Monday, August 12, 2024

Setelah 10 hari kempen, PN di hadapan

ULASAN 

Siapa jadi pilihan rakyat Nenggiri
17 Ogos nanti.
PERJALANAN dan kempen pirake Nenggiri sudah masuk hari ke 10. Lebih separuh masa diperuntukan berkempen sudah dilalui. Dengan separuh masa kempen berjalan, sedikit sebanyak dapat dilihat atau diagakkan parti mana yang ke depan atau ke belakang. 

Walaupun masih ada lima hari lagi, namun ia sedikit sebanyak sudah boleh dijadikan pertunjuk awal. Apapun penentuan dalam sesuatu pilihan raya ditentukan dalam tempoh 32 jam terakhir. 

Terus terang, saya tidak turun sendiri ke Nenggiri melainkan memantau dari jauh, dari sumbr-sumber peribadi. Saya berada di Bertam sehari sebelum hari penamaan calon, itu saja. Selebihnya saya melihat perkembangan kempen dalam medsos, khasnya Tiktok yang memaparkan program kempen secara langsung. Pengalaman juga digunakan untuk mencerapi apa yang berlaku di Nenggiri itu. Pilihan raya di Kelantan seperti sudah masak dalam hidup saya.

Dari pemerhatian saya, cara kempen di antara PN dengan PH sedikit berbeza. PN (baca Pas) masih mengekalkan kempen cara lama (konvensional), mengadakan ceramah atau rapat umum, manakala keadaan ini tidak nampak dipihak BN. Apakah BN tidak sedia mengadakan kempen terbuka kerana dibimbangi tiada kunjungan orang ramai atau strategi, walhualam? Ataupun kerana BN menggunakan medos sepenuhnya untuk menerjah pengundi?

Kempen BN lebih secara berkelompok, secara senyap merayap masuk kampung, dari rumah ke rumah berjumpa dengan penngundi. Menggunakan pelbagai agensi kerajaan berjumpa dengan warga mereka. Ini diakui sendiri oleh Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki  yang "bertumas" di Gua Musang. Tektik ini diambil mungkin kerana demografi (taburan) pengundi di Nenggiri sukar untuk dihimpunkan memandangkan jaraknya dari satu kampung ke satu kampung (PDM) jauh. Keluasan Dun Nenggiri sama luas dengan negeri Perlis.

Katanya BN bentuk halaqah untuk menemui pengundi secara langsung. Mereka masuk kampung dan berjumpa dengan pengundi untuk memberi penjelasan berkaitan dengan kerajaan dan juga mematahkan hujah (kempen) PN yang tidak bermoral, bohong dan fitnah oleh pembangkang. Apakh itu strategi atau pun helah kerana jika diadakan ceramah umum ia tidak akan mendapat sambutan. Kalau ada kempen terbuka pun satu dua termasuk di Perasu dimana TPM Zahid Hamidi hadir sendiri.

Berbeza dengan kempen terbuka Pas, mendapat sambutan memuaskan daripada orang ramai. Ini tidak mengharainkan kerana ceramah Pas dari dulu lagi mendapat sambutan. Pas selalunya menang ceramah kalah undi. Orang Kelantan menjadikan kempen (ceramah) sebagai hiburan disamping mendapat ilmu agama daripada penceramahnya. Mereka datang beramai-ramai untuk bertemu di majlis ceramah.

Lazimnya juga dimajlis ceramah Pas akan dijual berbagai barangan daripada pakaian, periuk belanga, peralatan pertanian, pisau golok, kapak kepada buah-buahan, dan sebagainya. Jadi mereka pergi untuk berbelanja, sambil berhibur.

Kerana itu ceramah PN meriah dan ramai. Kehadiran di ceramah Pas juga boleh dikatakan 90 peratus penduduk tempatan, pengundi Nenggiri kerana kali ini orang luar, penyokong luar atau pelancung politik tidak tertumpu sangat ke Nenggiri. Bagi pelancong politik tiada apa-apa menarik di Nenggiri kecuali durian dan ikan air tawar.

Situasi dan kondisi ini nampaknya ia memberi kelebihan kepada PN.

Begitu juga bila dipantau dalam medsos, PN ke hadapan. Diperhatikan kepada live ceramah mereka akan di share oleh ramai pendokongnya. Jumlah yang suka menonton viewers juga memberangsangkan, misalnya malam tadi semasa pelancaran manifesto live di share sampai 1 juta? Nampak BN tidak begitu aktif dan menguasai media sosial untuk menyampaikan maklumat mungkin kerana mereka mengira sudah ada televiseyn dan radio menjadi alat kempen mereka. 

Satu lagi kenapa ceramah terbuka PN mendapat sambutan ialah kerana orang ingin mendengar bari dan cerita daripada mualaf Pas, Annuar Musa. Mereka mahu dengar dan bandingkan cerita Annuar semasa dia dalam Umno dahulu yang kuat menghentam Pas setelah berada dalam Pas. Orang mahu dengar bagaimana Annuar berniaga kata dan menjual diri. Dan apabila dia pakai baju LV berharga belasan ribu menyebabkan orang ramai ingin melihat apa pula aksesori yang akan dia tunjuk dan tonjolkan di Nenggiri selepas itu. Annuar ini memang suka menunjuk dan mempamerkan kekayaannya.

Kempen peribadi calon.

