REAKSI
UBN Kelantan mungkin tidak akan mencalonkan semula sekurang-kurang seorang wakil rakyatnya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana wakil rakyat itu dikaitkan dengan siasatan SPRM.
Tindakan itu diambil untuk tidak mencemarkan parti itu yang kini sedang berkira-kira untuk mengambil alih kerajaan Kelantan. Pencalonan wakil berkenaan diperkirakan akan merosakkan imej Umno Kelantan.
Wakil rakyat berkenaan sebelum ini pernah disiasat oleh SPRM, dan dikatakan pihak SPM sudah pun bersiap sedia untuk mendakwanya. Bagaimana kes itu disenyapkan apabila ia dikatakan ada campur tangan orang Kuala Lumpur.
Mustapa Mohamed dalam kenyataan terbarunya bila ditanya mengenai perkara itu menjelaskan beliau tidak tahu menahu.
Mustapa diminta oleh media massa untuk mengulas kenyataan SPRM Kelantan yang memberi gambaran ada orang politik terlibat dengan rasuah. Pengarah SPRM Kelantan Moh Samsuddin tidak menyatakan, orang politik itu daripada parti mana.
Dalam hubungan itu, sebelum ini terdengar juga sekurang-kurang dua orang wakil rakyat Pas dalam perhatian SPRM. Beberapa laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan dalam beberapa projek pernah dibuat oleh Ngo dan individu tertentu terhadap wakil rakyat tersebut tetapi belum ada sebarang tindakan. [wm.kl.11:20 am 21/02/18]
No comments:
Post a Comment