Tuesday, November 21, 2017

Ketidaklulusan permohonan PH tanda Najib takut?

RESPONS

Najib Razak dan para pembantu serta panglimanya sering kali bermadah dengan penuh keberanian kononnya kerajaan pimpinannya masih diyakini rakyat. Pelbagai fakta mengenai kehebatan kerajaanya dikemukakan kepada umum, sampai setengahnya diulang baca berkali-kali.

Seorang pembaca berita di stesen televisyen memberi tahu dia sendiri sudah muak membaca skrip sama di depan tv berulang kali sehingga rasa mukanya dah kematu kerana dicemuhi oleh penonton. Tetapi katanya apakah daya kerana kerja, terpaksa juga menahan muka diludah orang di skrin tv.

Apakah dakwaan Najib itu yang kerajaanya masih disokong rakyat benar atau pun ia propaganda murahan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat sahaja. Sebenarnya daripada apa yang Najib lakukan mengulangi perkara sama, menyebut-nyebut topik sama ialah kerana dia terdesak. Najib sudah dapat merasakan kerajaanya bermasalah dan sedia ditolak rakyat.

Di sini satu saja bukti menjelaskan Najib kini takut dengan perkembangan politik yang ada kini. Pemenjaraan Anwar Ibrahim tidak cukup menyelesakan kedududukannya. Dia tidak percaya pemenjaraan Anwar itu memberi kelebihan kepadanya. Itu sebab dia cuba menghampiri Anwar dengan melawat Anwar sakit guna untuk menimbul kekeliruan di kalangan orang ramai.

Begitu juga dengan bolak balik dan ketidaklulusan Pakatan Harapan, menjadi sebuah parti yang akan berdepan dengan BN satu lawan satu menunjukkan ketakutan Najib.

Kalau Najib yakin dengan kerajaannya, kenapa harus dilambatkan kelulusan PH itu. Harapan untuk rakyat melihat PH diluluskan sangat tipis. Mungkin permohonan komponen PH untuk mendaftarkan parti mereka akan dipadam terus.

Berbagai alasan tidak masuk akal dan nampak sangat tektik untuk tidak meluluskannya diberikan.

Memang Najib berhak berasa takut dengan penubuhan PH. Kerana dengan adanya PH menjadi satu lawan satu dengan BN ia mencemaskan BN. Sekiranya PH diluluskan kelak, negara ini akan mempunyai dual sistem parti BN dan PH.

Orang ramai hanya akan melihatkan dua komponen ini sahaja nanti, PH atau BN. Mana-mana parti lain akan dianggap tidak wujud dan ia akan mudik ke laut begitu sahaja.

Apa yang boleh difahamkan dengan "keliatan" kerajaan (RoS) untuk meluluskan PH itu ialah pertama kerana takut, kedua untuk menyelamat komponen-komponen kecil lain yang berasakan mereka juga mampu untuk menjadi parti besar walhal mereka tidak ubah seperti katak air, (katak woov) yang boleh membesarkan diri ketika berhadapan dengan musuh untuk dilihat ianya besar dan gagah. [wm.kl.11:25 an 21/11/17]

5 comments:

Atomy Ema said...

Itu dalil, bukti jitu regim korup UMNO BN pimpinan Bapak Najib Razak adalah bacul, dayus dan mereka sedang berusaha menghalang demokrasi di Malaysia dari tertegak. Trus institution dan mesin pemerintah diperalat semaunya.

Quantum Metal Consultant said...

Satu pengajaran yang baik kepada PH bahawa mereka tidak terkecuali atau tidak wajar leka dan lalai dalam memenuhi peraturan dan syarat undang² kerana secara teknikalnya mereka boleh kalah sebelym bertanding.

Akan datang, mereka akan berhadapan pula debgan karenah SPR.

Sekretariat dan setiausaha agung PH jangan tidor dan jangan semuanya mengharapkan untuk Tun fikir dan uruskan. Sebahagian ada tugas pentadbiran dan bukannya semua berpolitik.

arai said...

Politik Kotor menyelitkan pelbagai usaha untuk menggagalkan parti opposisi meski pun terpaksa menggunakan kejenteraan pendaftaran (ROS) sebagai alat menangkis dari meluluskan permohonan PH. Ianya perbuatan yang jijik dan cara jahiliyah until mencipta kemenangan yang pasti bakal mengundang kejatuhan. Kalibat takut jelas menyerlah dan segala usaha mungkar sanggup dilakukan walaupun dengan memperkudakan institusi berkenaan sebagai instrumentasi dalam usaha sebodoh ini. Apa dah jadi dengan pucuk pimpinan berkenaan yang tak berani bertanggungjawab dengan pelbagai alasan mengelak dari sebarang perjumpaan. Eloklah dimusnahkan saja jabatan ini kerana tidak menampakkan fungsi yang tulen kerana dijadikan jambatan oleh pihak politik yang banyak menyembunyikan fakta lantaran menerjahkan situasi ekonomi kepuncak yang tinggi, bahananya rakyat menanggung azab dari perbuatan onar yang telah mereka lakukan tapi berlagak natural.

Syed Alwi Aljufri said...

Memang nyata MO1 dalam keadaan tak tenang dan takut

Unknown said...

Bila najib buat mcm ni,rakyat semakin jelas utk memilih siapa yg terbaik..rakyat akan nampak najib yg bersalah dlm kes ni