Kelebihan kempen peribadi calon pula, berpihak kepada Rizwadi. Tiktoknya banyak Fyp. Diperhatikan dalam Tiktoknya, cara kemnpennya lebih meneyntuh hati. Beliau banyak mengunjungi orang ramai, di rumah dan juga dikedai-kedai kopi. Beliau nampak merendah dri. Satu ayat powernya ialah merayu, "doakan ambo biar menang" Ayat itu sangat humble dan menyentuh orang mendengarnya. Bagi pengundi dewasa yang kebetulan mengenalinya akan jatuh hati kepadanya.

Berbeza dengan Azmawi walaupun sesekali dia akan menemui pengundi, tetapi keadaanya agak kaku, tidak hidup, tampak dibuat-buat tidak seperti Rizwadi.

Isu.

Isu yang dimainkan di sepanjang pirake Nenggiri adalah isu tempatan di persekitaran hidup penduduk. Isu utama ialah mengenai pembangunan setempat dalam tanah rancangan, (Kesedar dan Felda), dan juga hak milik tanah yang masih belum tuntas sampai sekarang. Berlaku tunding menunding dalam proses memberi geran ini kepada rakyat. Pihak PN mengatakan ia salah kerajaan Pusat, manakala kerajaan Pusat mengatakan salah kerajaan nenegeri.

Kerajaan Pusat kata kelambatan disebabkan birokrasi kerajaan negeri yang tidak mahu melepaskan tanah. Manakala kerajaan negeri pula kata mereka tidak berikan kerana Kesedar tidak bayar peremium.  Walhal kalau kedua pihak khasnya kerajaan negeri ikhlas dan jujur dengan rakyat soal peremium boleh dirundingkan bukan dijadikan syarat. Perihal tanah ini sengaja dilambatkan untuk dijadikan modal politik.

Tawaran.

Semalam PN telah membuat tujuh tawaran kepada pengundi Nenggiri. Tawaran itu tidak menyumbang nilai buat PN kerana orang cerdik tahu akan kemampuan Pas untuk memenuhinya. Mereka yang celit politik mudah menganggap tawaran itu hanya gula-gula atau bungkusan mimpi sahaja.

Sebaliknya kalau tawaran itu diharap akan dilaksanakan, pengundi akan memberi undi kepada BN. Hanya BN yang menjadi sebahagian kerajaan daapat memenuhi tawaran itu. Pada saya, tawaran itu menguntungkan BN bukan PN. Tawaran dibuat oleh PN itu akan terbalik istidraj.  

Sehingga kini belum ada mana-mana badan survey yang mengeluarkan hasil survey masing-masing. Apakah mereka sedang kumpul data atau sedang mengolah data untuk dijadikan bahan kempen, walahu'alam. Tetapi bagi saya yang meninjau dari jauh, secara zahiriah berdasarkan sambutan kempen terbuka, kesungguhanm semangat dan komitmen, memerhati perkembangan suasana lewat medsos, calon PN Zuwardi masih mendahului calon BN, Azamawi.

Kunci kemenangan BN atau PN.

Golongan menjadi kunci kemenangan baik kepada BN dan PN ialah Orang Asli. Sejumlah Orang Asli akan jadi penentu. Dalam pilihan raya lalu kenapa BN kalah disebabkan setengah Orang Asli tidak keluar mengundi, kerana sebab-sebab tidak jelas. Sekiranya dalam pilihan raya 17 Ogos nanti Orang Asli keluar mengundi, ia memberi kelebihan kepada BN. Orang Asli masih lagi ada kepercayaan kepada BN berbanding dengan Pas, terutamanya yang celit maklumat. 

Seperkara yang tidak jelas di mata saya, ialah ke manakah dua orang bekas wakil rakyat Nenggiri daripada Umno, Mat Yusoff Abdul Ghani dan Ab Aziz Yusoff. Di mana mereka berada sekarang ini, saya tidak nampak dan tahu di mana mereka. Kehadiran mereka penting, pernyataan sikap mereka sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi kerana mereka ada pengaruh tersendiri. Sekiranya mereka mendokong Azamawi, pengaruh mereka akan condong ke arah BN.

Adapun Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan menjadi pengarah pilihan raya, anak raja itu sudah tidak ada ummppp lagi. Apabila beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang sesudah masjid ala-ala masjidi Haram di Makkah dibina, itu menunjukkan pengaruhnya sudah tidak seperti dahulu lagi. Pembinaan masjid terindah di Gua Musang itu tidak diterjemahkan sebagai jasa dan budi besar beliau. Kedudukan majid itu yang berjarak tidak sampai 500 meter dengan masjid buloh binaan Pas, dikalahkan dengan masjid Buloh kerana kedudukannya strategik. 

Maaf dibilang Tengku Razaleigh kini hanya jadi pokok dianggap keramat oleh sesetengah fahaman animisme, bukan kepada golongan muda dan moden yang kini menguasai lebih 70 peratus undi di Nenggiri yang mana mereka tidak terasa dengan budi dan jasa Tengku Razsleigh untuk Gua Musang selama ini.

Justeru keberadaan Tengku Razaleig tidak menjadi faktor kemenangan buat BN.
 [wm.kl.11:17 am 12/08/2024]

1 comment:

Prof/ Jagung said...

Insyallah Anwar Ibrahim menang...!!