Sunday, March 17, 2013

Momentum Sokongan Perantau Sudah Bermula...

 CATATAN RILEKS                                                                                                                                       
Wan Hassan sedang memberi taklimat.

Ekspo Kelantan 2013 yang mempamirkan pelbagai kejayaan dan pencapaian kerajaan Kelantan dalam pelbagai bidang yang diadakan di perkarangan Kompleks Media Karangkraf SB di Shah Alam Selangor bolehlah dianggap satu program bertujuan mengumpulkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kuala Lumpur paling berjaya.

Beberapa program seperti itu sebelum ini diadakan agak hambar dan kurang merangsangkan tetapi berbeza kali ini. Kehadiran orang ramai mengisi beberapa slok  sampingan sempena ekspo berkenaan cukup membanggakan. Semalam diadakan majlis 'bertemu mata' dengan anak-anak Kelantan di perantauan cukup meriah sekali.
Majlis itu yang dikendalikan oleh Unit Pengundi Luar dibawah pengendalian Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.  Khabarnya semua wakil DUN hadir untuk melayan atau pun bertemu mata dengan pengundi masing-masing.

Begitu juga pada majlis perasmian dilakukan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat penuh sesak dengan orang ramai terdiri daripada pengundi Kelantan yang berada di Lembah Kelang. Khemah besar yang disediakan untuk orang ramai penuh sesak.

Melihat kedatangan orang ramai itu teringat kepada majlis himpunan anak-anak Kelantan kelolaan Perakan Malaysia yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Pahang 15 tahun kepas. Momentum anak-anak Kelantan untuk memberi sokongan kepada kerajaan PAS Kelantan telah bermula.

Kejayaan dan sambutan mariah ekspo yang bermula kelmarin dan berakhir hari ini akan memadam rekod kekecewaan beberapa perhimpunan yang dianjurkan sebelum ini.

Kebimbangn kerana kelembaban siri-siri himpunan sebelum ini sudah tidak ada lagi. Dengan sambutan di luar dugaan itu ia sekaligus memberi keyakinan  PAS akan dapat mengekalkan kerajaan Kelantan dalam pilihan raya akan datang.

Malam tadi yang kelihatan bersemangat bukan saja orang ramai tetapi kalangan pemimpin PAS, termasuk Nik Aziz, timbalannya, Ahmad Yaacob, Sepeaker DUN Kelantan Nasarudin Daud serta anggota Exco dan wakil rakyat, semua ceria dan berpuas hati dengan sambutan rakyat.

Antara anggota Exco yang hadir, Husam Musa, Takiyuddin Hassan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Anizan Abdul Rahman, Abdul Fatah Mahmod, Che Abdullah Che Nawi dan sebahagian besar wakil rakyat.

Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang baru pulang dari membuat tinjauan eksklusif kemelut perang di Lahad Datu, Sabah juga hadir sama dan beliau menjadi tumpuan.  Beberapa ketua-ketua jabatan dan Pengarah Urusan syarikat GLC negeri juga hadir sama.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Mohd Rani Osman juga jadir selaku tuan rumah.

Menurut Pengarah Ekspo Kelantan 2013, Zulkefli Mamat sebanyak lebih 50 buah booth jualan pelbagai jenis barangan keperluan, daripada makanan ringan hasil keluaran Kelantan hinggalah kepada penjualan harta, pelaburan dan sebagainya disedia.

Di bawah ini 'ditepek' beberapa rakaman lensa seorang kawan di ekspo berkenaan. [wm.kl. 5:41 pm 17/03/13]
Zulkefli berucap memberi kata dua alu-aluan.
Sebahagian pengunjung penuh sesak.
Khemah utama padat.
Tokguru menyampaikan ucapan perasmian.
Tokguru meletakkan tangan atas panel khas simbolik perasmian.
Sebahagian wakil rakyat dan ketua jabatan yang hadir.
Turut lancar kelab bolasepak.
Dua seleberti popular PAS, Bob Lokman dan Abby Abadi juga hadir.

No comments: