Monday, April 9, 2012
Susupan Malam
Posting dibawah tajuk Awang Adek Akan Menangis Tak Berlaku mendapat perhatian ramai. Ke mana saya pergi akan ada yang bertanya apakah maksud posting itu. Tidak cukup dengan mengirim pertanyaan menerusi PM, dan sms ada yang memberanikan diri menelefon saya secara langsung.
Di sini saya tidak mahu buka lagi cerita yang menyebabkan Awang Adek akan menangis tidak berlaku ini. Biarlah Awang Adek mengumpulkan air mata sebanyak mungkin. Cerita ini pasti menyebabkan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu akan menangis tidak berlagu.
Dia ingat apa yang diselindungnya akan tidak diketahui orang. Hari ini mungkin ia, tetapi esok lusa akan terhidu dan diketahui juga. Benda yang diselindungi kini bersifat benda yang seperti buah bacang akau buah kuini bila ia sudah masak. Bila masak ia akan mengeluarkan aroma menyengitkan hidung.
Untuk sementara Awang Adek boleh merasa lega kerana kouta senatornya untuk tiga tahun lagi sudah disambung semula. Bernasib baiklah Awang Adek. Dan kepada mereka yang bertanya mengenai sebab musabab kenapa Awang Adek akan menangis tidak berlagu, tunggulah.
Atau kalau tidak boleh sabar tanya setiausahanya bernama Nik Yahya Nik Hasan. Kalau nasib baik Nik Yahya akan bercerita. [wm.kl.9:12 pm 09/04/12]
Wednesday, December 21, 2011
Susupan Tengahari
APA hal pula dengan bakal MB Kelantan yang tidak jadi, Awang Adek Hussein? Khabarnya Awang Adek ada terlibat dengan satu siasatan SPRM? Saya mendengar ceritanya malam tadi dari orang kuat Umno bahagian Bachok. Hairan juga kenapa orang Umno Bacho0k bercerita begitu hal Awang Adek Hussein. Apakah Awang Adek ada masalah dengan Umno Bachok?
Barang kali cerita
itulah ada kena mengena dengan penjelasan Awang Adek hari ini yang mengakui dia memang ada menerima wang tunai menerusi akaun peribadinya. Katanya sumbangan itu untuk program sosial parti.
Betullah sumbangan untuk program parti. Kata Awang Adek sumbangan itu menerusi tiga akaun peribadinya. Wang itu diuruskan oleh seorang pegawai peribadinya dan dia tahu dari mana dan untuk apa. Beliau juga ada pegang transaksi dan dokumen wang berkenaan. Jadi halallah wang itu?
Baguslah begitu kalau semuanya ada bukti yang jelas. Cuma yang mungkin menjadi persoalan kenapa segala bukti itu hendak ditunjukkan kepada SPRM. Tidak bolehkan kalau Awang Adek tunjukkan kepada umum menjawab persoalan yang sedang rancak diperkatakan kini. Selagi Awang tidak tunjuk orang boleh membuat berbagai tanggapan buruk kepadanya dan akhirnya menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin. Kalau benar wang sumbangan bentangkan kertas putih.
Pada saya elok kalau Awang Adek senaraikan syarikat atau individu yang memberi sumbangan kepadanya. Dengan penjelasan orang akan tahu apakah wang itu ada 'berjibuh" dengan apa-apa kelulusan projek oleh kementeriannya ataupun wang suka hati atau wang hasil pajakan kebun durian di Bachok? Berapa banyak kebun durian Awang Adek di Bachok dan Tok Bali? Saya rasa tanah Bachok dan Tok Bali tidak sesuai untuk durian?
Dari apa yang Awang Adek jeaskan itu dapatlah difahamkan kenapa kebanyakan pemimpin Umno bermewah membelanjakan wang rakyat. Rupanya bukan wang mereka sendiri tetapi wang yang dikutip dari pelbagai sumbangan. Yang menjadi soal pula kenapa orang yang menyumbang itu baik sangat. Saya rasa mereka tidak menjadi semurah itu kalau tidak ada apa-apa imbuhan dan balasannya. Lumrahnya ada ada ubi kerana ada batas.
Sumbangan itu tentulah tidak seperti mana kita menghulurkan derma kepada peminta sedekah di kedai-kedai mamak atau di tepi jalan. Kalau menerusi akaun itu pasti banyak jumlahnya. Bagi saya juga berani Awang Adek memberi nombor akaunnya untuk dimasukkan wang. Lain lain terimalah dalam bentuk cash kerana pemberian secara tunai tidak ada dokumen tranksasi. Atau pun bagi nombor akaun orang lain, atau pun transitkan wang itu ke beberapa akaun lain baru akhirnya dicashkan untuk program parti. Baru pihak berkuasa tidak dapat mengesannya kandati Tuhan mengetahui segala-galanya.
Masakan Awang Adek tidak belajar dengan mereka yang licit dan bijak melarikan wang menerusi tranksasi bank? Kalau Awang Adek nak tahu salah seorang mereka saya boleh tunjukkan. Lagi pun orang itu pernah mengaku dia mendapat biaya (projek) pilihan raya daripada Awang Adek. Nak tahu, tanyalah saya? Call saya secara peribadi akan saya cerita dari H sampai L.
Bila ada transksi menyebabkan mudah untuk pihak berkuasa seperti SPRM, polis dan sebagainya membuat semakan. Apa yang menimpa Awang Adek ini menyerabutkan dirinya. Pasti malam tidak dapat tidur atau pun tersintak kalau telefon berbunyi takut-takut panggilan dari pegawai SPRM minta datang memberi kenyataan.
Didoakan hendaknya tidak akan berlaku sesuatu yang buruk kepada bekas bakal MB itu. Dalam saat pilihan raya umum ke-13 kini berganjak mendekati rakyat, janganlah Awang Adek berbelit dengan masalah-masalah siasatan SPRM, buruk sangat jadinya. Janganlah Awang Adek tewas untuk kali ke empat dalam pilihan raya akan datang. [wm.kl.1:09 pm 21/12/11]