Friday, March 1, 2013

Aziz Jangan Kotori Masjid Dengan Khutbah P Raya

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                             

Cadangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Yusuf untuk mengkaji diadakan khutbah khas Jumaat berhubung pilihan raya pada asasnya baik. Sememangnya masjid digunakan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada orang ramai mengenai apa-apa saja isu untuk kebaikan masyarakat dan negara. Saolnya apakah khutbah yang bakal dikaji kemudian disediakan (teks) itu baik dan tidak bertentangan dengan prinsip agama dan demokrasi?

Ini kerana isi khutbah tidak boleh senget sebelah atau berbau perkara-perkara mungkar, memfitnah, mengadu domba atau pun menyeru agar ditinggalkan satu pihak dan diambil satu pihak yang lain. Khutbah juga tidak boleh menyinis dan memperli mana-mana pihak, sebaliknya perlu diberikan pencerahan dan hidayah.

Dalam hal ini bolehkah SPR memastikan mereka tidak bias kepada mana-mana pihak. Apakah isu khutbah itu nanti akan berpusar kepada soal tanggungjawab seseorang warga negara, kewajiban mengundi atau memilih pemimpin saja? Atau ianya termasuk juga menjelaskan mengenai cara-cara hendak mengundi, memangkah dan sebagai?


Pengakuan Aziz khutbah itu tidak akan menjadi bahan kempen. Apakah boleh dipercayai kepada kata-kata dan pengakuan itu. Selama ini pengerusi SPR tidak pernah membebaskan dirinya dari belenggu ghaib memihak kepada pihak kerajaan. Walaupun suruhanjaya itu bertanggungjawab kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tetapi sesetengah tindakan menjelaskan ia bias atau cenderong kepada kerajaan bahnkan sesegtengah tindakannya tunduk dan sujud kepada kuasa politik.

Dalam erti kata lain ia tidak bebas sebebas-bebasnya. Apa-apa tindakan SPR tertakluk atas kehendak dan aspirasi kerajaan atau penguasa politik. Ambil contoh mengenai persempadanan kawasan pilihan raya. Apa yang dilaksanakan oleh SPR mengenai tanggungjawab ini ialah melakar kawasan mengikut kehendak atau aspirasi pihak penguasa politik. Cis...

Kalau dilihat kepada peta kawasan sempadan pilihan raya yang disediakan oleh SPR ia 'tidak gamak' langsung, huduh dan bengkang bengkok tidak mengikut tompokan penduduk sebenarnya kerana mengikut kehendak orang-orang tertentu. SPR tidak pernah bebas dirinya dalam soal ini.

Misalnya kerana pihak kerajana bimbang kepada kawasan majoriti Melayu dianggap sebagai musuhnya maka SPR membentuk kawasan atau persempadanan yang tidak membentuk majoriti Melayu. Manakala kawasan Melayu yang padat yang patut dipecahkan kawasan, mewujudkan satu lagi kawasan tidak dilakukan kerana bimbang akan berlaku penambahan kawasan parlimen kemudian menguntungkan pembangkang.

Jadi semangat persempadanan dan tanggungjawab SPR itu bukan lagi berasaskan tanggungjawabnya sebenarnya sebaliknya menjadi pengikut telunjuk pihak-pihak tertentu demi politik mereka. SPR hari ini adalah rubber stamp kepada penguasa politik dalam kerajaan semata-mata.

Kalau dalam perkara yang wajib begini pun SPR terkulat-kulat macam pacat dalam hujan apakah dengan khutbah yang menjadi medium khas kepada orang Islam dan Melayu itu SPR tidak akan tersasar?

Saya tidak mahu menyebut masjid tidak boleh dijadikan medan politik, bahkan masjidlah medan politik sebenarnya. Politik yang wajar dibawa masuk ialah politik bersifat sejagat dan bukan politik 'pendek akal' untuk menjana kemenangan sesuatu pihak. Saya tidak yakin cadangan Abdul Aziz itu merupakan cadangan yang adil kerana berdasarkan sifat dan sikap ditunjukkan oleh SPR ini sebelum banyak menunjukkan ia berat sebelah. Aziz walaupun berusaha untuk diterima sebagai adil tetapi beliau masih gagal.

Makanya tidak perlulah khutbah khas mengenai pilihan raya. Atau pun kalaulah diinginkan juga boleh saja masjid memberi ruang kepada khatib dari PAS, PKR sama untuk turut menyampaikan khutbah. Paling special berilah peluang kepada Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim sama untuk berkhutbah di samping Mohd Najib Razak atau Muhyiddin Mohd Yassin atau pun Noh Omar. Biarlah mereka baca dan rakyat boleh nilai isi kandungan khutbah mereka serta darjat keIslaman yang mereka miliki.

(Ohya terlupa Mahathir Mohamad juga boleh diberi peluang sama).

Saya tidak percaya kalau khutbah itu diserahkan kepada khatib membaca tesk khutbah disediakan ianya khutbah yang bermanfaat dan menepati aspirasinya. Pasti isinya akan lari daripada tujuan sebenarnya dan elemen politik dan kempen tetap ada. Mungkin awal-awal lagi tajuk khutbah itu dimasukan perkataan 1 Malaysia.

Justeru moleklah cadangan Aziz itu 'dipunggungi' dan cukuplah untuk SPR berkempen menjelaskan perihal pilhan raya itu di dalam televisyen dan akhbar sahaja. Saya dapat mengagak kenapa cadangan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengundi Melayu dan Islam kerana yang berada di masjid pada hari Jumaat ialah orang Melayu beragama Islam. Umno pula kali ini sangat mengharapkan sokongan Melayu seratus peratus.

Aziz juga memaklumkan cadagan itu datangnya dari sebuah NGO. Apakah NGO itu Perkasa(m) atau pun Perkida?

Kepada Abdul Aziz kalau pun hendak membantu dan memastikan kerajaan yang memberi peluang kepada anda bekerja, kemudian berkhidmat sebagai pengerusi SPR dengan gaji puluhan ribu sebulan, carilah cara dan kaedah lain. Cukuplah ... jangan mencemari suruhanjaya itu yang kini sudah berbolot dengan selut dan kemungkaran.

Isu senarai daftar pengundi masih belum bersih lagi. Pelbagai kepalsuan yang ditemui di dalam senarai pengundi masih belum dijawab secara tuntas oleh Aziz. Jangan anda cuba menambahkan kekotoran dengan menaiki masjid pulak membawa kempen psikologis untuk kemenangan UBN. [wm.kl.10:58 am 01/03/13]

2 comments:

otaklunyai said...

si aziz ni, tak habis2... agaknya dlm kepala otak dia tu dah penuh dgn taik palat umgok laknatullah... memang dia ni dah ditarik sifat malu sbg seorang manusia... tingkah-laku dah macam anjing, muka dah macam tembok, perangai dah macam babi... kesian kat dia nih... mati sesat gamaknya dia nih.... nauzubillah.. mudah2han dia sempat bertaubat menjelang maut...

PokAmid said...

Tulis MSO: "....Justeru moleklah cadangan Aziz itu 'dipunggungi' dan ..."
HAHAHAAH, istilah "dipunggungi" digunakan! Maknanya Aziz tu kotor kerana tindakannya yang menjadi kepala kepada sang-sang barua dalam negara kita berhubung pilihanraya. Malunya aku kalau dikata begitu!!!