Friday, November 17, 2017

Wisma Tokguru jadi rebutan adik beradik

TAZKIRAH PAGI

Solat hajat di Wisma Tokguru. Foto: Hairie Harun.
Ahli dan penyokong Pas Kelantan semalam dan malam tadi bersorak dan bertakbir besar kerana meraikan kemenangan atas penolakan injuksi dibuat Husam Musa. Husam membuat injuksi terhadap orang bernama Yassin Yusuff daripada membawa Pas memasuki ke premis Wisma Tokguru di Salor.

Dua hari mahkamah mendengar perdebatan terhadap injuksi dibuat Husam itu dan semalam memutuskan bahawa injuksi itu ditolak, serentak itu membenarkan Pas memasuki premis berkenaan untuk melakukan upacara solat syukur dan hajat yang sudah dirancangkan sebelum ini. 

Kegembiraan Pas Kelantan itu ditumpangi sama oleh orang Pas di seluruh negeri lain. Pas mengalu-alukan dan bersyukur atas apa yang berlaku itu sebagai satu kemenangan kurba. Yang hadir dalam majlis kesyukuran malam tadi semua pemimpin utama Pas Kelantan, termasuk Ahmad Yakob bersama timbalan-timbalannya dan ketua-ketua dewan.

Wajar kalau Pas meraikan kemenangan itu dan menyatakan kesyukuran kerana kejayaan itu bagi mereka sangat besar signifikannya. Namun ada hal-hal tertentu yang boleh dipertikaikan dari konteks untung rugi politik. Tegasnya 'kemenangan' yang dirayakan semalam dan mungkin juga sepanjang zaman, masih belum mutlak kerana kasus mengenai itu belum muktamad. Apapun sejarah politik Melayu Kelantan akan mencatatnya sebagai satu lagi moment tawarikh.

Setakat ini berdasarkan keputusan mahkamah semalam, mengesahkan bahawa Husam tidak ada locus standy terhadap tanah yang menempatkan Wisma Tokguru itu kerana tanah yang menempatkan bangunan itu milik orang lain, milik Yassin Yusuff yang menjadi prokasi Pas Kelantan.

Nama Husam tidak ada secalit pun atas geran tanah mengandungi dua lot itu. Itulah alasan dan hujah hakim menolak injuksi cegahan dibuat oleh Husam itu.

Perbicaraan 4 Disember.

Seperti mana maklum tahu perbicaraan mengenai pertikaikan bangunan yang terletak di atas tanah itu akan berlangsung pada 4 Disember hadapan. Bahawa isu pertikaiannya belum tuntas lagi. Apabila dibicara nanti, ia akan menentukan apakah Pas berhak turut sama memiliki ke atas bangunan yang didaftarkan atas nama pejabat Adun Salor itu atau sebaliknya.

Ertinya status hari ini Husam masih berkuasa ke atas bangunan itu, manakala Yassin mutlak memiliki tanah itu apabila dia membeli daripada pemunya bernama Saripah Dollah isteri Allahyarham Ahmad Rusli Ibrahim dengan nilai RM700,000. Sebagai rekod tanah itu turut dimasukan dalam senarai harta pesaka yang dituntut oleh adik-adik beradik arwah Rusli dan akan didengar di mahkamah syariah tahun depan.

Di sini saya tidak berhajat untuk mengulas dan membuat telahan atau mendahului mahkamah apa yang akan berlaku terhadap bangunan itu selepas ini. Apakah ia menjadi milik Yassin bersama tanahnya, ataupun mahkamah akan membuat keputusan sejumlah pampasan perlu dibayar kepada Husam sebagai ganti rugi, atau tidak mendapat satu sen pun. Itu mahkamah akan menentukan.

Apa yang hendak diulas berhubung pertikaian itu ialah dari segi matemetik politik; melihat kesan dan implikasi yang wujud daripada pertikaian premis itu kepada kedua-dua pihak, Pas dan Amanah. Apakah yang Pas perolehi dari tindakannya itu. Hujah dan alasan Pas kenapa ia bergagah untuk mendapatkan premis berkenaan ialah kerana hendak menjaga maruahnya apabila beranggapan premis itu hak mereka yang dimiliki Husam secara salah?

