Wednesday, July 26, 2017

Dialog: Cendekiawan bersama Husam - Dr Mahathir beri pencerahan

CATATAN LEWAT

[kemaskini] Bertempat di sebuah dewan kecil Yayasan Kepimpinan Perdana di Puterajaya, semalam, telah berlangsung majlis dialog politik di antara dua tokoh dengan para cendekiawan Melayu. Dua tokoh yang diangkat dalam majlis tiu ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad.

Meletakkan dua sosok ini dipodium dialog sangat tepat kerana mereka boleh dianggap dua tokoh mewakili dua generas. Dr Mahathir boleh disifatkan sebagai tokoh veteran yang ever green manakala Husam tokoh muda menjadi "katalis" harapan negara.


Dr Mahathir adalah generasi di hujung senja yang masih cerah, manakala Husam adalah generasi yang sedang menuju puncak menjunjungi mentari harapan. Perjalanan mereka berdua dari segi usia berbeza, kontras, tetapi mempunyai pandangan, iltizam serta memiliki seni-seni politik yang boleh disatu dan diindahkan lagi. Ini soninimasnya.

Kalau Dr Mahathir dianggap sebagai pengukir seni politik negara, Husam pula adalah pembacuh warna kepada bentuk dan daya estetika ukiran politik Dr Mahathir itu. Cuma sedikit sayang Tuhan melewatkan pertemuan mereka, atau ini ada maknawinya tersendiri.

Sebahagaian cendekiawan yang hadir.
Dr Mahathir walaupun sudah meninggalkan jawatan Perdana Menteri, tetapi masih aktif berpolitik kerana sebab-sebab dan perkembangan semasa dalam negara yang kian mendesak.

Seperti mana beliau puisikan, perjuangan belum selesai. Selagi negara yang dibinannya, yang kini dalam bercemperaian angkara pemimpin selepasnya terutamanya Najib Razak, beliau tidak tenang dan keadaan itu menjadikan perjuangannya belum selesai.

Manakala Husam pula orang yang bangkit untuk membangun bangsa dan negara, penanggungjawab kepada ummah yang obses kepada masa depan negeri dengan segala aset yang ada, menerima kelangsungan perjuangan Dr Mahathir. Dr Mahathir bagi Husam dan kita semua sebahagian aset untuk memulihkan kebobrokan negara. Justeru ruang yang diberikan oleh Tuhan untuk beliau berada bersama Dr Mahathir adalah terbaik bagi membina dan menggarapkan masa depan rakyat dan negara bersama. Maka segala titik bengek perbezaan sebelum ini dimaafkan.

Sebenarnya Dr Mahathir bernasib baik. Walaupun beliau sudah "menyenja" jauh, tetapi beliau masih diterima oleh sebahagian anak-anak muda menjadi pemimpin pelapis seperti Husam Musa itu. Kehadiran Husam dan individu yang serangkaian yang lain memberi sinergi dan semangat kepada Dr Mahathir. Yang diperlukan untuk memulihkan negara bukan dengan jasadiah Dr Mahathir tetapi rohnya.

Pengalamannya yang banyak setelah berkecimpung dalam politik lebih 70 tahun dan memimpin negara lebih 22 tahun sangat baik dimanfaatkan oleh pemimpin baharu seperti Husam, Saifuddin Nasution Ismail, Mohd Rafi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain. Hatta Mohamad Sabu, Muhyiddin Yassin juga memerlukan ramusan keberanian yang ada kepada Dr Mahathir.

Antara Dr Mahathir dengan semua itu mungkin mereka ada perbezaan dari segi pendekatan dan fikrah kerana latar belakang pendidikan tetapi dari sudut komitmen dan iltizam kepada negara mereka memiliki azam yang sama. Mereka tidak rela melihat negara rosak dan bangsa dikhianti. Negara perlu dibangunkan dan kerajaan kleptokrasi perlu dihadapi.

Prof Bidget Welsh disebelah saya, dan Dr Shamsul Adabi.
Atas prinsip atau keserasian dua pemimpin tersebut dalam memikir masalah rakyat masa muka negara itulah juga mungkin pihak penganjur dialog itu melihat perlu kedua pemimpin itu ditampilkan untuk dapat dijadikan panduan, menetaskan aspirasi kepada rakyat bagi membangun negara.

Majlis itu dianjuran oleh Gabungan Intelektual Melayu Puterajaya, ia dikendalikan oleh Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Mohamad sebagai moderator.

Seramai lebih 50 orang cendekiawan Melayu dalam berbagai bidang seperti pendidikan, budaya, sains dan politik, dan juga tokoh-tokoh politik terkemuka hadir. Antara mereka ialah ialah Prof Emeritus Dr Shahril Zain, Prof Dr Wan Ramli Wan Daud, Prof Madya Shamsul Adabi Mamat.

Prof Sukiman Sarmani, Prof Madya Dr Rusdi Omar, Prof Dr Mohamad Anwar Omar Din, Prof Dr Hatta Shahrom dan Prof Madya Dr Kamaruddin Musa.

Dialog itu juga menjadi lebih istimewa apabila ia turut dihadiri sama oleh Prof Prof Bridge Welsh, profesor pelawat dari universiti Jhon Cobot, Kenada yang waktu ini sedang membuat kajian politik di Malaysia. Selain itu ia turut sama diperhatikan sama oleh pemimpin Juma'ati Islami Pakistan.

Manakala tokoh politik veteran yang hadir ialah bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib, Senator Mohammad Nur Manuty, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad dan lain-lain. Majlis semalam berlangsung tertutup dengan kehadiran terhad.

Majlis itu kecil dan cukup sedarhana apabila hadirin dihidangkan dengan nasi bungkus dan air mineral sahaja, tetapi impak dan faedahnya cukup besar. Bagi mereka yang mahu makan mungkin kecewa tetapi yang mahu mendengar pencerahan politik dan mencari rasionalisasi impian Harapan tentu tidak kecukupan ruang dan waktu kerana masih banyak persoalan yang belum diungkap. Sekiranya majlis seumpama itu dibuat secara terbuka tentu sambutan ribuan.

Majlis semalam cukup baik dan ia menampakkan motif yang betul dan positif. Dengan menjemput para cendekiawan untuk mendengar mengenai hala tuju Harapan yang diharap menjadi kerajaan Malaysia baru, para hadirin juga dapat berkongsi maklumat. Yang penting dirasakan penganjur mahu para hadirin memberi input-input dan fikiran-fikiran di luar kotak orang politik kepada Harapan oleh para cendekiwan untuk digunakan oleh gabungan pembangkang itu menghadapi pilihan raya.

Dan maksudnya tercapai apabila beberapa idea yang diluahkan dalam majlis itu menarik dan membuka mata yang boleh merombak persepsi orang di luar sana dengan penjelasan daripada kedua-dua tokoh diundang itu. Sekurang-kurang beberapa isu dilemparkan kepada Harapan terjawab dan pemimpin Harapan dapat mengutip ilmu ilmiah bukan retorik dari para cendekiawan.

Kenapa Dr Mahathir tubuh parti baharu.

Salah satu yang dipercayai masih menjadi pertikaian orang ramai kenapa Dr Mahathir melawan Najib Razak dan berusaha untuk menumbangkan parti yang dianggotainya sejak berdekad lalu. Perkara ini menjadi perbualan hangat untuk menolak tindakan Dr Mahathir itu. Persoalan ini dituntaskan oleh Dr Mahathir semalam dengan jelas dan munasabah.

Semalam beliau menjelaskan dengan membangkitkan sejarahnya dalam Umno. Katanya sudah dua kali beliau meninggalkan Umno, pertama apabila dipecat di zaman Tuanku Abdul Rahman 1969, kali kedua semasa Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Walaupun beliau menerima nasib buruk itu, tetapi tindakannya tidak sampai menyebabkan, beliau bertindak menubuh parti baharu. Tetapi kali ini beliau menubuh PPBM sebagai wadahnya ialah kerana menyedari bahawa Umno sudah rosak dan tidak lagi merupakan parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu seperti dulu.

Bahkan semalam beliau optimistik mengatakan orang Melayu akan hilang kuasa 50 tahun lagi kalau ia tidak diawasi sebaiknya mungkin, dan Umno terus diberi kuasa memerintah. Beliau cuba memberi faham bahawa perjuangan Umno hari ini tidak menjamin masa depan Melayu lebih gemilang bahkan akan hilang dari bumi Malaysia ini. Dalam kata lain Umno menjadi liabiliti kepada bangsa Melayu.

Menurutnya Umno bukan wadah perjuangan bangsa lagi, tetapi ia dijadikan alat kepada seorang manusia bernama Najib Razak. Najib katanya menggunakan parti, menggunakan wang untuk mendapat kuasa untuk kepentingan dirinya dan bukan untuk membela bangsa. Perjuangan atau evolusi perjuangan Umno yang diubah Najib itulah menyebabkan beliau menubuh parti baharu dan menentang Najib habis-habisan. 

Beliau juga ditanya apakah jaminan sekiranya Harapan memerintah nanti keadaan yang sama berlaku kini tidak terjadi, misalnya PM mempunyai kuasa penuh dan amalan politik kekeluargaan atau kronisme tidak akan berlaku. Soalan juga terbit macam mana untuk Harapan menghadapai fenomena yang memburuk dalam sistem Umno itu.

Mengenai kronisme beliau menjawab dengan rasional melihat kepada sejarah dan apa yang berlaku di dunia ini. Kronisme atau politik kekeluargaan baginya tidak salah kalau orang menjadi pemimpin itu ada kualiti dan integriti. Hal ini katanya turut sama berlaku di Amerika Syarikat. Yang menjadi presiden Amerika katanya adalah dari keluarga Kennedy.

Tekannya soal kronisme tidak merupakan perkara besar, dan apa diutamakan kualiti dan intergriti kepimpinan seseorang itu. Penjelasan Dr Mahathir itu bersesuaian dengan apa yang terjadi dizaman pemerintahan Rasulullah s.a.w.,  di mana khalifah yang mengambil alih kekuasaan selepas kewafatan Muhammad s.a.w adalah di kalangan sanak keluarganya.

Manakala Husam pula menghuraikan kebimbangan sesetengah orang mengenai kerajaan Harapan itu dengan mengatakan kerajaan akan baik apabila ia berpandukan kepada al Quran dan Hadith. Sebagai seorang yang membentuk wawasan politik dan pemikirannya berteraskan Islam, sudah tentu kerajaan Harapan akan dibangun berlandaskan al Quran sebagai jalan hidup. Amanah yang ditubuh sebagai menjadi pengganti kepada parti agama (Islam), tidak akan mengsia-siakan harapan itu.

Beliau menyebut kenapa negara ini menghadapi pelbagai masalah, misalnya kekurangan wang untuk membangun rakyat, ialah disebabkan ketirisan yang berlaku dalam sistem pentadbiran kini. Ketirisan ini berlaku kerana rasuah dan projek-projek pula tidak dilaksanakan dengan penuh ketelusan. Kalau semua projek dibuat dengan ketelusan masalah kekurangan kewangan tidak akan berlaku.

Adun Salor itu menyebut mengenai kaedah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memetik kisah atau pun penyelesaian dan perancangan ekonomi yang tersebut dalam Quran yang diperlakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Islam menerusi balada Nabi Yusuf itu telah membentangkan formula membangun dan menyelamatkan ekonomi negara cukup ampuh. Katanya Nabi Yusuf menyiapkan dua plan ekonomi yang mengseimbangan negaranya. Pandangan jauh Nabi Yusuf yang sudah tentu dibantui oleh ilham dari Allah inilah nanti akan diguna pakai dalam membina kerajaan.

Mengenai ada kesangsian tentang kemampuan Harapan untuk menjadi kerajaan, Husam mengatakan keyakinannya dengan adanya gabungan dua golongan pemimpin dalam Harapan kini, muda dan tua ia menjadikan aset kepada Harapan. Menurutnya rakyat tidak perlu sangsi kepada kemampuan ini kerana barisan kepimpinan Harapan kini dibarisi oleh mereka yang menjadi pemimpin negara dan pernah diuji.

Menurut Husam, tokoh-tokoh seperti Mohamad Sabu, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub adalah barisan yang bergabung dengan tokoh-tokoh yang telah teruji seperti Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. "Kita mempunyai barisan terbaik," tekannya.

Dialog semalam cukup bermakna sekali, ia memberi maklumat secara timba balas antara cendekiawan (rakyat) dengan pemimpin bakal melaksanakan polisi kerjaaan. Hendaknya dialog seperti itu diadakan dengan lebih kerap lagi dengan penyertaan yang meluas tetapi diundang dari kalangan peserta yang berkualiti.

Mungkin untuk masa akan datang dialog boleh dibuat di kalangan para pegawai kerajaan, birokrat dan teknokrat yang sudah lama meninggalkan kerajaan tetapi mempunyai idea tetapi cadangan mereka tidak dinilai sebelum ini. Mereka juga boleh membentangkan solusi bagi menyelesaikan masalah-masaalah negara. Ternyata golongan ini berminat tetapi tidak tahu kaedah dan berpeluang untuk berpartisipasi. Pihak penganjur perlu mencari ikhtiar membawa mereka ke dalam majlis seperti semalam.

Selain dari Husam dan Dr Mahathir, tokoh-tokoh lain dari Harapan yang berpotensi untuk dilantik menjadi menteri juga perlu dipanggil, untuk membolehkan mereka memberi pandangan dan mengemukakan idea mereka dalam membentuk negara nanti. Sesuai dengan kepesatan generasi baharu yang bakal menjadi pemilih maka dialog intelektual dari berbagai aspek itu diperlukan diperbanyak untuk mereka.

Penganjur atau pihak-pihak lain harus mengangkat pemimpin generasi muda dari kesemua komponen parti Harapan untuk berdialog. Mungkin dialog secara berkembar boleh dilaksanakan, seorang dari DAP seorang dari Amanah atau PKR dan PBBM. Bariskan mereka untuk mereka mengemukakan agenda dan pandangan mereka dan menjawab persoalan dibangkitkan rakyat (peserta).

Acara ini juga secara tidak langsung akan mengenali kita sejauh mana mereka bersedia untuk menjadi pemimpin dan berhadapan dengan rakyat.  [wm.kl.10:42 am 26/07/17]

No comments: