Semasa kunjungan saya ke Sabah yang berakhir semalam, khasnya sewaktu di Kunak dan Lahad Datu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari kedua Ibu Pejabat Polis (IPD) di situ. Kerjasama yang diberikan sungguh menyenangkan.
Untuk menjamin keselamatan kunjungan saya bersama Drs Zainuddin Awang Hamad menerusi program "Musafir Keamanan dan Kebajikan Kelantan", kami terlebih dahulu mendapat bantuan dan pandangan dari pihak polis. Maklumat dan masalah keselamatan semasa juga diperolehi oleh pihak polis. Maklumat ini bagi memudahkan kami membuat tinjauan dan intraksi dengan orang ramai.
Sebaik sampai di Kunak kami langsung ke IPK Kunak untuk mendapat penjelasan perkembangan terkini mengenai tahap keselamatan di situ dan kawasan kampung sekitarnya. Kami mulanya diberi taklimat dan penerangan secara ringkas oleh Ketua Cawangan Khas di situ Tuan Zulkefli sebelum OCPD M Ghazali yang ketika itu masih di luar pejabat.
Dua anggota UTK asal Kelantan bertanya tujuan kami. |
Salah satu sekatan jalan menuju ke bandar. |
Menurut M Ghazali semua balai polis di Kunak dikawal sepanjang masa dan dibina kubu. Menurutnya waktu malam semua balai bergelap untuk tujuan keselamatan dan anggota berkubu.
Zainuddin menjelaskan beliau dari Kelantan. |
Selain itu Zainuddin memberi tahu pihak kerajaan Kelantan telah mengadakan solat hajat memohon keselamatan dan kesejahtraan anggota polis dan tentera yang bertugas serta disegerakan Allah mengamankan Sabah.
Selain itu, bantuan atau sumbangan berupa air minuman, makanan ringan juga turut dibahagikan di pos-pos kawasan khasnya di sekatan jalan raya. Dalam pada itu menurut M Ghazali kerjasama dari orang awam sangat diperlukan untuk membantu polis memulihkan keadaan.
Bukan beras tetapi pasir dalam guni sebagai kubu. |
Sementara itu di Lahad Datu kami juga mengunjungi IPK Lahad Datu. IPK yang terletak atas bukit itu baru saja operasi. Malangnya OCPD Lahad Datu tidak ada dipejabat dan kami diberi taklimat ringkas oleh anggota biasa.
Bergambar kenangan dengan M Ghazali. |
Jalan menuju ke balai polis ini disekat dan dikhaskan untuk laluan tentera dan polis sahaja. Sesiapa yang tersalah masuk akan disekat dan disoal. Kami juga mengalami masalah ini tetapi lepas bila dijelaskan akan tujuan kedatangan kami.
Berbeza dengan keadaan di Kunak, suasana di Lahad Datu agak 'menakutkan' ini kerana di mana-mana kelihatan anggota polis sedang berjaga atau mengawal keadaan. Pemandangan di pesisir pantai di mana terletaknya rumah pendatang Filipina berbangsa Sulu menyiraukan bulu roma tatkala memandangnya.
Semasa singgah di sebuah restoran, untuk makan tengah hari, kira-kira 60 orang anggota polis memenuhi tiga unit ruang kedai. Semuanya lengkap bersenjata dan baju kalis peluru.
Waktu kami tiba itu turut berada sama di restoran berkenaan Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakeri Zini yang juga merupakan warganegara Sabah.
Beberapa orang anggota polis yang sempat disapa menceritakan keadaan di Lahad Datu di mana menurut mereka suasannya masih lagi belum aman sepenuhnya. Dalam tempoh 72 jam lalu tiada kejadian buruk dilaporkan kecuali kejadian di kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu kelmarin yang menyebabkan seorang anggota tentera, Ahmad Hurairah Ismail maut.
Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih banyak kepada anggota PDRM yang membantu dan memberi kerjasama baik kepada misi pemusafiran kami. [wm.kl.5:47 pm 13/03/13]
M Ghazali hantar kami sampai ke bawah, diperhati Zul. |
Tayar dijadikan bongkah kubu. |
Zainuddin menyumbang minuman dan makan di satu pos road blok. |
Bersalam dengan anggota polis dalam restoran. |
Di belakang saya ialah anggota polis. |
No comments:
Post a Comment