Maka untuk menyelamatkan maruah Pas berusaha mengambilnya. Pas menggerakkan serangan baik secara fizikal dan psikologi untuk mendapatkan premis itu, dengan muqadimahnya datang memancak bendera dan berdoa ramai-ramai.

Ia tidak salah kalau itu tafsiran Pas, tetapi sejauh manakah maruah Pas hilang dan tercalar dengan keadaan itu. Sejauh manakah Pas dianggap dayus kalau tidak mengambil kembali premis yang didakwa miliknya itu? Inilah perkara yang mungkin tidak dikaji dan dihitung oleh Pas secara mendalam, terutamanya dari segi kesan politik sebelum bertindak.

Bukankah sebelum ini Pas memperlecehkan kewujudan Amanah dengan pelbagai sindiran dan anologi sinikal. Apabila Pas bersungguh hendak menebus maruah dengan mengambil premis itu, secara tidak langsung Pas kecundang dengan dakwaan-dakwaan sombongnya sebelum ini.

Seelokknya sebelum bertindak demikian Pas patut menghisab hitung sebaik mungkin untung dan rugi, laba dan kurang dengan tindakannya itu. Apakah damage yang berlaku kepadanya kalau tindakan diteruskan juga. Dan apakah pula kebaikan yang diperolehi kalau Pas mendiamkan sahaja isu itu. Dalam politik tindakan paling baik dan menguntungkan apabila rakyat mempunyai persepsi baik kepada kita walaupun perbuatan kita sebaliknya. Itulah fatanahnya.

Inilah yang sepatutnya diselidiki terdahulu oleh Pas sebelum membuat tindakan demikian. Apabila melihat ada kesan buruk kepada Pas, bagi saya tindakan Pas kurang bijaksana. Sebagai sebuah parti besar di Kelantan apa lagi menjadi kerajaan selama 27 tahun, Pas sepatutnya tidak melakukan begitu. Pas harus menunjukkan sikap berhemah dan diplomasi tinggi dengan mana-mana musuh, apa lagi dengan Amanah di mana sebahagian besar orang-orangnya dikenali.

Sebagai parti memerintah, parti agama ia patut menjadi parti memimpin bukan parti boleh memperpanjangkan perbalahan dan pergaduhan.

Apalah sangat dengan Amanah. Ia parti compingan Pas yang baru berusia setahun jangung. Amanah adalah anak kelahiran Pas dari tulang selangka bukan tulang rusuk seperti Hawa. Dari segi aset dan harta Pas mempunyai lebih banyak aset berbanding dengan parti itu. Pas tidak akan sesak dan miskin papa kedana kalaupun tidak mengambil premis itu. Sepatutnya Pas membiarkan sahaja premis itu kepada Amanah.

Apabila Pas bertindakan begitu dan terpaksa diheret ke mahkamah, tindakan itu tidak fasal fasal memberi publisiti percuma kepada Amanah. Baik-baik orang tidak mengenali Amanah kini orang sudah mengetahui akan kelincahan Amanah dalam berpolitik, keberanian anak kecil melawan orang dewasa atau terperasaan kesungguhan sang kancil menjatuhkan gajah. Bagi saya, kalau Pas mendiamkan isu itu lebih baik kerana ia melenyapkan nama Amanah telinga dan mata umum. Dalam isu itu Amanah nohthing to lose. 

Sebab itu dalam hal ini saya nampak isu kecil itu sengaja dilayan serius oleh Husam kerana tektiknya hendak meruapkan nama Amanah. Beliau mahu menjualkan nama Amanah dan meraih simpati daripada rakyat. Beliau mahu biar sikap dan sifat "tidak munasabah" - nilai-nilai Pas sebagai parti Islam, telanjang di khayalak umum.

Sebagai seorang yang kreatif, Husam tentu arif mengenai apa kesudahannya dengan pertikaikan itu, tetapi dia sengaja kerana mahu menarik Amanah ke gelanggang gunanya ialah untuk dipersaksikan sikap Pas kepada umum. Inilah bijaknya Husam yang gagal dikesan oleh Pas. Dalam kes ini saya nampak Pas tanpa disedari terperangkap dengan jerat bingkas (sidin) yang dipasang Husam berumpankan "keladi colek". (Keladi Colek, sejenis keladi hutan yang buahnya merah disukai oleh sesetengah burung, antara merebah kuning, merah jambul dan lain-lain).

Kenapa ini berlaku menjelaskan dalam Pas Kelantan waktu ini tidak ada ahli piskologis alias strategis politik. Semuanya seakan lemau dengan keadaan beremotif yang digerakkan oleh anak-anak muda yang menguasai politik. Begitulah kalau urusan politik digerakkan oleh anak-anak muda yang cetek ilmu sepak terang politiknya, lemah dengan strategi siasah, ia mudah terjerat.

Mengusik sarang tebuan.

Bagi saya tindakan Pas terhadap Amanah itu tak ubah seperti budak nakal mengusik sarang tebuan. Mereka mengagak tindakan itu main-main sahaja dan boleh memusnah dan melarikan tebuan apabila sarangnya dilastik dan diroboh, tetapi jadi sebaliknya. Ia tidak tahu, tindak balas oleh tebuan yang sudah terlatih. Nah, risikonya kini apabila tebuan keluar beramai-ramai dari sarangnya bukan sahaja pemlastik yang dicari tetapi kepala orang lain juga turut disengat dan dipangkahnya. Akhirnya yang terpaksa lari lintang pukang hari ini ialah sang pempelastiknya.

Jika Pas bijak Pas akan biarkan tebuan itu berada dalam sarangnya. Biarlah sarangnya tersangkut di pokok tanpa sesiapa mengetahuinya. Tetapi apabila dilastik dan sarangnya roboh, menjadi tanggungjawab mereka bertindak, ibu tebuan keluar berduyung dan berdaung maka orang semua sudah tahu mengenai kewujudannya. Paling parah apabila turut dipangkah.

Demikian adalah salah kalau Pas memperhitungkan apabila merampas Wisma Tokguru itu Amanah akan hancur dan Husam akan lari. Tidak. Mereka seperti tebuan yang tidak gentar dengan halangan. Mereka seperti tabuan sejenis serangga yang hidup berkomuniti dan akan segera membina sarang baharu bila sarang lama rosak. Mereka tidak akan mengaku kalah. Mungkin sarang baru yang akan dibangunkan lebih besar dan kukuh. Lagi merbahaya.

Kita juga faham tindakan Pas menyerang Amanah itu kerana hendak mempertahankan kerajaannya kerana dari sehari ke sehari sambutan terhadap Amanah makin meluas dan menjadi-jadi. Namun kesilapan Pas ialah persis orang menandak air untuk mengelakkan banjir. Mereka tersalah tandak, tempat yang ditandak tempat sudah sedia tinggi tetapi dilembah dibiarkan. Yang perlu ditandak Pas ialah aliran arus dan gelombang Umno bukan Amanah. Inilah tindakan kurang cekap dan kurang bijak Pas.

Barang kali saya tidak perlu menarik perhatian apa didakwa Husam tindakan ke atas premis Wisma Tokguru itu ialah berasaskan kerana dendam kepadanya. Saya enggan sentuh kerana disamping saya menggesakan Pas supayan melayani Husam dengan baik, jangan sampai menyingkirnya, saya juga menegur Husam supaya tidak terlampau menyerang kerajaan Pas. Semua tugasan itu sudah saya perlakukan.

Yang saya hendak simpulkan, pertikaian dan perebutan premis di Wisma Tokguru itu adalah perbalahan adik beradik. Ia menjadi pertikaian selepas kedua-dua mereka ketiadaan orang tua dan tiada orang yang dimalui kedua-dua pihak. Hal yang sedemikian lazim berlaku dalam komuniti dan masyarakat Melayu. Perbalahan di antara adik beradik ia boleh jadi lebih dahsyat lagi.

Dan selalunya orang Melayu akan berbalah sampai bertikam dan berkapak kerana tiga elemeh sahaja. Pertama, kerana kalah judi, laga ayam atau lembu, kedua kerana berebut orang bujang (janda) dan ketiga kerana berebut mentara tanah atau tanah pusaka.

