Thursday, December 2, 2021

Buku baru yang ungkap kemisterian Anwar belum jadi PM, dalam percetakan.

 SESUDAH SUBUH

Alhamdulilah buku politik saya yang ke-55 sudah masuk cetak. Buku ini merupakan buku kesekian kali saya membicarakan soal Anwar Ibrahim. Cuma beza kali ini mauduknya, signifikan mengungkap kenapa Anwar masih belum jadi perdana menteri. 

Dalam buku ini saya cuba menjawab persoalan ditimnbulkan atau menjadi kemusykilan ramai, yang hairan dan pelik kenapa sampai sekarang Anwar belum menjadi PM? Apakah badi atau sial majal yang menimpa diri Anwar.

Apakah sebab musabab atau menjadi penghalang sehingga beliau dikira sudah berlapok dan seperti hanyut dalam angan dan impi untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. Secara umum ada tiga fakto besar menyebabkan beliau masih gagal menjadi perdana menteri. Faktor dalaman dan luar serta berkisar kepada diri Anwar sendiri. 

Selain mempersoalkan subjek berkenaan buku ini juga turut memberi bayangan suasana pilihan raya umum ke-15 akan datang khasnya mengenai kedudukan dan kemungkinan berlaku kepada gabungan utama parti-parti politik, BN, PH dan PN. Secara umum ulasan mengenai keputusan pilihan raya negeri Melaka yang baru berakhir. 

Tempahan precetak telah dibuka. Boleh rujuk kepada iklan atau untuk mendapat maklumat boleh WhatsAap ke nombor berikut: 013 2336776 atau 016 8443996. Saya mendedikasikan buku ini kepada semua pembaca buku-buku saya dan namanya akan dicetak di buku tersebut. [wm.kl.7:46 am 02/12/2021]



No comments: