Semasa kunjungan saya ke Sabah yang berakhir semalam, khasnya sewaktu di Kunak dan Lahad Datu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari kedua Ibu Pejabat Polis (IPD) di situ. Kerjasama yang diberikan sungguh menyenangkan.Untuk menjamin keselamatan kunjungan saya bersama Drs Zainuddin Awang Hamad menerusi program "Musafir Keamanan dan Kebajikan Kelantan", kami terlebih dahulu mendapat bantuan dan pandangan dari pihak polis. Maklumat dan masalah keselamatan semasa juga diperolehi oleh pihak polis. Maklumat ini bagi memudahkan kami membuat tinjauan dan intraksi dengan orang ramai.