Friday, April 9, 2021

Isu audio: perlukah PDRM ambil serius kepada politik kumbahan?

RESPONS 

Anwar dan Zahid kata mereka dikhianati?
POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran audio perbualan membabitkan dua orang individu politik yang suaranya mirip milik Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi. Siasatan polis itu dijalanlan apabila ada 8 laporan dibuat dibeberapa balai polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Acyl Sani Abdullah Sani siatan itu diuruskan oleh Jabatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Zahid dan Anwar menafikan yang suara itu milik mereka dan menganggap penyebarannya sebagai suatu kerja najis. Sehingga ini belum ada pihak daripada keduanya membuat laporan polis. 

Siasatan itu menurut Acyl Sani menjuru kepada memastikan ketulenan audio tersebut.

Persoalannya kalaulah audio itu didapati tulen apakah ia merupakan satu jenayah terhadap negara ini sehinggakan pihak polis perlu menanganinya? Apakah dalam tafsiran polis butiran perbualan suara mirip presiden Keadilan dan presiden Umno itu menyentuh soal-soal keganasan ataupun sesuatu boleh menjejaskan keselamatan negara?

Dalam tilikan saya isi perbualan yang disebar itu tidak mempunyai unsur jenayah pun yang perlu diberi perhatian begitu rupa melainkan penyebaran dan pembesaran isu itu ia bermotif motif tertentu. Kerana itu ada beberapa "biawak politik" memandang serius kepada audio berkenaan sampai ada yang minta kedua mereka terbabit itu bersumpah menggunakan nama Allah dan sebagainya. 

Ada juga menyifatkan isu perbualan dalam audio itu sebagai mengesahkan adanya jajaran baru politik yang ditolaknya selama ini. 

Yang perlu disiasat oleh polis ialah mengenal pasti siapakah dalang atau pihak yang bertanggungjawab, bukan menentukan apakah audio itu tulen atau tidak kerana isi perbualan itu tidak pun bersifat suatu jenayah terkelas sampai ia perlu dikendalikan oleh Jabatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sama ada ia tulen atau satu rekayasa pihak polis perlu memburunya dan mereka itu hartus dikenakan tindakan kerana perbuatan merakam perbualan seseorang merupakan suatu kesalahan dan melanggar hak asasi manusia. Apa lagi kalau audio itu direka untuk memburukan imej kedua individu itu ia satu jenayah sivil. 

Zahid dan Anwar boleh menyaman mereka yang melakukannya dan semua pihak yang terlibat.  

Isu seperti penyebaran audio seperti itu telah beberapa kali berlaku dalam negara ini sebelum ini yang semuanya bermotifkan politik. Tindakan dan perilaku sebegitu merupakan politik kumbahan yang kian subur dan menghijau di negara.

Sebaiknya Anwar dan Zahid tidak mempedulikan kepada hal itu tetapi bergerak ke depan untuk sesuatu yang lebih bermakna.  [wm.kl. 5:53 pm 09/04/2021] 

No comments: