Friday, July 7, 2017

Husam terima ancaman saman dari Tang Too Siah?

SUSUPAN PAGI

Selepas membuat pendedahan bertalu-talu mengenai wujudnya penyelewengan ala-ala penipuan persis Jho Low dalam skandal 1MBD terhadap kerajaan negeri Kelantan menerusi projek Carbon Credit akhirnya Husam Musa mendapat ancaman saman oleh oknum yang dikaitkan langsung dengan projek berkenaan.

Oknum yang terkait dalam pendedahan Husam itu adalah Tang Too Siag yang menjadi CEO kepada Climate Protector Sdn Bhd syarikat yang diberikan konsensi hutan simpan kekal (HSK) seluas 1 juta ekar yang kini riuh randah diperkatakan bukan sahaja di Kelantan tetapi Malaysia seluruhnya.


Maklumat ini dikhabarkan Husam menerusi satu kenyataan rengkasnya yang dikirimkan kepada blog ini.

Memberi reaksi kepada ancaman oleh oknum berkenaan Husam menyatakan beliau sedikit pun tidak tercabar dengan ugutan saman itu dan sedia menghadapinya demi negeri Kelantan.

"Ugutan saman tuan tidak boleh mengubah tugas dan tanggung jawab saya untuk terus bersuara InsyaAllah," demikian tegas Husam. 

Dalam hubungan sama Husam meminta PDRM membuat siasatan segera terhadap oknum berkenaan ekoran terdapat 11 laporan polis yang dibuat terhadaap oknum tersebut. Husam mahu kepastian dan juga jawaban daripada oknum bernama Tang Too Siah apakah orang sama yang melakukan penipuan di peringkat antarabangsa yang diterimanya sejak beberapa hari lalu. 

Di bawah ini disiarkan sepenuhnya kenyataan ringkas daripada Husam:

Ancaman Saman, Scam BTC Panda dan Siasatan Polis
Awal malam ini, saya membaca kenyataan Encik Tang Too Siah yang bercadang membuat saman malu ke atas saya ekoran kenyataan saya pada 3 Julai 2017.

Saya mengalu-alukan tindakan yang dicadang diambil oleh beliau. Banyak perkara mengenai kepentingan Negeri Kelantan, orang awam dan rakyat yang berbangkit sekarang dapat diselesaikan menerusi proses itu InsyaAllah.

Sementara itu, saya dan pembantu-pembantu saya bertali arus menerima pelbagai aduan, termasuk dari Indonesia dan luar negara yang lain mengenai tuduhan scam melibatkan BTC Panda dan TS Tang.

Seseorang bernama TS Tang telah banyak dikaitkan di dalam aduan itu. Beliau dikatakan terlibat melesapkan wang pelabur melalui skim bit coin anjuran BTC Panda.

Saya belum dapat mengesahkan sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

Saya berharap En Tang boleh menjelaskan kepada umum sama ada beliau ada terlibat dengan dakwaan itu atau tidak. Juga sama ada TS Tang yang disebutkan oleh pengadu itu adalah beliau.

Jika TS Tang yang terlibat dengan BTC Panda adalah sama dengan Encik Tang Too Siah dari Climate Protector dan EcoBit, saya kira peringatan saya kepada Kerajaan Kelantan adalah penting dan mustahak.

Sehubungan itu juga, saya berharap pihak polis mempercepatkan siasatan ke atas isu ini, yang telah dilaporkan di pelbagai balai polis di seluruh negara.

Antara lain, senarai laporan polis berkait adalah seperti berikut:

Police reports :
1. SETAPAK/016422/16 , TARIKH 15 OCT 2016
2. SETAPAK/016420/16 , TARIKH 15 OCT 2016
3. SEK 6 / 008748/16
4. Cheras / 022817/16
5. RAWANG/012612/16
6. KAJANG/034742/16
7. Kepong/010759/16
8. USJ 8 / 012911/16
9. PAROI/002875/16
10. Sek 6 /009674/16
11. Pantai/013315/16

Saya memanjangkan tindakan BNM - menganggap Climate Protector sebagai menjalankan aktiviti secara unauthorized and unapproved di bawah undang-undang. Kenapa pula En Tang tidak ingin menyaman BNM?

Diikuti oleh kenyataan semalam, antara lain disiarkan oleh Malaysian Insight berbunyi :
"PROGRAM Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan EcoBit, yang menggunakan logo UNDP tanpa kebenaran pihak mereka.

Menurut Penganalisis Komunikasi UNDP Ahmad Hafiz Osman, tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+ di Malaysia.",

dan petang ini oleh Stefan Priesner, UN Resident Coordinator for Malaysia and UNDP Resident Representative for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam :

"Steifan Proesner clarifies “As per United Nations Framework Convention on Climate Change REDD+ website which details REDD+ activities in each country, there are no UN-REDD projects or UNFCCC approved REDD+ projects in Malaysia."

Kenapa En Tang tidak ingin menyaman UN dan UNDP sendiri kerana kenyataan-kenyataan ini telah menafikan dakwaan tentang mekanisma UN REDD berkait sejuta ekar hutan Kelantan?

Mr Tang tidak mahu saman UN? Tidak mahu saman BNM?

Menjadi tugas saya selaku Adun untuk menjaga kepentingan negeri dan rakyat saya.

Ugutan saman tuan tidak boleh mengubah tugas dan tanggung jawab saya untuk terus bersuara InsyaAllah.

Saya juga berharap PDRM terbaca posting ini dan bertindak sewajarnya dalam masa yang dikira tidak tertangguh-tangguh oleh mangsa dan bakal mangsa.

YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Pati Amanah Negara,
ADUN Salor, Kelantan
6 Julai 2017

+++++++++
“Referring to the press conference on 3 July 2017 by Dato Husam Musa of Parti Amanah Rakyat, which has been widely publishes and/ or circulated in the newspaper and also uploaded in the social media, Climate Protectors Sdn Bhd and I are currently seeking legal advise from our solicitors with regards to our legal rights following the statements published during the press conference as well as all the republication in newspaper and/ or social media. We reserve our rights to take legal action against those who are responsible in publishing and/ or circulating such statement.”

Tang Too Siah
Climate Protectors Sdn.Bhd
[wm.kl.8:46 am 07/01/17]

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Program scam sebegini ala 1mdb dirancang dengan begitu teliti supaya akhirnya mereka tidak lut undang undang atau sekurang kurangnya duit yang telah dikumpulkan telah pun berada di tempat lain, hanya tinggal sedikit jika pun dibekukan.

Antara perlaksanaanya ialah menubuhkan berbelas syarikat yang hampir serupa tetapi tidak sama dari segi pendaftaran ssm dan mempunyai cabang perniagaan yang berasingan seperti herba, hartanah, pelaburan, coin, perlancongan dan sebagainya.
Nama seorang professor dari UPM juga digunapakai sebagai penasihat.

Oleh itu syarikat yang membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan berhubung ladang carbon tidaklah sama dengan syarikat yang mengujudkan pelaburan, produk herba, perlancongan dan sebagainya bagi tujuan mengkelabukan pelabur.