BELESUNGKAWA
Menggeletar jari jemari ini untuk menulis dan mencatat sedikit kenangan sebagai pengiring keranda Ustaz Abu Bakar Chik bersama ribuan yang lain lewat petang ini. Dikhabarkan jenazah tokoh Pas itu akan dikebumikan petang ini di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring Jalan Kuala Berang, Terengganu. Berita pemergiannya sungguh mengejutkan saya.
![]() |
| Allahyarham hadir program parti buat terakhir malam tadi. |
Allahyraham dikhabarkan meninggal dunia jam 4:30 pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Ajil - Bukit Besi. Beliau meninggal seorang balu Zaitun Salleh dan lapan orang anak.
Betapa tidak dini tadi Solat Subuh saya terganggu dengan deringan telefon sebanyak dua kali. Dalam hati berdebar-debar sebaik mendengarnya. Berasa lain sekali irama dering itu dan seakan mahu segera diangkatnya.
