepada akar politik asal mereka, bersaudara dan berukhwah.
Saya melihat geram dan marah Pas kepada Amanah mengatasi geram dan marah parti agama itu kepada DAP dan PKR. Ertinya yang bermasalah besar dan keras kepala di sini ialah Pas dan Amanah. Mereka seakan tidak berhenti daripada marah dan rasa dendam atas apa yang berlaku. Seolah-olah negara ini menjadi rebutan antara mereka berdua dan bukannya rebutan dengan UBN.
Kedua-duanya harus faham dan menerima hakikat, apabila mereka sudah sah bercerai dan edah rujuk sudah habis, serta masing-masing sudah ada wadah, mereka perlu akur dengan keadaan dan suratan itu. Politik memang begitu. Pas kena redha dan menerima apa yang berlaku. Begitu juga dengan Amanah, harus menerima bahawa Pas adalah parti yang perlu dihormati. Amanah kena terima Pas sebagai kakak sulungnya manakala Pas pula menerima Amanah sebagai adik bongsu. Keperluan bagi kedua-dua mereka ketika ialah memperkukuhkan parti masing-masing dan menjaga kredibiliti di mata khalayak.
Amanah atau Pas tidak perlu lagi bergaduh dan saling mengatakan antara satu sama lain. Budaya takfir dan berbalas tembak hentikan segera. Mereka harus sepakat sebagai parti pembangkang yang mempunyai matlamat yang satu untuk menumbangkan BN dan membebaskan rakyat dari hegemoni kekuasaan UBN. Amanah tidak boleh sangsi dengan azam Pas itu dan dalam masa sama Pas perlu membuktikan mereka ikhlas? Begitu juga Pas tidak boleh menganggap Amanah sebagai pengkhianat. Apabila Amanah sudah sah sebagai sebuah parti maka kewujudannya perlu dihormati dan diikhtiraf.
Baiklah di sini, dalam konteks untuk menjayakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan, saya ada formula bagaimana untuk meredakan keadaan, bagi tidak melihat Pas terus mengamuk terhadap Amanah dan berombak dengan "prejudisme". Semisalnya kalau saya jadi Mohamad Sabu, presiden Amanah, saya akan mengistyharkan bahawa parti itu tidak akan menyertai di kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan. Amanah hanya akan membantu mana-mana calon daripada pembangkang, memastikan kerusi itu dirampas oleh pembangkang.
Amanah atau Mohamad Sabu jangan peduli apakah wakil pembangkang tadi daripada PKR, DAP atau Pas. Amanah hanya perlu memastikan penyokongnya memberi sokongan kepada calon pembangkang. Cara itulah dikatakan politik berkelas tinggi.
Tidak ada keperluan untuk Amanah ikut sama bertanding kalau dengan pertandingan itu menjejaskan harapan bersama. Kenapa Amanah perlu mengalah, tidak Pas? Kerana Amanah parti baharu. Pilihan raya itu bukan tempat untuk Amanah menguji pengaruh. Pengaruh dan kekuatan Amanah boleh diuji menerui melibatkan diri, membantu pilihan raya berkenaan. Itu sudah cukup.
Manakala sebagai membalas ketinggian budi politik Mohamad Sabu itu pula, molek kalau Pas juga membuat pengistyharan sama dengan menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR untuk berdepan dengan UBN. Jika saya Hadi Awang itu yang saya lakukan, cara itu menunjukkan akhlak dan keikhlasan Pas sebagai parti agama. Sekiranya kerusi itu diserahkan kepada PKR, harapan untuk pembangkang menang lebih besar, berpandukan kepada suasana dan senario yang ada. Fahamlah sendiri.
Apa yang lebih penting lagi kalau politik toleransi dan understanding begitu diamalkan, ia akan memulihkan mood orang atas pagar kepada pembangkang. Mereka akan memberi kepercayaan dan keyakinan semula kepada pembangkang seperti mana berlaku pada tahun 2008 dan 2013. Dan kepetingan orang ramailah yang perlu diutamakan bukan kelebihan mengeraskan "ken".
Bagi Amanah sebaik-baik usaha perlu dilakukan parti itu ialah membina mengukuh, melebar dan menguatkan akar tunjangnya bukan cuba menunjuk kekuatan menerusi pilihan raya kecil itu. Medan sebenar bagi Amanah ialah pilihan raya ke-14 nanti. Bolehkah? [wm.kl.11:10 am 20/05/16]
12 comments:
Setuju 10000juta %
Pembangkang ni boleh bersatu jika mcm dulu..80an..tiada state gov..tapi bila dah ada kuasa dan jwatan dlm stategov dan glc mulalah bercakaran dan seteru..selamanya lah pembangkang sehingga bila dpt gov pun sikap masih pbangkang..
Pertandingan 3 penjuru adalah perkara biasa. 'Mengolah persetujuan' dibenarkan di dalam demokrasi. Kita ingin pandangan kita dijadikan asas untuk mengatur sesuatu perlawanan. Kita tidak kecewa sekiranya pandangan kita diabaikan, sebab ia adalah lumrah di dalam politik. Komentar tua dan muda adalah sama saje.. PAS umur 60 tahun, adalah umur matang. Jadi adakah kita terima pandangan mereka adalah semuanya betul?.
INI baru Di uji skit oleh Allah mendapat kuasa & jwatan dah lari jauh menyimpang Dari matlamat asal..INI lh Allah nk tunjuk mengapa x boleh KE putrajaya PD pru 12 & pru 13..klu Allah Bgi menang dlu lgi haru Di buatnya..rakyat juga yg Di abaikan..mereka sbuk nk kejar kerusi Dan jwatan..prancangan Allah juga yg bijaksana tanpa siapa dapat mereka,manusia hanya boleh merancang..
As salam..Saya setuju dengan pandangan Tuan MSO tapi EGO mereka (khususnya pemimpin Pembangkang) membelakangi kehendak yg Rakyat mahukan (masing2 keras Hati).Hakikatnya Bangsa Melayu itu sendiri mudah lupa,mudah disogok oleh habuan dunia,bangsa yg penuh hasad-dengki,fitnah sesama sendiri,adu domba,bangsa yg berpegang dengan sentimen kenegerian (Pahamam Asobiyah) itulah Kenyataannyan(sama ada dari UMNO/PKR atau PAS perangai lebih kurang sama).Ada yg sanggup mengkhianati sahabat/kawan asal Hajat tercapai ,sanggup berbunuhan demi untuk kuasa, pangkat & Harta. Bangsa melayu akan berubah jika Agama ISLAM di amalkan dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat seterusnya Negara.Hanya penerapan Islam menyeluruh yg dapat mengubah nasib Bangsa Melayu menjadi bangsa yg berwibawa.Selagi dalam diri(khususnya pemimpin dari Umno,Pkr,Pas)tiada rasa takut dengan Ancaman ALLAH tentang hari pembalasan,jangan mimpilah Melayu akan jadi bangsa yg di hormati dan disegani?Sekarang Allah menguji bangsa Melayu( yg beragama Islam) dengan berbagai-bagai Kes yang berlaku (dalam Negara), dari sebesar-besar Kes sampailah sekecil-kecil kes,Allah suruh bangsa Melayu berfikir? Kerosakan yg berlaku di Malaysia ini disebabkan tangan-tangan kamu (manusia) itu sendiri. "Allah telah memberi peringatan, "Apabila Amanah (kepimpinan)di beri kepada mereka yang bukan ahli" tunggulah saat-saat kehancuran pasti akan tiba".kita tunggu PRU akan datang adakah bangsa Melayu (dari Pas,Pkr,Umno) boleh berubah? Atau Allah akan Menggantikan bangsa yg lain untuk mentadbir Malaysia? Rakyat bawahan (khususnya bangsa melayu) bertambah pelik dengan sikap PAS yg terus bermusuh dengan saudàra islam sendiri tetapi dlm masa yg sama menyokong Kepimpinan Negara yg terang-terangan melakukan pengkhianatan ke atas Negara Malaysia & Rakyat.Apalagi yg kami rakyat harapkan dari mereka (PAS/Pkr,Umno)ini semua?NAWAITU mereka jadi pemimpin hanyalah SATU rebut Kuasa&Pangkat,kumpul seberapa banyak harta selagi mahu, selagi belum MATI!!! Rakyat pada mereka hanyalah pelepas lelah ketika mereka tercungap sahaja, Pemimpin Yg jujur & Amanah sukar untuk dicari,ITULAH KENYATAANNYA!!!.
Komen penulis politik.bukan komen pekerja parti
Tuan memang penyokong tegar DAP,PAN& PKR memang itu la ulasan dulu kini Dan selamanya tuan otak kemetot.
Pinjam ulasan yg tuan selalu guna kemetot.
Saya pun sudah hilang minat kpd dua PRK ini...dan sampai sekarang tidak faham untuk apa AMANAH itu di tubuh kan...kalau untuk mengganti kan PAS adalah suatu yang mustahil...bukan mudah untuk menyigkirkan PAS dari orang melayu ..sama seperti tidak mudah untuk membuang UMNO dari lanskap politik orang2 melayu
Bagi je Mat Sabut jadi calun baru tahu sejauh mana sokongan terhadap dia
Sangat tidak setuju dgn pendapat ini..pas bukan lagi parti pembangkang tp merupakan balaci dan proksi umno dlm kumpulan pembangkang..kehadirannya amat amat dicurigai..pas dipimpin seorang yg menggelar dirinya ulamak tapi perangai mcm komunis dan yahudi..sokongan terhadap pas tidak sehebat dulu lagi..lihatlah harakah akhbar lidah bercabang pas sudah bankrap sbb rakyat dan ahli dah jauhkan diri dari pas yg memakin hari semakin tidak siuman..penulis perlu memahami hakikat bahawa pas mustahil menang di kedua dua pru walaupun bertanding satu lawan satu dgn umno kerana rakyat akan pulau pilihanraya itu dan umno akan menang juga walaupun undi diraih rendah dan majoriti pasti juga kecil.
Kalau harakah pun boleh bankrap bererti org melayu dah buang pas ke laut.
Saudara MSO,
Sy pengikut n peer hati dan pengkritik tegar di mana mana sy berada..tidak berblog dan berFB kerna ke kanan masa utk menu is secara prolific. Sy jujur mengatakan bahwa tulis an saudara banyak mempengaruhi penguin di atas pagar yg tidak lekat pd perjuangan ISLAM sebaliknya lebih bersifat sekular dan liberalis..so..sy berani menyatakan bahwa tulisan saudara MSO memang bersifat mencari makan dan lebih kpd populis dan tidak kritis kepada yg lebih realistic. Harus di ingat..tulis an anda..bakal di baca di padang masyar..yg mana tun tuan wajib percaya itu telah tuan kesampingkan kerna tuntutan cari makan..beri makan dan makanan sampingan tuan shj. Berhenti menyesatkan selagi tuan boleh atau Terima nasib seperti mahathir yg jelas istidraj!
Post a Comment