Apapun saya berharap atas prinsip bergaduh sesama sendiri adik beradik, di mana air dicicang tidakkan putus, sebusuk-busuk daging dicicah dan dilapah dimakan jua, di hujung titik nanti kedua mereka, Pas dan Amanah akan dapat duduk bersama semula untuk menilai apakah perbuatan, tindakan-tindakan mereka selama ini baik dan bertepatan dengan syariat. Itu harapan saya. [wm.kl.9:30 am 17/11/17]

17 comments:

Pok Li said...

Pada saya keputusan mahkamah membenarkan PAS menggunakan tanah di Wisma Tok Guru tu betul atas alasan ia adalah sekarang hak Yassin dan beliau benarkan PAS menggunakannya. Husam tidak pun mempertikaikan perkara ini. Cuma yang diminta adalah mahkamah menghalang PAS dari menggunakan tanah tersebut sehingga keputusan terhadap bangunan Wisma Tok Guru itu dibuat.

Jadi kita tunggu lah keputusan mahkamah mengenai kedudukan bangunan awal Disember nanti, kerana itulah isu sebenar dalam kes Wisma Tok Guru ini.

Apa yang membuat saya terkilan adalah sikap dan rentetan tindakan PAS dalam episod ini, yang telah memberikan persepsi buruk terhadap "parti agama" itu.

1) Kenapa PAS bersungguh2 sangat nak ambil alih Wisma Tok Guru sehingga sanggup menggunakan proksi membayar RM700k. Apakah isu ini teramat penting di kala rakyat sedang menghadapi masalah untuk hidup?

2) Dari mana PAS dapat RM700k untuk membeli tanah Wisma Tok Guru itu? Kalau betul apa yang didedahkan oleh Husam bahawa duit itu datang dari pemberian kawasan balak kepada syarikat kroni, maka ia adalah salahguna kuasa dan rasuah mengikut undang2. ini amat berat dari sisi ugama apatah lagi dilakukan oleh "parti agama".

Saya setuju dengan Tok Ti bahawa dari segi persepsi politik Husam menang dalam isu Wisma Tok Guru ini. Alangkan hudoh nya tindak tanduk parti yang mengatakan perjuangkan Islam.

Wallahuaklam.

anak selangor said...

Politik melayu....yg menang jadi arang...yg kalah jd abu...

~PakKaramu~ said...

Salam,
lain kali jika nak jadi perompak janganlah suka akui hak orang lain,carilah aset sendiri. Husam ternyata membuat perhitungan yang salah,bangunan itupun adalah hak ahli yang menderma infak, PAN tak de kena mengenapun, jadi eloklah berambus

omar daud said...

Salam

Saya AMAT bersetuju dgn Tuan MSO dan POK LI, Tentang IISUE ini.

Pada PENDAPAT saya, issue di atas adalah non-issue.Jelas Bangunan milik Husam, tanah milik dato' rosli bila dia meninggal,automatic dapat pada isteri.Adik beradik dato'rosli menuntut tanah itu.Dibicara di mahkamah pada dec 2017 dan jan 2018....MEMANG TAK ADA ISSUE.sELEPAS MAHKAMAH baru tahu!!mungkin lambat lagi,proses mahkamah selalu tertunda.

Tetapi mengapa PAS buatkan issue tu!!TAK boleh kah dia tunggu selepas perbicaraan Adik-beradik Dato' Rosli??
issue di mana Yassin dapat rm700ribu tu!!
kenapa tak beli di tempat lain yg lebih hebat dari tempat adun salor tu!!
Pas DAH ADA putik dan bangunan yg hebat2 di tempat lain,kenapa tempat husam juga!!
Akan menjadi issue juga membeli tanah dirumah isteri dato' rosli tanpa pengetahuan adik beradik dato'rosli!!
Senang shj kalau PAS bijak,sejak dari awal lagi peguam pas/peguam amanah sudah bermuafakat untuk tunggu bila perbicaraan adik beradik tu selesai!!

KEY POINT nya adalah "BERSABAR"..SABAR ADALAH SEPARUH DARI iman.

wallah'ualam

muhd mirza said...

Nak ambil bangunan ambil la apa cara sekali pun

Kluangman said...

Yang menderma sedekah infak ada ganjaran dan pahalanya...

Tetapu jangan lupa mwreka yang menguruskannya, menambah baik dan mengemudinya hingga pula menjadi rebutan dan irihati pada pihak lain..

Alangkah moleknya jika PAS ambil alih secara bijak, berhemah dan tiba² Husam keluar sehelai sepinggang..

Tetapi oleh kerana kemenangan itu mahu dipungut secara memalukan pihak lain, maka niat nafsu itu tidak dipermudahkan Ilahi..

Tanah jadi milik (sijil) PAS tetapi wisma (bini) masih di tangan Husam..

omar daud said...

salam

Kita pun merasa pelik,bagaimana orng pas kata husam rompak harta pas.Sedangkan kawasan itu kepunyaan Dato' Rosli,orng umno dan masuk S46 Sekutu PAS/PAS,DAN BERSAMA hUSAM DALAM AMANH..Yg CONSISTENT nya ialah Pejabat adun salor..sesiapa yg jadi adun dia mengunakkan wangnya untuk upgrade jadi seperti sekarang.hUSAM PERNAH BERTELAGAH DGN DATO'ROSLI dan saman menyaman,husam menang,duit yg husam menang itulah dibelanjakan utnk bangunan.hUSAM BERDAMAI dgn dato\rosli dan menjadi kawan seperjuangan politik.

Bagaimana agaknya,dato' Rosli orang umno kiranya,dia merompak duit umno,untuk buat bangunan S46 DULU??

iNILAH MASAALAH Sifat kebencian,disemaikan di dalam berpolitik,ahklak ka mana,agamapun di mana!!


wallahualam

Paul Allman said...

inilah komen daif taraf ahli parti agama zaman ini.... Pathetic!!!

Mat Safian said...

Saya lebih teruja nak dengar keputusan pemabahgian harta pesaka dikalangan adik-beradik Dato' Rosli. PAS akan hancur dengan kebodohannya sendiri, tak perlu AMANAH atau PH bersusah-payah nak atur strategi.

NATRAH NATRAH said...

Pada saya apa yang PAS buat tu betul dan sudah berhemah....apa lagi kebaikan budi pas nampak terserlah apabila sedia bertimbang rasa mengurangkan kos yang diperintah dibayar oleh mahkamah daripada RM30k keoada RM7k sahaja...biasa lah orang yang tidak suka kepada PAS hatinya tidak akan nampak perkara baik yang di lakukan PAS tapi hanya nampak dan membuat persepsi supaya nampak buruk je....

anakmuda duani said...

Bangunan itu adalah pejabat adun salor dato'Rosli masa umno lg iaitu sblm pasyg diwakili DHM

Zairey Zailan said...

Pandangan yang sangat mantap... betul,tindakan parti agama membuatkan org semakin menjauhinya... simpati terhadap dato husam,ketenangan dato husam ketika ditimpa musibah,amanat supaya jangan diganggu budak2 parti agama membuatkan rakyat seperti saya lebih tertarik dengan pendekatan dato husam/amanah...bknnya dangkal sepertimana tindakan pemimpin dan bdk2 parti agama....

Parti agama tiada lg dihatiku.....

uda kasim said...

akhlak tok guru nik aziz saya lihat tumpah pd husam...perhatilah ucapan beliau ..pasti bermula dgn kupasan ayat a quran....sama mcm tghh....dkaitkan mesra dgn kejadian semasa...indah....ketenangan beliau menghadapi setiap isu sgt menarik peratian pendengar ....saya sudah tak mampu berpisah dgn setiap ucapan pemimpin berwibawa ini.....
saya doakan husam sabar selalu....fajar akan menyising....kelantan aks dpt mb baru.....

roslaney abrah said...

komen pakkaramu supo berak atas jale... doh berak sapu guna batu pah tu kata kt org lain tak buleh tayamun

piriton sig said...

itu tak di kata penunggang ugama kan?

pok amid littor said...

Setuju 110%.
Kenapa jadi begini? Pada fikiran saya, pemimpin-pemimpin orang melayu, terutama yg mengaku pejuang agama, ramai yg berotak ciput, senget dan pandangan tohor. Mereka gagal dn tak boleh berfikir jauh sedikit drp yg ada dihadapan mata. Yg mereka nampak ialah yg tercokoh didepan mata saja.

antiug said...

Natrah tertinggal bas gamaknya... pemimpin pas pun dah jelas ttg salah faham tsebut...
Walaun pas nampaknya mmg terbelakang dlm isu2...